Steven Sim Gesa Bebaskan 23 Rakyat Malaysia Segera


Steven Sim Gesa Bebaskan 23 Rakyat Malaysia Segera
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menggesa rejim Zionis untuk segera membebaskan aktivis dan sukarelawan kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin.
Beliau sebelum ini beberapa kali lantang memperjuangkan pembebasan Palestin mendesak rejim membebaskan 23 rakyat Malaysia ditahan sejak semalam yang menyertai misi keamanan ini. Tegasnya, dunia harus bertindak, tidak lagi boleh berdiam diri dan bersatu menentang kekejaman yang tidak berperimanusiaan sebegitu.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan delegasi dari luar negara ketika menghadiri Gala Dinner World Social Security Forum (WSSF) 2025 di Kuala Lumpur pada Khamis malam.
Dalam ucapannya, beliau membangkitkan perihal ‘keselamatan’ peserta GSF selain turut menggariskan kepentingan menjaga keselamatan pekerja, malah turut berkongsi amalan Malaysia kepada dunia.
“Kita bertanggungjawab melindungi pekerja, menjamin keselamatan, serta memelihara maruah setiap insan. Inilah komitmen saya sebagai seorang menteri. Namun pada malam ini, nurani saya juga tergerak untuk menyuarakan tentang mereka yang tidak selamat bukan kerana kemalangan.
“Mereka tidak selamat kerana ditahan, kebebasan mereka dirampas, maruah mereka diinjak,” katanya di dalam majlis tersebut.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Presiden Pertubuhan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan tentera Israel yang menahan 23 rakyat Malaysia ketika mereka menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin.
Datuk Seri Anwar juga memaklumkan beliau telah berhubung dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani serta Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi menyampaikan kebimbangan Malaysia mengenai insiden berkenaan.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa semua aktivis dan sukarelawan antarabangsa yang terlibat perlu dibebaskan dengan segera kerana flotila itu membawa bantuan penting untuk rakyat Gaza yang amat memerlukan.
Beliau menambah, Malaysia akan menggunakan segala saluran yang sah dari segi undang-undang antarabangsa bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, lebih-lebih lagi apabila keselamatan warganegara Malaysia sendiri menjadi pertaruhan.
The post Steven Sim Gesa Bebaskan 23 Rakyat Malaysia Segera appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/03/steven-sim-gesa-bebaskan-23-rakyat-malaysia-segera/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Gesa Semua Aktivis Malaysia Antarabangsa Dibebaskan Kadar Segera

Pm Anwar Gesa Semua Aktivis Malaysia Antarabangsa Dibebaskan Kadar Segera

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 208 hits
PM Anwar Gesa Semua Aktivis Malaysia Antarabangsa Dibebaskan Kadar Segera KUALA LUMPUR Kerajaan Malaysia menggesa agar semua aktivis sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera selepas konvoi Global Sumud Flotilla di...
Bebaskan Segera Semua Aktivis Sukarelawan Malaysia Pm Anwar

Bebaskan Segera Semua Aktivis Sukarelawan Malaysia Pm Anwar

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 248 hits
SITI NUR ZAWANIOctober 2 2025Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Israel agar semua aktivis serta sukarelawan Malaysia dan antarabangsa dibebaskan dalam kadar segera Beliau menegaskan ini adalah sebuah misi kemanusiaan yang mem...
Mb Pahang Seru Seluruh Rakyat Negeri Ini Mendoakan Kesejahteraan Sukelawan Malaysia Misi Global Sumud Flotilla

Mb Pahang Seru Seluruh Rakyat Negeri Ini Mendoakan Kesejahteraan Sukelawan Malaysia Misi Global Sumud Flotilla

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 395 hits
KUANTAN Seluruh rakyat di negeri ini diminta terus bersama sama mendoakan kesejahteraan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi Global Sumud Flotilla menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismai...
Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 395 hits
Status terkini aktivis Malaysia yang ditahan rejim Israel atau terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara setakat jam 11 50 pagi 2 Oktober 2025 KUALA LUMPUR 2 Okt Kemaskini senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dal...
Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 295 hits
GSF Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat KP SNCC SEPANG 2 Okt Kesemua peserta misi Global Sumud Flotilla termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel diyakini berada dalam keadaan selamat Ketua Pengarah Su...
Wisma Putra 23 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Flotila Ke Gaza Selamat Akan Dihantar Pulang

Wisma Putra 23 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Flotila Ke Gaza Selamat Akan Dihantar Pulang

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 252 hits
Wisma Putra 23 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Flotila Ke Gaza Selamat Akan Dihantar Pulang PUTRAJAYA 2 Okt Kementerian Luar memaklumkan bahawa semua 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel ketika menyertai Global Sumud Flotilla pada Kham...
Fueling Fairness Malaysia S Bold Step To Save Billions Without Hurting The Rakyat

Fueling Fairness Malaysia S Bold Step To Save Billions Without Hurting The Rakyat

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 282 hits
IN 2023 Malaysia s fuel subsidies reached an unsustainable RM38 bil with RON95 petrol alone costing the treasury RM20 bil While such subsidies are popular they are also unsustainable and often benefit those who least need them A case in poi...
Tanya Kenapa Buat Dua Kerja Jawapan Brader Ni Buat Yb Steven Sim Terkejut

Tanya Kenapa Buat Dua Kerja Jawapan Brader Ni Buat Yb Steven Sim Terkejut

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 185 hits
Tanya Kenapa Buat Dua Kerja Jawapan Brader Ni Buat YB Steven Sim Terkejut Semua memang sedia tahu perlindungan insuran sangatlah penting pada zaman sekarang Kita tak tahu bila benda tak dijangka akan jadi macam jatuh sakit kemalangan atau t...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Last Supper In 2025 Hello 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tiket Kidzania Murah

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Selamat Tahun Baru 2026 You All

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Ideas Mexican Beef Stew Recipe Instant Pot

Anniversary 01 Januari 2026