21 Perkara Yang Dikecualikan Cukai Tahun 2020
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
21 Perkara Yang Dikecualikan Cukai Tahun 2020 | Alhamdulillah, selesai dah buat e-filing
untuk tahun 2020.
Selesai
dan rasa lega... selesai tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.
 
Alhamdulillah,
insha Allah ada rezeki dapatlah lebihan bayaran tu... Alhamdulillah... rezeki
anak-anak... insha Allah...
Banyak
juga yang dikecualikan cukai tahun 2020 ni... dan memang MF sebenarnya tak
layak pun kena bayar cukai. Sebab pendapatan pun banyak bayar hutang... haha...
Apa
pun syukur dengan rezeki yang ada kan...
Untuk
tahun ni, ada 21 perkara yang dikecualikan cukai.
21 Perkara Yang Dikecualikan Cukai Tahun 2020
 
  
Bil.
  
Jenis Potongan Individu
  
Amaun (RM)
 
  
1
  
Individu dan saudara tanggungan
  
9,000
 
  
2
  
Perbelanjaan rawatan perubatan,
  keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh
  pengamal perubatan)
ATAU
Ibu dan Bapa
  Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
  Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
  
5,000 (Terhad)
  
  ATAU
3,000
  (Terhad)
 
  
3
  
Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan
  individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)
  
6,000 (Terhad)
 
  
4
  
Individu kurang upaya
  
6,000
 
  
5
  
Yuran pengajian (Sendiri) :
Peringkat selain
       sarjana dan doktor falsafah - bidang undang-undang, perakaunan, kewangan
       Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
Peringkat
       sarjana dan doktor falsafah - sebarang bidang atau kursus pengajian
  
7,000 (Terhad)
 
  
6
  
Perbelanjaan perubatan bagi penyakit
  serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)
  
6,000 (Terhad)
 
  
7
  
Pemeriksaan perubatan penuh (Diri
  sendiri, suami / isteri atau anak). (Terhad 500)
 
  
8
  
Gaya hidup - Perbelanjaan untuk
  kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
Pembelian buku,
       jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan
       seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
Pembelian
       komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan
       perniagaan);
Pembelian
       peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan
       1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian
       gimnasium; dan
Bayaran bil
       bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)
  
2,500
  (Terhad)
 
  
9
  
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk
  kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan
  sekali setiap DUA (2) tahun taksiran)
  
1,000 (Terhad)
 
  
10
  
Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun
  dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar
  
1,000 (Terhad)
 
  
11
  
Tabungan bersih dalam
  Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) (Jumlah simpanan dalam tahun
  2019 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2019)
  
8,000
  (Terhad)
 
  
12
  
Suami / Isteri / Bayaran alimoni kepada
  bekas isteri
  
4,000 (Terhad)
 
  
13
  
Suami / Isteri kurang upaya
  
3,500
 
  
14
  
Anak yang belum berkahwin dan berumur
  di bawah 18 tahun
  
2,000
 
  
15
  
Anak yang belum berkahwin dan berumur
  18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level,
  sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)
  
2,000
 
  
16
  
Anak yang belum berkahwin dan berumur
  18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
mengikuti
       pengajian tinggi sepenuh masa (Tidak termasuk kursus matrikulasi /
       pra-ijazah / A-Level) di universiti, kolej atau institu pelajaran yang
       serupa dengannya di Malaysia; atau
berkhidmat di
       bawah satu ikatanartikel atau indentur untuk memperoleh kelayakan
       perdagangan atau profesion di Malaysia; ataumengikuti kursus di
       peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar
       Malaysia.
kursus dan
       institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang
       berkaitan.
  
  8,000
 
  
17
  
Anak Kurang upaya
  
6,000
 
  
Pelepasan tambahan
  sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum
  berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah
  ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak
  berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
  
8,000
 
  
18
  
Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak
  melalui potongan gaji
Kategori
       penjawat awam berpencen
Premium
        insurans nyawa
Kategori SELAIN penjawat
       awam berpencen
Premium
        insurans nyawa (Terhad RM3,000)
Caruman kepada
        KWSP / skim yang diluluskan (Terhad RM4,000)
  
7,000 (Terhad)
 
  
19
  
Skim Persaraan Swasta
  dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran
  2012 hingga tahun taksiran 2021.
  
3,000
  (Terhad)
 
  
20
  
Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak
  melalui potongan gaji
  
3,000 (Terhad)
 
  
21
  
Caruman kepada
  Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  
250
  (Terhad)
 
 Rujukan: LHDN
Sama-sama lah kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai pekerja di Malaysia. Dan jangan lupa… selain cukai… Zakat wajib bayar tau… Dan potongan zakat adalah salah satu pengecualian cukai juga…
MF buat taksiran berasingan… Suami MF buat sendiri… dia ada akaun sendiri… Lebih mudah… fikir diri sendiri je… haha…
Seperti biasa.. Tarikh akhir ialah 30 April 2020
Buat awal-awal takut terlupa nanti… dah settle awal… senang tak yah nak fikir dah…
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mariafirdz.com/2020/03/21-perkara-yang-dikecualikan-cukai.html