Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke 19
Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke-19 | Assalamualaikum semua... Walaupun sis tak pandai berbahasa Perancis tapi sis suka dengar loghat mereka bila bercakap. Dulu-dulu ada juga berhajat nak belajar sebab berangan nak ke sana tapi tak kesampaian pulak. Jadi sebagai mengubat rasa hati, kite pergi ke Le French Festival je la. Sape yang tak tau festival apa ni, dulu pun sis dah ada kongsikan entri mengenai festival ni pada tahun lepas. Moh le throwback sket :
LE FRENCH FESTIVAL 2019
Untuk tahun 2020 ini sekali lagi acara tahunan Le French Festival (LFF) ini kembali dengan Edisi ke-19. Walaupun diadakan setiap tahun tapi bagi sis tak bosan sebab memang sis sejenis yang teruja dengan kebudayaan Perancis ni especially tayangan filem mereka. Best tau layan filem-filem mereka ni. Walaupun tak faham bahasa French tapi jangan risau, harus la ada subtitle english kan
Kali ni sis menonton filem Selfie arahan Eric LARTIGAU. Berdurasi 108 minit, filem komedi ini mengisahkan mengenai dunia internet pada masa kini dan kesannya kepada masyarakat. Macam-macam elemen yang ditunjukkan dalam filem ni seperti Algorithms, technophobics, dating App addicts, vloggers, cloud security breach dan macam-macam lagi. Ha, nampak tak kenapa sis suka filem ni, sebabnya sis pun sebahagian dari warganet juga kan. Kira macam kena kat batang hidung jugak la.. hikhikkk
Selain dari tayangan filem, pastinya tahun ni acara yang akan dibawa dalam Le French Festival kali ini lebih menarik dan turut menyajikan persembahan dan budaya Perancis melalui beberapa segmen seperti pameran pameran seni,persembahan muzik dan teater, masakan dan sebagainya kepada rakyat Malaysia. So, korang boleh la pilih mana satu yang korang berminat nak join kan. Berikut sis senaraikan antara acara yang menarik untuk tahun 2020 ni :
Untuk edisi kali ini, LFF 2020 akan menampilkan beberapa trend dan hiburan terbaharu dari Perancis, termasuk:
✔ Festival filem Perancis terbesar di Malaysia dengan 16 filem Perancis pemenang anugerah (beserta sarikata dalam Bahasa Inggeris)
✔ Pemuzik-pemuzik dari pelbagai ras yang mempersembahkan muzik Perancis
✔ Pertunjukan teater secara langsung
✔ Acara Art de Vivre termasuk bengkel pembuatan roti, sesi merasa makanan dan minuman, kelas memasak dan banyak lagi!
Di samping itu, beberapa soroton menarik yang boleh ikuti sepanjang festival LFF 2020 ini, termasuk:
✔ “The Malaysian Premiere of ‘Solstice Lunaire’” – Terokai seni alat muzik hap bersama Maia Darmé, seorang pemuzik hap klasik tersohor berbangsa Perancis serta ensemble tali terkemuka Malaysia, Kamerata. Konsert ini akan menampilkan sebuah ciptaan istimewa untuk persembahan ini, iaitu harp concerto ‘Solstice Lunaire’, yang akan diarah di bawah komposer dari Colombia, Carlos Mejia yang menulis didedikasi kepada Darmé
✔ “Gasp by Company Circoncentrique” – Sebuah pertunjukan sarkis menarik bertaraf dunia yang telah berjaya menampilkan persembahan penuh jenaka, pintar dan hebat untuk seisi keluarga.
✔ “Roger Kasparian – The Eyes of the Sixties” – Pelancaran pameran utama dunia yang akan memperagakan gambar-gambar jurugambar terkenal Perancis era 1960-an, Roger Kasparian membuat kali pertamanya. Beliau juga turut serta dalam pameran ini. Tokoh-tokoh yang anda kenali seperti The Beatles, the Rolling Stones, Edith Piaf dan Serge Gainsbourg boleh dilihat di pameran ini.
✔ Bengkel pembuatan roti – Pelajari cara membuat roti mengikut gaya Perancis daripada pakar pembakar roti Master Bakers of PAUL, selaku duta seni art de vivre Perancis.
Selain itu, LFF 2020 juga menampilkan jurumasak selebriti terkemuka Malaysia, Anis Nabilah yang akan menjadi tetamu kehormat dan ‘Friend of the Festival’ (Rakan Festival) di atas sokongan dan minat berterusan beliau terhadap gaya kehidupan Perancis. Menurut beliau, masakan dan budaya Perancis telah banyak mengasah kepakarannya sehingga menjadi jurumasak terkenal
“Jiwa saya amat dekat dengan Perancis kerana kecintaan dan pesona masakannya. Rakyat Malaysia dan Perancis sama-sama mencintai makanan kerana makanan ialah sebahagian daripada budaya yang bersama kita raikan. Saya amat teruja dan berbangga untuk meraikan budaya Perancis pada Le French Festival tahun ini di Malaysia. Ini adalahsatu penghargaan kepada saya boleh jadi dinamakan sebagai ‘Friend of Le French Festival 2020'~ Anis Nabilah, jurumasak selebriti terkemuka Malaysia ~
Bagi Jacques Bounin, pengarah Alliance Française Kuala Lumpur pula berkata:
“Untuk edisi Le French Festival kali ini, kami amat teruja untuk membawa ramai orang ke satu pengembaraan seni Perancis sebenar – menerokai muzik dan masa yang boleh
melangkaui imaginasi seseorang. Beserta semua rakan kerjasama, kami amat pasti bahawa
melalui festival ini, budaya Perancis mendapat penghargaan daripada kalangan
rakyat Malaysia pada tahap yang lebih tinggi. 16 filem pilihan terkini bakal membawa
penonton menelusuri kepelbagaian ciptaan Perancis dalam semua genre, dari Norway ke
Kyrgyzstan, dan hentian di Venice, Tunis dan semestinya di Perancis.”
So, sape sape yang nak merasai kehangatan Le French Festival 2020 boleh la datang berkunjung ke festival ini yang akan berlangsung dari 19 Mac sehingga 26 April 2020 di beberapa lokasi seperti berikut:
✔ Kuala Lumpur : 19 Mac – 5 April
✔ Penang : 9 April – 19 April
✔ Johor Bahru : 16 April – 19 April
✔ Kota Kinabalu : 23 April – 26 April
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.lefrenchfestival.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2020/02/le-french-festival-kembali-pada-tahun.html