21 Daerah Di Sabah Rekod Penurunan Kes Covid 19
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
KOTA KINABALU: Sebanyak 21 daerah di negeri ini merekodkan penurunan kes COVID-19 dengan jumlah 677 kes baharu hari ini, penurunan 90 kes berbanding semalam.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Sabah meneruskan trend penurunan kes harian dan hanya lima daerah mencatatkan peningkatan kes dan Kudat satu-satunya daerah yang kekal dengan jumlah kes sama.
Menurutnya, hanya tiga daerah yang mencatatkan kes di atas paras 50 kes iaitu Kinabatangan 107 kes, Kota Kinabalu 94 kes dan Keningau 78 kes.
"Bagi daerah yang mengalami trend penurunan Lahad Datu mencatatkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak 35 kes, diikuti Kota Kinabalu dan Putatan masing-masing 18 kes, Tawau 16 kes, Ranau dan Kota Marudu masing-masing 15 kes, manakala Sipitang, Nabawan dan Penampang masing-masing 13 kes.
"Daerah yang mencatatkan peningkatan ketara hari ini adalah Kinabatangan membabitkan sebanyak 92 kes, diikuti Keningau 23 kes dan Papar 14 kes," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, peningkatan drastik jumlah kes di daerah Kinabatangan berpunca dari dua kluster baharu iaitu Kluster Sungai Tabulion dan Kluster Sandau Sawit.
Masidi berkata, kedua-dua kluster berkenaan menyumbang 82.2 peratus daripada kes yang direkodkan di Kinabatangan hari ini.
"Analisa graf data terkini menunjukkan Sabah berada dalam landasan untuk trend pelandaian kes.
"Namun, sekali lagi diingatkan faktor utama kepada naik atau turunnya graf jangkitan kes baharu adalah sikap kita sendiri.
"Pematuhan secara total kepada semua prosedur operasi standard (SOP) dan amalan baik penjagaan kesihatan diri adalah kunci utama kepada kekebalan kita dari jangkitan virus COVID-19," jelasnya.
Selain itu katanya, semalam tidak ada catatan daftar lewat kes jangkitan baharu yang melebihi lima hari dan hanya 384 kes atau 56.7 peratus daripada kumulatif harian negeri Sabah adalah catatan kes yang berlaku dalam masa 24 jam yang lalu. Selebihnya adalah kes-kes daftar lewat antara dua hingga lima hari.
Beliau berkata, berdasarkan kepada statistik kategori kes-kes jangkitan COVID-19 hari ini, 87.74 peratus daripada kes jangkitan adalah dalam kategori satu dan dua, manakala hanya enam kes kategori tiga, empat kes bagi kategori empat dan empat kes kategori lima.
SOURCE: RED BULL
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/21-daerah-di-sabah-rekod-penurunan-kes.html