Covid 19 Tujuh Negeri Wp Rekod Sifar Kematian Semalam


AGENDA DAILY
Pecahan kes kematian mengikut negeri pada 23 September 2021. - Sumber KKM
Tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan (WP) – Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Labuan, Putrajaya dan Terengganu – mencatat sifar kematian dalam tempoh 24 jam semalam.
Hanya dua negeri merekodkan peningkatan kes kematian iaitu Sarawak mencatat 14 pesakit meninggal dunia semalam berbanding satu kematian kelmarin, manakala di Melaka, tujuh kematian direkodkan semalam berbanding lima kelmarin.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman web COVIDNOW memaklumkan jumlah kematian dalam tempoh 24 jam semalam adalah sebanyak 116 kes, turun mendadak selepas melonjak dua hari berturut-turut pada Khamis dan Rabu.
Jumlah kematian semalam, termasuk 29 pesakit meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital (BID), menjadikan kumulatif sejak Mac tahun lalu sebanyak 24,681 kes kematian.
Statistik KKM juga menunjukkan jumlah kematian di Selangor turun mendadak daripada 178 kes pada Rabu, kepada 33 kes semalam. Namun, negeri itu kekal mencatat kes tertinggi kematian setakat ini.
Kes aktif
Seiring dengan peningkatan kes sembuh yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam membabitkan 16,628 pesakit, jumlah kes aktif juga semakin berkurangan kepada 198,284 kes, berbanding 201,274 kes yang direkodkan pada Rabu.
Daripada jumlah itu, 165,421 pesakit Covid-19 menjalani kuarantin kendiri di rumah (turun daripada 168,258 pesakit pada Rabu); 21,359 ditempatkan di PKRC (21,581 pada Rabu); dan 10,396 dirawat di hospital (meningkat berbanding 10,321 pesakit pada Rabu).
Seramai 1,117 pesakit, termasuk 615 yang memerlukan bantuan alat pernafasan dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Pada Rabu seramai 1,114 pesakit dirawat di ICU.
Daripada jumlah kes aktif yang dirawat di hospital, Johor merekodkan 1,857 pesakit diikuti Selangor (1,633); Sabah (1,149); Sarawak (938); Kelantan (895); Perak (762); Pulau Pinang (644); Kedah (570); Pahang (462); Kuala Lumpur (428); Terengganu (352); Melaka (263); Negeri Sembilan (214); Perlis (160); Putrajaya (64); dan Labuan (lima pesakit).
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)
Jumlah individu dewasa di seluruh Malaysia yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sejak PICK dilancarkan Februari lalu hingga semalam mencecah 81.8 peratus atau 19,180,397 penerima.
Melalui perkongsian statistik dalam laman web COVIDNOW hari ini, 93.4 peratus atau 22,481,986 individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Secara keseluruhan, sehingga semalam hampir 41.6 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan, termasuk vaksin dos tunggal Cansino.
Semalam sahaja sebanyak 326,612 dos suntikan diberikan kepada 132,562 penerima dos pertama dan 194,050 individu yang lengkap divaksinasi.
Sementara itu, dalam kalangan remaja pula sehingga semalam, 19.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan, manakala 0.8 peratus lagi lengkap divaksinasi.
Mengenai jenama vaksin yang diberikan, KKM memaklumkan 47.2 peratus melibatkan vaksin jenis Pfizer, 44.6 peratus (Sinovac), 8.0 peratus (AstraZeneca), dan 0.2 peratus (Cansino).
Kadar Rt
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 23 September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90.
Pahang merekodkan Rt tertinggi iaitu sebanyak 1.05 dan Perlis (1.01), sementara negeri-negeri lain mencatat Rt antara 0.85 dan 0.99.
Statistik 23 September 2021.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/agenda-daily-pecahan-kes-kematian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angka Kematian Covid 19 Semalam Hanya 100 Selebihnya Tunggakan Data

Angka Kematian Covid 19 Semalam Hanya 100 Selebihnya Tunggakan Data

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 415 hits
Jumlah kematian sebenar dari 592 yang dilaporkan semalam adalah 100 sementara selebihnya adalah daripada tunggakan data Bilangan kematian 592 itu adalah bilangan pelaporan yang termasuk backlog Bilangan kematian mengikut tarikh sebenar iala...
Selangor Kekal Catat Kematian Tertinggi Akibat Covid 19 Semalam

Selangor Kekal Catat Kematian Tertinggi Akibat Covid 19 Semalam

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 247 hits
AGENDA DAILY Pecahan kes kematian mengikut negeri pada 20 September 2021 Sumber KKM Seramai 301 pesakit Covid 19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam turun 75 kes berbanding 376 kematian yang direkodkan dalam tempoh sama pada Ahad me...
Kematian Akibat Covid 19 Melambung Tujuh Kali Ganda

Kematian Akibat Covid 19 Melambung Tujuh Kali Ganda

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 245 hits
Oleh FAZLI RADZI September 19 2021Pakar perubatan di Hospital Pakar KPJ Damasara Dr Musa Mohd Nordin memberitahu kematian akibat jangkitan Covid 19 melambung tujuh kali ganda berbanding tahun lalu Menerusi satu siri Twitternya hari ini beli...
Negeri Cid Chief Dies In Hospital After Bout With Covid 19

Negeri Cid Chief Dies In Hospital After Bout With Covid 19

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 250 hits
Negeri Sembilan CID chief Ramlan Abdul Razak had been confirmed positive for Covid 19 on Aug 8 and was being treated at Tuanku Ja afar Hospital in Seremban SEREMBAN Negeri Sembilan criminal investigation department chief Ramlan Abdul Razak ...
Rentasan 974 Panas Kedudukan Sebenar Kematian Akibat Covid 19 Bid

Rentasan 974 Panas Kedudukan Sebenar Kematian Akibat Covid 19 Bid

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 375 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9741 GHANIMAH APA YANG PH DAPAT DARIPADA TABUNG HAJI 2 BANGUNNYA FITNAH YANG TIDUR 3 LANTIK MAHIADDIN PENGERUSI MPN SALAH 4 HUJAN PANAS DI SPRM
Jumlah Kematian Covid 19 Cecah 25 000

Jumlah Kematian Covid 19 Cecah 25 000

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 272 hits
Jumlah Kematian Covid 19 Cecah 25 000 Kementerian Kesihatan melaporkan 228 kematian Covid 19 semalam menjadikan jumlah korban keseluruhan seramai 25 159 orang menurut pusat data di Github Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam 15 79...
Covid 19 228 Lagi Kematian 36 Berlaku Di Luar Hospital

Covid 19 228 Lagi Kematian 36 Berlaku Di Luar Hospital

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 250 hits
Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 228 kematian baharu akibat jangkitan COVID 19 setakat tengah malam tadi SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com vi
Tinjauan Sabah Selepas Setahun Pilihanraya Negeri Yang Mencetuskan Gelombang Covid 19 Ke 3 Di Malaysia

Tinjauan Sabah Selepas Setahun Pilihanraya Negeri Yang Mencetuskan Gelombang Covid 19 Ke 3 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 302 hits
Hajiji telah menjaga kedamaian di dalam dan di luar dari pergolakan dalaman dan pergolakan kekuasaan untuk kedudukan dari dalam 9 komponen parti GRS dan bahkan memiliki hubungan baik dengan Pembangkang Gambar Bernama Setahun GRS Bersama Rak...
16 073 Kes Baharu Covid 19 Rekod Tertinggi 24 813 Kes Sembuh

16 073 Kes Baharu Covid 19 Rekod Tertinggi 24 813 Kes Sembuh

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 203 hits
Dr Noor Hisham Abdullah PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 16 073 kes baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam lalu dengan bilangan kes sembuh mengatasi jumlah jangkitan baharu Bilangan pesakit yang discaj dari hospital mencapai rekod ti...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah