Sabah Dalam Landasan Trend Pelandaian Kes Covid 19 Masidi


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kota Kinabalu: Sabah kini berada dalam landasan untuk trend pelandaian kes Covid-19 apabila analisis data menunjukkan terdapat penurunan kes baharu direkodkan sejak minggu lepas, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata penurunan kes terus berlaku pada Isnin dengan 677 kes, iaitu jumlah kes baharu terendah direkodkan sejak 24 Julai lepas.


“Penurunan secara keseluruhan dicatatkan hari ini (Isnin) menunjukkan prestasi yang baik. Sebanyak 21 daerah mencatatkan penurunan kes dan hanya lima daerah mencatatkan peningkatan kes, manakala satu daerah iaitu Kudat kekal dengan catatan kes seperti direkodkan semalam (33 kes).

“Hanya tiga daerah mencatatkan kes di atas paras 50 kes iaitu Kinabatangan (107 kes); Kota Kinabalu (94 kes) dan Keningau (78 kes),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun, Masidi berkata orang ramai sekali lagi diingatkan bahawa faktor utama kenaikan atau penurunan graf jangkitan kes baharu adalah bergantung kepada sikap.

Beliau berkata pematuhan secara menyeluruh terhadap semua prosedur operasi standard dan amalan baik penjagaan kesihatan diri merupakan antara kunci utama bagi mengelak jangkitan virus Covid-19.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan dua

kluster baharu di Kinabatangan

melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu Kluster Sungai Tabulion dan Kluster Sandau Sawit, sekali gus menjadi punca peningkatan drastik jumlah kes baharu di daerah tersebut.

“Dua kluster ini menyumbang 82.2 peratus daripada kes yang direkodkan di Kinabatangan hari ini,” katanya.


Dalam kenyataan medianya malam tadi, Masidi berkata Kluster Sungai Tabulion tercetus di Estet Kelapa Sawit Malbumi Gedau membabitkan seorang wanita asing yang bekerja di bahagian pembersihan berumur 52 tahun, yang dikesan positif di Hospital Duchess of Kent pada 28 September.

“Saringan kontak mendapati 62 lagi positif dalam kalangan kontak sosial, kakitangan dan tanggungan, menjadikan jumlah kes dalam kluster ini kepada 63,” katanya.

Kluster Sandau Sawit tercetus di dalam kilang yang berpunca daripada seorang lelaki Indonesia berumur 30 tahun yang diuji positif di Klinik Mabello Paris pada 29 Oktober, ketika saringan di tempat kerja.

“Saringan kontak mendapati 27 lagi positif dalam kalangan kontak sosial dan kakitangan. Terdapat 28 kes direkodkan dalam kluster ini, setakat ini,” kata Masidi.


Mengenai kes-kes tertunggak,

Masidi berkata tiada lagi kes-kes tertunggak dari lebih lima hari lalu. Daripada 677 kes itu, 384 adalah dari 24 jam lepas dan bakinya adalah kes tertunggak dari dua hingga lima hari lalu.

Kontak rapat masih lagi penyumbang terbesar kepada jumlah kes dengan 363 kes (53.62 peratus), disusuli 171 kes bergejala (25.26 peratus) dan 93 kes kluster (13.74 peratus).

SOURCE: Daily Ekspress

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/sabah-dalam-landasan-trend-pelandaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
21 Daerah Di Sabah Rekod Penurunan Kes Covid 19

21 Daerah Di Sabah Rekod Penurunan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 262 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun KOTA KINABALU Sebanyak 21 daerah di negeri ini merekodkan penurunan kes COVID 19 dengan jumlah 677 kes baharu hari ini penurunan 90 kes berbanding semalam Menteri Ker...
Situasi Covid 19 Di Sabah Bertambah Baik Kata Masidi

Situasi Covid 19 Di Sabah Bertambah Baik Kata Masidi

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 268 hits
Foto Bernama 872 kes baharu Covid 19 di Sabah hari ini 15 daerah catat penurunan kes Kota Kinabalu Situasi Covid 19 di Sabah nampaknya bertambah baik berdasarkan trend penurunan jangkitan harian kata Masidi Manjun Sabah merekodkan 872 kes b...
Covid 19 93 78 Sabah Daripada 820 Kes Baru Di Sabah Dalam Kategori 1 Dan 2

Covid 19 93 78 Sabah Daripada 820 Kes Baru Di Sabah Dalam Kategori 1 Dan 2

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 298 hits
Pekerja kesihatan barisan hadapan menjalankan tugas pengesanan kes yang aktif Trend turun naik kes baharu COVID 19 di Sabah dijangka berterusan KOTA KINABALU Trend kes baharu COVID 19 di Sabah dijangka berterusan dalam keadaan turun naik un...
87 Kes Kematian Di Sabah Tapi Tidak Semestinya Berlaku Dalam Sehari Masidi

87 Kes Kematian Di Sabah Tapi Tidak Semestinya Berlaku Dalam Sehari Masidi

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 284 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar KOTA KINABALU Sabah hari ini mencatat kes kematian tertinggi iaitu se...
228 Kes Kematian Akibat Covid 19

228 Kes Kematian Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 300 hits
Foto dirakamkan 20 September 2021 menunjukkan pengamal perubatan swasta memeriksa sampel ujian saringan COVID 19 penumpang yang tiba di Pusat Saringan Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Foto NSTP Mohd Fadli Hamzah PUTRAJAY...
Covid 19 10959 Kes Baharu Semakin Menurun

Covid 19 10959 Kes Baharu Semakin Menurun

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 210 hits
Covid 19 10959 kes baharu semakin menurun Kementerian Kesihatan melaporkan 10 959 kes baharu Covid 19 menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2 209 194 kes setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sarawak te...
Covid 19 Di M Sia Kes Harian Terus Menurun 3 Hari Berturut Turut Kepada 6 709 Kes

Covid 19 Di M Sia Kes Harian Terus Menurun 3 Hari Berturut Turut Kepada 6 709 Kes

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 255 hits
Foto EPA EFE FAZRY ISMAIL Kes baharu Covid 19 turun lagi PUTRAJAYA Angka kes baru Covid 19 terus menunjukkan trend penurunan tiga hari berturut turut dengan 6 709 kes dilaporkan pada Isnin Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abd...
Kes Harian Covid 19 Menurun Bawah 14 000

Kes Harian Covid 19 Menurun Bawah 14 000

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 229 hits
MALAYSIA NOW Sarawak mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2 712 hari ini disusuli Selangor yang mencatat 2 341 kes jangkitan Orang ramai mengambil peluang mengunjungi kawasan riadah selepas Lembah Klang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan...
Covid Kes Sembuh Melebihi Kes Baharu 8 Hari Berturut Turut

Covid Kes Sembuh Melebihi Kes Baharu 8 Hari Berturut Turut

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 259 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bercakap pada sidang media perkembangan terkini penularan wabak COVID 19 di Kementerian Kesihatan hari ini KUALA LUMPUR 24 Sept Jumlah kes sembuh daripada COVID 19 di Malaysia terus mengatasi angka kes ba...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ryan Bakery Minta Pempengaruh Sedar Diri Jaga Adab Dalam Hasilkan Konten

Makanan Dipesan Di Kedai Tomyam Tak Sedap Lelaki Ini Berjaya Dapatkan Refund Selepas Tulis Reviu Di Google

Zarina Anjoulie Pilih Lelaki Berduit Kecantikan Perlu Wang Ringgit

Mcmc In Talks With Tiktok Over Removal Of 18 Media Accounts

Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti