2022 Nestl Omega Plus Walk A Million Miles


2022 NESTLÉ OMEGA PLUS WALK A MILLION MILES | Assalammualaikum semua. Pada 15 Julai 2022 telah berlangsung pelancaran program tahunan yang dinantikan oleh semua peminat sukan Walk A Miles / Walk A Million Miles. Sejak diadakan program ini, kerjasama bersama Yayasan Jantung Malaysia memberi banyak kesedaran betapa pentingnya kesihatan jantung. 
Dari Walk A Miles ke Walk A Million Miles yang bermula pada 2020 ketika negara dilanda wabak pandemik COVID-19. Tahun ini merupakan tahun ke-21. NESTLÉ OMEGA PLUS telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia dengan berjalan bersama demi memerangi penyakit jantung sempena Bulan Jantung Sedunia ini.




2022 NESTLÉ OMEGA PLUS WALK A MILLION MILESAcara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS kembali lagi September ini buat tahun ketiga berturut-turut. Acara akan berlangsung selama sebulan bermula 1 September 2022. Bertemakan ‘Jom Malaysia, Langkah Bersama, Jantung Dijaga’, Walk A Million Miles 2022 bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia untuk  mula melangkah menuju ke arah negara yang mempunyai jantung yang sihat. 
NESTLÉ OMEGA PLUS juga akan menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan. Ini akan dilaksanakan setelah jumlah langkah yang terkumpul sepanjang acara berlangsung mencecah satu juta batu.
Acara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS yang berlangsung selama sebulan bakal kembali memeriahkan September ini untuk tahun ketiga berturut-turut. Bertemakan ‘Jom Malaysia, Langkah Bersama, Jantung Dijaga’, Walk A Million Miles 2022 bertujuan memupuk keprihatinan rakyat Malaysia di seluruh negara untuk memelihara kesihatan jantung dan sama-sama berjalan selama 30 hari sempena Bulan Jantung Sedunia ini.



“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kolesterol tinggi menjejaskan lebih 8 juta orang dewasa di Malaysia dan merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, iaitu pembunuh nombor satu di negara ini. 
Sebagai peneraju produk kesihatan jantung di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS telah memacu kesedaran kesihatan jantung selama lebih 20 tahun dengan mengetengahkan isu-isu berkaitan kesihatan jantung, term`asuk kolesterol tinggi. 
Justeru, kami bergabung tenaga dengan rakan kerjasama seperti Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) untuk menganjurkan acara seperti Walk A Million Miles,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif NESTLÉ Malaysia.

“Setakat ini, lebih 25,000 rakyat Malaysia telah menyertai acara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS dari seluruh negara dan berjalan sejauh lebih 2.5 juta batu menerusi dua edisi acara sebelum ini. Tahun ini, kami ingin menggalakkan lebih ramai lagi untuk menyertai kami dalam usaha memerangi penyakit jantung dan kolesterol tinggi. 
Kami menggesa rakyat Malaysia untuk bukan sahaja menjaga kesihatan jantung diri mereka, malahan menggalakkan keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan sekerja mereka untuk bersama-sama kami dalam perjalanan ke arah negara yang sihat jantung,” tambahnya. 

NESTLÉ OMEGA PLUS KOMITED BEKERJASAMA DENGAN YAYASAN JANTUNG MALAYSIA (YJM) DAN INSTITUT JANTUNG NEGARA FOUNDATION (IJNF)

Bagi memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengorak langkah memerangi penyakit jantung dan kolesterol tinggi demi mencapai negara yang sihat jantung, NESTLÉ OMEGA PLUS komited untuk menyumbangkan RM100,000 kepada rakan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan apabila jarak terkumpul satu juta batu dicapai dalam acara Walk A Million Miles 2022.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada NESTLÉ OMEGA PLUS dan orang ramai atas sokongan padu mereka kepada YJM saban tahun melalui inisiatif berjalan kaki yang sungguh bermakna ini. 
Sumbangan selama ini telah menyokong inisiatif komuniti rumah perantaraan (halfway house) kami yang menawarkan penginapan mampu milik kepada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai pesakit jantung untuk menjalani rawatan di hospital berdekatan,” kata Dato’ Dr. Aljafri Abdul Majid, Pengerusi YJM.







Toh Puan Dr Aishah Ong, Pengerusi IJNF pula berkata, “Kami bersyukur kerana kerjasama ini menyokong usaha kami untuk menampung kos rawatan perubatan dan pembedahan pesakit jantung bagi yang kurang berkemampuan. 
Kami berusaha menyelamatkan nyawa pesakit jantung yang kurang berkemampuan ini seramai yang mungkin dan sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pihak korporat untuk menyokong misi kami seperti yang dilakukan oleh NESTLÉ OMEGA PLUS.”




NESTLÉ OMEGA PLUS DARK CHOC BAHARUBerdasarkan statistik di Malaysia, penyakit jantung meningkat dengan usia, khususnya bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Rentak kehidupan yang pantas, gaya hidup tidak aktif, dan diet yang tidak sihat merupakan antara faktor penyumbang kepada paras kolesterol tinggi. 
Namun, faktor risiko seperti kolesterol tinggi boleh dikurangkan dengan diet yang sihat dan seimbang serta gaya hidup aktif. Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari serta digandingkan dengan diet yang seimbang dapat merendahkan kolesterol.





Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) berkata, “Bagi menyokong perjalanan rakyat ke arah jantung lebih sihat, rangkaian produk NESTLÉ OMEGA PLUS telah dihasilkan dengan mengambil kira keperluan pengguna Malaysia. 1.2g sterol tumbuhan ACTICOL dalam dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS sehari terbukti berkesan merendahkan paras kolesterol.” 
“Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai perjalanan ini, kami baru-baru ini telah melancarkan NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc dalam format serbuk yang diperbuat daripada kebaikan susu dan koko yang lazat. 
Kami ingin mengujakan rakyat Malaysia dengan pilihan serta rasa yang hebat agar mereka dapat menikmati kelazatan dalam menguruskan paras kolesterol. Jadi, jangan lupa mendaftar untuk acara Walk A Million Miles dan berjalan sambil menikmati segelas NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc pada bulan September ini. Percayalah, penjagaan kesihatan jantung tidak pernah selazat ini!” tambahnya.



JOM SERTAI WALK A MILLION MILES 2022Lebih menarik lagi, tahun ini rakyat Malaysia dapat menyertai acara Walk A Million Miles 2022 secara percuma tidak kira di mana jua mereka berada dan mereka hanya perlu mendaftar melalui aplikasi BookDoc sahaja.
Bagi menikmati pelbagai tawaran, hadiah mingguan dan cabutan bertuah yang menarik, peserta juga boleh mengambil bahagian secara berbayar dengan yuran serendah RM25. 



Setelah mencapai sekurang-kurangnya 150,000 langkah, peserta akan menerima kemeja-T Penamat Walk a Million Miles eksklusif serta produk dan baucar NESTLÉ OMEGA PLUS bernilai sehingga RM60.
Untuk maklumat lanjut tentang Walk A Million Miles 2022 dan NESTLÉ OMEGA PLUS, layari www.nestle.com.my atau laman Facebook https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus.
MENGENAI NESTLÉ OMEGA PLUS  NESTLÉ OMEGA PLUS satu-satunya susu yang mengandungi ActiCol®, 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti berkesan untuk merendahkan kolesterol dengan menghalang penyerapan kolesterol ke dalam saluran darah. Susu kurang lemak ini juga tinggi dalam kalsium bagi menguatkan tulang dan mengandungi asid lemak Omega 3 & 6 yang penting. 
Dua hidangan setiap hari yang dipadankan dengan gaya hidup sihat terbukti secara saintifik dapat merendahkan tahap kolesterol3. Ia terdapat dalam format pek serbuk 150g, 600g dan 1kg, serta kluster enam pek UHT sedia diminum 200ml. 
Kini juga terdapat dalam format paket (10 dalam satu pek), NESTLÉ OMEGA PLUS Milk with Oats dengan kebaikan 2 ramuan ActiCol® untuk menghalang penyerapan kolesterol dan Beta Glukan untuk bergabung dan menyingkirkan kolesterol daripada tubuh. 
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sosial www.facebook.com/NestléOmegaPlus.  
MENGENAI NESTLÉ MALAYSIANestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 negara di seluruh dunia dan semua pekerja kami seramai 328,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk meningkatkan kualiti hidup dan mencapai masa depan yang lebih sihat. 
Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé telah dipercayai oleh pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk-produk kami yang berkualiti. 
Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua. 
Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/07/2022-nestle-omega-plus-walk-million.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nestl Omega Plus Calls On All Malaysians To Walk As A Nation To Combat Heart Disease This World Heart Month

Nestl Omega Plus Calls On All Malaysians To Walk As A Nation To Combat Heart Disease This World Heart Month

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 339 hits
NESTL OMEGA PLUS s month long Walk A Million Miles event returns this September for the third year running Themed JOM MALAYSIA LANGKAH BERSAMA JANTUNG DIJAGA Walk A Million Miles 2022 aims to empower Malaysians to walk towards a heart healt...
Laporan Produksi Yufid Bulan Juni 2022

Laporan Produksi Yufid Bulan Juni 2022

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 406 hits
Yufid adalah tim kreatif yang berada di bawah naungan Yayasan Yufid Network sebuah yayasan non profit yang memiliki misi membuat dan menyediakan konten pendidikan dan dakwah secara gratis untuk semua kalangan masyarakat Selama lebih dari 12...
Cara Dapat Topup Free 2022 Hanya Guna Aplikasi

Cara Dapat Topup Free 2022 Hanya Guna Aplikasi

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 785 hits
Mahu tahu bagaimana cara dapatkan topup free 2022 Ya betul memang ada cara terbaru untuk kita mendapatkan topup celcom digi maxis umobile yes dan lain lain telco secara percuma sahaja Saya juga sendiri baru tahu tentang cara dapat topup fre...
Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2022 2023 Rayuan

Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2022 2023 Rayuan

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 466 hits
Makluman Semakan Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi KPM Ambilan Sesi 2022 2023 Dimaklumkan bahawa Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 16 Julai 2022 Berikut dikongsikan cara m...
Pismp 2022 Semakan Permohonan Tarikh Tarikh Penting

Pismp 2022 Semakan Permohonan Tarikh Tarikh Penting

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 324 hits
SEMAKAN PERMOHONAN PISMP AMBILAN TAHUN 2022 TARIKH TARIKH PENTING Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2019 2020 dan 2021 yang berkelayakan berpotensi berminat dan beriltizam ...
Senarai Harga Honda Hr V 2022 Malaysia Terbaru

Senarai Harga Honda Hr V 2022 Malaysia Terbaru

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 372 hits
Sebelum berminggu minggu menunggu disamping teaser reka bentuk akhirnya pihak Honda Malaysia hari ini 14 Julai 2022 mengumumkan secara rasmi penjualan Honda HR V 2022 beserta harga rasmi dengan 4 varian dan 3 rangkaian kuasa Ianya adalah 1 ...
5th Malaysia International Film Festival Dan Malaysia Golden Global Awards 2022

5th Malaysia International Film Festival Dan Malaysia Golden Global Awards 2022

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 250 hits
5TH MALAYSIA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL DAN MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS 2022 Saat yang dinantikan oleh para karyawan dan penggiat seni tanahair semakin mendebarkan Berbaki tidak sampai 1 bulan sahaja lagi kita bakal menyaksikan pemenang ...
Matrikulasi Results 2022

Matrikulasi Results 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 364 hits
The Matrikulasi Program 2022 2023 results will be out soon on 16 July 2022 Applicants may check the results here Below are other important dates to remember 16 23 July 2022 Checking results and acceptance Appeals to be done online24 25 July...
Pertikai Lantikan Pengerusi Suhakam Seven Doraisamy Biadap Ppim Sumberkini 05 07 2022

Pertikai Lantikan Pengerusi Suhakam Seven Doraisamy Biadap Ppim Sumberkini 05 07 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 218 hits
PETALING JAYA Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia Sevan Doraisamy yang mempertikaikan pelantikan Profesor Datuk Dr Rahmat sebagai Pengerusi SUHAKAM yang baru disifatkan sebagai biadap dan berat sebelah K...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

Saka Bapak Kau

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy

Kepala Ikan Merah

4 Lelaki Didakwa Culik 2 Warga Asing