5th Malaysia International Film Festival Dan Malaysia Golden Global Awards 2022


5TH MALAYSIA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL (MIFFEST) DAN MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS (MGGA) 2022 | Saat yang dinantikan oleh para karyawan dan penggiat seni tanahair semakin mendebarkan. Berbaki tidak sampai 1 bulan sahaja lagi, kita bakal menyaksikan pemenang-pemenang di acara anugerah terunggul. 
Semasa acara pengumuman senarai pencalonan juga telah membuat para hadirin speechless dengan karya dari seluruh dunia. Membuka mata kita bahawa di luar sana masih banyak hasil seni filem tidak didendangkan. Namun, dari program Malaysia International Film Festival (MIFFest) dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA), ada sinar baru untuk memberi semangat kepada penggiat seni. Sebagai penonton, kita pasti terbuai dengan mesej-mesej yang disampaikan melalui naskah filem


5TH MALAYSIA INTERNATIONAL FILM FESTIVAL (MIFFEST) DAN MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS (MGGA) 2022
Pada 15 Jun, Malaysia International Film Festival (MIFFest) dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022, mengadakan sidang media untuk mengumumkan senarai pencalonan MGGA 2022. MIFFest juga mengumumkan bahawa Tourism Malaysia akan menyertai festival tahun ini sebagai pihak sokongannya. 

Filem India 'Two Friends’ telah dicalonkan dalam lima kategori, dua pelakon utama filem tersebut, Arif Shaikh (umur 10) sebagai Safikul dan Asik Shaikh (umur 9) sebagai Palash, telah dicalonkan bersama sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Best Actor) di 5th MGGA 2022, ini menjadikan mereka calon termuda MGGA kali ini. 

Terdapat lebih daripada 100 filem yang dihantar untuk MGGA tahun ini, ‘Drowning In Holy Water' (Iran), ‘Full Time’ (Perancis), 'Hail, Driver!’ (Malaysia), ‘Memoryland' (Jerman, Vietnam), ' No Ground Beneath The Feet' (Bangladesh), 'Rehana' (Singapura, Bangladesh), ‘The Silent Forest' (Taiwan), ‘Two Friends’ (India), ‘Whether The Weather Is Fine’ (Filipina, Singapura), 'White Building’ (Perancis, Kemboja) telah dicalonkan sebagai Top 10 Films of 5th MGGA 2022. 

Lima juri telah dijemput sebagai juri MGGA 2022, Christine Hakim (Pelakon Indonesia) sebagai Presiden Juri, Lay Diaz (Pembikin Filem Filipina), Sabrina Baracetti (Festival Presiden Udine Far East Film Festival), dan Ho Wi Ding (Pengarah Malaysia yang berpangkalan di Taiwan) dan Chong Keat Aun (Pengarah Malaysia). 
LIFETIME ACHIEVEMENT AWARD OF THE 5TH MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS 2022 - KIM DONG-HO AND HOU HSIAU-HSIEN
Festival tersebut akan menyampaikan dua anugerah untuk Lifetime Achievement Award di majlis anugerah tahun ini kepada Kim Dong Ho dan Hou Hsiao Hsien. 

Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Malaysia dan Malaysia Golden Global Awards, Joanne Goh berkata: "Kami sebenarnya bercadang untuk menyampaikan anugerah ini kepada pengarah Hou Hsiao Hsien pada dua tahun yang lalu, malangnya kami terpaksa menangguhkan rancangan ini sebab pandemik." 
Beliau juga menyebut: "Mereka telah menghasilkan banyak karya yang terkenal kepada festival festival dan seluruh industri filem. Encik Kim Dong Ho ialah salah seorang pengasas Festival Busan International Film Festival dan Gangneung International Film Festival, beliau juga merupakan Presiden Kehormat Malaysia International Film Festival kita. Tanpa bimbingan beliau, saya mungkin tidak mempunyai semangat untuk menjalankan MIFFest dan MGGA sehingga hari ini." 
SENARAI TAYANGAN FILEM MIFFEST
MIFFest ke-5 pada tahun ini akan dilancarkan dengan filem pembukaan ‘Edge of The World’, sebuah filem dari United States, mengisahkan kisah Kapten James Brooke, filem ini menjalani penggambaran sepenuhnya di Sarawak, Malaysia dan filem ini juga mendapat sokongan daripada Sarawak Tourism Board (STB). 

Sarawak Tourism Board berasa gembira apabila menerima makluman bahawa filem ini akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Malaysia tahun ini. Pengarah dan pelakon filem itu akan bertemu dengan penonton di Majlis Perasmian MIFFest yang akan diadakan pada 10 Julai. 
Senarai filem-filem terkenal yang akan ditayangkan di 5th MIFFest 2022 terdapat dalam beberapa kategori tayangan iaitu Pawagam Dunia, Pawagam Asia, Pawagam Malaysia. 

TAHUN PERTAMA MIFFEST PROJECT MARKET DILANCARKAN BERMULA 12 HINGGA 13 JULAI UNTUK MENCARI PEOJEK FILEM CEREKA YANG BERPOTENSI DI MALAYSIA
MIFFest Project Market kali pertama ini akan dijalankan pada 12 - 13 Julai, kelima-lima Official Selection akan berpeluang untuk bertemu dengan penerbit, pengedar dan pelabur tempatan dan antarabangsa untuk membincangkan projek-projek mereka. Wu Ke-Xi (Pelakon), Keoh Chee Ang (Penerbit) dan Vijay Munisamy (Penerbit Eksekutif) adalah juri-juri untuk MIFFest Project Market tahun ini. 

Kelima-lima Official Selection MIFFest Project Market 2022 adalah 'Don't Assume Still Waters' arahan Leysha Al-Yahya, 'The Depths' arahan David Yanez, 'Sunny, Benny & Jenny' arahan Jin Ong, 'Garek' arahan Cech Adrea, dan 'Maybe Today, If Not Today, Maybe Tomorrow'. 
Tayangan filem-filem yang tercalon untuk 5th Malaysia International Film Festival (MIFFest) akan berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion KL dari 10 hingga 15 Julai 2022, manakala 5th Malaysia Golden Global Awards (MGGA) akan diadakan pada 16 Julai 2022 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. MGGA akan disiarkan di Unifi TV (siaran langsung di Malaysia), Viu TV HK (siaran penangguhan di Hong Kong), dan YouTube MIFFest (siaran langsung di seluruh dunia). 

Jom sama-sama kita sokong industri perfileman tempatan dan antarabangsa. Selamat menonton dan selamat maju jaya buat semua calon! Anda semua pemenang

MIFFEST & MGGA | FACEBOOK | INSTAGRAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/06/5th-malaysia-international-film-festival.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Sci Fi Tempatan Imaginur Akan Wakili Malaysia Di New York Asian Film Festival 2022

Filem Sci Fi Tempatan Imaginur Akan Wakili Malaysia Di New York Asian Film Festival 2022

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 244 hits
Filem sains fiksyen tempatan Imaginur akan mewakili Malaysia di New York Asian Film Festival 2022 yang bakal berlangsung bermula 15 31 Julai ini Diarahkan oleh Nik Amir Mustapha Imaginur telah mendapat pencalonan dalam kategori Filem Cereka...
5th Malaysia International Retail Franchise Exhibition 2022

5th Malaysia International Retail Franchise Exhibition 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 228 hits
5TH MALAYSIA INTERNATIONAL RETAIL FRANCHISE EXHIBITION 2022 Assalammualaikum semua Pagi tadi Ruby berkesempatan ke acara di KLCC masuk percuma dan hanya daftar melalui scan QR kod Ruby isi borang semua dan dapat pas untuk masuk Acara ini be...
Awani Global Malaysia Poland Keeping Ties In Pole Position 16 July 2022

Awani Global Malaysia Poland Keeping Ties In Pole Position 16 July 2022

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 258 hits
After 51 years of diplomatic relations between Poland and Malaysia what were the most significant achievements between two countries Saraya Mia speaks to Deputy Minister of Foreign Affairs of the Republic of Poland Marcin Przydacz AWANIglob...
Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa Dan Satu Sanjungan Kehormat Dalam International Physics Olympiad 2022

Pasukan Malaysia Rangkul Tiga Pingat Gangsa Dan Satu Sanjungan Kehormat Dalam International Physics Olympiad 2022

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 251 hits
Oleh Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan Fakulti Sains Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Ahli pasukan Malaysia telah berjaya memperolehi tiga pingat gangsa dan satu sanjungan kehormat dalam pertandingan Inte...
Meriah Sambutan Malaysia International Durian And Cultural Fest 2022 Di Pavilion Bukit Jalil

Meriah Sambutan Malaysia International Durian And Cultural Fest 2022 Di Pavilion Bukit Jalil

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 348 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang sikasihi sekalian Semalam hujung minggu Sabtu dan Ahad penuh meriah diadakan sambutan Malaysia International Durian And Cultural Fest 2022 atau ...
Senarai Harga Honda Hr V 2022 Malaysia Terbaru

Senarai Harga Honda Hr V 2022 Malaysia Terbaru

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 325 hits
Sebelum berminggu minggu menunggu disamping teaser reka bentuk akhirnya pihak Honda Malaysia hari ini 14 Julai 2022 mengumumkan secara rasmi penjualan Honda HR V 2022 beserta harga rasmi dengan 4 varian dan 3 rangkaian kuasa Ianya adalah 1 ...
Suaram Biadab Pertikai Lantikan Rahmat Sebagai Pengerusi Suhakam Malaysia Gazette 05 07 2022

Suaram Biadab Pertikai Lantikan Rahmat Sebagai Pengerusi Suhakam Malaysia Gazette 05 07 2022

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 265 hits
KUALA LUMPUR Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia Sevan Doraisamy diingatkan jangan mempertikaikan pelantikan Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Isl...
More Than 132 Years For Malaysia To Reach Global Gender Parity

More Than 132 Years For Malaysia To Reach Global Gender Parity

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 233 hits
Malaysia currently ranks 103rd out of 146 countries in the newly launched Global Gender Gap Index 2022 While this is hardly an improvement from its 2021 ranking of 112th Malaysia still sorely lags behind its regional neighbours namely the P...
Historical Movies Hold Potential For Malaysia S Film Industry Growth Says Minister

Historical Movies Hold Potential For Malaysia S Film Industry Growth Says Minister

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 260 hits
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar 8211 Malay Mail photo PUTRAJAYA The country s film industry players need to focus on the local history as well as the struggles of the past and present to ensure the industry thrives said Minister in th
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Welcome 2024

Akhirnya Berjaya Cara Betulkan Kalendar Hijrah Ramadan Di Iphone Untuk Tahun 2024

Pengalaman Masuk Hospital Kpj

Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo