20 Tahun Berlalu Adakah Malaysia Sedia Berdepan Serangan Ala 11 9


Azzman Abdul Jamal 
Pakar tidak menolak wujud percubaan untuk meniru serangan terhadap bangunan berkembar New York pada 2001, namun percaya Malaysia lebih bersedia ketika ini.

Menara berkembar Pusat Dagangan Dunia terbakar di belakang bangunan Empire State di New York selepas serangan pengganas pada 11 September 2001. Gambar: AP 20 tahun selepas peristiwa serangan pengganas terhadap menara berkembar Pusat Dagangan Dunia yang mengorbankan hampir 3,000 orang di New York pada 11 September 2001, seorang pakar tidak menolak Malaysia juga berdepan ancaman sama berdasarkan pengalaman dan persamaan struktur bangunan tersebut.
Pakar anti keganasan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata serangan berskala kecil sudah beberapa kali dilaporkan dalam negara.
Beliau memetik pengeboman kilang Carlsberg di Petaling Jaya dan pembakaran kuil di Batu Caves.
“Kita juga mempunyai beberapa ciri persamaan (dengan Amerika Syarikat) dari segi bangunan pencakar langit ikonik seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) dan TRX. Jadi, ia juga dianggap sebagai satu kemungkinan,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Apabila melihat corak serangan ini, maknanya serangan kecil boleh berlaku, maka tidak mustahil serangan berskala besar juga boleh berlaku.”
Malaysia memiliki struktur bangunan pencakar langit yang mirip dengan bangunan di Amerika Syarikat.Pada 2001, serangan yang berlaku apabila 19 orang merampas empat pesawat penumpang dengan dua daripadanya merempuh menara berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York manakala pesawat ketiga dilaporkan merempuh Pentagon, mengorbankan 184 orang.
Manakala pesawat keempat terhempas di sebuah padang di Shanksville, Pennsylvania, menyebabkan kematian 40 orang.
Malaysia makin bersedia selepas 20 tahun
Mizan berkata peristiwa itu memberi impak signifikan terhadap Malaysia apabila ia membuka mata kerajaan dan pihak keselamatan negara supaya lebih bersedia berdepan dengan ancaman serupa.
Katanya, dalam tempoh 20 tahun sejak peristiwa itu, penambahbaikan terhadap pasukan keselamatan khususnya Bahagian Anti Pengganas (E8) di bawah cawangan khas polis agak ketara dari segi saiz jabatan dan tenaga kerja.
“Sebelum 11 September 2001, ancaman keganasan dilihat pada skala kecil dan lebih kepada skala tempatan. Malah, saiz unit E8 pada masa itu amat jauh beza daripada sekarang,” kata Mizan yang merupakan penulis beberapa buah buku dan penerbitan mengenai bidang ini termasuk “Typology of Radicalism” terbitan Perlis Press pada 2012.
“Justeru, selama 20 tahun, seperti berlaku perubahan paradigma yang besar kepada pihak keselamatan negara, dari segi logistik, tenaga kerja, dan kepakaran tenaga.”
Menurut Mizan, pasukan keselamatan negara pastinya sudah mengambil kira ancaman dari pandangan sudut itu dan melakukan pelbagai siri latihan supaya sentiasa bersedia.
“Pada pandangan saya, kita bersedia untuk hadapi segala ancaman sebegini, tetapi ia tidak boleh dielak sepenuhnya. Kita mungkin bersedia dari segi aliran masuk senjata api atau bahan letupan.
“Namun ia mungkin sukar sedikit apabila melibatkan serangan secara ‘lone wolf’ (bersendirian) terutama menggunakan senjata bukan tradisi seperti memandu kenderaan di kawasan sesak dan melanggar orang ramai,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, antara ketegasan polis dalam menangani isu membabitkan ancaman ini jelas kelihatan dengan cara pendekatan mereka iaitu menahan individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
“Ini menunjukkan polis pandang serius terhadap potensi ancaman pengganas.
“Walaupun ada kaitan sedikit, mereka terus tahan dan lakukan pemutihan serta-merta,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/20-tahun-berlalu-adakah-malaysia-sedia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes 1mbd Singapura Selesai Beberapa Bulan Di Malaysia Dah Hampir 3 Tahun Di Mana Dan Siapa Yang Lembab

Kes 1mbd Singapura Selesai Beberapa Bulan Di Malaysia Dah Hampir 3 Tahun Di Mana Dan Siapa Yang Lembab

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 473 hits
Pembaharuan 7 perkara yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang juga bukanlah penyelesaian pokok dan menyeluruh Kes rayuan hendaklah dengan amaran bahawa hukuman berat sedang menunggu jika rayuan itu ditolak ini supaya rayuan bukan sekadar ...
Datuk Dalang Kartel Projek Kerajaan Berdepan Penjara 483 Tahun

Datuk Dalang Kartel Projek Kerajaan Berdepan Penjara 483 Tahun

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 144 hits
SHAH ALAM Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket kartel penipuan projek projek kerajaan berdepan penjara sehingga 483 tahun selepas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini Tertuduh Adly Kamarudin 47 bagaimanapun ...
Kempen Maggi Sah Malaysia Kembali Untuk Raikan Kegemilangan 50 Tahun Memori Maggi Bersama Malaysia

Kempen Maggi Sah Malaysia Kembali Untuk Raikan Kegemilangan 50 Tahun Memori Maggi Bersama Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 474 hits
Kempen MAGGI Sah Malaysia tanda ikatan mesra yang berkekalan selama 50 tahun bersama rakyat Malaysia Sejumlah 50 000 kit makanan akan disumbangkan kepada golongan B40 sebagai sebahagian daripada iltizam dalam meningkatkan kehidupan golongan...
Adakah Politik Malaysia Sudah Lapuk

Adakah Politik Malaysia Sudah Lapuk

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 228 hits
Sebab apa kita perlu Umno DAP PAS PKR Bersatu Amanah MCA MIC Gerakan dan parti parti politik yang lain di zaman moden ini
Resipi Jumeok Bap Rasa Ala Ala Sushi Senang Bahan 100 Barang Malaysia

Resipi Jumeok Bap Rasa Ala Ala Sushi Senang Bahan 100 Barang Malaysia

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 252 hits
Jumeok Bap atau korean rice ball antara makanan yang terkenal di Korean dan disukai segelintir rakyat Malaysia Bagi yang suka menonton drama korea pasti kenal dengan makanan makanan korea kan Sekali sekala mama boleh cuba resipi baru supaya...
Porsche Akan Mula Operasi Pemasangan Di Malaysia Tahun Depan

Porsche Akan Mula Operasi Pemasangan Di Malaysia Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 657 hits
Mantap Lepas ni kena bangga Porsche Made in Kulim Porsche akan mula operasi CKD di Malaysia tahun depan pertama di luar Eropah BERITA tergempar Porsche secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan memulakan operasi CKD di Malaysia Kilang ini...
Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 302 hits
Jeffrey Kitingan meratapi bagaimana walaupun memiliki banyak sumber alam Sabah bergantung secara kewangan ekonomi politik dan ketenteraan di Putrajaya KOTA KINABALU Timbalan ketua menteri Sabah Jeffrey Kitingan mengatakan rakyat Sabah terus...
Resort World Genting Malaysia Akan Kembali Beroperasi

Resort World Genting Malaysia Akan Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 256 hits
Resort World Genting Malaysia akan kembali beroperasi dalam masa yang terdekat Khabarnya Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri turut menyambut baik keputusan Resort World Genting untuk membuka operasinya Ia salah satu petanda positif ...
Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 261 hits
AMSTERDAM Keluarga 298 mangsa nahas Penerbangan Malaysia MH17 menuduh Rusia berbohong mengenai peranannya dalam kejadian itu pada hari pertama perbicaraan tuduhan bunuh terhadap empat suspek kejadian berkenaan di Belanda Mereka berbohong ka...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur