Kempen Maggi Sah Malaysia Kembali Untuk Raikan Kegemilangan 50 Tahun Memori Maggi Bersama Malaysia


Kempen MAGGI Sah Malaysia tanda ikatan mesra yang berkekalan selama 50 tahun bersama rakyat Malaysia Sejumlah 50,000 kit makanan akan disumbangkan kepada golongan B40 sebagai sebahagian daripada iltizam dalam meningkatkan kehidupan golongan ini melalui penyediaan makanan yang seimbang dan berpatutan
Pada Ogos ini, kempen MAGGI Sah Malaysia kembali semula sempena meraikan komitmen 50 tahun pada rakyat Malaysia, yang diharapkan akan menyuntik semangat positif di seluruh negara dan menghidupkan semula memori indah yang tercipta bersama rakyat Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1971, Mi MAGGI 2-Minit (M2MN) telah menjadi cukup ikonik bagi rakyat Malaysia, mencipta banyak saat-saat indah yang terpahat di ingatan. Dan walau di mana mereka berada, Mi MAGGI sentiasa mengingatkan mereka pada keluarga tercinta.

Jenama MAGGI bangga kerana dapat menyajikan rasa yang autentik, mudah didapati serta berpatutan untuk rakyat Malaysia. Hari ini, jenama MAGGI merupakan antara jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia, membantu ramai keluarga dalam menyediakan sajian yang berpatutan dan enak – dengan penambahan porsi protein dan sayur-sayuran yang betul untuk mencapai sajian seimbang.

50 Tahun Bersama
“Kami amat berbesar hati telah menjadi sekutu di dapur rakyat Malaysia selama 50 tahun, membantu penyajian hidangan yang enak, seimbang serta berpatutan yang sentiasa mengembalikan memori rasa yang dekat di hati rakyat Malaysia. Tahun ini merupakan tonggak penting dalam sejarah jenama MAGGI, di samping meraikan kemerdekaan Malaysia yang ke-64 tahun, dan kami akan menyambung usaha dalam mengeratkan lagi jalinan bersama rakyat Malaysia dengan semangat #KitaJagaKita,” kata Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad.


Bersama Dengan Semangat #KitaJagaKita
Diilhamkan dari paparan solidariti oleh rakyat Malaysia di tengah-tengah kesukaran berdepan pandemik COVID-19, MAGGI Sah Malaysia dilancarkan pada tahun lalu untuk meraikan kecekalan dan ketabahan masyarakat Malaysia serta menghimpun sokongan bagi golongan yang memerlukan. Sejumlah 50,000 kit makanan telah disumbangkan kepada golongan B40 melalui Peraduan MAGGI Sah Malaysia Beli & Beramal pada tahun lalu, di mana rakyat Malaysia dapat membantu membekalkan barang keperluan asas dalam bentuk kit makanan, dengan setiap pembelian produk MAGGI bagi penyediaan sajian yang berpatutan, enak serta berkhasiat untuk keluarga.

Tahun ini, bagi meneruskan komitmen dalam membantu golongan yang memerlukan, Peraduan MAGGI Sah Malaysia Beli & Beramal kembali untuk tahun ke-2. Menyediakan platform untuk membantu keluarga yang memerlukan, MAGGI Sah Malaysia bermatlamat menyumbangkan sejumlah 50,000 lagi kit makanan kepada golongan B40 di seluruh Malaysia.

Tambah Geetha: “Pandemik yang sedang melanda negara kita telah memberi tekanan kepada ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan B40. Oleh itu, kami berharap dapat meningkatkan dan memperkasakan rakyat Malaysia yang terjejas melalui makanan, yang sentiasa mampu menyatukan kita. Initiatif B40 kami bermatlamat untuk menyediakan asas serta cara bagaimana menyiapkan sajian yang enak, seimbang serta berpatutan, sejajar dengan usaha besar Nestlé Malaysia untuk meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan, terutama pada masa yang penuh mencabar kini.”

Bermula dari 1 Ogos sehingga 30 September 2021, dengan setiap pembelian produk MAGGI bernilai RM5, peserta layak untuk menyertai Peraduan MAGGI Sah Malaysia Beli & Beramal dengan menghantar penyertaan melalui WhatsApp ataupun e-borang di laman web MAGGI. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan di samping dapat beramal dan membantu golongan yang memerlukan. Bagi setiap 10,000 penyertaan yang diterima, 1,000 kit makanan akan disumbangkan mengikut negeri para peserta, dengan matlamat untuk menyumbangkan sejumlah 50,000 kit makanan kepada mereka yang memerlukan di seluruh Malaysia.



Sepanjang 50 tahun yang lalu, pelbagai inovasi telah dilancarkan bagi memudahkan penyediaan makanan serta memberikan rakyat Malaysia pelbagai pilihan sajian yang enak. Pada tahun 1969, sos MAGGI kesukaan ramai – Sos Tomato dan Sos Cili, pertama kali dihasilkan dan dibotolkan di Malaysia. Tidak lama kemudian, Mi MAGGI 2-Minit yang cukup ikonik dilancarkan pada tahun 1971. Pada tahun 1986, kiub pati ayam MAGGI, produk kulinari pertama, diperkenalkan untuk melazatkan lagi sajian rakyat Malaysia. Mara ke tahun 2020, dua MAGGI Mi Goreng baru diperkenalkan sebagai tanda penghargaan terhadap cinta rakyat Malaysia kepada rasa tempatan yang pedas dan asli. Sebagai jenama kepercayaan ramai rakyat Malaysia, jenama MAGGI kekal komited dalam misi mewujudkan detik-detik sajian enak yang mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulyusmar.com/2021/08/kempen-maggi-sah-malaysia-kembali-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ZulyusmarcomMalaysianLifestyleFoodBeveragesTravelTechnologyAnd

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bakal Keluar Album Baru Tidak Lama Lagi Yuna Rancang Kembali Ke Amerika Syarikat Setelah Setahun Di Malaysia

Hiburan Bakal Keluar Album Baru Tidak Lama Lagi Yuna Rancang Kembali Ke Amerika Syarikat Setelah Setahun Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 304 hits
Penyanyi kelahiran Malaysia Yuna memaklumkan bahawa dia merancang untuk kembali semula ke Los Angeles Amerika Syarikat bagi melunaskan perkara yang tertunggak ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Yuna sepanjang tempoh pandemik COVID 19 ini b...
Untuk Semua Rakyat Malaysia Aktiviti Ekonomi Kembali Dibuka

Untuk Semua Rakyat Malaysia Aktiviti Ekonomi Kembali Dibuka

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 284 hits
Berita Baik Untuk Semua Rakyat Malaysia Aktiviti Ekonomi Kembali DiBuka pada 16 Ogos 2021 Satu langkah positif dalam mengembalikan aktiviti rakyat selepas 18 bulan ketika kita diperintahkan dengan perlaksanaan PKP PKPB PKPP PKPD Total Lockd...
Senarai Exchanger Matawang Kripto Sah Berdaftar Security Malaysia

Senarai Exchanger Matawang Kripto Sah Berdaftar Security Malaysia

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 343 hits
Exchanger Cryptocurrency Sah Di Malaysia Akhir akhir ini banyak matawang kripto yang wujud di dunia Secara anggaran ada sekitar 1500 jenis syiling kripto yang ada di dunia Exchanger Crypto Sah Berdaftar Security MalaysiaMatawang kripto adal...
Porsche Akan Mula Operasi Pemasangan Di Malaysia Tahun Depan

Porsche Akan Mula Operasi Pemasangan Di Malaysia Tahun Depan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 597 hits
Mantap Lepas ni kena bangga Porsche Made in Kulim Porsche akan mula operasi CKD di Malaysia tahun depan pertama di luar Eropah BERITA tergempar Porsche secara rasmi mengumumkan bahawa mereka akan memulakan operasi CKD di Malaysia Kilang ini...
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 65 Tahun

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 65 Tahun

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 1053 hits
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke 65 Tahun Ia bukan sekadar ucapan yang lalu macam angin ia bukan ucapan yang tiada rasa di jiwa Laungkan semangatmu kerana cintakan negara ini Laungan Merdeka Merdeka Merdeka Dari dulu sampai kini tetap me...
Sah Malaysia Tidak Akan Bertanding Dalam Miss Universe 2021 Di Israel

Sah Malaysia Tidak Akan Bertanding Dalam Miss Universe 2021 Di Israel

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 297 hits
Francisca Luhong Miss Universe Malaysia 2020 Pix diambil dari Laman Facebook Rasmi Miss Universe Malaysia Teka teki mengenai adakah Malaysia bakal menghantar wakil ke pertandingan Miss Universe 2021 di Eliat Israel akhirnya terjawab apabila...
Resort World Genting Malaysia Akan Kembali Beroperasi

Resort World Genting Malaysia Akan Kembali Beroperasi

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 214 hits
Resort World Genting Malaysia akan kembali beroperasi dalam masa yang terdekat Khabarnya Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri turut menyambut baik keputusan Resort World Genting untuk membuka operasinya Ia salah satu petanda positif ...
Digelar Kembali Di Tahun Kedua Pandemi Pocari Sweat Bintang Sma 2021 Ingin Terus Dukung Generasi Muda Wujudkan Mimpi

Digelar Kembali Di Tahun Kedua Pandemi Pocari Sweat Bintang Sma 2021 Ingin Terus Dukung Generasi Muda Wujudkan Mimpi

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 252 hits
Pocari Sweat melalui ajang Bintang SMA 2021 ingin mewadahi bakat apa saja yang dimiliki pelajar SMA dan sederajat di seluruh Indonesia
Starbucks Malaysia Masih Sah Pemegang Sphm Jakim

Starbucks Malaysia Masih Sah Pemegang Sphm Jakim

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 170 hits
Starbucks Malaysia masih sah pemegang SPHM Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menjelaskan Starbucks Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah Ia sekali gus menafikan dakwaan mesej tular di aplikasi sosial Wh...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan