Ini 3 Resipi Seafood Kalau Korang Cuba Comfirm Jadi Sedap
Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye…
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih1 sudu teh garam1 sudu teh minyak bijan½ sudu teh serbuk lada sulahHirisan:
4 ulas bawang putih | cincang1 biji bawang besar | cincang3cm halia muda | hiris halus memanjangLain-lain:
4 biji telur1/2 sudu teh serbuk lada putih50gm daun bawang | potong 3cm1 sudu makan susu segarGaram secukup rasa2 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.Kacau rata dan tutup api.Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm1 sudu makan putih telur | pukul perlahan1/4sudu teh serbuk lada sulah2 sudu makan tepung jagungBahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili1 sudu makan kicap3 sudu makan air1 sudu makan tepung jagung1 sudu teh gulaSedikit garam jika perluBahan-bahan lain:4 ulas bawang putih | cincang kasar4 pokok daun bawang | potong 2-3cm5 tangkai cili kering | potong 2cm1/2 sudu teh perasa ikan bilisCARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.Tutup api, dan gaul rata.Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil1/2 sudu teh garam1/2 sudu teh serbuk kunyit1/2 serbuk lada sulahBahan tumisan:4 ulas bawang putih | cincang halus1 biji bawang besar | dadu kecil3cm halia muda | hiris halus memanjang3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkaiBahan-bahan lain:2 biji cili hijau | hiris bulat1 pokok daun ketumbar | hiris halus1/2 sudu teh serbuk lada hitam1/2 sudu makan serbuk kunyit1 sudu teh rempah masala1 biji tomato | potong dadu2 sudu makan air asam jawaGaram dan gula secukup rasa.2 sudu makan minyak masakCARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/ini-3-resipi-seafood-kalau-korang-cuba.html