20 Individu Sertai Parti Liar Didakwa Di Mahkamah
SERAMAI 20 individu termasuk empat remaja di bawah umur dihadapkan ke mahkamah di Georgetown, Pulau Pinang hari ini atas beberapa pertuduhan selepas ditahan ketika menghadiri parti liar di sebuah inap desa di Bukit Gambir, Ahad lalu.
Lama tak jumpa, ajak kekasih pesta dadah
GEORGETOWN: Seramai 20 individu termasuk empat remaja bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan parti di sebuah rumah di Bukit Gambir, dekat sini awal pagi Ahad lalu.
Mereka berusia antara 17 hingga 25 tahun.
Kesemua mereka termasuk empat remaja bawah umur berusia 17 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melanggar perintah PKP dengan menyertai parti persendirian untuk berhibur kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Bukit Gambir, Gelugor di sini.
Kesemua mereka didakwa di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
Hakim kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 kepada 16 tertuduh manakala empat remaja bawah umur dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,000 sementara mahkamah mendapatkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum sebutan semula kes pada 7 September ini.
Sementara itu di Mahkamah Majistret pula, kesemua mereka mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memiliki dadah iaitu masing-masing 0.5 gram (g) ketamin; 0.6g methamphetamine dan 0.56g kanabis di tempat dan tarikh yang sama.
Bagi kesalahan itu, mereka dituduh di bawah Seksyen 12 (3); Seksyen 6 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Majistret R. Manomani kemudiannya membenarkan empat tertuduh di bawah umur diikat jamin sebanyak RM500 bagi setiap pertuduhan (RM1,500 keseluruhan) manakala 16 tertuduh lain sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan (RM6,000 keseluruhan).
Mahkamah kemudian menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia.
Sementara itu di mahkamah sama, empat daripada mereka turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengambil dadah ketika dituduh di bawah Seksyen 15(1) ADB 1952.
Manomani kemudiannya membenarkan mereka diikat jamin sebanyak RM1,500 seorang dan tarikh 5 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.
Dalam pada itu di Mahkamah Majistret berasingan pula, enam daripada mereka mengaku tidak bersalah salah atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1) ADB 1952.
Penolong Pendaftar Mahkamah, Muna Maria Azmi kemudiannya membenarkan salah seorang daripadanya diikat jamin sebanyak RM1,500 manakala lima yang lain RM1,000 seorang dengan 5 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Kesemua tertuduh diwakili peguam RSN Rayer; Dzvuriyah Velayit Hussein dan S. Shathish.
Akhbar sebelum ini melaporkan polis menyerbu parti liar yang diadakan di sebuah inap desa jenis banglo tiga tingkat di Taman Starhill, Bukit Gambir dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam Ahad lalu.
Dalam serbuan itu, polis menahan seramai 20 individu iaitu 13 lelaki dan tujuh wanita berusia antara 17 hingga 25 tahun dan merampas dadah, kondom serta peralatan sistem audio.
ANGGOTA polis ketika serbuan dijalankan di sebuah inap desa di Taman Starhill, Bukit Gambir, George Town pagi tadi.
GEORGE TOWN – Gara-gara kemaruk seks dan ketagih dadah disebabkan lama tidak bertemu, pasangan kekasih antara 20 individu ditahan di sebuah inap desa di Taman Starhill, Bukit Gambir di sini awal pagi tadi.
Mereka terdiri 13 lelaki dan tujuh wanita yang masing-masing berusia antara 17 hingga 25 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK) kira-kira pukul 12.30 malam tadi.
Semasa serbuan, kesemua lelaki dan wanita tempatan yang bekerja sebagai operator kilang, penghantar makanan dan pembantu kedai itu didapati berada di ruang tamu rumah banglo tiga tingkat tersebut.
Sumber berkata, individu terbabit dikatakan sanggup merentas daerah iaitu datang dari kawasan Balik Pulau dan Bayan Lepas semata-mata mahu melepaskan gian dadah bersama rakan termasuk kemaruk seks dengan pasangan kekasih.
Menurutnya, turut ditemui semasa pemeriksaan dijalankan adalah bungkusan dadah dipercayai jenis Methamphetamine dan kondom di ruang tamu berkenaan termasuk set karaoke.
“Mereka terkedu sebaik melihat kehadiran anggota polis dan ketika itu mereka tidak sempat melarikan diri disebabkan kawasan kediaman banglo itu telah dikepung.
“Siasatan mendapati, mereka menyewa inap desa itu pada harga RM800 untuk satu malam iaitu dari pukul 3 petang semalam hingga hari ini. Mereka berkongsi duit sebanyak RM70 seorang.
“Hasil soal siasat ke atas beberapa pasangan kekasih mendapati yang mereka datang ke situ untuk berhibur kerana sudah lama tidak bertemu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada Kosmo! di sini.
Jelas sumber lagi, kesemua mereka yang didapati positif dadah jenis Methamphtemine kini ditahan reman selama empat hari sehingga 4 Ogos ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan tangkapan tersebut. – K! ONLINE
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/20-individu-sertai-parti-liar-didakwa.html