Penerbit Filem Babi Didakwa Di Mahkamah


Hidir Reduan Abdul Rashid

Penerbit filem 'Babi' yang mencetuskan kontroversi pada tahun lalu dihadapkan ke mahkamah majistret hari ini berhubung penerbitan filem berkenaan.
Toh Han Boon bagaimanapun mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret atas tuduhan menerbitkan filem itu dan mempromosikannya melalui poster filem, tanpa lesen yang sah dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Ketika dihubungi hari ini, peguam bela kepada penerbit filem berusia 35 tahun itu, Haijan Omar berkata, anak guamnya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan PJU 7 / 8B Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, sekitar jam 6 petang pada 18 November tahun lalu.
"Tarikh berikutnya (untuk sebutan kes) adalah pada 14 Oktober untuk (penyerahan) dokumen," kata Haijan.
Menurut salinan kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol hari ini, Toh meminta dibicarakan atas tuduhan di bawah Seksyen 22 (1) Akta Finas.
Kertas pertuduhan itu menyatakan bahawa mengikut Seksyen 25 Akta terbabit jika sabit kesalahan boleh didenda hingga RM50,000, penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya.
Haijan menjelaskan bahawa semasa prosiding hari ini, timbalan pendakwa raya (DPP) Zamriah Zarifah Aris memohon mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM8,000.
Peguam itu berkata DPP juga meminta mengenakan syarat jaminan tambahan, iaitu untuk tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri kepada balai polis terdekat sebulan sekali.
Haijan menambah, dia membantah syarat jaminan tambahan itu dengan alasan perkara itu tidak munasabah memandangkan jenis kesalahan yang didakwa dilakukan anak guamnya.
Unsur perkauman
Pada 11 Disember tahun lalu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadap filem tersebut, dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur perkauman yang menjejaskan imej Malaysia.
Pada 13 Disember, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta Seniman mengemukakan aduan bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap kandungan filem tersebut.
Dilaporkan filem itu memaparkan dakwaan keganasan di sekolah menengah di sebuah bandar kecil di selatan Malaysia, pada tahun 2000.
Meskipun diharamkan di Malaysia, filem ini mendapat pencalonan untuk anugerah antarabangsa, antaranya dari International Thai Film Festival 2020, Around International Film Festival di Berlin untuk kategori filem cereka terbaik, dan Lagu Filem terbaik di Taipei Golden Horse Film Festival 2020.
Mendapat sentuhan sulung Wee Meng Chee atau Namewee, filem ini juga  menerima dua pencalonan di Open World Toronto Film Festival untuk kategori Pelakon Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Sementara itu, melalui catatan Facebook yang dimuat naik petang ini, Namewee memaklumkan yang Toh telah dibebaskan setelah membayar wang jaminan.
Melalui catatan tersebut, dia berharap kes itu mendapat perbicaraan yang adil, memandangkan perkara itu melibatkan pembuat filem dan tidak berniat jahat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/penerbit-filem-babi-didakwa-di-mahkamah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terbit Dan Pamer Poster Filem Babi Penerbit Mengaku Tak Salah

Terbit Dan Pamer Poster Filem Babi Penerbit Mengaku Tak Salah

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 274 hits
Ho Kit YenPenerbit filem Babi Toh Han Boon dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari iniPETALING JAYA Seorang penerbit tempatan yang dihadapkan ke mahkamah majistret di sini mohon dibicarakan atas tuduhan menerbitkan filem Babi ta...
Bekas Ketua Penolong Do Didakwa Di Mahkamah Kerana Rasuah

Bekas Ketua Penolong Do Didakwa Di Mahkamah Kerana Rasuah

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 267 hits
Bekas ketua penolong DO didakwa di mahkamah kerana rasuahSource https malaysiagazette com 2021 07 27 bekas ketua penolong do didakwa di mahkamah kerana rasuah respond Bekas ketua penolongDO didakwa mahkamah kerana rasuah
Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis Ambil Dadah Didakwa Di Mahkamah

Bekas Ratu Cantik Tumbuk Polis Ambil Dadah Didakwa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 277 hits
AGENDA DAILY Bekas ratu cantik didakwa atas dua pertuduhan Seorang bekas ratu cantik didakwa atas dua pertuduhan iaitu menumbuk anggota polis dan menggunakan dadah berbahaya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini Kohinoor Damodaran Ka...
Mahkamah Tolak Permohonan Tiga Individu Cabar Keputusan Lanjut Lesen Operasi Lynas

Mahkamah Tolak Permohonan Tiga Individu Cabar Keputusan Lanjut Lesen Operasi Lynas

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Tiga individu hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk mencabar keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas anggota Kabinetnya melanjutkan lesen kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd sel...
Hiburan Sekiranya Saya Kena Bela Diri Di Mahkamah Saya Akan Buat Dengan Petunjuk Allah Caprice

Hiburan Sekiranya Saya Kena Bela Diri Di Mahkamah Saya Akan Buat Dengan Petunjuk Allah Caprice

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 234 hits
Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menerusi sesi langsung di media sosial hari ini tampil mempertahankan diri dan menepis dakwaan tidak berasas yang dibuat beberapa individu mengenai isu kemanusiaannya ke Gaza Penjelasan yang diberikan Ustaz...
Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 194 hits
MOHD MUKHLIS Nampaknya SS sudah di tuduh di mahkamah di bawah akta wang haram pecah amanah di bawah 2 pertuduhan 1 Antara 8 April 2018 dan 21 April 2018 di Maybank KL dana yang disalahgunakan menyumbang untuk PRU 14 sebanyak RM120k yang dik...
Kes 1mdb Mahkamah Tangguh Pemeriksaan Barang Kemas Oleh Najib Dan Rosmah

Kes 1mdb Mahkamah Tangguh Pemeriksaan Barang Kemas Oleh Najib Dan Rosmah

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 191 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak isterinya Rosmah Mansor serta pemilik syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL dari Lubnan Samer Halimeh masih belum dapat memeriksa 11 991 unit barang kemas yang kini disimpan dalam lebih 90 buah k...
Hapus Hutang Tapi Peneroka Didakwa Kena Serah Kebun Kepada Felda

Hapus Hutang Tapi Peneroka Didakwa Kena Serah Kebun Kepada Felda

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 411 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONMinggu lalu kerajaan secara dasar telah bersetuju dengan cadangan FELDA untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8 3 bilion Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dalam kenyataannya sempena Hari Pe...
5789 Ppim Desak Individu Dera Remaja Oku Didakwa Sinar Harian 13 07 2021

5789 Ppim Desak Individu Dera Remaja Oku Didakwa Sinar Harian 13 07 2021

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak polis menyiasat segera kes seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya dan mendakwa suspek di mahkamah Pengerusinya Datuk Nadzim Johan berkata PPIM mengutuk sekeras kerasnya perbuatan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp