20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurutera Gred J41


20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurutera Gred J41. Dipanggil peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik Jurutera Gred J41 bulan ini? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikometrik psikologi dan psikometrik matematik. Disini kami akan kongsikan contoh-contoh soalan ujian psikometrik bagi ujian psikometrik Jurutera Gred J41.
Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam penilaian pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit hingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 196 soalan.
Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab soalan ujian psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting..
Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya dan bagaimana cara menjawabnya!
Format Soalan Ujian Psikometrik SPA Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan ujian psikometrik ini.
Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 196 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.
Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan. Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :
PersonalitiMotivasiKejujuranIntegritiKebolehan SosialKestabilan Emosi; danDisiplin Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!
Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;
Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.Saya tidak suka pandangan saya ditolak.Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri. Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.
Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.
Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.
Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.
Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.
Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;
Pembantu Perawatan KesihatanPembantu PendaftaranPembantu ArkibPenghantar NotisPembantu AwamPembantu Pegawai LatihanPembantu TadbirPembantu PenilaianPembantu Hal Ehwal IslamPenolong Pegawai Seni BinaPembantu OperasiPemandu KenderaanPegawai Pemulihan PerubatanPegawai PsikologiPemeriksa Kilang dan JenteraPenolong Pemeriksa Kilang dan JenteraPembantu OperasiOperator WayarlessPemandu/Operator Jentera PemunggahPegawai SainsPengawal KeselamatanJururawatPenolong Pemeriksa Kilang dan JenteraPenolong Pegawai Perancang Bandar dan desaJuruteraPengajarJawatan lain yang ditentukan pihak SPA Senarai jawatan yang memerlukan menjawab ujian psikometrik ditambah dari masa ke semasa oleh pihak SPA.
20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurutera Gred J41 Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 25 contoh soalan psikometrik Jurutera Gred J41 yang berkemungkinan akan ditanya;
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.
A) Sangat setujuB) SetujuC) Tidak pastiD) Tidak setujuE) Sangat tdak setuju 8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.
A) Sangat setujuB) SetujuC) Tidak pastiD) Tidak setujuE) Sangat tidak setuju 11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
A) Sangat tidak setujuB) Agak tidak setujuC) Tidak setuju mahu pun setujuD) Agak setujuE) Sangat setuju 13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
A) Sangat tidak setujuB) Agak tidak setujuC) Tidak setuju mahu pun setujuD) Agak setujuE) Sangat setuju 14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 15. Saya mudah berasa bosan.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
A) Sangat tidak setujuB) Agak tidak setujuC) Tidak setuju mahu pun setujuD) Agak setujuE) Sangat setuju 18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.
A) Sangat setujuB) SetujuC) Tidak pastiD) Tidak setujuE) Sangat tidak setuju 19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.
A) Sangat kerapB) KerapC) Tidak pastiD) Kadang-kadangE) Tidak pernah 20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
A) Sangat tidak setujuB) Agak tidak setujuC) Tidak setuju mahu pun setujuD) Agak setujuE) Sangat setuju Contoh Soalan Matematik Psikometrik Jurutera Gred J41 1. Sisi satu segi empat sama ialah (2meter persegi + 9) cm. Cari perimeter segi empat sama tersebut, jika nilai m lebih dari 3 dan kurang dari 5 ?
A. 141B. 164C. 154D. 192 2. Berapakah nilai hasil tambah bagi nilai digit 6 dan nilai digit 4 dalam 65489 dan 6% daripada hasil tambah itu.
A. 2340B. 3730C. 2700D. 3624 3. Berapakah nilai jika hasil darab 502 X 87 dibundarkan kepada ribu yang terdekat dan dibahagikan kepada 220.
A. 200B. 305C. 450D. 556 4. Setelah dinaikkan sebanyak 10%, gaji cikgu Hafiz menjadi RM 4400, gaji isterinya hanya 4/5 daripada gaji asal cikgu Hafiz. Hitungkan jumlah gaji mereka sebelum kenaikan.
A. RM 7550.00B. RM 6500.00C. RM 7200.00D. RM 8104.00 5. Luas sebuah segi empat tepat adalah 64 CM padu. Jika panjang segi empat itu adalah 16 cm, cari lebar segi empat tepat tersebut.
A. 4 CMB. 5 CMC. 6 CMD. 9 CM Nota: Sejak tahun 2019, ujian psikometrik tiada lagi bahagian Matematik. Walaubagaimanapun, dalam eBook Ujian Psikometrik yang kami berikan kepada anda disertakan bahagian matematik ini sebagai persediaan jika matematik ada nanti.
Dapatkan 200 Contoh Soalan Psikometrik Jurutera Gred J41 Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.
Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan terkini ujian psikometrik. Dimuatkan juga 200++ Contoh Soalan Psikometrik Untuk Rujukan anda.
Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.
P/S: Selepas pembelian disahkan. Akses link untuk muat turun eBook akan di emailkan kepada anda. Tiada sebarang pengeposan dilakukan, eBook ini merupakan Buku Digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang dan dapat sekarang, walaupun exam anda hari esok! Jadual Terkini Ujian Psikometrik Jurutera Gred J41 Jurutera Gred J41 (Sabah)Jabatan Penyiaran MalaysiaPeperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian PsikometrikTarikh Peperiksaan : 30 September 2021
Jurutera Gred J41 (Sarawak)Jabatan Penyiaran MalaysiaPeperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian PsikometrikTarikh Peperiksaan : 30 September 2021
Jurutera Gred J41 (Semenanjung)Jabatan Penyiaran MalaysiaPeperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian PsikometrikTarikh Peperiksaan : 30 September 2021 Semoga perkongsian 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurutera Gred J41 ini membantu anda memahami bentuk soalan dan buat latih tubi bagaimana soalan psikometrik dijawab.
Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain yang terlibat dengan peperiksaan nanti.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Siasatan P41 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurutera Gred J41 Tips Memulakan Bisnes Air Balang + Bonus 6 Resepi Terbaik Bantuan Khas RM600 Kepada Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah, RM300 Kepada Pesara Kerajaan Pengeluaran Akaun 1 KWSP Dibenarkan Sehingga RM500 Sebulan Secara Bersasar Untuk 12 Bulan The post 20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurutera Gred J41 appeared first on Elih Japahar.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://elihjapahar.net/20-contoh-soalan-ujian-psikometrik-jurutera-gred-j41/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kit Ujian Kendiri Oximeter Untuk Keluarga B40

Kit Ujian Kendiri Oximeter Untuk Keluarga B40

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 218 hits
Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian PPC buat masa ini akan dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang sudah berkeluarga PETALING JAYA Putrajaya akan menyediakan Pakej Penjagaan Covid 19 kepada keluarga B40 membabitkan peruntuk...
Dua Jenis Penyakit Mata Ini Banyak Berlaku Pada Bayi Kanak Kanak Buatlah Ujian Penglihatan Mata Seawal Yang Boleh

Dua Jenis Penyakit Mata Ini Banyak Berlaku Pada Bayi Kanak Kanak Buatlah Ujian Penglihatan Mata Seawal Yang Boleh

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 322 hits
Masih ada individu yang terkeliru atau tertukar di antara kondisi yang dikenali sebagai mata juling dengan mata malas Kenyataannya kedua dua keadaan kesihatan ini adalah berbeza sama sekali meskipun ia berlaku pada organ mata juga Untuk men...
Sambal Sotong Ujian Buat Kita

Sambal Sotong Ujian Buat Kita

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 196 hits
Assalamualaikum MERABA RABA menaip malam ni sebab lupa kat mana letak cermin mata Sejak mengalami rabun dekat Sk memerlukan cermin mata untuk membaca dan tengok handphone Dah remaja purba la katakan Bertabah Bertabah lagi bila semalam dua o...
Ujian Amaran Tsunami Di Sabah Hari Ini

Ujian Amaran Tsunami Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 312 hits
Pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia itu akan diadakan di Masjid Puncak Taqwa Pekan Kinarut sekitar pukul 2 30 petang hingga 4 00 petang PETALING JAYA Jabatan Meteorologi Malaysia dijadual melaksanakan pengujian siren Sistem ...
Guna Kod Qr Pada Kit Ujian Kendiri Covid 19 Untuk Kesan Keputusan Negatif Kata Pakar

Guna Kod Qr Pada Kit Ujian Kendiri Covid 19 Untuk Kesan Keputusan Negatif Kata Pakar

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 224 hits
Buat masa ini butiran mereka yang membeli kit ujian kendiri Covid 19 dari farmasi direkod GEORGE TOWN Kod QR ringkas boleh menjadi jawapan kepada masalah keputusan ujian Covid 19 negatif yang tidak dilaporkan Mengulas kenyataan kerajaan bah...
Korea Selatan Lancar Misil Balistik Pertama Beberapa Jam Lepas Ujian Misil Korea Utara

Korea Selatan Lancar Misil Balistik Pertama Beberapa Jam Lepas Ujian Misil Korea Utara

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 259 hits
Korea Selatan melancarkan sebuah peluru berpandu balistik hari ini beberapa jam selepas pelancaran dua misil Korea Utara di Selatan Pyongan Menurut BBC ujian di bawah pengawasan Presiden Moon Jae in ini adalah sebagai amaran keras kepada Ko...
Pelakon Lafazkan Talak Tak Sampai Sebulan Berkahwin Ragu Dengan Status Anak Kembali Rujuk Lepas Buat Ujian Dna

Pelakon Lafazkan Talak Tak Sampai Sebulan Berkahwin Ragu Dengan Status Anak Kembali Rujuk Lepas Buat Ujian Dna

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 223 hits
Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia Rizki Syafaruddin atau lebih dikenali sebagai Rizki DA sebelum ini dipercayai mempertikai kehamilan isterinya Nadya Mustika Rahayu kerana usia kandungannya pada ketika itu dikataka tidak selari dengan...
Orangutan Di 2 Fasiliti Di Sabah Dikenakan Ujian Covid 19

Orangutan Di 2 Fasiliti Di Sabah Dikenakan Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 250 hits
Orangutan di dua fasiliti di Sabah dikenakan ujian Covid 19 Syukurlah semua orangutan negatif Covid 19 KOTA KINABALU Jabatan Hidupan Liar Sabah telah mengambil inisiatif untuk melakukan ujian saringan terhadap semua orangutan yang berada da...
Jawatan Kosong Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred Ja29

Jawatan Kosong Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera Gred Ja29

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 513 hits
Jawatan Kosong Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 ini merujuk kepada permohonan jawatan terkini yang sedang dibuka oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia SPA menawarkan sebanyak 2 kekosongan dan 8 simpanan bagi pengambilan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat