Orangutan Di 2 Fasiliti Di Sabah Dikenakan Ujian Covid 19


Orangutan di dua fasiliti di Sabah dikenakan ujian Covid-19 “Syukurlah, semua orangutan negatif Covid-19. KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah telah mengambil inisiatif untuk melakukan ujian saringan terhadap semua orangutan yang berada dalam jagaan di setiap fasiliti iaitu di Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok dan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi.

Doktor Haiwan Jabatan Hidupan Liar Sabah melakukan ujian sapu pada orang utan di Sepilok. Hal ini berikutan jumlah kes harian Covid-19 di Sabah yang melambung tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


“Oleh kerana kami mempunyai kes positif Covid-19 dalam kalangan penjaga dan kakitangan yang bekerja di dua fasiliti di Sabah yang menempatkan orangutan tawanan dan separa tawanan, kami dengan segera melakukan penutupan menyeluruh terhadap kemudahan primata dengan menguji semua orangutan untuk memastikan bahawa mereka bebas daripada jangkitan” kata Penolong Pengarah dan Doktor Veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Sen Nathan.


“Melakukan ujian saringan Covid-19 telah menjadi perkara penting dalam membantu mengatasi wabak ini, dan sama pentingnya bagi populasi orangutan ini kerana penyakit ini terbukti dapat memudaratkan kesihatan dan pemulihan mereka.

Semua keputusan ujian saringan adalah negative dan hal ini membuktikan penjagaan ketat yang dilakukan oleh kakitangan kami,” tambah beliau.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, sebanyak 30 orangutan diuji oleh pasukan veterinar dari Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Wildife Rescue Unit (WRU) yang diketuai oleh Dr Rosa Sipangkui, Dr Nabila Sarkawi dan dibantu oleh Dr Mischellena Samanthan dan Dr Uma Maheswary Kalamanathan.


“Syukurlah, semua orangutan negatif Covid-19.

“Saya telah mengarahkan pasukan veterinar kami untuk terus memantau semua orangutan dengan teliti sekiranya terdapat sebarang simptom dan gejala jangkitan Covid-19 dengan mengulangi ujian saringan secara berjadual,” kata Augustine.


“Ini merupakan kali pertama orangutan diuji menggunakan ujian saringan Antigen Covid-19 di seluruh Malaysia. Hal ini kerana sudah menjadi keutamaan kami untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan orangutan diberi perawatan veterinar terbaik,” tambahnya.

“Kami sangat berterima kasih kepada Datuk Sue Sheward, Pengerusi Orangutan Appeal UK (OAUK) kerana tanpa ragu-ragu telah membantu kami dalam pembiayaan kit ujian Antigen Covid-19, oksimeter nadi, dan ubat pencegahan untuk orangutan serta kakitangan Sepilok dan WRU,” kata Augustine.

Sue berkata, OAUK berasa bangga dapat memberikan dana untuk kit ujian Antigen COVID-19, oksimeter nadi dan ubat pencegahan untuk orangutan dan kakitangan Sepilok dan Wildlife Rescue Unit (WRU) Sabah.

“Orangutan berkongsi 96.4% DNA dengan manusia.

Oleh itu, hal ini amatlah penting sekiranya kita dapat memeriksa virus ini terhadap orangutan agar dapat terus melindungi spesies ini. Kesihatan dan kesejahteraan kakitangan juga tidak kurang sama pentingnya. Mereka telah bekerja seperti sedia kala sepanjang pandemik ini agar dapat memberikan tahap penjagaan yang terbaik seperti yang mereka sering lakukan,” kata Sue.


“OAUK gembira mendengar semua keputusan ujian yang dilakukan ke atas orangutan adalah negatif. Kakitangan di Sepilok patut diberikan penghargaan atas komitmen mereka yang berterusan terhadap penjagaan terbaik yang mereka sediakan untuk orangutan terutama sekali pada masa-masa sukar ini,” tambahnya..

Pada tahun ini, OAUK juga akan memberi sokongan terhadap aktiviti pemuliharaan yang akan dijalankan oleh unit Jabatan Hidupan Liar yang baru dibentuk iaitu Endangered Species Conservation Unit (ESCU) yang berpusat di Lahad Datu selain Wildlife Rescue Unit (WRU) dan Sepilok Orangutan Appeal.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/orangutan-di-2-fasiliti-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Jalankan Ujian Swab Terhadap Orang Utan Selepas Kakitangan Pusat Konservasi Disahkan Positif Covid

Sabah Jalankan Ujian Swab Terhadap Orang Utan Selepas Kakitangan Pusat Konservasi Disahkan Positif Covid

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 168 hits
Ahli veterinar akan terus memantau spesies itu dan ujian akan terus dijalankan secara berkala Ujian swab Covid 19 orang utan dijalankan oleh ahli veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah berpakaian lengkap selepas kakitangan pusat rehabilitasi ...
Belum Ada Yang Dapat Diraikan Dalam Peperangan Melawan Covid 19 Kes Di Sabah Naik Semula

Belum Ada Yang Dapat Diraikan Dalam Peperangan Melawan Covid 19 Kes Di Sabah Naik Semula

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 281 hits
Masidi Sebanyak 39 0 penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi dos vaksin yang lengkap dan 58 4 telahpun mengambil satu dos setakat 3petang hari ini KOTA KINABALU Kes harian Covid 19 di Sabah naik semula ke 2 594 hari ini penambahan...
Harga Jualan Maksimum Kit Ujian Pantas Covid 19 Rm19 90

Harga Jualan Maksimum Kit Ujian Pantas Covid 19 Rm19 90

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 194 hits
Harga runcit maksimum kit ujian kendiri COVID 19 ditetapkan RM19 90 Harga runcit maksimum kit ujian kendiri Covid 19 ditetapkan RM19 90 PUTRAJAYA Harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen Covid 19 di pasaran tempatan ditetapkan RM...
Tujuh Lokaliti Di Kelantan Pahang Dan Sabah Dikenakan Pkpd

Tujuh Lokaliti Di Kelantan Pahang Dan Sabah Dikenakan Pkpd

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh GAMBAR Abd Razak Aid SEBANYAK tujuh lagi lokaliti di tiga negeri akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan susulan peningkatan kes positif COVID 19 PKPD terbaharu itu melibatkan kawasan di Kelantan Pahang dan S...
Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Terus Menurun Hari Ini 2 310

Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Terus Menurun Hari Ini 2 310

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 309 hits
Foto Fail BERNAMA Masidi Kita berharap 40 penduduk dewasa Sabah akan memperolehi vaksin yang lengkap menjelang malam Hari Kebangsaan KOTA KINABALU Sabah mencatatkan 2 310 kes baharu hari ini turun 268 kes berbanding kelmarin Menteri Kerajaa...
Apa Hasil Penangkapan Warga Asing Terhadap Kes Covid 19 Di Sabah

Apa Hasil Penangkapan Warga Asing Terhadap Kes Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 177 hits
Layanan pihak berkuasa di Malaysia terhadap pekerja warga asing di Sabah ketika pandemik Covid 19 mendapat perhatian antarabangsa dan menjadi topik perbincangan dalam persidangan maya yang merangkumi wakil suruhanjaya hak asasi manusia Mala...
Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

Kes Baru Covid 19 Di Malaysia Menurun Kepada 18 762 Hari Ini Tetapi Sabah Sarawak Menghampiri Selangor

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 222 hits
18 762 Kes Positif Baharu COVID 19 PETALING JAYA Kementerian Kesihatan melaporkan 18 762 kes baharu Covid 19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1 765 016 kes setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkat...
Covid 19 Sabah Johor Kekal Angka Lebih 2 000 Kes Baharu

Covid 19 Sabah Johor Kekal Angka Lebih 2 000 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 235 hits
AGENDA DAILY Data 3 September 2021 Tujuh negeri dan wilayah di seluruh negara merekodkan peningkatan jangkitan baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Negeri terbabit ialah Sabah Pulau Pinang Perak Kelantan Johor Ku...
95 1 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Kategori 1 2 Masidi

95 1 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Kategori 1 2 Masidi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 268 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata 95 1 daripada jumlah keseluruhan kes baharu di negeri itu adalah dalam kategori satu dan dua Katanya dar...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily