20 Amalan Yang Meluaskan Pintu Rezeki Kepada Kita Rileks Media


1. Beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Menjauhi Dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Mengingati Allah
Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
6. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghi langkan kesu sahan, kese dihan, dan kesuka ran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
9. Amal Kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Seawal Pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Mengeratkan Silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan a jalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi Kekal Berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Zikir Dan Bacaan Ayat Quran Tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar
Siapa berusaha, dia akan berjaya. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)
Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Gambar sekadar hiasan
Sumber: JAIS 
Source link
The post 20 Amalan Yang Meluaskan Pintu Rezeki Kepada Kita – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/20-amalan-yang-meluaskan-pintu-rezeki-kepada-kita-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rahsia Amalan Suami Isteri Ini Kaya Raya Rezeki Datang Tak Putus Putus Wajib Amalkan Rileks Media

Rahsia Amalan Suami Isteri Ini Kaya Raya Rezeki Datang Tak Putus Putus Wajib Amalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 446 hits
Jika sebelum ini kita rasa rezeki kita macam tak cukup ada saja yang tak kena Salahnya mungkin ada pada kita sendiri Memang betul kita kena bersyukur tapi kita juga wajib usaha untuk mendapat rezeki yang lebih dari Allah Namun usaha je tak ...
Allah Lapangkan Pintu Rezeki Bila Tidak Berkira Dengan Adik Beradik Rileks Media

Allah Lapangkan Pintu Rezeki Bila Tidak Berkira Dengan Adik Beradik Rileks Media

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 570 hits
Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu sebab tu penting jaga hu bungan dengan adik beradik Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki lebih Bantula...
Berbuat Baik Kepada Isteri Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka Rileks Media

Berbuat Baik Kepada Isteri Rezeki Datang Dari Jalan Yang Tidak Disangka Sangka Rileks Media

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 381 hits
Sedang duduk di bengkel servis kereta yang diguna oleh bidadari saya Kena ganti absorber Macam macam kena ganti Yerlah dah sampai waktunya Teruk dah rasanya Ya Allah kasihan bidadari dan anak anak selalu guna kereta ni Tak bagitahu apa apa ...
2 Amalan Sunnah Ini Selepas Solat Subuh Dan Maghrib Besar Manfaatnya Rileks Media

2 Amalan Sunnah Ini Selepas Solat Subuh Dan Maghrib Besar Manfaatnya Rileks Media

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 521 hits
Pertama Membaca sebanyak 10 kali dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata kata sehingga selesai bacaan Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya BagiNya segala kerajaan dan segala pujian Dialah yang men...
Rezeki Melimpah Ruah Sebab Jujur Tak Pernah Tinggal Doakan Ibu Bapa Dan Isteri Rileks Media

Rezeki Melimpah Ruah Sebab Jujur Tak Pernah Tinggal Doakan Ibu Bapa Dan Isteri Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 456 hits
Terkadang kita melihat ada pasangan suami isteri bekerja siang dan malam namun hidup mereka terasa sentiasa sempit Pun begitu ada pula sebahagiannya dari sehari ke sehari rezeki yang Allah kurniakan semakin bertambah tambah dan dinikmati de...
Lapan Pintu Syurga Terbuka Jika Berdoa Selepas Wuduk Jom Amalkan Rileks Media

Lapan Pintu Syurga Terbuka Jika Berdoa Selepas Wuduk Jom Amalkan Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 398 hits
Diriwayatkan dari Umar bin al Khaththab radhiyallahu anhuma berkata Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda Barangsiapa yang berwuduk lalu mengucapkan Asyhadu allaa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalahu wa asyhadu anna Muhammadan ...
3 Cara Dalam Islam Yang Paling Berkesan Untuk Menarik Rezeki Melimpah Ruah Rileks Media

3 Cara Dalam Islam Yang Paling Berkesan Untuk Menarik Rezeki Melimpah Ruah Rileks Media

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 491 hits
3 cara dalam islam yang paling berkesan untuk menarik rezeki melimpah ruah Yang pertama Menarik Rezeki Dengan Bersedekah Ramai yg tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu utk membawa rezeki yg melimpah ruah kepada si pemberi rezeki Amalan ...
Zikir Mudah Menjemput Rezeki Kalau Diamalkan Anda Akan Terkejut Rezeki Datang Rileks Media

Zikir Mudah Menjemput Rezeki Kalau Diamalkan Anda Akan Terkejut Rezeki Datang Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 371 hits
Memperbanyak Membaca La hawla Wala Quwwata Illa billah Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah Membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin Barangsiapa setiap hari membaca ...
Kisah Rezeki Dan Barakah Rileks Media

Kisah Rezeki Dan Barakah Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 420 hits
Ada seorang lelaki tua ni di zaman Nabi Musa a s dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi macam terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia Hari hari memang rezeki dia ada sebuku roti je Suatu hari Nabi M...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner