2 Tahun Tunggu Akhirnya Dah Cabut Braces
Setelah 2 tahun setengah, sekarang dah boleh buka braces!
Yahuu. Ekceli patutnya doctor estimate dalam 1 tahun setengah je tapi gigi aku lambat gerak, plus aku asyik skip appointment wakakak memang makin lambat la settlenya
Rupanya nak buka braces ni lagi hazabbb daripada masa pasang. Jenuh doctor nak cabut benda yang dah memang melekat dekat gigi kau selama 2 tahun. Time dia nak cabut bracket tu aku rasa macam gigi sekali dengan otak dan kewarasan aku sekali tercabut. Sakit wey hahaha . Tapi bila dah cabut tu fuh lega
Masa dah siap cabut tu, doctor bagi aku tengok cermin, rasa macam eeee buruknya haha . Bukan gigi yang buruk tapi sebab rasa muka nampak pelik without braces. Bila dah otw balik, dalam kereta selfie selfie baru lah mula terima perubahan baru and sukakan condition gigi yang sekarang. Dah rata dan tersusun cantik. Idok la kona kona senget benget macam gigi lama dulu haha. Aku nak letak gambar lama dulu pun segan weh . Orang kata tak baik buka aib sendiri wakakakaka
So dengan itu, sekian pelaburan saya untuk mendapatkan gigi cantik. Braces aku pakai jenis Damon metal braces . Self ligating type. Aku lupa la pulak nak ambik gambar comparison jenis jenis braces dekat klinik tadi. Tapi tak silap sekarang harga dalam RM5K kot. Jenis self ligating ni lagi cepat bergerak compared dengan traditional braces yang warna warni orang pakai. Cuma yang ni takde la ko nak berangan pakai getah warna warni sebab takde. Ko cuma pakai power chain warna kelabu yang kelamaan bertukar hijau kekuningan yang seakan lumut tepi akuarium .
Kiri; self- ligating . kanan; traditional/conventional brace
Bab sakit, sepanjang aku pakai braces ni setakat sakit kepala la kot awal awal tu. Bila doctor tukar wayar & power chain. Tiap kali lepas appointment mesti macam nak cabut kepala letak tepi jap sebab sakit gigi kena tarik. Tapi kalau makan pain killer boleh control sakit tu. Yang hazab time nak mengunyah. Tapi aku sempoi je belasah makan benda keras. Bracket tu ada kot 3,4 kali tercabut. First time tercabut sebab makan ciken wing IKEA wakaka . Nasib tak tertelan bracket tu, kalau tak haruuu.
nampak tak bahagian bawah gigi macam ada getah lilit besi? tu la powerchain. kuat woo dia tarik gigi kita. tiap kali tukar power chain, tiap kali tu rasa nak demam haha. nak tarik nafas pun rasa berdosa sebab ngilu gigi and sakit kepala
last selfie with braces
So demikian lah tamat kisah si Farah bergigi besi. Special thanks to Dr Raymond untuk sepanjang 2 tahun ni bersabar dan bertabah dengan aku yang ikut suka appointment skip skip, countless drama bracket tercabut, dan melayan progress gigi yang slow . Thanks Doctor . Makanya siapa berniat nak buat braces tu, nasihat aku.
Takyah lahhh sakit kot! Hahahahaa
Tapiii berbaloi! Puas hati! Dan yang bestnya aku recommend buat dekat Dr Raymond ni sebab dia soft spoken gila. Bila macam ada pressure or dia nak tekan kuat ke apa mesti cakap "sorry ya, tekanan sikit" . Lepastu selalu buat kita selesa & dia buat apa apa pun lembut je tak kasar. Suruh buka mulut luas luas pun cakap elok elok. Walaupun aku secara tak sedar asyik tertutup tutup mulut, tapi dia sabar je minta aku nganga luas lagi.
View this post on Instagram
Glad to see you brace free @frhdafri 😄. See you for your retainer appointment soon 🤗. #Repost @frhdafri ・・・ Finally i can say "Happy New Year" to myself! i'm freeeee 😭 no more #braceface . New Year, New Me heeeee . i'm so happy with the result (walaupun tak seputih dalam gambar, takpe ni boleh setel nanti) and swipe till the end to see my excited expression video. Jakun tengok gigi sendiri muahhaha 😂 . #SnowA post shared by Dr Ray & Partners Dental (@drrayandpartners) on Jan 8, 2019 at 3:11am PST
K la nak service tiptop , harga pun berpatutan, boleh pergi Klinik Dr. Ray & Partners dekat Cheras okay? Sebut nama aku tau kot kot ada dia nak bagi affiliate ke hakhakhak
Tunggu rajin sikit nanti aku buat FAQ pasal braces untuk rujukan korang yang teringin nak buat braces ok
Last but not least;
HELOK TAK GIGI SIS?
related search : wajib pakai retainer lepas buka braces? , sakit tak pakai braces, pengalaman pakai braces, berapa kos braces, berapa harga pakai braces, klinik murah braces, pakai braces cepat gerak, jenis braces yang bagus, klinik braces ampang, klinik braces kl, klinik braces cheras, klinik braces selangor, jenis jenis braces, braces warna warni, procedure pakai braces, cara cara pakai braces, langkah langkah pakai braces, pakai braces sakit ke, braces apa kurang sakit, jenis gigi perlu pakai braces, pakai braces kena cabut gigi, pakai braces tak cabut gigi, braces gigi jarang, braces gigi berlapis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://blog.farahdafri.com/2019/01/2-tahun-tunggu-akhirnya-dah-cabut-braces.html