2 Lelaki Cuba Seludup Keluar Minyak Masak Bersubsidi Berjaya Ditahan


SUSPEK: Kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Semporna untuk siasatan lanjut. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

SEMPORNA: Dua lelaki disyaki cuba menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran berjaya ditahan di perairan Pulau Mataking, di sini pagi tadi.


Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang menjalankan tugas rondaan mengesan pergerakan sebuah bot laju mencurigakan di lokasi kejadian.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superitendan Mohd Yacob Murad berkata bot laju yang sarat dengan muatan itu dipercayai dari arah Semporna menuju ke perairan negara jiran.

“Pasukan keselamatan bertindak mengejar bot laju berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas barang yang dibawanya.

“Juragan bot berkenaan yang menyedari kehadiran pasukan keselamatan cuba memecut laju untuk meloloskan diri, namun berjaya dipintas,”katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


Katanya, pemeriksaan awal mendapati terdapat dua lelaki berumur 24 dan 31 tahun berada di dalam bot berkenaan.

“Salah seorang daripada suspek adalah warga tempatan, manakala seorang lagi warga asing dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut telah menemukan sebanyak 760 plastik minyak masak bersubsidi dan 50 liter minyak petrol di dalam bot laju yang dibawa oleh suspek,”katanya.

Mohd Yacob berkata hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengakui semua minyak masak yang dibawanya itu untuk diseludup keluar dan dihantar ke negara jiran.


“Kesemua minyak masak, petrol dan dua buah enjin sangkut yang dianggarkan bernilai RM29,032.50 itu dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Semporna untuk siasatan lanjut.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63,”katanya.

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/10/2-lelaki-cuba-seludup-keluar-minyak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpdnhep Rampas 31 500kg Minyak Masak Bersubsidi

Kpdnhep Rampas 31 500kg Minyak Masak Bersubsidi

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 243 hits
Minyak masak bersubsidi paket 1kg dipindahkan ke dalam bekas industri bukan bersubsidi menurut KPDNHEP PETALING JAYA Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menahan lapan lelaki warga asing dan merampas 31 500kg minyak m...
Nelayan Asing Lumur Minyak Di Bot Elak Ditahan Maritim

Nelayan Asing Lumur Minyak Di Bot Elak Ditahan Maritim

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 191 hits
Oleh ZULKEFLI HUSSIN PASIR PUTEH Nelayan asing cuba menghalang Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang mahu menahan bot mereka dengan melumur minyak di atas dek bot Selain itu mereka juga melemparkan tali ke dalam air bagi menyukarkan a...
Pengedar Dadah Cuba Rempuh Polis Berjaya Diberkas Di Menggatal

Pengedar Dadah Cuba Rempuh Polis Berjaya Diberkas Di Menggatal

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 842 hits
SERBU Kenderaan suspek yang dirakam cuba merempuh anggota polis ketika cuba melarikan diri dalam serbuan terbabit Polis melepaskan tembakan ke arah kereta ketika suspek dadah yang dikehendaki cuba melarikan diri dengan rempuh Polis KOTA KIN...
Pembunuh Dalam Diam Masih Tak Selamat Cuci Dengan Tepung Untuk Minyak Masak Recycle Video

Pembunuh Dalam Diam Masih Tak Selamat Cuci Dengan Tepung Untuk Minyak Masak Recycle Video

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 323 hits
Pembunuh Dalam Diam Masih Tak Selamat Cuci Dengan Tepung Untuk Minyak Masak Recycle VIDEO Ungkapan ini mungkin sesuai untuk menjelaskan kesan jangka masa panjang yang mungkin berlaku apabila seseorang itu memasak menggunakan minyak masak ya...
Polis Siasat Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Australia

Polis Siasat Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Di Australia

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 374 hits
Oleh POLIS Diraja Malaysia menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tangkapan seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup dadah jenis heroin ke negara tersebut Pengarah Jabatan Siasa...
Mudahnya Masak Sup Ayam Thai Resipi Padu Patutlah Ramai Cuba

Mudahnya Masak Sup Ayam Thai Resipi Padu Patutlah Ramai Cuba

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 391 hits
Sedapnya Sup Ayam Thai ni Bahan bahannya cukup ringkas dan mudah malah sedikit berbeza dengan sup yang biasa kita masak Penggunaan sos ikan memang bagi rasa kick pada masakan Memang padu Nak rasa Resipi perkongsian saudari Tengku Syazwanie ...
Suspek Aktif Lakukan Aktiviti Pecah Rumah Berjaya Ditahan Bersama Barang Kes

Suspek Aktif Lakukan Aktiviti Pecah Rumah Berjaya Ditahan Bersama Barang Kes

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 576 hits
SUSPEK Suspek pecah rumah berjaya ditahan bersama barang kes TAWAU Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan aktiviti pecah rumah di Kampung Haji Matahir di sini semalam Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ...
Resipi Udang Masak Berempah Tersedap Confirm Tak Menyesal Cuba

Resipi Udang Masak Berempah Tersedap Confirm Tak Menyesal Cuba

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 466 hits
Anda penggemar sajian udang Cuba resipi Udang Masak Berempah perkongsian saudari Natasha Qalisya ni Resipinya cukup ringkas namun kelihatan sangat enak dan menyelerakan Hmmm Jom lah cuba puan puan Pasti anda sekeluarga berselera makan RESIP...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd