Pembunuh Dalam Diam Masih Tak Selamat Cuci Dengan Tepung Untuk Minyak Masak Recycle Video



Pembunuh Dalam Diam! Masih Tak Selamat Cuci Dengan Tepung Untuk Minyak Masak Recycle [VIDEO]
Ungkapan ini mungkin sesuai untuk menjelaskan kesan jangka masa panjang yang mungkin berlaku apabila seseorang itu memasak menggunakan minyak masak yang sama berulang kali.
Justeru, satu pelan tindakan yang berkesan perlu dirangka termasuk menguatkuasakan undang-undang bagi mengehadkan kadar pengulangan penggunaan minyak masak yang boleh digunakan peniaga, serta mengawal harga produk itu untuk tidak membebankan peniaga.
Berkongsi hasil kajiannya bersama mStar, pakar keselamatan makanan, Dr Saliza Mohd Elias berkata, 84 peratus sampel daripada lebih 120 peniaga ayam goreng yang dikajinya di Kajang, Selangor mengandungi kandungan ‘peroxide’ iaitu bahan kimia berbahaya, yang mana ia jauh lebih tinggi daripada saranan American Oil Chemist Society.
Dr Saliza yang juga pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia berkata, kajian tersebut juga mendapati bahawa walaupun 89 peratus responden mempunyai ilmu dan kesedaran tentang bahaya penggunaan minyak berulang kali, 76 peratus daripada mereka tetap melakukannya dengan alasan harga minyak masak yang mahal.
“Terdapat keperluan untuk mengehadkan berapa kali minyak masak yang sama boleh digunakan dalam penyediaan makanan serta mendidik peniaga supaya kualiti makanan dapat dipertingkatkan,” lapor hasil kajian terbabit.

Dr Saliza mengkaji kandungan peroxide dalam minyak yang digunakan penjual ayam goreng di pasar-pasar di Kajang.
India merupakan antara negara yang sudah mengharamkan peniaganya daripada mengulang guna minyak masak yang sama lebih daripada tiga kali, sejak tahun 2019.
Larangan ini, katanya, bertujuan menghindari kesan kesihatan kepada pengguna termasuk risiko sakit jantung disebabkan kandungan trans-fat yang terhasil daripada minyak masak yang digunakan pada suhu yang tinggi.
Semakin kerap minyak yang sama diulang pakai, jelas beliau, semakin tinggilah kandungan trans-fat.
Warna, keadaan minyak adalah indikasi terbaik Warna serta keadaan minyak masak boleh memberi indikasi sama ada ia masih boleh digunakan atau sewajarnya dibuang.
“Minyak ni kita boleh tengok dengan mata kasar, kita boleh nampak bila warnanya keruh maksudnya kualiti sudah menurun sebab bercampur dengan bahan lain.
“Kalau minyak tu berbuih pun jangan guna sebab minyak yang elok tidak akan berbuih… tapi ada juga jenis makanan yang kita goreng memang akan berbuih jadi susah nak tentukan melainkan kita bawa ke makmal untuk diuji,” katanya.
Bersihkan minyak dengan tepung? Baru-baru ini tular video perkongsian warganet mengenai cara bagaimana untuk ‘membersihkan’ minyak masak yang telah digunakan.
Walaupun menyatakan bahawa minyak masak tersebut baru pertama kali digunakan, ada sesetengah warga maya lain yang khuatir serta mempersoalkan akan kesan perbuatan tersebut.

Video perkongsian mengenai cara untuk membersihkan minyak yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Dr Saliza, pengguna perlu sedar bahawa walaupun minyak yang sudah ‘dicuci’ dengan tepung tersebut kelihatan bersih – tanpa sebarang serdak makanan lain, kandungan minyak masak tersebut sebenarnya akan berubah setiap kali dipanaskan.

“Memang kita nampak secara fizikal tak ada serbuk-serbuk dan nampak bersih tapi kandungan minyak tersebut yang lebih penting kerana walaupun fizikalnya nampak bersih, hakikatnya, setiap kali minyak dipanaskan, minyak tersebut akan teroksida dan ini akan menjejaskan kualiti minyak tersebut,” katanya.
VIDEO DIBAWAH:- Dr Saliza berkata, selain kekerapan minyak digunakan, kualiti suatu minyak tersebut juga bergantung kepada suhu yang digunakan ketika memasak serta tempoh masa ia dipanaskan.
“Apabila kita guna minyak sama berulang kali, pada suhu yang tinggi atau dalam satu tempoh masa yang panjang, molekul asal minyak akan berubah serta menghasilkan bahan berbahaya lain seperti free fatty acid dan peroxide.
“Peroxide ini boleh dijumpai dalam minyak masak yang digunakan beberapa kali dan kandungannya akan meningkat selaras dengan kekerapan kita menggunakan minyak tersebut.
“Bila peroxide tinggi dalam minyak, ia akan diserap masuk ke dalam makanan yang dimasak kemudian masuk ke badan, lama-lama kita berisiko mendapat penyakit seperti kanser, berat badan bertambah dan tinggi kolesterol,” jelasnya.

Kajian Dr Saliza mendapati 84 peratus sampel daripada lebih 120 peniaga ayam goreng yang dikajinya di Kajang, mengandungi kandungan peroxide iaitu bahan kimia berbahaya, melebihi nilai yang disarankan.
Menurut Dr Saliza, berdasarkan hasil kajiannya, pengguna disarankan untuk mengulang pakai minyak masak sekitar tiga ke lima kali sahaja.
“Kalau di rumah mudah sebab kita tahu, hari ni kita masak kemudian simpan, itu dikira sekali, esok kita guna lagi kemudian simpan dan seterusnya sehingga tiga kali.
“Tapi kalau peniaga ni susah kita nak tahu sebab mereka selalunya goreng dalam satu kuali besar untuk tempoh beberapa jam, kemudian mereka guna suhu yang tinggi dan untuk tempoh lama.
“Mereka juga akan tambah minyak berulang kali, ini semua akan menyebabkan kandungan peroxide dalam minyak meningkat,” katanya.
Minyak ni kita boleh tengok dengan mata kasar, kita boleh nampak bila warna dia keruh maksudnya kualiti sudah menurun sebab bercampur dengan bahan lain. Kalau minyak tu berbuih pun jangan guna. DR SALIZA MOHD ELIAS Pakar Keselamatan Makanan Risiko sakit jantung, alzheimer Dalam pada itu, pandangan yang sama turut dikongsi pakar perubatan, Dr Ahmad Samhan ketika diminta untuk berkongsi pendapatnya mengenai perbuatan ‘mencuci’ minyak dengan tepung seperti yang dikongsi beberapa pengguna media sosial.
Menurut Dr Samhan, minyak masak akan menghasilkan sisa toksik aldehydes dan ia akan melekat pada masakan yang dimasak.
“Minyak masak yang digunakan berulang kali boleh mengundang risiko mendapat penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit Alzheimer, Parkinson dan barah,” katanya.
Dr Samhan berkata, minyak masak boleh diguna dua atau tiga sekali sahaja dan ia perlu dibuang apabila warnanya berubah perang kehitaman.
Jelasnya, pengguna juga dinasihatkan untuk tidak mengulang pakai minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging kerana darah haiwan tersebut dikatakan boleh meningkatkan kandungan karbon serta mengubah struktur asid lemaknya sekali gus membahayakan kesihatan.
“Kurangkan tabiat makan makanan yang digoreng di luar rumah kerana dibimbangi peniaga menggunakan minyak masak yang dikitar semula kerana berharga murah dan dapat mengurangkan kos.
“Gunalah minyak yang mendapat pengesahan dari Sirim sahaja untuk menjamin kesihatan kita,” katanya
Peniaga malah pengguna sekali pun bila kita tanya mereka tahu tak elok (untuk guna minyak sama berulang kali) tapi mereka tetap buat. DR SALIZA MOHD ELIAS Pakar Keselamatan Makanan Mendidik masyarakat dan peniaga Sementara itu Dr Saliza berkata, antara cabaran utama yang dihadapi kini adalah untuk menggalakkan peniaga menggunakan minyak pada kekerapan yang minima tanpa membebankan mereka.
“Kita mungkin tidak bersetuju dengan penjual yang menggunakan minyak berulang kali sampai hitam, tapi kita juga tak mahu dikatakan mengganggu peniagaan mereka, jadi pada saya ia satu pilihan yang kita sebagai pengguna boleh buat,” katanya.
Selain itu, Dr Saliza menegaskan, masyarakat juga perlu mempraktikkan penggunaan minyak secara selamat bagi mengelak kesan jangka masa panjang.
“Pelajar saya buat kajian mengenai kesedaran masyarakat hampir setiap tahun dan kita boleh nampak yang kesedaran masyarakat agak baik, cuma kesedaran ini tidak diterjemahkan kepada perbuatan.
“Dua-dua sekali tidak kira peniaga malah pengguna apabila kita tanya, mereka tahu tak elok (untuk guna minyak sama berulang kali) tapi mereka tetap buat.
“Mungkin mereka teragak-agak nak percaya, sebab nak kata ia boleh menyebabkan kanser, ia mungkin ambil masa lama, tak berlaku dalam tempoh masa pendek, ada yang kata dah makan dua tiga tahun tak jadi apa-apa pun, sebab kesannya mungkin 10 atau 20 tahun baru nampak,” katanya.
Inisiatif untuk galakkan peniaga dan pengguna Menurut Dr Saliza, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan masyarakat juga peniaga tidak dibebani dengan kos tambahan apabila mereka memilih untuk tidak menggunakan minyak yang sama lebih daripada jumlah saranan.

Minyak masak yang telah digunakan boleh dijual semula. (Gambar Hiasan)
Antaranya jelas beliau, adalah dengan memastikan wujudnya lebih banyak tempat yang membeli minyak masak terpakai yang boleh diproses semula untuk dijadikan biodiesel atau sabun.
“Mereka boleh jual minyak terpakai pada syarikat yang kumpul minyak terpakai, jadi sedikit sebanyak ini boleh ganti semula kos minyak mereka.
‘Kerajaan juga perlu memberi insentif kepada peniaga untuk galakkan mereka, dan kita juga perlu penglibatan pihak berkuasa, majlis perbandaran, kementerian kesihatan untuk menjalankan pemantauan,” katanya.-mSTAR
Pembunuh Dalam Diam! Masih Tak Selamat Cuci Dengan Tepung Untuk Minyak Masak Recycle [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Ucapan Alhamdulillah banjiri Facebook Noor Hisham Meninggal dunia depan rumah lepas pulang kayuh basikal Laporan SPRM terhadap Annuar Musa dibuat oleh ahli Amanah Isu Kehilangan RM25 juta wang bahan bukti, “Penyamun Anak Emas” Kebal Dalam SPRM? Kes RM25j duit bukti SPRM hilang: Itu baru sikit – sumber Umno tak akan bersama Bersatu dalam PRU15, sedia bertembung Google Issues Warning For 2 Billion Chrome Users Ac Mizal ‘hentam’ Iqbal riak campak duit Ketagih seks, fakta menakutkan Besarkan payudara, elak guna model bertudung – Noorkhiriah Wanita Leka Berasmara Di Balkoni Jatuh Terduduk Atas Bumbung Kereta [VIDEO] Layari Laman Facebook MYKMU
Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

The post Pembunuh Dalam Diam! Masih Tak Selamat Cuci Dengan Tepung Untuk Minyak Masak Recycle [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/28/pembunuh-dalam-diam-masih-tak-selamat-cuci-dengan-tepung-untuk-minyak-masak-recycle-video/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir No Time To Die

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir No Time To Die

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 263 hits
Menjelang tayangan perdana global pada akhir bulan ini sebuah video terbaru dari set penggambaran No Time to Die tidak muncul di Twitter yang menampilkan Daniel Craig memberi ucapan perpisahan yang cukup emosional sebaik sahaja menamatkan p...
Ulang Tahun Ke 40 Ariel Noah Terharu Sang Ibu Masih Ingat Dan Mengucapkan Selamat Padanya

Ulang Tahun Ke 40 Ariel Noah Terharu Sang Ibu Masih Ingat Dan Mengucapkan Selamat Padanya

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 256 hits
Di momen seperti ini Ariel pun mengingatkan publik untuk menghubungi atau bahkan memeluk sosok yang telah melahirkan kita ke dunia
Petua Adun Tepung Untuk Masak Cendawan Goreng Yang Sedap

Petua Adun Tepung Untuk Masak Cendawan Goreng Yang Sedap

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 292 hits
Ramai yang suka menikmati sajian Cendawan Tiram Celup Tepung Penyediaan yang ringkas mudah dimasak dan rasanya juga sangat sedap Tidak hairanlah kanak kanak juga suka makan Cendawan Celup Tepung ni Ada yang terasa nak makan Cendawan Celup T...
Kalau Hujan Ni Masak Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung Video

Kalau Hujan Ni Masak Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung Video

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 419 hits
Kalau Hujan Ni Masak Ramai Risau Model Baju Surat Khabar Photoshoot Ketika Cuaca Mendung VIDEO BUSANA yang dipakai seorang gadis yang lengkap dengan turban direka begitu kreatif ibarat menghadiri acara karpet merah Bukan di majlis fesyen pe...
Hiburan Ni Video Khas Untuk Yang Selalu Menghina Aku Lana Nodin Selamat Tiba Di Amerika Syarikat

Hiburan Ni Video Khas Untuk Yang Selalu Menghina Aku Lana Nodin Selamat Tiba Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 250 hits
Pelakon Lana Nodin khabarnya telah selamat tiba di Amerika Syarikat bersama suami dan anak anaknya Perkara tersebut turut dikongsikan pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu laman Instagram miliknya semalam ARTIKEL BERKAITANNamun yang l...
Gagal Seludup 1 156 Minyak Masak Suspek Nekad Terjun Ke Laut

Gagal Seludup 1 156 Minyak Masak Suspek Nekad Terjun Ke Laut

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 271 hits
Suspek bersama minyak masak bersubsidi yang dirampas ketika cuba diseludup keluar di perairan Kampung Bangau Bangau Semporna semalam IHSAN Maritim 2 warga asing ditahan cuba seludup keluar 1 156 paket minyak masak bersubsidi SEMPORNA Dua le...
Video First Time Ajar Jebat Naik Skooter Baba Pulak Excited Macam Masuk Olimpik

Video First Time Ajar Jebat Naik Skooter Baba Pulak Excited Macam Masuk Olimpik

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 260 hits
Umum mengetahui tentang kisah Sharnaaz Ahmad bersama Noor Nabila dan anak mereka Jebat Jayden Walaupun mereka berdua sudah mengumumkan untuk berpisah tetapi hubungan mereka tetap akrab demi untuk menjaga Jebat Setiap hari Jebat pasti akan b...
Sayu Tengok Adik Ni Main Sorang2 Kat Pusat Kuar Ntin Maeps Lagi Sedih Bila Tengok Dia Video Call

Sayu Tengok Adik Ni Main Sorang2 Kat Pusat Kuar Ntin Maeps Lagi Sedih Bila Tengok Dia Video Call

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 226 hits
Negara masih lagi mencatatkan k s jangkitan C0vid 19 yang tinggi setiap hari K s harian ketika ini baru sahaja turun bawah 10 000 k s sehari jika dibandingkan dengan sebelum ini antara 20 000 10 000 k s harian Negara kita Malaysia ketika in...
Video Anak Shah Rukh Khan Jadi Mangsa Buli Siber Aryan Khan Dicemuh Terkait Kes Dadah Instagra

Video Anak Shah Rukh Khan Jadi Mangsa Buli Siber Aryan Khan Dicemuh Terkait Kes Dadah Instagra

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 372 hits
VIDEO Anak Shah Rukh Khan jadi mangsa buli siber Aryan Khan dicemuh terkait kes dadah Instagram dihujani lebih 16 000 komen VIDEO Anak Shah Rukh Khan jadi mangsa buli siber Aryan Khan dicemuh terkait dadah
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation