1st Time Makan Bubur Orang Jawa
Bersyukur sangat pindah ke rumah baru ni. Jiran jiran baik sangat. Asyik hantar makanan je. lagi lagi time raya. masak 1 lauk je tapi datang 4-5 lauk makanan pulak nanti. Antara rezeki yang baik adalah dapat jiran yang baik kan
Baru baru ni jiran datang memberi lagi. Seminggu lepas dia datang memberi asyura selatan. sedap baru tahu asyura selatan tu bubur lambuk. Anak anak suka makan sampai habis
Ini jiran datang beri bubur merah. Mula bila husband cakap ” Abg Ardon bagi bubur merah ”
“bubur merah? ”
dalam fikiran ingat bubur pulut hitam atau bubur kacang merah hehhe
Bila buka bekas , eh ni macam wajik atau kami orang utara ehh yeke ke saya je panggil nasi manis. tapi bubur merah ni cair yelah namapun bubur kan. kiranya wajik atau nasi manis yang berair
Bila tanya kat FB, rupanya ini makanan orang jawa nama bubur merah dan dibuat sempena meraikan kelahiran atau apa apa kegembiraan
Esoknya tanya jiran tu betullah sempena anak sedara nya punya birthday .
Semoga makanan tradisi ni dikekalkan. Ada orang suka buat pulut kuning tanda meraikan sesuatu.
Rasa apa bubur merah tu?
Rasa manis, berlemak macam korang makan wajik juga tapi berair. sedap la. sebab Ainul memang suka pulut. Tapi tak boleh makan banyak banyak. Angin oooo . lepas makan pulut kita telan alfalfa buang angin sebelum dia menyerang urat saraf sampai sakit badan. Makan alfalfa sangat membantu tiada sakit urat semua
Ada maksud kenapa bubur merah ni ada warna putih kat tengah tengah . Info ni dapat dari thepatriots.asia
warna merah (dicampur dengan gula melaka) pada Bubur Merah itu melambangkan ibu, manakala putih melambangkan bapa. Merah pada ibu ialah darah merahnya (juga berkaitan dengan benihnya — sel wanita di dalam cecair merah) manakala putih pada bapa ialah darah putihnya, yang melalui tulang belakang dan sum-sum (juga berkaitan dengan benihnya — sel laki-laki di dalam cecair putih).
Kesatuan cinta ibu dan ayah inilah yang memulakan kehidupan lahiriah. Maka sebab itu sajian ini penting dalam istiadat menyambut kelahiran dan perkahwinan.
warna merah itu ialah peringatan kepada ibu bapa supaya sentiasa memaafkan kesalahan anak. Manakala putih, adalah harapan supaya ibu bapa sentiasa mengiringkan doa restu
Walaupun Ainul ni keturunan Pattani, makanan Johor Jawa macam Soto, Serunding kepala, Tempe memang suka makan dari kecil sebab mak Ainul selalu buat.Mak Ayah keturunan Pattani bukan Jawa pun. Mak dulu sekolah kat Johor jadi dia suka makanan Johor. Ainul pulak study kat UTM 4 tahun jadi biasa makan makanan Jawa juga cuma Bubur Merah ni je tak pernah jumpa dijual sebab dibuat untuk hari special je kan.
kalau ada yang jualatau ada resepi boleh la share kot rajin nak beli/ nak buat sendiri hehehe
The post 1st time makan bubur orang Jawa appeared first on Ainul Mustafa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ainulmustafa.com/1st-time-makan-bubur-orang-jawa/