1mdb Mohon Perintah Penyampaian Ganti Serah Saman Usd3 7837 Bilion Kepada Jho Low 5 Individu


 
Perintah penyampaian ganti itu bagi menyerahkan writ saman USD3.7837 bilion Jho Low, ahli keluarga dan rakan sekutunya. (Gambar Bloomberg) KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah penyampaian ganti bagi menyerahkan writ saman USD3.7837 bilion (kira-kira RM15.8 bilion) kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, ahli keluarga dan rakan sekutunya.
Peguam K Siva Kumar yang mewakili 1MDB berkata pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa permohonan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini minggu ini berikutan writ saman masih belum dapat diserahkan kepada kesemua defendan secara peribadi kerana mereka tidak berada di alamat terakhir masing-masing.
“Mahkamah kemudian menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 6 Okt ini,” katanya ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris hari ini.
Penyampaian ganti adalah untuk menyampaikan dokumen dalam litigasi awam dalam bentuk surat, iklan atau sebarang kaedah lain yang membolehkan prosiding mendapat perhatian pihak defendan oleh kerana penyampaian dokumen secara peribadi tidak dapat dilakukan.
Pada 7 Mei lepas, 1MDB dan empat anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited, memfailkan saman terhadap Jho Low, ayah dan ibunya Larry Low Hock Peng serta Goh Gaik Ewe, kakaknya May Lin, adik lelakinya Taek Szen serta rakan sekutunya Eric Tan Kim Loong.
Berdasarkan writ itu, 1MDB menuntut USD661 juta (kira-kira 2.8 bilion) daripada Jho Low dan masing-masing USD41 juta (RM171 juta), USD397 juta (RM1.7 bilion), USD608 juta (RM2.5 bilion) dan USD1.9 bilion (RM7.9 bilion) daripada Jho Low dan Tan serta USD325 juta (RM1.3 bilion) daripada Jho Low dan ayahnya.
1MDB Global Investments Limited pula menuntut USD630 juta (RM2.6 bilion) daripada Hock Peng, Jho Low dan Tan serta USD2 juta (RM8.3 juta) daripada Taek Szen, Jho Low dan Tan.
Plaintif turut menuntut USD3.5 juta (RM14.6 juta) daripada May Lin and Jho Low serta USD1.695 juta (RM7 juta) daripada Goh, Jho Low dan Tan berhubung pembelian barang kemas serta keuntungan rahsia selain USD25.5 juta (RM106 juta) daripada Jho Low, Tan, Hock Peng dan Taek Szen.
Pernyataan tuntutan plaintif mendakwa mereka dimanipulasi oleh sekumpulan individu termasuk Najib Tun Razak dan Jho Low untuk memfasilitasikan penipuan yang berskala besar dan berjangka panjang, menyebabkan berbilion-bilion ringgit dilesapkan.
“Semasa melaksanakan penipuan tersebut, pelbagai pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari telah dilakukan oleh Najib, ahli-ahli lembaga pengarah dan pasukan pengurusan kanan plaintif-plaintif.
“Dana dan aset kesemua plaintif yang telah dipindah kepada defendan-defendan telah dilesapkan dengan pengetahuan kesemua defendan secara pecah amanah dan pelanggaran tugas fidusiari,” menurut penyataan tuntutan itu.
Plaintif mendakwa Najib telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan beliau untuk melindungi dirinya serta menyembunyikan penipuan terhadap mereka antara lain bagi menghalang usaha menyiasat dan membongkarkan bukti berkaitan penipuan serta salah laku terhadap plaintif di Malaysia. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/1mdb-mohon-perintah-penyampaian-ganti.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saman Fitnah Terima Dana Dap Husam Dapat Ganti Rugi Rm200 000

Saman Fitnah Terima Dana Dap Husam Dapat Ganti Rugi Rm200 000

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 240 hits
N Faizal GhazaliAnggota Dewan Negara Senator Husam Musa berjaya mendapat bayaran ganti rugi setimpal atas dakwaan palsu menerima dana daripada tauke judi DAP yang dibuat bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Neg...
Marcel Jude Joseph Saman 23 Individu Kdmr

Marcel Jude Joseph Saman 23 Individu Kdmr

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 206 hits
Peguam Marcel Jude Joseph KOTA KINABALU Peguam Marcel Jude Joseph memfailkan saman terhadap 23 individu kerana pendakwaan berniat jahat dan fitnah berhubung kenyataannya mengenai pertandingan Unduk Ngadau Mei lalu Marcel menamakan Datuk Ewo...
Jika Sajjad Pun Boleh Terlepas Bagaimana Jho Low Dan Ribuan Lain Penyangak Dari Malaysia

Jika Sajjad Pun Boleh Terlepas Bagaimana Jho Low Dan Ribuan Lain Penyangak Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 223 hits
Tanah Besar China dengan Malaysia ini jauh Bukannya ibarat dari Gombak boleh rentas tol untuk sampai ke Janda Baik kononnya sempadan Selangor Nak sampai ke Malaysia pun hanya dengan tiga cara cara pertama biasanya ramai guna kapal terbang m...
Rm9 13 Bilion Untuk Sabah Sarawak Terlalu Sedikit Jeffrey Kitingan

Rm9 13 Bilion Untuk Sabah Sarawak Terlalu Sedikit Jeffrey Kitingan

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 340 hits
Dr Jeffrey di Putatan di mana kerja kerja pendalaman sungai sedang dilakukan RM481 juta diperlukan untuk menyelesaikan banjir KOTA KINABALU Sabah layak menerima peruntukan pembangunan jauh lebih besar daripada peruntukan yang diumumkan Perd...
Keseluruhan Harta Di Pulau Nangka Bernilai Lebih Kurang Usd40 Hingga Usd 50 Bilion

Keseluruhan Harta Di Pulau Nangka Bernilai Lebih Kurang Usd40 Hingga Usd 50 Bilion

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 270 hits
RAHSIA PULAU NANGKAKeseluruhan harta di Pulau Nangka bernilai lebih kurang USD40 hingga USD 50 bilion Harta harta terdiri daripada jongkong emas perak dan batu permata Mula disimpan sejak dari zaman Al marhum Sultan Alauddin Riayat Syah Pro...
Permainan Kanak Kanak Berubah Ekstrem Rebut 45 6 Bilion Won Dengan Squid Game Di Netflix Kini

Permainan Kanak Kanak Berubah Ekstrem Rebut 45 6 Bilion Won Dengan Squid Game Di Netflix Kini

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 629 hits
memang tak menghampakan dalam mengeluarkan kandungan unik buat penonton K Drama Pasti akan membuatkan anda tak senang duduk Squid Game yang mempunyai 9 episod hadir sebagai taruhan baru Netflix dalam membawa kualiti yang kaya bagi K Drama U...
Siasat Rm3 Bilion Dibelanjakan Untuk 1bestarinet Kata Pemimpin Bn

Siasat Rm3 Bilion Dibelanjakan Untuk 1bestarinet Kata Pemimpin Bn

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 188 hits
September 7 2021 Sejumlah RM3 bilion dibelanjakan untuk projek 1BestariNet bagi menyediakan sambungan internet dan platform pembelajaran PETALING JAYA Barisan Nasional menggesa siasatan dijalankan terhadap projek 1BestariNet yang sebelum in...
Low Awareness On Malaysia Day Even After 58 Years Says Sabah Mp

Low Awareness On Malaysia Day Even After 58 Years Says Sabah Mp

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 330 hits
Children waving flags of Sabah Sarawak and the Jalur Gemilang at a Malaysia Day celebration in Kuching last year KOTA KINABALU Malaysians might be celebrating the 58th birthday of the nation today but actually how far do they value its impo...
Hati Hati Pilih Susu Susu Low Fat Tidak Sesuai Untuk Kanak Kanak

Hati Hati Pilih Susu Susu Low Fat Tidak Sesuai Untuk Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 267 hits
Susu rendah lemak biasa menjadi jenis susu pilihan bagi mereka yang sedang berdiet Berbanding susu penuh krim susu jenis rendah lemak mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah Namun tahukah anda bahawa ada kajian yang menyatakan susu pe...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pulangnya Ayahanda Ke Rahmatullah

Tips Menjadikan Kotak Perfume Anda Lebih Premium Elegan

Panduan Memilih Kotak Air Freshener Yang Sesuai Untuk Produk Anda

Mangsa Banjir Terasa Berat Terima Tetamu

Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal