Rm9 13 Bilion Untuk Sabah Sarawak Terlalu Sedikit Jeffrey Kitingan


Dr Jeffrey (2 dari kanan) di Putatan di mana kerja-kerja pendalaman sungai sedang dilakukan.
RM481 juta diperlukan untuk menyelesaikan banjir KOTA KINABALU: Sabah layak menerima peruntukan pembangunan jauh lebih besar daripada peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri semalam.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan berkata, peruntukan pembangunan berjumlah RM9.13 bilion untuk Sabah dan Sarawak seperti diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia itu terlalu sedikit.


Timbalan Ketua Menteri, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan ini berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan mengutip hasil RM60 bilion setahun daripada negeri ini maka, Sabah layak menerima 40 peratus daripada jumlah kutipan hasil itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

JEFFREY Kitingan (dua kanan) mendengar taklimat ringkas daripada Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Penampang, Ir. Irene Choo (dua kiri), sambil disaksikan oleh Pengarah JPS Sabah, Waily Harim (kanan).

“Kita ingin mendapatkan hak kewangan yang tertera dalam perlembagaan. Jika kutipan hasil RM60 bilion maka, Sabah berhak menerima sekurang-kurangnya RM24 bilion. Namun, peruntukan diumumkan semalam hanya RM9.13 bilion dibahagi antara Sabah dan Sarawak, ia seperti kacang. “Kita memerlukan lebih banyak peruntukan kerana ia sudah dinyatakan secara jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita memerlukan kewangan yang lebih besar untuk membangunkan Sabah dan kita tidak minta lebih daripada itu, kita minta apa yang termaktub dalam perlembagaan.


“Jadi, saya merayu kepada kerajaan persekutuan untuk pertimbangkan perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas lawatan ke kawasan banjir sekitar pusat bandar raya dan Penampang, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperuntukkan sebanyak RM4.66 bilion kepada Sabah dan RM4.47 bilion kepada Sarawak bagi pembangunan di kedua-dua negeri tersebut.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Keningau ini meminta kerajaan persekutuan untuk menyalurkan keseluruhan peruntukan yang berjumlah RM401 juta bagi melaksanakan projek mitigasi banjir yang dinamakan projek pembangunan Lembangan Sungai Moyog

Setakat ini, Sabah hanya menerima RM281 juta iaitu separuh daripada peruntukan bagi projek berkenaan. Ia menyebabkan kerja-kerja pemindahan utiliti seperti tiang elektrik, sistem perpaipan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak dapat dilakukan kerana masih menunggu peruntukan.

“Kita memerlukan keseluruhan peruntukan bagi menyiapkan projek yang membabitkan Sungai Moyog dan Putatan ini. Projek ini mempunyai empat pakej dan dua pakej sedang dalam pelaksanaan.

“Ketika ini, kita sudah mulakan kerja pelebaran parit kepada tujuh meter dan kita juga mendalamkan parit tersebut bagi mengurangkan impak banjir di sekitar Penampang dan Putatan,” katanya.


Menjelang hujung tahun ini, taburan hujan dijangka lebih tinggi dan kejadian banjir akan berlaku sekali lagi maka, peruntukan penuh diperlukan bagi mempercepatkan kerja-kerja pembangunan.

Projek pembangunan lembangan Sungai Moyog ini diumumkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 28 Februari 2017 dan dijadualkan siap pada tahun ini.- UTUSAN ONLINE

SOURCE: UTUSAN ONLINE

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/rm913-bilion-untuk-sabah-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Poorest In Malaysia Despite 58 Years Of Nationhood Says Jeffrey

Sabah Poorest In Malaysia Despite 58 Years Of Nationhood Says Jeffrey

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 387 hits
Jeffrey Kitingan laments how despite having abundant resources Sabah is financially economically politically and militarily dependent on Putrajaya KOTA KINABALU Sabah deputy chief minister Jeffrey Kitingan says Sabahans are continuously met...
Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

Sabah Masih Termiskin Di Malaysia Walaupun Sudah 58 Tahun Kebangsaan Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 346 hits
Jeffrey Kitingan meratapi bagaimana walaupun memiliki banyak sumber alam Sabah bergantung secara kewangan ekonomi politik dan ketenteraan di Putrajaya KOTA KINABALU Timbalan ketua menteri Sabah Jeffrey Kitingan mengatakan rakyat Sabah terus...
Rmk 12 Sabah Sarawak Dapat Peruntukan Tinggi

Rmk 12 Sabah Sarawak Dapat Peruntukan Tinggi

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 393 hits
RMK 12 Sabah Sarawak dapat peruntukan tinggi Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4 66 bilion bagi negeri Sabah manakala RM4 47 bilion bagi negeri Sarawak Ia sedang disalurkan melalui peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021 sebaga...
Restoring Special Position Of Sabah And Sarawak

Restoring Special Position Of Sabah And Sarawak

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 391 hits
From Shad Saleem FaruqiFifty eight years ago on Sept 16 1963 the Federation of Malaya joined the self governing territories of North Borneo and Sarawak and the British colony of Singapore to forge the new and enlarged nation of Malaysia Eve...
Ic Sabah Penyelesaian Terbaik Untuk Orang Sabah Yang Tidak Berdokumen Jeffrey

Ic Sabah Penyelesaian Terbaik Untuk Orang Sabah Yang Tidak Berdokumen Jeffrey

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 298 hits
Presiden STAR Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan KOTA KINABALU Parti Solidariti Tanah Airku menegaskan bahawa IC Sabah harus dilaksanakan secepat mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah Presiden STAR ...
Mm2h Sabah Sarawak Have Special Provisions Under Immigration Act

Mm2h Sabah Sarawak Have Special Provisions Under Immigration Act

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 298 hits
PARLIAMENT The difference in the policy of the Malaysia My Second Home Programme and immigration rules between Peninsular Malaysia and the states of Sabah and Sarawak is the special provisions enjoyed by both states under Section 64 and 65 ...
Malaysia Day Time For Sabah Sarawak To Rise

Malaysia Day Time For Sabah Sarawak To Rise

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 510 hits
As we celebrate the 58th anniversary of Malaysia Day it is time to holistically address the frustrations of the people of Sabah and Sarawak and allow them to play a larger role at the national level Even today there isn t much representatio...
Pertimbang Beri Ic Kepada Penerima Vaksin Di Sarawak Sabah Kata Timbalan Menteri

Pertimbang Beri Ic Kepada Penerima Vaksin Di Sarawak Sabah Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 327 hits
KDN mempertimbangkan langkah memberikan kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah termasuk dalam kalangan Orang Asal yang belum memiliki dokumen identiti diri KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri ...
Kerajaan Jamin Perhalusi Isu Sabah Sarawak Dalam Ma63 Ismail

Kerajaan Jamin Perhalusi Isu Sabah Sarawak Dalam Ma63 Ismail

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 321 hits
Kerajaan jamin perhalusi isu Sabah Sarawak dalam MA63 Ismail Kerajaan memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam Perjanjian Mala...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Traffic Reported Smooth On Major Highways

In Death Sabahan Haryanie Binti Jamil Teaches Peninsular Muslims True Meaning Of Religious Diversity

Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil