Hati Hati Pilih Susu Susu Low Fat Tidak Sesuai Untuk Kanak Kanak


Susu rendah lemak biasa menjadi jenis susu pilihan bagi mereka yang sedang berdiet. Berbanding susu penuh krim, susu jenis rendah lemak mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah.

Namun, tahukah anda bahawa ada kajian yang menyatakan susu penuh krim atau juga dikenali sebagai susu biasa memberi kesan yang lebih positif kepada tubuh badan kanak-kanak berbanding susu rendah lemak.

Tentu anda terfikir, apakah khasiat dan kesan positif susu biasa kepada kanak-kanak. Ikuti jawapannya di bawah ini.
Apakah perbezaan antara susu rendah lemak dan susu penuh krim?
Susu penuh krim
Anda pasti pernah melihat pelbagai jenis susu tersusun di rak pasar raya. Sebenarnya, kepelbagaian jenis susu tersebut ditentukan mengikut kandungan lemak di dalamnya.
Bagi jenis susu penuh krim (full cream/whole milk), ia adalah jenis susu biasa tanpa pengurangan kandungan lemak di dalamnya.
Biasanya kandungan lemak dalam susu penuh krim adalah sebanyak 3.25%.
Susu rendah lemak (low-fat milk) pula adalah jenis susu yang telah dikurangkan kandungan lemaknya sehingga tinggal sekitar 1% lemak sahaja.
Manakala bagi jenis susu skim (skimmed milk), lemak yang terkandung di dalamnya hanyalah sekitar kurang daripada 0.5%.

Mengapa susu biasa dikatakan sebagai jenis susu yang kurang sihat?
Selama berdekad lamanya, susu penuh krim telah disarankan untuk kurang diminum disebabkan oleh kandungan lemak tepu yang tinggi di dalamnya.
Kajian menunjukkan, lemak tepu meningkatkan kandungan kolesterol, dan kandungan kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mengalami penyakit jantung.
Oleh sebab itu, ramai pakar berpendapat bahawa lemak tepu seperti yang terdapat di dalam susu biasa ini meningkatkan risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung.
Namun, sejak kebelakangan ini, dakwaan ini mula diragui memandangkan ada beberapa kajian terbaharu yang menyatakan bahawa lemak tepu tidak menyebabkan penyakit jantung.
Adakah benar susu penuh krim lebih baik daripada susu rendah lemak untuk kanak-kanak?
Ramai daripada kita yang mungkin mengelakkan jenis susu penuh krim disebabkan kandungan lemak dan kalorinya yang tinggi, yang mungkin menyebabkan peningkatan berat badan.
Namun, apa yang kita sangkakan mungkin tidak begitu benar.
Ini kerana, banyak kajian terbaharu menunjukkan bahawa produk tenusu yang tinggi lemak seperti susu biasa mungkin membantu anda mengelakkan pertambahan berat badan. Mengejutkan bukan?
Satu analisis terbaharu yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menyatakan, kanak-kanak yang minum susu biasa lebih rendah risiko untuk mengalami obesiti atau memiliki berat badan berlebihan.
Kajian tersebut menyatakan secara terperinci, kanak-kanak yang minum susu biasa ini mempunyai 40% kurang risiko untuk memiliki berat badan berlebihan berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak atau susu skim.
Berdasarkan analisis terbabit, tidak terdapat sebarang kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang minum susu rendah lemak mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami obesiti.
Selain itu, 18 daripada keseluruhan 28 kajian juga menyatakan, kanak-kanak yang meminum susu penuh krim kurang berisiko untuk mengalami obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan.
Kajian ini adalah berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas data daripada 28 kajian yang berbeza. Kesemua 28 kajian tersebut telah melibatkan sekitar 21,000 kanak-kanak dan juga remaja.
Bukan kepada kanak-kanak sahaja, malah bermanfaat kepada orang dewasa
susu rendah lemak
Selain daripada kanak-kanak, ada juga kajian berkenaan manfaat susu jenis ini kepada orang dewasa.
Kajian yang dilakukan terdapat 1,782 individu lelaki mendapati, mereka yang mengambil produk tenusu dengan kandungan lemak yang tinggi mempunyai 48% risiko yang lebih rendah untuk mendapat obesiti berbanding lelaki yang mengambilnya dengan kadar sederhana.

Begitu juga dengan golongan wanita, hasil kajian turut menunjukkan dapatan yang sama.
Tidak dinafikan lagi bahawa susu biasa memberikan kandungan nutrisi dan manfaat yang lebih baik berbanding susu jenis rendah lemak atau susu skim.
Susu penuh krim membantu anda menguruskan berat badan selain mengurangkan risiko untuk anda mendapat sindrom metabolisme.
Namun, jika anda inginkan pilihan susu dengan kandungan kalori yang lebih sedikit, pilihlan susu skim.
Susu skim mempunyai kandungan nutrisi yang sama seperti susu biasa, namun dengan kandungan kalori yang lebih sedikit.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Hati-Hati Pilih Susu, Susu ‘Low Fat’ Tidak Sesuai Untuk Kanak-Kanak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hati-hati-pilih-susu-susu-low-fat-tidak-sesuai-untuk-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keliru Nak Bagi Anak Susu Tepung Atau Susu Segar Mana Lebih Sesuai Untuk Tumbesaran Anak

Keliru Nak Bagi Anak Susu Tepung Atau Susu Segar Mana Lebih Sesuai Untuk Tumbesaran Anak

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 240 hits
Susu untuk bayi dan kanak kanak mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya susu segar dan susu tepung Disebabkan itu ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya Jom ikuti artikel ini untuk membantu anda memaha...
Ibu Hamil Mual Bau Susu Boleh Ambil Vitamin Kalsium Kalsium Penting Untuk Pertumbuhan Tulang Gigi Bayi

Ibu Hamil Mual Bau Susu Boleh Ambil Vitamin Kalsium Kalsium Penting Untuk Pertumbuhan Tulang Gigi Bayi

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 265 hits
Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan Adakah bakal ibu masih tercari cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan Apabila disahkan hamil seorang bakal ibu pa...
Dua Dua Prolong Jaundis Sampai 40 Hari Tetap Bf Walaupun Ada Suruh Bagi Susu Formula

Dua Dua Prolong Jaundis Sampai 40 Hari Tetap Bf Walaupun Ada Suruh Bagi Susu Formula

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 152 hits
Bila anak prolong jaundice dan doktor sahkan breastmilk jaundice ibu terus jadi rasa bersalah dan rasa nak stop breastfeeding baby Pastinya ramai ibu alami situasi ni kan Menurut keadaan ini telah menyebabkan ramai ibu dalam pantang beremos...
Simpati Dengan Ibu Ibu Di Blitar Yang Curi Susu Demi Anak Hotman Paris Siap Ganti Kerugian Toko

Simpati Dengan Ibu Ibu Di Blitar Yang Curi Susu Demi Anak Hotman Paris Siap Ganti Kerugian Toko

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 257 hits
Terancam maksimal 7 tahun penjara Hotman Paris merasa bahwa ibu ibu tersebut terpaksa melakukan hal yang salah karena kegetiran ekonomi
Kalau Gigi Susu Anak Tumbuh Jarang Petanda Bagus Ini Penjelasan Doktor

Kalau Gigi Susu Anak Tumbuh Jarang Petanda Bagus Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 203 hits
Ramai ibu bapa yang mula risau apabila melihat pertumbuhan gigi susu anak yang jarang dan tidak rapat Namun dari sudut kesihatan pula ianya petanda yang baik Tapi kenapa Ikuti penjelasan daripada Pakar Pergigian ini Puan A Dr kenapa gigi su...
Cinta Itu Buta Bagai Kopi Dan Susu Pasangan Nur Khamid Dan Polly Alexandria

Cinta Itu Buta Bagai Kopi Dan Susu Pasangan Nur Khamid Dan Polly Alexandria

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 264 hits
NUR Khamid dan Polly Alexandria berkenalan di tepi pantai di Bali JAWA TENGAH Pasangan sejoli Nur Khamid dengan Polly Alexandria pernah menggemparkan media sosial pada 2018 gara gara hubungan percintaan mereka sehingga ke jenjang pelamin Wa...
Sukatan Susu Formula Yang Betul Untuk Anak Kita

Sukatan Susu Formula Yang Betul Untuk Anak Kita

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 233 hits
Ramai ibu ayah yang sanggup mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli susu anak setiap bulan bagi memastikan anak membesar dengan The post appeared first on
Anak Kerap Berkahak Boleh Kurangkan Minum Susu Dulu Tak Perlulah Ambil Setiap Hari

Anak Kerap Berkahak Boleh Kurangkan Minum Susu Dulu Tak Perlulah Ambil Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 238 hits
Bab minum susu pilihan susu yang terbaik sentiasa menjadi perbincangan Bagaimanapun dalam hal ini ada satu fakta yang mungkin ramai tak tahu iaitu betul ke minum susu hari hari tak elok Bunyinya macam tak logik tapi fakta ini mungkin satu i...
11 Makanan Yang Baik Untuk Ibu Lepas Bersalin Barulah Si Manja Dapat Nutrisi Dari Susu Badan

11 Makanan Yang Baik Untuk Ibu Lepas Bersalin Barulah Si Manja Dapat Nutrisi Dari Susu Badan

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 313 hits
Selepas bersalin anda bukan lagi makan untuk dua orang Walau bagaimanapun ini tidak bermakna yang anda boleh kembali makan makanan ringan kerana bayi anda masih perlu mendapat nutrien daripada anda melalui susu badan Jika anda mahu si manja...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Tragis Wanita Maut Terjatuh Ketika Berswafoto Di Gunung Berapi

Hiburan Kalau Tak Diuji Macam Ni Mungkin Saya Awak Kurang Berharap Ingat Pada Allah Aliff Aziz

Kata Kata Mutiara Untuk Mc Pernikahan Buat Momen Jadi Lebih Berkesan

Benci Lelaki Macam Tu Dedah Sebab Putus Dengan Kekasih Penjelasan Kim Heechul Tuai Kritikan

Hantar Je Masuk Tentera Caci Bts Hybe Dedah Min Heejin Sampai Minta Nasihat Bomoh Untuk Kawal Syarikat

Takdirrrr