1mdb Ditubuhkan Sebagai Dana Politik Bn Kata Bekas Ksn


freemalaysiatoday.com
Bernama
-June 7, 2022 6:01 PM
Bekas ketua setiausaha negara, Sidek Hassan, mendedahkan bahawa beliau menerima RM30,000 sebulan sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB, sebelum dikurangkan kepada RM10,000 sebulan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Bekas ketua setiausaha negara (KSN) Sidek Hassan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mengikut pemahamannya syarikat pelaburan strategik 1MDB ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada parti kerajaan ketika itu, iaitu Barisan Nasional (BN).

Sidek, 71, berkata, oleh sebab itu, beliau tidak pernah bertanya kepada bekas perdana menteri, Najib Razak atau mana-mana pihak dalam 1MDB berkenaan masalah yang berlaku dalam syarikat tersebut.

Menurutnya, isu-isu yang melanda 1MDB hanya diketahuinya melalui media massa seperti surat khabar dan bacaan di internet dan beliau mengetahui isu berkaitan dakwaan salah guna dana.

“Saya juga tahu bahawa adanya penyiasatan oleh agensi tempatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 1MDB melalui pembacaan saya di surat khabar tempatan, namun saya tidak pernah ditaklimat atau diberitahu secara lanjut apakah butiran penyiasatan ke atas 1MDB.

“Saya sahkan Najib selaku perdana menteri (ketika itu) tidak pernah memberitahu saya berkenaan isu-isu yang berlaku dalam 1MDB, walaupun saya dilantik menjadi seorang daripada ahli Lembaga Penasihat 1MDB.

“Saya juga tidak pernah bertanya Najib kenapa tiada sebarang mesyuarat ahli Lembaga Penasihat 1MDB diadakan sepanjang tempoh saya menjawat jawatan itu dan tiada mana-mana wakil 1MDB melaporkan kepada saya tentang operasi dan pelaburan yang dibuat oleh syarikat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-19 itu berkata, beliau beranggapan pelantikannya sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB hanyalah untuk menambah pendapatannya sebagai KSN yang dianggap tidak setimpal oleh Najib.

“Ketika Najib menjadi perdana menteri, beliau pernah bertanyakan kepada saya tentang gaji yang saya terima selaku KSN dan beliau beranggapan gaji saya agak kecil,” katanya yang memegang jawatan KSN dari September 2006 hingga Jun 2012.

Menjelaskan mengenai pelantikan sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Sidek berkata, ia dibuat secara rasmi melalui satu surat bertarikh 30 Ogos 2012 yang dikeluarkan oleh Najib.

“Walaupun saya dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat 1MDB, saya tidak pernah terlibat dalam sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenai isu-isu syarikat itu dan tidak pernah dijemput hadir ke mesyuarat tahunan 1MDB.

“Selain itu, saya juga tidak pernah meminta Najib atau pihak 1MDB untuk dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat ini,” katanya.

Menurut Sidek, beliau menerima bayaran elaun sebanyak RM30,000 sebulan dalam tempoh lantikannya sebagai ahli Lembaga Ppenasihat 1MDB.

“Selepas saya bersara sebagai KSN, saya masih menerima pembayaran elaun sebanyak RM10,000 sebulan sehingga jawatan saya dalam 1MDB ditamatkan pada Jun 2015,” katanya.

Tambah Sidek, pada 2 Jun 2016 beliau menerima surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung pembubaran Lembaga Penasihat tersebut.

“Melalui surat ini, saya tidak diberitahu sebab-sebab pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB dan saya tidak tahu kenapa ia diputuskan untuk dibubarkan. Saya juga tidak bertanya kepada Najib atau pihak 1MDB kenapa Lembaga Penasihat ini dibubarkan,” katanya.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan, iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/1mdb-ditubuhkan-sebagai-dana-politik-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ketua Setiausaha Negara Dakwa 1mdb Ditubuh Sebagai Dana Politik Barisan Nasional

Bekas Ketua Setiausaha Negara Dakwa 1mdb Ditubuh Sebagai Dana Politik Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 114 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa mengikut pemahamannya syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad ditubuhkan untuk dijadikan dana...
Najib Minta Saya Tak Campur Hal 1mdb Bekas Menteri Kewangan Ii

Najib Minta Saya Tak Campur Hal 1mdb Bekas Menteri Kewangan Ii

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 118 hits
malaysiakini comBekas menteri kewangan II Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memberi keterangan hari ini bahawa dia cuba memberi amaran kepada bekas perdana menteri Najib Razak mengenai penubuhan 1MDB tanpa kajian kebolehlaksanaan Saksi pendakwa...
Rentasan 1144 Gempar Ini Motifnya Bekas Ksn Terima Imbuhan Rm30k Seb

Rentasan 1144 Gempar Ini Motifnya Bekas Ksn Terima Imbuhan Rm30k Seb

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 120 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 11441 AKHIRNYA RUU ANTILOMPAT PARTI MENJADI KENYATAAN 2 KECURIAN BALAK KELANTAN ADAKAH EAIC AKAN SIASAT 3 IMBUHAN 1MDB KSN CEMAR INTEGRITI 4 DI MANA PENDIRIAN MALAYSIA TATKALA NABI DIHINA
Jadikan Kipas Sebagai Makmum Jelas Persenda Islam Kata Mufti Pulau Pinang

Jadikan Kipas Sebagai Makmum Jelas Persenda Islam Kata Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 100 hits
Jadikan kipas sebagai makmum jelas persenda Islam kata mufti Pulau Pinang Dikemas kini 8 minit yang lalu Diterbitkan pada 29
10 Bekas Mp Pkr Akan Lari Kerajaan Tumbang Jika Pm Gugur Zuraida Kata Penganalisis

10 Bekas Mp Pkr Akan Lari Kerajaan Tumbang Jika Pm Gugur Zuraida Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 126 hits
Menurut seorang penganalisis Zuraida Kamaruddin mempunyai pengaruh dalam kalangan bekas wakil rakyat dan ahli PKR PETALING JAYA Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan 10 bekas Ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan sekaligus menyak...
Bn Perlu Tsunami Politik Untuk Rampas Parlimen Sepang Kata Zahid

Bn Perlu Tsunami Politik Untuk Rampas Parlimen Sepang Kata Zahid

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 109 hits
freemalaysiatoday com June 12 2022 12 04 AMAhmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli dan pemimpin BN di Sepang tidak memikirkan siapa bakal bertanding pada PRU15 kerana mahu kemenangan calon BN PETALING JAYA Barisan Nasional Sepang perlu mewujud...
Hello Ph Dah Bersedia Ke Belum Pak Long Mail Nak Tiup Semboyan Sangkakala Dia Kata Sesaat Pun Tak Mau Tunggu Dah

Hello Ph Dah Bersedia Ke Belum Pak Long Mail Nak Tiup Semboyan Sangkakala Dia Kata Sesaat Pun Tak Mau Tunggu Dah

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 145 hits
PRU15 bila bila masa dari sekarang PM seru BN bersediaHasimi MuhamadJun 1 2022 16 21 MYTPerdana Menteri berkata martabat BN perlu diangkat semula sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa Gambar Astro ...
Muka Baharu Terajui Pkr Kehendak Ahli Inginkan Pembaharuan Kata Aminuddin

Muka Baharu Terajui Pkr Kehendak Ahli Inginkan Pembaharuan Kata Aminuddin

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 139 hits
Ketua PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata ahli PKR sekarang telah mencapai 1 1 juta orang dan sebahagian besarnya anak muda dan mereka mempunyai hak untuk menentukan masa depan pembaharuan dan ingin roh yang baharu REMBAU Sebahagian...
Kata Prabowo Soal Kemungkinan Gerindra Koalisi Dengan Nasdem Di 2024

Kata Prabowo Soal Kemungkinan Gerindra Koalisi Dengan Nasdem Di 2024

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 102 hits
Ketua Umum Gerindra Prabowo Subianto melakukan pertemuan dengan Ketua Umum Partai NasDem Surya Paloh di NasDem Tower Gondangdia Jakarta Senin
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil

Kerajaan Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam Pada 1 Mei 2024