10 Bekas Mp Pkr Akan Lari Kerajaan Tumbang Jika Pm Gugur Zuraida Kata Penganalisis


 
Menurut seorang penganalisis, Zuraida Kamaruddin mempunyai pengaruh dalam kalangan bekas wakil rakyat dan ahli PKR.PETALING JAYA: Penganalisis politik tidak menolak kemungkinan 10 bekas Ahli Parlimen PKR akan menarik sokongan sekaligus menyaksikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tumbang jika Zuraida Kamaruddin digugur dari Kabinet.
Ahmad Atory Hussain.Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain berkata tidak mudah untuk Ismail mengugurkan Zuraida walaupun telah keluar Bersatu menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Katanya, ini kerana ahli Parlimen Ampang itu mempunyai pengaruh dalam kalangan bekas wakil rakyat dan ahli PKR.
Kata Atory, kedudukan perdana menteri boleh tergugat bila-bila masa dan disebabkan itu, Ismail bertindak dengan berhati-hati untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya.
“Manfaat yang perdana menteri dapat dengan mengekalkan Zuraida penting kerana ahli Parlimen Ampang itu mempunyai 10 atau 11 bekas ahli Parlimen PKR yang menjadi pengikut dan penyokong.
“Kalau Ismail gugurkan Zuraida dan dilantik menteri baru dari Bersatu, alamatnya sokongan penyokong Zuraida termasuk 10 penyokongnya, termasuk Mohamed Azmin Ali tentu lari dari Kabinet menyebabkan kerajaan Ismail akan tumbang,” katanya kepada FMT.
Azmi Hassan.Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara tidak menolak bahawa tindakan perdana menteri mengekalkan Zuraida dalam Kabinet sebagai salah satu strategi Umno mendapatkan sokongan PBM yang disertai ahli Parlimen Ampang itu pada PRU15.
“Ini strategi politik kerana Umno dan BN memerlukan sokongan tak kira daripada mana. Jadi, dalam PRU15 tak rugi apa-apa bagi pihak Umno kerana Umno berseteru dengan Bersatu. Umno dapat manfaat jika PBM mempunyai sokongan kuat dan PBM bersama Umno menempuh PRU15.
“Jadi, ini timbang balas perdana menteri berkeras bahawa Zuraida masih menteri,” katanya.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) pula berpandangan Ismail tidak mahu memburukkan lagi situasi politik dengan membuat keputusan terburu-buru menggantikan Zuraida walaupun digasak pemimpin Bersatu.
Awang Azman Pawi.“Jika perdana menteri melayan tuntutan Bersatu ia akan menyebabkan ketidakpuasan PBM dan mengundang kemarahan dari Umno. Ini menyebabkan konflik semakin teruk dan krisis kepercayaan terhadap Ismail akan tercetus mampu mengancam kedudukannya sebagai perdana menteri.
“Ismail amat selesa dengan politik ‘play safe’ untuk kekalkan kuasanya sebagai perdana menteri dan jaga reputasinya sendiri dan tak mahu mencipta musuh baharu dalam politik.
Pada 1 Jun lalu, Ismail berkata, Zuraida hanya keluar Bersatu, bukan berundur sebagai menteri susulan tuntutan parti itu mahukan jawatannya diisi calon baharu daripada Bersatu.
Ismail berkata, kedudukan Zuraida dalam Jemaah Menteri perlu dibincangkan antara mereka berdua terlebih dahulu.
Semalam, Zuraida berkata beliau akan menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, susulan kenyataan Ismail itu, meskipun meninggalkan parti komponen pemerintah dan berada di luar Perikatan Nasional mahupun Barisan Nasional. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/06/10-bekas-mp-pkr-akan-lari-kerajaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Tiada Kaitan Langkah Zuraida Keluar Bersatu Kata Zambry

Bn Tiada Kaitan Langkah Zuraida Keluar Bersatu Kata Zambry

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 220 hits
Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir berkata tindakan Zuraida Kamaruddin meninggalkan Bersatu adalah urusan ahli Parlimen Ampang itu dan partinya PETALING JAYA Barisan Nasional tiada kaitan dengan langkah Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kama...
Bersatu Kemuka Nama Anggota Kabinet Ganti Zuraida Kepada Pm Kata Muhyiddin

Bersatu Kemuka Nama Anggota Kabinet Ganti Zuraida Kepada Pm Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 264 hits
Muhyiddin Yassin berkata keahlian Zuraida Kamaruddin dalam Bersatu gugur serta merta hari ini PETALING JAYA Bersatu akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai anggota Kabinet susulan...
Umno Yang Pemaaf Dapat Segerakan Kejatuhan Bersatu Kata Penganalisis

Umno Yang Pemaaf Dapat Segerakan Kejatuhan Bersatu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 201 hits
May 28 2022 Tindakan Zuraida Kamaruddin meninggalkan Bersatu mencetuskan spekulasi bahawa Hamzah Zainudin akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri PETALING JAYA Seorang penganalisis politik percaya Umno yang pemaaf boleh menyegerakan ...
Bila Dah Kalah Farhash Kata Reformasi Tak Ada Dalam Pkr

Bila Dah Kalah Farhash Kata Reformasi Tak Ada Dalam Pkr

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 260 hits
Tidak berpuas hati dengan keputusan Pemilihan PKR 2022 calon naib presiden yang tewas Farhash Wafa Salvador meminta supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti mengambil serius pandangan mereka yang mengemukakan bantahan terhadap keraguan keputusan...
Pemimpin Pkr Nafi Dakwaan Umno Anwar Bincang Tubuh Kerajaan Baharu

Pemimpin Pkr Nafi Dakwaan Umno Anwar Bincang Tubuh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 214 hits
freemalaysiatoday com June 7 2022 7 00 AMTian Chua mempersoalkan dakwaan bahawa puak Umno pro Ismail Sabri Yaakob sedang mengadakan perbincangan dengan Anwar Ibrahim PETALING JAYA Pemimpin politik menolak dakwaan seorang penganalisis politi...
Mn Akan Wujud Di Mana Umno Perlukan Pas Kata Penganalisis

Mn Akan Wujud Di Mana Umno Perlukan Pas Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 298 hits
freemalaysiatoday com June 5 2022 8 30 AMKetua Umno Selangor Noh Omar menghadiri majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Selangor bulan kepas Menurutnya kedua dua parti itu akan bekerjasama di Selangor pada PRU15 PETALING JAYA Umno dan PAS...
Kemenangan Rafizi Isyarat Ahli Pkr Tolak Anwar Kata Puad

Kemenangan Rafizi Isyarat Ahli Pkr Tolak Anwar Kata Puad

papar berkaitan - pada 31/5/2022 - jumlah : 273 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 30 2022 2 27 PMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi secara sinis menyindir kemenangan tidak rasmi Rafizi Ramli sebagai timbalan presiden PKR Sambil menyifatkan kemenangan itu sebagai mengejutka...
Kata No Khemah Besar Pun Penganalisis Salahkan Rafizi

Kata No Khemah Besar Pun Penganalisis Salahkan Rafizi

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 278 hits
ADA BEBERAPA PIMPINAN NAK SANGAT KHEMAH BESAR HARAP PILIH BETUL BETUL SEDAR SEBELUM RAKYAT HUMBAN DALAM PRU 15 NANTI
Penjelasan Rasmi Ali Batsyah Siapa Sebenarnya Jebat Derhaka

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2026 Pesara

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Belanjawan Madani Keempat Belanjawan Rakyat

Pekerja Kedai Serbaneka Ditemui Mati Di Sungai Disahkan Dibunuh Oleh Penyelia Sendiri

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Hujung Minggu Pun Tiba

Dutch Master 6 Customs From Powerbrick

Yuka Mawar Chord

Ramles Walter Unchosen Chord

Tahiyat Akhir Sujud Penyerahan Terakhir Seorang Hamba