Bekas Ketua Setiausaha Negara Dakwa 1mdb Ditubuh Sebagai Dana Politik Barisan Nasional




KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa mengikut pemahamannya syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada parti kerajaan ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN).
Mohd Sidek, 71, berkata oleh sebab itu, beliau tidak pernah bertanya kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau mana-mana pihak dalam 1MDB berkenaan masalah yang berlaku dalam syarikat tersebut.
Menurutnya, isu-isu yang melanda 1MDB hanya diketahuinya melalui media massa seperti surat khabar dan bacaan di internet dan beliau mengetahui isu itu berkaitan dakwaan salah guna dana.
"Saya juga tahu bahawa adanya penyiasatan oleh agensi tempatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas 1MDB melalui pembacaan saya di surat khabar tempatan, namun saya tidak pernah ditaklimat atau diberitahu secara lanjut apakah butiran penyiasatan ke atas 1MDB.
"Saya sahkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri (ketika itu) tidak pernah memberitahu saya berkenaan isu-isu yang berlaku dalam 1MDB, walaupun saya dilantik menjadi seorang daripada Ahli Lembaga Penasihat 1MDB.
“Saya juga tidak pernah bertanya Datuk Seri Najib kenapa tiada sebarang mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat 1MDB diadakan sepanjang tempoh saya menjawat jawatan itu dan tiada mana-mana wakil 1MDB melaporkan kepada saya tentang operasi dan pelaburan yang dibuat oleh pihak syarikat tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.
Sementara itu, saksi pendakwaan ke-19 itu berkata beliau beranggapan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB hanyalah untuk menambah pendapatannya sebagai KSN yang dianggap tidak setimpal oleh Najib.
"Ketika Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri, beliau pernah bertanyakan kepada saya tentang gaji yang saya terima selaku KSN dan beliau merasakan gaji saya selaku KSN adalah agak kecil," katanya yang memegang jawatan KSN daripada September 2006 hingga Jun 2012.
Menjelaskan mengenai pelantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, Mohd Sidek berkata ia dibuat secara rasmi melalui satu surat bertarikh 30 Ogos 2012 yang dikeluarkan oleh Najib.
“Walaupun saya dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat 1MDB, saya tidak pernah terlibat dalam sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenai isu-isu syarikat itu dan tidak pernah dijemput hadir ke mesyuarat tahunan 1MDB. Selain itu, saya juga tidak pernah meminta Datuk Seri Najib atau pihak 1MDB untuk dilantik menjadi Ahli Lembaga Penasihat ini,” katanya.
Menurut Mohd Sidek, beliau menerima bayaran elaun sebanyak RM30,000 sebulan dalam tempoh lantikannya sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1MDB.
“Selepas saya bersara sebagai KSN, saya masih menerima pembayaran elaun sebanyak RM10,000 sebulan sehingga jawatan saya dalam 1MDB ditamatkan pada Jun 2015,” katanya.
Tambah Mohd Sidek, pada 2 Jun 2016 beliau menerima surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berhubung pembubaran Lembaga Penasihat tersebut.
"Melalui surat ini, saya tidak diberitahu sebab-sebab pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB dan saya tidak tahu kenapa ia telah diputuskan untuk dibubarkan. Saya juga tidak bertanya kepada Datuk Seri Najib atau pihak 1MDB kenapa Lembaga Penasihat ini dibubarkan," katanya.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/06/bekas-ketua-setiausaha-negara-dakwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1mdb Ditubuhkan Sebagai Dana Politik Bn Kata Bekas Ksn

1mdb Ditubuhkan Sebagai Dana Politik Bn Kata Bekas Ksn

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 215 hits
freemalaysiatoday com June 7 2022 6 01 PMBekas ketua setiausaha negara Sidek Hassan mendedahkan bahawa beliau menerima RM30 000 sebulan sebagai ahli Lembaga Penasihat 1MDB sebelum dikurangkan kepada RM10 000 sebulan KUALA LUMPUR Bekas ketua...
Berita Dan Gambar Pagi Ini Bekas Ketua Polis Negara Berniaga Sayur

Berita Dan Gambar Pagi Ini Bekas Ketua Polis Negara Berniaga Sayur

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 113 hits
Sempoi Bekas KPNTan Sri Dato Seri Hamid Bador meniaga sayur sayur yang ditanam sendiri dekat pasar Nikmati hari hari yang chill lepas pencen Semoga sentiasa dalam keadaan sihat Tan Sri
1mdb Tabung Ayam Barisan Nasional

1mdb Tabung Ayam Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 100 hits
Saya adalah penjawat awam Polisi kerajaan adalah polisi parti memerintah tidak kira parti Barisan Nasional atau apa sahaja namanya Polisi kerajaan itu sendiri diperoleh daripada polisi parti sekumpulan parti atau gabungan parti Jadi agak su...
Pengikut Setia Najib Dipecat Sebagai Ketua Penerangan Bn Selangor

Pengikut Setia Najib Dipecat Sebagai Ketua Penerangan Bn Selangor

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 130 hits
agendaily com08 06 2022Bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak Isham Jalil Seorang pengikut setia Datuk Seri Najib Razak dipecat serta merta sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional Bekas pegawai khas Najib Isham Jalil itu sendiri menges...
Agong Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira Fahaman Politik Masing Masing

Agong Bawa Kejayaan Kepada Negara Tanpa Ambilkira Fahaman Politik Masing Masing

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 118 hits
PETALING JAYA Kerajaan dan semua pihak tanpa mengira fahamanp politik diseru berusaha merencanakan pelan jangka panjang bagi membawa negara ke persada kejayaan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ket...
Sprm Mesti Kembalikan Dana Negara Dirompak

Sprm Mesti Kembalikan Dana Negara Dirompak

papar berkaitan - pada 27/5/2022 - jumlah : 136 hits
SPRM mesti kembalikan dana negara dirompakPosted By on May 26 2022Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus mengambil tindakan segera untuk memperolehi setiap dana negara yang diselewengkan melalui skandal kewangan 1Malaysia Development ...
Isu Bail Out Bekas Ceo Sapura Energy Saman Rafizi Dakwa Najib Desak Supaya Suntik Wang

Isu Bail Out Bekas Ceo Sapura Energy Saman Rafizi Dakwa Najib Desak Supaya Suntik Wang

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR Rafizi Ramli yang baru menang jawatan sebagai Tmbalan Presiden Parti Keadikan Rakyat telah disaman berhubung isu bail out Sapura Energy Bhd Menurut Rafizi dia telah menerima writ saman daripada peguam yang mewakili bekas CEO Sa...
Najib Minta Saya Tak Campur Hal 1mdb Bekas Menteri Kewangan Ii

Najib Minta Saya Tak Campur Hal 1mdb Bekas Menteri Kewangan Ii

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 118 hits
malaysiakini comBekas menteri kewangan II Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memberi keterangan hari ini bahawa dia cuba memberi amaran kepada bekas perdana menteri Najib Razak mengenai penubuhan 1MDB tanpa kajian kebolehlaksanaan Saksi pendakwa...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Buasir Otak Tv Macam Mana Nak Masuk Rumah Kalau Kunci Hilang

Pk House By 8x8 Design Studio Co In Calatagan Philippines

Melinda Dadew Humansan Chord

Tamil News Editor Served Legal Letter From Deputy Minister S Aide

Kkb Polls Boycotting The Ballot Box Unproductive Says Yeoh