1969 Dr Mahathir Tulis Malay Dilemma Untuk Tagih Sokongan Melayu 2019 Dr Mahathir Gunakan Tulisan Jawi Pula


Kenyataan Dr. Mahathir Bahawa Dong Zhong Rasis Hanyalah Untuk Menarik Kembali Sokongan Orang Melayu


'The Malay Dilemma' adalah retorik pembohongan sulong Dr. Mahathir dalam menyelamatkan karier politik beliau...

Hilang kemasyhuran, hilang kebanggaan, hilang pengaruh akan menjadikan Dr. Mahathir hilang maruah, hilang jati diri dan hilang prinsip...

Akhirnya beliau akan menggunakan senjata politik terakhir beliau yang pernah beliau gunakan ketika disingkir dari pentas politik pada tahun 1969...

Memainkan sentimen perkauman yang bertujuan menimbulkan ketegangan antara kaum dan Dr. Mahathir akan sekali lagi memainkan watak sebagai hero untuk masyarakat Melayu...

Segala-galanya dilakukan oleh Dr. Mahathir bila beliau merasakan mula kehilangan sokongan dan kepercayaan bangsa Melayu terhadap diri beliau...


Sebagai seorang ahli politik yang cukup matang dalam arena politik tanahair, Dr. Mahathir faham, malah tersangat faham, beliau TIDAK BOLEH kehilangan sokongan dari bangsa Melayu...

Kehilangan sokongan dari bangsa Melayu terhadap diri beliau bererti jalan keluar dari dunia politik untuk Dr. Mahathir akan terbuka dengan seluas-luasnya...


Dr. Mahathir sendiri pernah menerima padahnya waktu tewas di tangan Allahyarham Hj. Yusof Rawa (PAS) dalam pilihanraya umum 1969 bila bangsa Melayu tidak mahu memberikan sokongan ke atas dirinya (BACA DI SINI)...

Bagi seorang yang ego seperti Dr. Mahathir, ianya satu keadaan yang TIDAK BOLEH beliau terima...


Biarlah mendapat sokongan dengan cara yang TIDAK BERMARUAH dari tumbang dengan cara TIDAK BERMARUAH!!!

Itulah prinsip san pegangan manusia yang bernama Mahathir bin Mohamad...


Dr. Mahathir menulis buku 'The Malay Dilemma' sebagai tindak balasnya kepada tragedi 13 Mei 1969...

Buku itu telah disenaraikan sebagai menghasut dan terlalu berbaur perkauman...

Kerajaan Pusat pada ketika itu tiada pilihan selain mengharamkan buku tersebut dan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mahukan Dr Mahathir ditangkap namun telah dinasihatkan tidak berbuat demikian...


Malah, Ahli Parlimen Rawang, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman, anak kepada Yang Di Pertuan Agong yang pertama, membantu menyembunyikan Dr. Mahathir bagi mengelakkannya dipenjarakan (BACA DI SINI)...

Maka sesuatu yang amat pelik apabila selepas itu Dr. Mahathir bertindak sebagai anti-kerabat Di Raja walhal kerabat Di Rajalah yang menyelamatkannya...

Mungkin kerana kebenciannya terhadap kerabat diraja menyebabkan beliau membenci Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah dan Majlis Raja Raja Melayu...

Buku 'The Malay Dilemma' Dr. Mahathir sarat dengan kemarahan dan racun...

Kaum Cina sangat bimbang apabila Dr. Mahathir mengambil alih kerajaan pada 1981 sebagai Perdana Menteri...

Mereka sudah bersedia dengan apa yang bakal berlaku...

Kemungkinan besar pembersihan etnik kaum Cina dan pengusiran warga Cina keluar dari Malaysia...

Tetapi perkara sebaliknya telah berlaku, mereka terkejut apabila mendapati Dr. Mahathir rupanya sahabat paling baik kaum Cina, atau sekurang-kurangnya bersahabat dengan kapitalis dan jutawan berbangsa Cina...


Dr. Mahathir memilih jutawan Cina dan menjadikan mereka jutawan bilion...

Malah Dr. Mahathir turut memberikan RM3 bilion kepada kaum Cina pada pertengahan 1980-an ketika krisis ekonomi melanda Malaysia...

Dan apabila kaum Melayu membantah, beliau memberikan RM500 juta untuk menutup mulut mereka, maka beliau melakukan apa yang beliau tuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lakukan (memberikan wang kepada rakyat untuk menjadi popular)...

Persoalannya, adakah pada ketika itu Dr. Mahathir benar-benar serius mengenai sentimen perkauman yang beliau sendiri tulis dalam 'The Malay Dilemma' atau hanya bermain wayang?.

Adakah beliau berubah apabila menjadi Perdana Menteri, sama seperti Anwar Ibrahim berubah apabila beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri...

Atau adakah beliau hanya berlakon serta hanya menggunakan patriotisme kemelayuan dan menggunakan bangsa Melayu sebagai landasan politik bagi melangkah lebih jauh (sama seperti DSAI menggunakan platform Islamnya)?

Dr. Mahathir perlu mengimbau kembali 'The Malay Dilemma' yang ditulis 45 tahun lalu...

Kerana kini beliau telah menipu dan buku yang ditulisnya adalah satu pembohongan!!!


Jika Dr. Mahathir benar-benar ikhlas dwngan apa yang beliau tulis di dalam buku 'The Malay Dilemma' 45 tahun, sudah pasti beliau tidak akan bekerjasama atau bersuhabat dengan jutawan Cina bagi menjarah kekayaan negara secara total...


Apatah lagi bekerjasama dengan parti DAP yang jelas memusuhi Islam dan bangsa Melayu...

Rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu telah dipermainkan...

Kaum Cina menghentam Artikel 153 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walhal pada masa yang sama, jutawan berbangsa Cina yang berubah menjadi jutawan bilion disebalik tirai DEB...

Satu contoh yang paling jelas adalah perjanjian ERL...

Berdasarkan kepada kontrak perjanjian terkini, kadar dipersetujui dan pembayaran daripada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) membuat unjuran perolehan lebih RM1 bilion setiap tahun bermula tahun 2017 dan RM2.5 bilion setiap tahun bermula pada tahun 2027...

Angka ini sangat besar jika mengambil kira kos pembinaan yang melambung kepada RM2.4 bilion dan YTL sudahpun memperolehi keuntungan besar daripada permulaan perolehan kontrak pembinaan dari Dr. Mahathir...


Berdasarkan surat daripada Kementerian Kewangan kepada MAHB bertarikh 21 Ogos 1997 (Rujukan UPE(S)65/3/5), ia merujuk kepada satu memorandum daripada Dr. Mahathir yang mengarahkan MAHB untuk membayar Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) sebahagian daripada cukai lapangan terbang yang dikenakan terhadap penumpang domestik dan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia turut meliputi KLIA2...

Pembayaran MAHB kepada ERL ini bermula pada hari pertama operasi sehinggalah ke penghujung tempoh konsesi 30 tahun...

Pembayaran ini akan meningkat 10% setiap tahun sehingga konsesi tamat...

Ini bermakna, KLIA dan KLIA2 bakal menaikkan kadar cukai lapangan terbang bagi menampung pembayaran yang terus meningkat kepada ERL...

Melalui perjanjian konsesi ini, tambang ERL (diasingkan daripada cukai lapangan terbang) boleh meningkat kepada RM97 menjelang tahun 2019, kemudian kepada RM126 menjelang 2024 (berbanding RM35 ketika ini dan RM55 pada tahun 2017)...

Jika kenaikan ini tidak dibenarkan, kerajaan terpaksa membayar berbilion Ringgit sebagai pampasan kepada ERL...

Selain itu (melalui perjanjian yang sama), terdapat klausa membenarkan YTL untuk melanjutkan konsesi kepada 30 tahun lagi...

Ini bermakna YTL akan tetap 'mencetak wang' biarpun bos YTL sudah mati atau mereput dalam kubur mereka...


Siapakah pemilik YTL hingga mendapat keistimewaan sebegitu tinggi?


Sila (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...

Apa yang ditulis Dr Mahathir pada buku 'The Malay Dilemma' hanyalah sampah ditujukan kepada kaum Melayu agar memberi sokongan untuk beliau menjadi Perdana Menteri!!!

Dan kini ketika beliau menghadapi tentangan dari pemimpin Pakatan Harapan, desakan untuk beliau berundur dan paling ketara, sokongan bangsa Melayu sudah jauh berkurangan terhadap beliau, sekali lagi Dr. Mahathir menggunakan retorik politik jijik yang sama, 'The Malay Dilemma 2.0'...

Tiada lagi buku yang Dr. Mahathir tulis kerana beliau sedar, kaum Melayu tidak akan baca tulisan beliau dan tidak akan percaya dengan beliau lagi...

Tapi kali ini, Dr. Mahathir menggunakan isu Tulisan Jawi, tulisan yang bukan saja dekat dengan hati dan sanubari kaum Melayu tetapi yang lebih penting ialah tulisan yang sama digunakan dalam Al Quran...

'One stone kill two birds' itulah strategi baru Dr. Mahathir...

Benarlah seperti kata bekas Setiausah Sulit beliau yang berbunyi;

"JANGAN DENGAR APA YANG MAHATHIR KATA TETAPI LIHATLAH APA YANG BELIAU BUAT..."

Hakikatnya, bangsa Melayu, bukanlah bangsa yang disayangi oleh Dr. Mahathir...

Dr. Mahathir cuma perlukan sokongan bangsa Melayu untuk terus berkuasa...

Kini, bila sokongan bangsa Melayu terhadap diri beliau telah hilang, Dr. Mahathir marah dan mula berdendam pada bangsa Melayu...

Kali ini, isu Tulisan Jawi yang beliau mainkan, benar-benar boleh menaikkan kemarahan bangsa Melayu...

Kepada bangsa Melayu, sebelum kita terleka dan terpengaruh dengan permainan jijik Dr. Mahathir, tanyalah pada diri kita sendiri, kenapa baru sekarang Dr. Mahathir kelihatan bersungguh-sungguh mahu perjuangkan Tulisan Jawi, kenapa tidak dari dulu, sedangkan beliau pernah menjadi Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri selama 22 tahun?

Admin cuma tertanya-tanya, yang Dr. Mahathir beriya-iya sangat nak perjuangkan Tulisan Jawi, beliau serta isteri dan anak cucu beliau bolehkah membaca dan menulis dalam Tulisan Jawi?


DYMM Sultan Selangor pernah bertitah, kemarahan Dr. Mahathir akan membakar seluruh negara...

Kali ini, biarlah Dr. Mahathir terbakar sendiri, jangan bangsa Melayu ikut sama terbakar!!!





Kredit :

Rozmi Mokhtar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/08/1969-dr-mahathir-tulis-malay-dilemma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

5192 Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi Kelirukan Pengguna Ppim Indahnya Islam 22 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 527 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia senada dengan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia yang mahu satu akta digubal bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan ...
Tulisan Jawi Di Gunakan Untuk Pasukan Manchester United

Tulisan Jawi Di Gunakan Untuk Pasukan Manchester United

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 741 hits
Kita sedia maklum tulisan jawi kembali lagi dengan isu tersendiri sebelum ini Isu itu timbul dimana pihak KPM membuat keputusan untuk menambahkan silibus tulisan jawi ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu darjah 4 Kita sedia maklum terdapat...
Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 399 hits
Selepas pertemuan lewat malam dengan wakil rakyat DAP berhubung langkah kontroversial berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng pagi ini dil...
5190 Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Mengelirukan Utusan Malaysia 22 08 2019

5190 Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Islam Mengelirukan Utusan Malaysia 22 08 2019

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 532 hits
KUALA LUMPUR 22 Ogos Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong penuh gesaan melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru deng...
Tulisan Jawi Beri Kuasa Kepada Pibg Tanda Melayu Mudah Mengalah

Tulisan Jawi Beri Kuasa Kepada Pibg Tanda Melayu Mudah Mengalah

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 223 hits
Tindakan kerajaan yang menyerahkan kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk membuat keputusan dalam pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah dianggap sebagai petanda orang Melayu sudah mula mengalah Pengerusi Majlis Dakwah Negara Prof Emer...
Mahathir Kepada Pemimpin Dap Tulisan Cina Boleh Mengapa Penulisan Khat Tak Boleh

Mahathir Kepada Pemimpin Dap Tulisan Cina Boleh Mengapa Penulisan Khat Tak Boleh

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 324 hits
Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal kata Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri berkata kerajaan selama ini tidak pernah menghalang kaum lain untuk m...
Apa Hal Nak Takut Sangat Dengan Tulisan Jawi

Apa Hal Nak Takut Sangat Dengan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 334 hits
Beberapa pemimpin parti politik tak senang duduk selepas Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan tulisan khat untuk pelajar tahun 4 untuk subjek Bahasa Melayu mulai tahun depan Tapi kenapa mereka ni macam tak boleh terima je Layari htt...
Tulisan Jawi Waras Berfikir Sebelum Menentang

Tulisan Jawi Waras Berfikir Sebelum Menentang

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 976 hits
Surat khabar Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan diterbitkan dari 1876 sehingga 1895 dalam tulisan Jawi Utusan Melayu diterbitkan pertama kali pada 1939 dalam tulisan Jawi Dokumen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 yang ditan...
Tulisan Jawi Kesukaran Mempelajarinya Menyebabkan Tulisan Roman Diperkenal

Tulisan Jawi Kesukaran Mempelajarinya Menyebabkan Tulisan Roman Diperkenal

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 398 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist