Tulisan Jawi Waras Berfikir Sebelum Menentang


Surat khabar Melayu yang pertama iaitu Jawi Peranakan diterbitkan dari 1876 sehingga 1895 dalam tulisan Jawi.

Utusan Melayu diterbitkan pertama kali pada 1939 dalam tulisan Jawi.

Dokumen pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957 yang ditandatangani oleh Tunku Abdul Rahman ialah dalam tulisan Jawi.

Batu Bersurat (1303M) yang ditemui di Kuala Terengganu adalah dalam tulisan Jawi.

Penggunaan tulisan Jawi mula merosot apabila Akta Bahasa Kebangsaan diwartakan pada tahun 1963 dengan memutuskan bahawa tulisan rasmi negara Malaysia ialah tulisan Rumi. Namun untuk mengatakan tulisan Jawi bukan sebahagian dari silibus dan tiada kena mengena dengan pembelajaran adalah sangat jauh menyeleweng faktanya.

Tulisan Jawi adalah warisan orang Melayu, penduduk asal Malaysia yang dikenali sebagai Tanah Melayu dulu. Tiada kaitan dengan agama yang dianuti oleh orang Melayu iaitu agama Islam sebagaimana tiada kaitan Bahasa Cina dengan agama Buddha yang sesetengah orang Cina anuti di Malaysia.

Sedarkah sahabat bahawa dengan menentang pengenalan tulisan Jawi dalam silibus sekolah itu seolah-olah menentang warisan orang Melayu? Sejarah membuktikan tulisan Jawi adalah warisan orang Melayu dan warisan orang Melayu adalah warisan Malaysia dan warisan Malaysia adalah warisan semua rakyat Malaysia.

Sebagaimana Lee Chong Wei tiada masalah memakai baju Melayu yang merupakan baju kebangsaan Malaysia walaupun ia baju Melayu dan sebagaimana penjawat awam diwajibkan memakai batik pada setiap Khamis dan membawa serta memakai Batik Malaysia apabila bertugas di luar negara, maka tulisan Jawi ini juga tidak seharusnya dipolemikkan dan ditentang mana-mana pihak kerana ia WARISAN MALAYSIA!

Saya menyeru sahabat yang menentang tulisan Jawi agar waras dalam berfikir sebelum menentang. Jangan menjolok sarang tebuan kerana bila dijolok saya risau tebuan akan menyengat bukan sahaja penjolok tetapi yang tidak menjolok sekadar menonton dan bergerak ketawa juga akan disengat.

Kepada Dong Zong dan Jiao Zong yang memprotes, kita adalah rakyat Malaysia berbangsa Cina bukannya rakyat China. Bangsa Cina yang menjadi rakyat di Jepun, Thailand, Amerika, Eropah, Indonesia dan seluruh dunia mampu bertutur fasih dalam bahasa kebangsaan mereka. Rakyat Thai berbangsa Cina bercakap Thai sesama mereka! Rakyat Indonesia berbangsa Cina bercakap bahasa Indonesia sesama mereka.

Rakyat Malaysia berbangsa Cina nak bercakap bahasa Melayu pun ada yang tak pandai! Malahan ada yang memandang rendah bangsa Cina lain yang bercakap bahasa Melayu sedangkan bahasa Melayu itu bahasa kebangsaan! Kita semua inginkan perpaduan dan bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang membolehkan kita semua berkomunikasi dan memahami antara satu sama lain.

Cukup-cukuplah. Mendiang Tan Sri Prof. Khoo Kay Kim seorang Cina dan fasih berbahasa Melayu, bila mati dihina orang Cina sendiri hanya kerana dia mengatakan kebenaran berdasarkan fakta sedangkan yang menghinanya banyak yang auta. Prof. Lim Swee Tin berbangsa Cina fasih berbahasa Melayu. Tidak dilupa bekas Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw bukan sahaja fasih bahasa Melayu tetapi pandai juga tulisan Jawi. Kenapa mereka boleh berbahasa Melayu dengan baik?

Kerana mereka MALAYSIAN FIRST CHINESE SECOND. Malu pada sahabat kita dari Bangladesh, India dan luar negara yang mampu bertutur bahasa Melayu jauh lebih fasih dari sebilangan rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia walaupun mereka itu baru beberapa bulan di Malaysia? Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Peringatan terakhir saya, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Fahamilah.

Oleh: Firdaus Wong

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/08/tulisan-jawi-waras-berfikir-sebelum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

Siapa Matikan Tulisan Jawi Dulu Umno Atau Dap

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 606 hits
OLEH W FUDZIN NSSiapa yang menghentikan dan membunuh tulisan jawi dulu tu adalah Umno Yang ingin menghidupkan tulisan jawi di sekolah sekolah itu adalah kerajaan PH Umno yang gunakan kuasa menghentikan tulisan jawi dulu kini adalah rakan se...
Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

Bantah Uec Bukan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 439 hits
Baru baru ini negara kecoh apabila Dong Zong dan NGO Cina mahu membuat satu himpunan protes membantah cadangan agar pengenalan tulisan Jawi dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran subjek Bahasa Melayu darjah 4 Dong Jiao Zong nafi akan berh...
Tulisan Jawi Warisan Tamadun Islam

Tulisan Jawi Warisan Tamadun Islam

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 290 hits
ABDUL HADI AWANG SEMUA ilmuan Timur dan Barat secara ikhlas tanpa fanatik dan prejudis mengakui peranan Islam mencipta tamadun yang menjadi asas kepada kemajuan dunia terkini Namun munculnya tanda tanda kemusnahan tamadun sekarang kerana me...
Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

Umno Hapus Tulisan Jawi Ph Kena Maki

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 388 hits
Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada bahasa Melayu pada 1966 Berm...
Tulisan Jawi Adalah Seni Bukan Agama Tpm

Tulisan Jawi Adalah Seni Bukan Agama Tpm

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 276 hits
Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua ber...
Lip Eng Disaran Hayati Sejarah Tulisan Jawi

Lip Eng Disaran Hayati Sejarah Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 259 hits
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng disaran menghayati sejarah serta penggunaan tulisan jawi di negara ini terutama melibatkan urusan Raja Raja Melayu sendiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata tulisan jawi ...
Bagaimanakah Tulisan Jawi Mahu Ditolak Bila Sijil Kelahiran Negara Sendiri Adalah Dalam Tulisan Jawi

Bagaimanakah Tulisan Jawi Mahu Ditolak Bila Sijil Kelahiran Negara Sendiri Adalah Dalam Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 633 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching menyebut pada 28 Julai lalu bahawa pihaknya belum membuat keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi pada masa hadapan Saya sebaliknya berpendapat bahawa keputusan mengenai penggunaan tulisan Jawi p...
Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

Isu Tulisan Jawi Lim Jumpa Dr Mahathir Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 397 hits
Selepas pertemuan lewat malam dengan wakil rakyat DAP berhubung langkah kontroversial berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng pagi ini dil...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte