Tulisan Jawi Beri Kuasa Kepada Pibg Tanda Melayu Mudah Mengalah


SITI NUR ZAWANI MISCONFOTO: SYAFIQ ISKANDARAugust 20, 2019 6:00 pm

Tindakan kerajaan yang menyerahkan kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membuat keputusan dalam pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah, dianggap sebagai petanda orang Melayu sudah mula mengalah.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, ini secara tidak langsung menyerlahkan sikap orang Melayu yang terlalu bertolak ansur memberi apa sahaja yang diminta kaum minoriti lain.

“Saya berpendapat apabila diberi kuasa pada PIBG, ada kemungkinan besar sekolah Cina tidak akan menggunakan Jawi kerana kuasa dan pengaruh Dong Zong cukup besar dalam sekolah-sekolah.

“Saya menganggap ia sekadar satu kenyataan politik yang menunjukkan bahawa orang Melayu sudah beralah. Inilah terjadi. Orang Melayu terlampau akomodatif dan sanggup beri apa sahaja yang dipinta orang lain asalkan orang lain itu senang hati dan itulah kebaikan budi orang Melayu.

“Sekarang ini persatuan India sendiri telah menerima sepenuhnya program khat itu di sekolah-sekolah Tamil. Jadi saya nak tengok kenapa ada perbezaan antara dua politik kaum ini,” katanya kepada Malaysia Dateline selepas sidang media Anugerah Kecemerlangan Islam di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat jemaah menteri kabinet pada Rabu yang mengekalkan keputusan supaya pengenalan tulisan jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun empat di sekolah jenis kebangsaan mulai tahun 2020 diteruskan.

Bagaimanapun Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid sekolah jenis kebangsaan.

Tindakan kerajaan yang menyerahkan kuasa kepada PIBG untuk membuat keputusan dalam pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah, dianggap sesetengah pihak sebagai petanda orang Melayu sudah mula mengalah.

Ini susulan tindakan tiga sekolah dikesan mengantungkan kain rentang membantah pelaksanaan tulisan jawi dan khat itu iaitu sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan dua lagi di SJK Cina.

Mahmood Zuhdi juga berpandangan generasi muda Islam tidak lagi berbicara dalam bahasa generasi lama iaitu mereka banyak memperkatakan tentang ketuanan Melayu dan perlembagaan.

“Ini cakap-cakap kosong sedangkan yang penting adalah kesatuan ummah.

“Daripada sibuk berkelahi sama ada mahu laksana atau tidak (tulisan jawi), lebih baik perkasakan Jawi itu. Kedudukan Jawi sekiranya mempunyai nilai begitu tinggi, kita tidak perlu memaksa orang menerima Jawi dari sebahagian yang patut dipelajari, bahkan mereka sendiri akan minta untuk belajar tulisan Jawi,” katanya.

Mengulas tentang beberapa desakan orang ramai untuk mengharamkan pertubuhan Dong Zong, beliau berkata, ia tidak seharusnya ke tahap itu.

“Tidaklah sampai ke tahap perlu haramkan Dong Zong. Tak perlu macam tu kerana ia sebahagian dari pembinaan tamadun kita,” ujarnya.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/tulisan-jawi-beri-kuasa-kepada-pibg-tanda-melayu-mudah-mengalah/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/tulisan-jawi-beri-kuasa-kepada-pibg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tulisan Jawi Dipolitikkan Sejak Bila Pibg Tentukan Silibus Zahid

Tulisan Jawi Dipolitikkan Sejak Bila Pibg Tentukan Silibus Zahid

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 234 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akhirnya menyerahkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah vernakular berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan jawi Sejak bil...
1969 Dr Mahathir Tulis Malay Dilemma Untuk Tagih Sokongan Melayu 2019 Dr Mahathir Gunakan Tulisan Jawi Pula

1969 Dr Mahathir Tulis Malay Dilemma Untuk Tagih Sokongan Melayu 2019 Dr Mahathir Gunakan Tulisan Jawi Pula

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 590 hits
Kenyataan Dr Mahathir Bahawa Dong Zhong Rasis Hanyalah Untuk Menarik Kembali Sokongan Orang Melayu The Malay Dilemma adalah retorik pembohongan sulong Dr Mahathir dalam menyelamatkan karier politik beliau Hilang kemasyhuran hilang kebanggaa...
Pembelajaran Tulisan Jawi Tidak Realistik Di Sekolah Tamil Menteri Perpaduan

Pembelajaran Tulisan Jawi Tidak Realistik Di Sekolah Tamil Menteri Perpaduan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 574 hits
Di alam baru ini terdapat banyak perkara untuk diajar kepada pelajar Jadi bagi saya memperkenalkan tulisan jawi di Sekolah Tamil merupakan satu perkara yang tidak perlu demikian kata Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial P Waythamoorth...
Menteri Perpaduan Tak Setuju Perkenal Tulisan Jawi Di Sjkt

Menteri Perpaduan Tak Setuju Perkenal Tulisan Jawi Di Sjkt

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 371 hits
News Diterbitkan Hari ini 8 07 malamMenteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial P Waythamoorthy menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk memperkenalkan memperkenalkan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia ...
Pengenalan Jawi Di Sjk Kekal Tetapi Perlu Dipersetujui Pibg

Pengenalan Jawi Di Sjk Kekal Tetapi Perlu Dipersetujui Pibg

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 221 hits
News Diterbitkan 14 Ogs 2019Kerajaan memutuskan pengenalan tulisan Jawi bagi murid Darjah 4 di semua sekolah akan diteruskan Bagaimanapun bagi sekolah vernakular pengajarannya hanya akan dilaksanakan jika ia dipersetujui Persatuan Ibu bapa ...
Lebih 100 000 Rakyat Malaysia Bersatu Pertahankan Tulisan Jawi

Lebih 100 000 Rakyat Malaysia Bersatu Pertahankan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 546 hits
Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggesa rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen bagi mengharamkan Persekutuan Persatuan persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Exco Armada Muzzammil Ismail berkata D...
Tulisan Jawi Dimusnahkan Di Zaman Umno Kerajaan Ph Cuba Membaikinya Tapi Umno Dan Pas Meroyan

Tulisan Jawi Dimusnahkan Di Zaman Umno Kerajaan Ph Cuba Membaikinya Tapi Umno Dan Pas Meroyan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 460 hits
Apa yang menjadi fakta tulisan jawi dimusnahkan oleh umno kawan Pas skrg di zaman khir johari lagi Kerajaan PH pula ingin kembalikan semula tulisan jawi Meskipun ada bberapa pihak dari kaum cina dan india termasuk dari MCA dan MIC komponen ...
Tulisan Jawi Pm Mengingatkan Hampir Semua Perkara Dibincangkan Dalam Kabinet

Tulisan Jawi Pm Mengingatkan Hampir Semua Perkara Dibincangkan Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 252 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tulisan Jawi Kesukaran Mempelajarinya Menyebabkan Tulisan Roman Diperkenal

Tulisan Jawi Kesukaran Mempelajarinya Menyebabkan Tulisan Roman Diperkenal

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 448 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai