18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu Dulu




18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu | Assalamualaikum, biskut raya orang dulu-dulu memang sedap, siapa setuju? resepinya sampai sekarang sangat popular apatah lagi sekarang dah boleh cari melalui online, yang baru pertama kali membuat kuih juga pasti akan berjaya jika ikut sukatan dan cara dengan betul, so entry ini sha himpunkan 18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu supaya korang senang nak rujuk, maklumlah minggu depan dah start raya, cukuplah 4-5 jenis biskut raya, untuk makan sendiri kan.

18 Resepi Biskut Raya Lama Kegemaran Orang Dulu-Dulu ini adalah perkongsian daripada pemilik facebook page Resepi Masakan, korang boleh like page dia, memang banyak resepi selain dari Biskut raya.  selamat mencuba :)
1. BISKUT KACANG HIJAUBAHAN-BAHAN:110gm marjerin | dicairkan100gm tepung gandum | diayak75gm tepung jagung45gm gula halus1/2 cawan kacang hijau | tumbuk halus1 sudu teh esen vanila2 biji kuning telurSedikit pewarna hijauSedikit putih telur | hiasan
CARA MEMASAK:Pukul telur bersama gula. Apabila sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan kacang hijau tumbuk. Gaul rata
Masukkan marjerin dan esen vanila sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan sebati dan tekstur doh seakan boleh dicanai
Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan kegemaran. Susun biskut diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit marjerin
Bakar biskut dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak
Info chef: Jika adunan terlalu lembik, tambah sedikit tepung. Jika adunan terlalu keras, tambah sedikit marjerin


2. BISKUT BUNGA KACANG TANAHBAHAN-BAHAN:185gm marjerin250gm tepung gandum185gm tepung jagung95gm gula halus60gm kacang tanah tumbuk1 sudu teh esen vanila1 biji telur kuning | hiasanSedikit kacang tanah | digoreng untuk hiasan
CARA MEMASAK:Pukul telur bersama gula. Kemudian masukkan marjerin namun jangan dipukul hingga kembang
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kacang tanah tumbuk dan esen vanila. Gaul rata hingga sebati
Keluarkan doh dari mangkuk adunan dan canai sederhana tebal
Terap doh mengikut acuan kegemaran dan susun di atas loyang pembakar
Sapu telur kuning diatas biskut dan hiaskan dengan kacang tanah goreng
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit
Sejukkan dan simpan di dalam balang kedap udara

3. BISKUT BIJANBAHAN-BAHAN:100gm marjerin120gm tepung gandum70gm gula kastor40gm tepung kastad1 biji kuning telur1 sudu teh esen vanilaBijan dan kuning telur secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:Satukan mentega, gula, kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga rata
Masukkan kesemua tepung. Uli hingga sebati
Canai dan terap dengan acuan yang bersesuaian
Sapu kuning telur dan taburkan bijan sebagai hiasan
Bakar di dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 160C
Info chef: Biskut hendaklah disejukkan sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam balang bagi mengelakkan ia menjadi lemau

4. BISKUT DURIAN BELANDABAHAN-BAHAN:375gm tepung gandum200gm marjerin75gm gula halus1 biji telur1 sudu teh esen vanilaSedikit pewarna hijauJem nanas secukupnya
 CARA MEMASAK:Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Setelah itu masukkan telur serta esen vanila. Pukul hingga sebati
Masukkan pewarna hijau. Serta tepung gandum. Gaul lagi sehingga adunan rata
Ambil adunan dan leperkan. Kemudian isikan jem nanas didalamnya. Bentukkan seperti bentuk buah durian belanda
Sapu permukaan biskut yang telah dibentuk tadi dengan kuning telur. Sususn di atas dulang pembakar dan biarkan selama 20 minit
Dengan menggunakan gunting bermuncung tirus, gunting permukaan kuih membentuk seakan duri buah durian belanda
Bakar biskut pada suhu 160C selama 20-25 minit
Info chef: Jika suka, boleh mencucuk bunga cengkih pada kuih bagi membentuk tangkai buah durian belanda

5. BISKUT BUAH KANABAHAN-BAHAN:150gm gula halus175gm marjerin300gm tepung gandum1 biji kuning telur1/4 sudu teh serbuk penaikSedikit esen vanila2 sudu makan serbuk kokoSedikit jem
CARA MEMASAK:Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan
Pukul mentega bersama gula sehingga putih. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga kembang
Masukkan esen vanila dan serbuk adunan. Pukul hingga rata sambil dimasukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati
Ambil sedikit adunan dan tekan Ke dalam acuan buah kana.. Ketuk acuan bagi mengeluarkan kuih dan susun di dalam dulang pembakar
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 atau sehingga masak
Apabila biskut telah sejuk, sapukan jem dan cantumkan. Sedia untuk dinikmati
Info chef: Pastikan acuan buah kana ditabur sedikit tepung bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan

6. BISKUT BUNGA CINABAHAN-BAHAN:185gm tepung gandum190gm gula halus95gm marjerin30gm tepung jagung1 suduteh esen vanilaSedikit kismis hitam | hiasan
CARA MEMASAK:Pukul mentega dan gula halus sehingga berkrim. MAsukkan esen vanila dan kacau rata
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul sehingga adunan sebati
Isi adunan ke dalam acuan. Terapkan bentuk bunga di atas dulang pembakar. Hiaskan dengan kismis
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak

7. BISKUT SUJIBAHAN-BAHAN:125gm minyak sapi125gm gula halus250gm tepung gandumCeri merah secukupnya | dipotong kecil
CARA MEMASAK:Pukul gula halus dan minyak sapi sehingga hancur dan putih
Setelah itu masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat
Bentukkan adunan menjadi bulat dan hiaskan ceri merah diatasnya
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 15-20 minit
Info chef: Waktu membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar. Tambah waktu membakar jika biskut anda kelihatan belum masak dan begitu juga sebaliknya

8. BISKUT BINTANGBAHAN-BAHAN:100gm marjerin | dicairkan90gm tepung gandum20gm tepung kastad90gm tepung jagung40gm gula halus1 sudu teh esen vanila2 biji kuning telur1 biji kuning telur | hiasanCeri hijau secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata
Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai
Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar
Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri  hijau
Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit

9. BISKUT BUAH GAJUSBAHAN-BAHAN:100gm tepung gandum120gm marjerin | dicairkan110gm tepung jagung45gm gula halus2 biji kuning telur50gm kacang gajus | ditumbuk hancur1 sudu teh esen vanila1 biji kuning telur | hiasanSedikit biji gajus panggang | hiasan
CARA MEMASAK:Pukul gula bersama kuning telur sehingga larut. Kemudian masukkan tepung gandum, tepung  jagung, gajus tumbuk dan esen vanila. Gaul hingga sebati dan rata
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh dicanai
Terap doh menggunakan acuan berbentuk buah gajus
Hiaskan dengan biji gajus dan sapukan kuning telur dipermukaan biskut
Bakar selama 20 minit menggunakan suhu 160C
Info chef: Pastikan biskut mempunyai ketebalan yang sama bagi memastikan ia masak sekata

10. BISKUT MILOBAHAN-BAHAN:125gm tepung agndum105gm tepung jagung50gm gula halus2 biji kuning telur1 sudu teh esen vanila40gm milo95gm marjerin | dicairkan
CARA MEMASAK:Ayak tepung gandum, tepung jagung dan milo hingga rata
Pukul gula dan telur secara sederhana kemudian masukkan esen vanila dan juga tepung dan milo yang diayak bersama tadi. Gaul sebati
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan boleh diterap
Terap menggunakan acuan pilihan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit

11. BISKUT SARANG SEMUTBAHAN-BAHAN:185gm tepung gandum95gm gula125gm marjerin86gm tepung kastad1/2 sudu teh vanilaCoklat urai secukupnyaCawan kertas secukupnyaPemarut berlubang kecil
CARA MEMASAK:Pukul marjerin, gula dan esen vanila hingga hancur dan sedikit kembang
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Uli hingga sebati
Ambil sedikit adunan, kepalkan dan parut menggunakan pemarut ke dalam dulang
Isikan parutan doh ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai dengan secukupnya
Bakar selama 29-25 dengan suhu 160C
Info chef: Bagi memudahkan proses memarut, doh boleh dikepal, dibalut plastik dan disimpan seketika di dalam peti sejuk. Doh yang sedikit keras mudah diparut dan tidak lembik

12.BISKUT TAT NANGKABAHAN-BAHAN:250gm tepung gandum135gm marjerin sejuk180ml air berais1/2 sudu teh garamJem nangka secukupnyaKuning telur secukupnya
CARA MEMASAK:Ramas marjerin di dalam tepung gandum sehingga menjadi seakan serbuk roti
Tambah air berais sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit
Ambil sedikit doh dan terapkan ke dalam acuan tat yang telah disapu dengan sedikit marjerin
Sudukan sedikit jem dan tutup permukaan tat dengan lebihan doh yang diterap mengikut kreativiti anda. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan tat
Bakar pada suhu 190C selama 40-45 minit atau sehingga masak

13. BISKUT MAKMURBAHAN-BAHAN:250gm tepung gandum50gm gula aising1/2 tin kecil minyak sapiBAHAN INTI:100gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak65gm gula aisingBAHAN SALUTAN:Gula aising secukupnya 
CARA MEMASAK:Masukkan tepung ke dalam kuali. Sangai seketika kemudian ayak bersama gula aising
Gaul campuran tepung bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli
bagi menyediakan inti, kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula aising
Ambil doh, leperkan dan sudukan inti kacang di tengahnya. Bentukkan doh menjadi bentuk bujur
Susun biskut di atas loyang dan bakar selama 15 minit pada suhu 160C
Sejukkan biskut seketika dan salutkan dengan gula aising
Sedia untuk dinikmati

14. BISKUT BANGKIT KELAPABAHAN-BAHAN:160gm tepung ubi30gm tepung gandum100gm gula halus1 biji kuning telur90gm santan pekat1/4 sudu teh serbuk penaik
CARA MEMASAK:Goreng tepung ubi dan tepung gandum seketika
Kemudian campurkan tepung tadi bersama gula dan juga serbuk penaik
Pukul kuning telur sehingga kembang lalu dimasukkan ke dalam bekas berisi tepung. Masukkan juga santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh lembut
Canai doh dan terap mengikut acuan yang digemari
Bakar pada suhu 160C lebih kurang selama 20-25 minit
Info chef: Tepung digoreng bagi mendapatkan tekstur yang ringan

15. BISKUT TAT RAGA NANASBAHAN-BAHAN:125gm marjerin185gm tepung gandum100gm gula86gm tepung kastad1/2 sudu teh esn vanilaJem nanas secukupnyaSedikit kuning telur | hiasan
CARA MEMASAK:Pukul gula dan marjerin sehingga sedikit kembang. Masukkan tepung gandum, tepung kastad dan esen vanila. Gaul hingga sebati
Canai dan terap doh menggunakan acuan tat. Letakkan jem nanas di tengahnya
Potong sedikit doh menjadi bentuk memanjang dan letakkan di atas jem. Sapu sedikit kuning telur
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit
Info chef: Simpan di dalam bekas kedap uadar bagi memastikan biskut kekal rangup dalam tempoh yang lama

16. BISKUT BUAH CAMPURBAHAN-BAHAN:95gm marjerin125gm tepung gandum105gm tepung jagung60gm gula1/2 sudu teh esen vanila2 biji telur80gm buah-buahan kering campuranSedikit kuning telur | hiasan
CARA MEMASAK:Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan pukul seketika. Kemudian masukkan esen vanila dan buah-buahan kering
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati
Ambil sedikit adunan, bulatkan dan susun di atas dulang pembakar. Tekan sedikit menggunakan garfu dan sapu sedikit kuning telur
Bakar biskut selama 20 minit dengan suhu 160C
Info chef: Guna buah-buahan kering yang berlainan warna untuk mendapatkan warna biskut yang menarik

17. BISKUT ULAS LIMAUBAHAN-BAHAN:250gm tepung gandum210gm tepung jagung185gm marjerin95gm gula halus1 sudu teh esen vanila50ml jus limau SunkistSedikit pewarna kuning4 biji telur kuning1 biji telur | sapuan pada biskut
CARA MEMASAK:Pukul marjerin dan gula sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata
Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul dan masukkan jus limau Sunkist. Uli hingga sebati
Titiskan sedikit pewarna kuning untuk mendapatkan warna yang cantik
Canai doh dan terapkan acuan berbentuk ulas limau
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit
Info chef: Jika suka, boleh ditambah sedikit parutan kulit limau di dalam doh

18.BISKUT BEBOLA CORNFLAKESBAHAN-BAHAN:95gm marjerin105gm tepung jagung90gm tepung gandum95gm gula kastor1 sudu teh esen vanila2 biji kuning telur80gm cornflakes | dikisar kasar100gm conflakes | salutan
CARA MEMASAK:Pukul mentea, gula, telur dan esen vanila sehingga sebati
Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung dan cornflakes kisar. Uli hingga semua bahan sekata
Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Golek di dalam mangkuk berisi conflakes dan susun diatas dulang pembakar
Bakar pada suhu 160C selama 20 minit


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.opzzpinky.my/2020/05/18-resepi-biskut-raya-lama-kegemaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat

10 Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 972 hits
Assalamualaikum wbt Himpunan Resepi Biskut Raya Paling Senang Nak Buat Hari ini adalah hari kesebelas kita menyambut bulan Ramadhan dan sebelas hari juga kita berpuasa Semoga bulan Ramadhan kali ini memberi peluang kepada kita semua untuk t...
7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat

7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 761 hits
7 Resepi Biskut Raya Menggunakan Kacang Yang Mudah Dibuat Assalamualaikum dan Selamat Petang Ada yang mencari resepi biskut yang menggunakan kacang atau berasaskan kacang Ada banyak yang koleksi This is a content summary only Visit my websi...
11 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular

11 Koleksi Resepi Biskut Raya Popular

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 758 hits
AssalamualaikumBismillahTak lama lagi nak masuk Bulan Syawal kan walaupun kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tetapi mood beraya tu mesti ada Tak dapat beraya dengan sanak saudara pun tak apa beraya je kat rumah dengan kelua...
Resepi Biskut Choco Ball Biskut Raya Sedap Tanpa Guna Oven

Resepi Biskut Choco Ball Biskut Raya Sedap Tanpa Guna Oven

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 1058 hits
Bukan semua orang ada oven atau pembakar jadi kali ini saya nak kongsikan satu resepi mudah untuk hasilkan biskut raya sedap tanpa perlu menggunakan oven Resepi yang saya maksudkan ialah resepi untuk membuat Choco Ball atau Bebola Coklat Re...
Biskut Raya Resepi Tart Cadbury Versi Mudah Dan Sedap

Biskut Raya Resepi Tart Cadbury Versi Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 1815 hits
Biskut Raya Resepi Tart Cadbury Versi Mudah dan Sedap Raya bakal menjelma lagi Pelbagai aneka bsikut raya yang dapat dibuat untuk memeriahkan sambutan aidifitri yang menjelma Berikut dikongsikan Biskut Raya Resepi Tart Cadbury Versi Mudah d...
20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina

20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 3044 hits
20 Resepi Biskut Raya Viral Azlina Ina Korang tentu ramai yang kenal Azlina Ina kan Mama memang follow FB dia dan dia memang tidak kedekut resepi siap diberi izin untuk share dan meniaga guna resepi dia Dengan permintaan doakan dia Bayangka...
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 959 hits
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes Salam semua sebut saja cornflakes rasa semua angkat tangan minat belaka ni kan Kalau sis kadang kadang makan dengan susu kadang kadang ada juga makan saja Cornflakes memang piliha...
Resepi Biskut Arab Susu Kanak Kanak Mesti Suka Di Pagi Raya

Resepi Biskut Arab Susu Kanak Kanak Mesti Suka Di Pagi Raya

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 797 hits
Raya dah nak dekat dah siap ke balang balang kosong dengan biskut raya yang sedap sedap Jika belum boleh mencuba resepi biskut raya di bawah ini Resepi yang saya maksudkan ialah Biskut Arab Susu Biskut Arab Susu memang sedap dan antara bisk...
Resepi Biskut Dam Nostalgia Cookies Orang Lama

Resepi Biskut Dam Nostalgia Cookies Orang Lama

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 2080 hits
Resepi Biskut Dam Nostalgia Cookies Orang LamaMelihat biskut ini membuatkan saya teringat pada mak di kampong Apatah lagi raya bakal menjelang Tidak boleh tidak memang kena buat jugak biskut ni
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda