18 Jenis Resepi Berbuka Puasa Mudah Disediakan Patut Dicuba


Resepi Berbuka Puasa Sedap dan Mudah

Bulan Ramadhan sentiasa dinantikan oleh umat Islam kerana kebaikan yang terkandung pada bulan tersebut. Lebih seronok apabila dapat menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan bersama-sama bukan? Kita tahu bahawa ibadah adalah perkara utama dalam bulan mulia ini tapi ada perkara lain yang penting juga. Salah satunya, resepi berbuka puasa. Boleh pening memikirkan perkara ini ya hihi
Tapi jangan risau ya saudara saudari.. di sini sudah disediakan 18 jenis resepi berbuka puasa mudah disediakan yang patut dicuba. InsyaAllah menjadi kalau buat. Resepi-resepi ini bukan sahaja sesuai untuk berbuka puasa, malah ia juga sesuai untuk hidangan waktu sahur dan harian



Jom intai resepi yang menarik ini..

18 Jenis Resepi Berbuka Mudah Disediakan Patut Dicuba

#1 - Ayam Bakar Madu Simple Sedap



Bahan Perap Ayam Bakar Madu:

10 kepak ayam
8 ulas bawang putih*
2 sudu cili kisar*
3 sudu sos cili*
2 sudu cuka*
1 sudu kecil garam*
2 sudu gula merah*
Set Italian Herbs Series - Oregano +Basil + Rosemary +Parsley
Semua bahan bertanda (*) dikisar halus

Cara Masak Ayam Bakar Madu:

1. Perap ayam bersama bahan kisar dan set Italian Herbs Series selama 1 jam atau lebih.
2. Bakar dengan suhu 200c selama 40 minit.

Resepi Asal : Shalimar Yusof

#2 - Ayam Percik 


Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (terpulang nak potong kecil atau potong dua saja)
segenggam cili kering (di rebus) *
2 inci halia *
3 batang serai *
5 ulas bawang merah *
1 ulas bawang besar (merah) *
3 keping gula nise saiz kecil (boleh ganti dengan gula melaka)
1 kotak santan pekat
sedikit serbuk kunyit
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air sekadar perlu

Cara-Cara:

1 - Rebus ayam hingga tahap separuh masak bersama sedikit garam. Setelah itu keluarkan dari air rebusan dan terus lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kalau tak nak rebus dan terus masak atas bara pun tak apa. Daku rebus dulu ni kes nak lebih cepat masak.

2 - Sekarang, kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air.

3 - Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau

4 - Masukkan gula nise bersama 1/3 santan dan 1/2 cawan air

5 - Teruskan menumis dengan api yang perlahan sehingga sebati

6 - Masukkan gula dan garam secukup rasa berserta dengan baki lebihan santan pekat yang ada. Teruskan di masak sehingga kuah menjadi pekat (seperti gambar di atas)

7 - Bolehlah mula membakar dengan salutan kuah percik

Resepi Asal : Siti Awadah

#3 - Resepi Siakap Stim Limau



Bahan-Bahan:

Ikan siakap – Ikut korang nak guna berapa ekor
Daun Ketumbar
5-6 biji lada( nak pedas boleh letak lebih)
4 Bawang putih
1 biji lemon
Sedikit garam dan gula
Sedikit minyak untuk menumis

Cara buatnya:

1. Blend bawang putih, lada kecil dan sedikit daun ketumbar.

2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu.

3. Perasakan garam dan gula. Bila dah naik bau tu, masukkan ikan dan perahkan lemon dan letak beberapa hirisan lemon di atas ikan tu.

4. Letak sedikit air dan tutup kuali sehingga ikan tu masak.

5. Hiaskan atas ikan tu dengan hirisan daun ketumbar…Siapppp Siap dihidangkan.

Resepi asal : Kisah Si Diary

#4 - Ayam Goreng Kicap Madu


Bahan-Bahan Ayam Goreng Kicap Madu:

6 ketul ayam
4 sdb madu
Kicap manis (ikut banyak nak letak - Mimi guna kicap Jalen)
Secubit garam

Cara menyediakan:

1. Basuh ayam dengan bersih. Rebus ayam seketika. Bila air rebusan dah mendidih, angkat, tos dan ketepikan ayam.

2. Selepas itu masukkan madu, kicap dan garam ke atas ayam rebusan tadi. Gaul sebati.

3. Perapkan ayam dalam 10-15 minit.

4. Goreng ayam sehingga nampak garing kehitaman macam dalam gambar.

Resepi Asal : Mimi Azirah

#5- Sup Fishball



Bahan-Bahan:

Ikan bilis segenggam dibasuh
Bawang putih 5 ulas
Bawang merah sebiji
Halia
Fish cake
Fish ball
Daun sup
Daun bawang
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Rebus ikan bilis dalam 15minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama lagi sedap.

2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15minit. (Sambil potong daun sup dan daun bawang).

3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh. Lagi sedap sup dia.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5minit. *kalau nak letak carrot/sawi lagi sedap. Rasa manis sayur tu. Anak tak makan sayur. Buh lauk ni je la.

Resepi Asal : Marina Bashah


#6- Ayam Goreng Kunyit Berlada



Bahan-Bahan:

ayam kasi garam kunyitkan dan goreng.
bawang merah + bawang putih + cili merah + cili hijau kisar halus.
kacang panjang potong panjang-panjang sesedap mata memandang.
halia 2cm ketuk skit
asam keping


Cara Masak:

1. Firstly, bahan kisar tu dan halia ditumis. terbit minyak, lada garing cantik.

2. Secondly, masukkan terus ayam goreng tadi dan kacang panjang. gaul rata. tak perlu lama tau. karang terlebih masak plak kacang panjang!

3. Lastly, campakkan asam keping dan perisakan dgn garam dan gula

SIAP!

byk mana bawang ke, cili ke... tu saya rasa bergantunglah kepada byk mana ayam kita ada. byk mana sambal yg kita nak. bebas. tak terikat sgt la dgn jumlah bahan. sesedap rasa, sesuka hati kita tukang masak

Resepi asal : Adianiez


#7- Resepi Kerabu Kaki Ayam



Bahan-Bahan:

2 batang serai
1 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah kecil
1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )
1 biji tomato
1 batang lobak merah kecil*
3 helai daun limau purut ( tak letak )
secekak daun ketumbar
2 biji limau nipis
Garam dan gula
2 sudu sos ikan
Sos tiram

Cara - Cara:

1. Basuh kaki ayam sebersihnya.

2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan.

3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.
5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.
6. Hidang segera


#8 - Resepi Kerabu Pauh / Kerabu Pelam Muda 


Bahan - Bahan:

3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar
5 ulas bawang merah
1 sudu teh lada hitam
3 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
gula secukup rasa
2 tangkai lada burung dipotong serong
3/4 cawan santan yang diperah segar
3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya

Cara - Cara:

1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ).

2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.

3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.

4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.

5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan


NOTA:

1. Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.

2. Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan fresh yang diperah.

Resepi Asal Kerabu : Wani Sukarno

#9 - Peria Katak Goreng Telur


Bahan-Bahan:

Peria Katak – 3 Biji
Bawang Merah + Putih – Tumbuk
Ikan Bilis – Option Kalau tak letak pun boleh
Cili Kering @ Cili Padi – Option pilihan sendiri samada guna cili kering @ cili padi. Kali ni saya gunakan cili kering yang telah diblender
Perasa
Telur – 1 biji

Cara-Cara:

1. Potong peria nipis-nipis kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.

2. Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama ikan bilis sampai garing kemudian masukkan cili kering @ cili padi. Tumis sampai cili masak. Kemudian masukkan Peria Katak dan pecahkan telur.

3. Kacau sekata dan masukkan baha perasa. Dah cukup masak angkat dan dihidangkan. Sedap di makan dengan nasi panas-panas.


Resepi Asal : Ummi Zarra


#10 - Mee Kari


Bahan-Bahan 1:

Minyak untuk menumis
1 biji awang merah dihiris - cik nani guna bawang besar yang sedang
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

Bahan-bahan 2:

100 gram serbuk kari daging - dicairkan
1 Biji santan kelapa
5 biji buah tomato
10 biji telur

Bahan-bahan 3:

Fishcake - dihiris
Fishball - dibelah empat
Daging kembu dihiris
Daging ayam dihiris
Udang - dibuang kulit
Sotong - dihiris
Ubi Kentang - Option, tak letakpun tak apa
Sedikit garam

Bahan-bahan 4:

Mee kuning - dicelur
Sayur sawi - dicelur
Buah limau kasturi
Taugeh - dicelur
Tahu goreng - dihiris nipis
Lada Hijau / Lada merah - dihiris
Daun sup - dihiris
Bawang goreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan seketika dan masukkan bahan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing dan naik bau. Kebiasaanya Cik Nani akan ambil sedikit bawang hiris, bawang putih dan halia untuk ditumbuk halus dan dimasukkan bersama-sama bahan tumis yang ada.

2. Masukkan serbuk kari daging telah dicairkan. Kacau hingga sehingga garing.

3. Masukkan bahan-bahan 3 daging, ayam, udang sotong, fishcake, fish ball dan gaul rata. Pastikan bahan-bahan masak sepenuhnya. Kemudian masukkan santan renehkan hingga menggelegak. Pastikan santan segar dan Cik Nani suka gunakan santan yang diperah sendiri. Baru fresh santannya. Jika mahu masukkan uni kentang, potong kentang kecil dan masukkan sekali kedalam kuah kari. Kacau hingga bahan empok.

4. Pecahkan telur didalam kuah kari tadi. Masukkan buah tomato. Biarkan mereneh dan kacau sebati. Selepas pecahkan telur, dinasihati jangan kacau terlalu kuat kerana ditakuti telur akan pecah didalam kuah. Kebiasan resepi akan menggunakan telur rebus, tetapi Cik Nani lebih suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari dan biarkan ianya sehingga masak.

5. Setelah semuanya siap dimasukkan, maka kuah kari siap dihidangkan!!..Jangan lupa rasa garamnya pula. Pastikan cukup garam diletakkan.


Resepi Asal : Cik Nani

#11 - Bihun Goreng Simple 

Bahan-Bahan:

Minyak (untuk menumis)
Ayam/Udang/Sotong (goreng dulu kejap separuh masak. Ketepikan)
Bawang Merah (potong-potong kecik)
Bawang Putih (potong-potong kecik)
Cili Kisar (1 sudu besar) (nak pedas, lebihkan)
Sos Cili (1 - 2 sudu besar) Kicap (1- 2 sudu besar)
Garam
Gula

Cara Masak:

1. Panaskan minyak dulu, bila minyak dah panas baru masukkan bawang merah, bawang putih.

2. Goreng jap sampai tengok bawang dah agak layu atau masak.

3. Masukkan pula cili kisar. Biar sampai naik minyak / masak.

4. Bila cili dah masak, masukkan pula sos cili, kicap, garam & gula. Rasa la jugak tengok okey ke idak..Kalau ada kurang mana-mana, boleh tambah apa yang patut.

5. Kalau rasa semua okey, boleh letak ayam/udang/sotong yg dah digoreng tadi. Gaul bagi sekata. kalau ada sayur, letak kan sekali.

6. Dan diikuti dengan bihun..Gaul bagi sekata semua bahan tumisan dan bihun.. it's done...

Resepi asal : Fieza Sani

#12 - Koay Teow Thng



Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)

2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di hidangkan.
2 belah dada ayam
1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan
1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan
300 gram gula batu
10 cm halia
1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halus
Ajinamoto
Garam - secukup rasa
Gula
Minyak Masak
Bawang putih - 3 labu
Cili boh - 1 bungkus kecil
Daun bawang - di hiris halus
Taugeh - di celur
Sup Manis


Cara Masak:

1. Panaskan 3-4 liter air. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus, garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian rasa sup. Jika sudah terasa gula & garam... bolehlah tutup api dan tos dada ayam.

2. Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.
Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng
3. 3 labu bawang putih di buang kulit dan di cicang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Tips:

1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih dahulu. Kemudian baru di cincang.

2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.

3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.
Sambal Sup

Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula ( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Dah siap.


Dalam bekas hidngan akan ada:

1. Koay teow yang telah di celur
2. Ayam yang telah di racik
3. Fishball / fishcakes yang telah di potong
4. Taugeh yang telah di celur
5. Sambal sup
6. Minyak bawang putih
7. Daun Bawang


Resepi Asal : Yati Zul


#13 Bakso Mudah




Bahan-bahan:

7-10 ketul bebola daging
2 potong fish cake(pilihan)
5-7 ketul fish ball(pilihan)
1 batang serai
1 atau 2 kiub pati sup lembu(jenama knorr)
3 biji bawang putih*
Sebiji bawang merah*
2 hiris halia*
Secubit lada hitam
Secubit garam(ikut rasa)
2-3 mangkuk air
Sayuran(terpulang kepada anda)
Mee/bihun dicelur atau direbus sehingga masak.
Tumbukkan bahan bertanda *

Bahan hiasan:

Daun bawang
Daun sadri
Cili padi
Bawang goreng

Cara-cara:

1. Tumis bahan tumbuk(bawang merah,bawang putih dan halia) sehingga naik bau.
2. Masukkan air, serai, bebola daging, fish ball, fish cake dan kiub pati sup.
3. Apabila sudah menggelegak masukkan lada hitam dan garam.
4. Akhir sekali masukkan sayuran.
5. Dah siap.

Resepi Asal : Khalisa Hazrina


#14 - Kuay Teow Laksam




Bahan-bahan:

3 paket kuay teow
1 kg ikan kembung atau sardin
2 cawan santan pekat
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai - ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.

Cara-cara:

Ikan di rebus, asingkan tulang dan isinya. Ambil isinya di kisar bersama air rebusan. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Satukan semua bahan di atas termasuk serai yang di ketuk dan serbuk lada hitam.

Masukkan juga santan dan asam keping. Masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.


Bahan sambal belacan:

Cili padi
Belacan
Garam
Gula
Cuka
Cara-cara:


Tumbuk atau kisar pun boleh. Selepas tu gaul sebati. Di makan bersama laksam untuk perisakan kuahnya.

Bahan ulam:

Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Cara-cara:

Hiris halus kesemua sayuran iaitu kacang panjang, daun kesum, timun, bawang besar, bunga kantan dan kobis. Tabur atas hidangan bila nak makan. *Bukan kesemua sayur tu ada, mana yang sempat letak jelah

Resepi Asal : Noor Akma


#15 Sosej Telur Hancur



Bahan-bahan:

1 Minyak masak (sedikit)
2. Mentega
3. Sosej
4. Bawang merah (hiris)
5. Cili padi
6 Telur
7. Sos cili
Cara Masak:

Masukkan minyak masak, mentega, hirisan bawang merah, cili padi, telur (pecahkan duluan ya), tumis sehingga nampak kekuningan dan akhir masukkan sosej dan sos cili. Jangan lupa perasa, garam, ajinomoto sedikit dan perencah maggie paling win.


Resepi Asal : Yatie Owner


#16 Telur Bistik


Bahan-bahan:

2 biji Telur
Bawang merah
Bawang putih
1 sudu cili paste
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Sedikit isi ayam dipotong dadu
*mixed vege
* cili benggala potong nipis
Garam
Cukup rasa

Cara-cara:

1. Pecahkan telur dan pukul, masukkam garam dan sedikit cukup rasa. Goreng macam buat teloq dadar. Dah masak eloj angkat dan toskan and letak dalam pinggan.

2. Dalam kuali yang sama, tumis sedikit bawang merah dan bawang putih.

3. Masukkan cili paste, sos tiram, sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air.

4. Masukkan ayam and bagi nampak ayam dah masak sikit masukkan mixed vege /cili benggala. Aku sebab xda mixed vege.. So aku guna la cili benggala tu. Then masukkan balance bawang merah and bawang putih tadi.

5. Perasakan dengan garam atau cukup rasa. Kalau terlampau pekat boleh tambah air skit and biar sekali mendidih tutup api. Macam aku tak suka pekat sangat tak suka cair sangat. Biar in between.

6. Da siap kuah tadi curah la dekat atas telur yang goreng tadi. Dah siap


Resepi Asal : Alia Farhan


#17 Resepi Kek Pisang Coklat



Bahan-bahan:

10 biji pisang emas masak (saiz kecil) - dilenyek menggunakan garfu
1 1/2 cawan tepung gandum *
3/4 sudu teh soda bikarbonat *
1 sudu teh serbuk penaik *
4 biji telur
1 cawan gula kastor / gula perang - boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa tahap kemanisan masing-masing
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan serbuk koko
1 biji pisang dihiris nipis untuk hiasan

- Yang bertanda * perlu diayak bersama

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.

2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.

3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.

4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.

5. Masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga sebati.

6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.

7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu mengikut ketuhar masing-masing).

Sebaiknya potong kek setelah sejuk supaya dapat potongan yang cantik. Kalau nak makan panas-panas pun tak menjadi masalah. Mai pun suka makan kek panas-panas selepas siap dibakar.

Resepi asal : Maisarah Sidi


#18 Cucur Kentang



Bahan-bahan:

250 gram tepung gandum
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecil
Secekak daun kucai atau daun sup - potong pendek
1/2 sudu kecil garam
Secubit gula
200 ml air - lebih kurang
Sedikit air panas
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

Satukan tepung gandum dengan daun sup (kinah guna daun sup sebab itu je ada kat rumah), kentang, gula dan garam.

Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan tu sehingga rata.

Kemudian masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tu tak tepu.

Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu.

Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan sambal cuka. Kebetulan dalam peti ais tu ada lebihan sos dimsum masa beli aritu. Cicah saje ler.

Resepi Asal : Ape Kinah

Dah dapat idea menu untuk memasak waktu berbuka nanti? Jangan lupa bookmark 18 jenis resepi berbuka puasa mudah disediakan yang patut dicuba ini ya 😉 Mudah kerja jadinya kan. Harapnya himpunan resepi berbuka puasa ini dapatlah membantu saudara saudari memecahkan kebuntuan memikirkan menu sepanjang Ramadhan nanti

Tak sabar pula nak melangkah ke bulan Ramadhan. Apa pun.. Mai doakan semoga kita semua dapat memasuki bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa dengan lancar hendaknya. Semoga COVID-19 juga pergi dan lenyap secepat mungkin. InsyaAllah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2020/03/18-jenis-resepi-berbuka-puasa-mudah-disediakan-patut-dicuba.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 631 hits
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Salam semua setiap kali masuk bulan puasa mesti buntu nak masak apa Setelah berpuasa seharian mestilah kalau nak menu buka puasa yang mudah Kalau masak menu nasi pun mesti na...
18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 336 hits
assalamualaikum salam sejahtera mentari hari ke 12 dalam Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia dah pun menyinari bumi alhamdulillah moga semua yg membaca ni kekal sihat dan ceria duduk di rumah ye jgn lari duduk rumah je pagi ni saya nak ...
Himpunan 8 Resepi Kek Mudah Guna Tiga Bahan Untuk Dicuba

Himpunan 8 Resepi Kek Mudah Guna Tiga Bahan Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 752 hits
Himpunan 8 Resepi Kek Mudah Guna Tiga Bahan Untuk Dicuba Kek dan biskut memang ramai orang suka Lagi lagi golongan kanak kanak Dulu masa baru mula berjinak dengan dunia masakan memang tak pernah terfikir yang resepi kek ni mudah Pada masa t...
18 Resepi Masakan Simple Dan Untuk Berbuka Puasa

18 Resepi Masakan Simple Dan Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 631 hits
18 Resepi Masakan Simple Dan Untuk Berbuka Puasa Assalamualaikum dan selamat sejahtera Lagi beberapa hari sahaja nak masuk bulan puasa bulan Ramadan Mummy ni kalau bulan puasa suka menu menu yang simple aje Korang amcam mana Suka simple mac...
Himpunan 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap

Himpunan 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 761 hits
Himpunan 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap Salam semua setiap kali tiba bulan puasa resepi menu berbuka puasa ramai yang tengah cari Sama ada tengah fikir menu lauk kuih air untuk berbuka puasa atau pencuci mulut memang mencapai...
Resepi Kek Mudah Dan Ringkas Kek Gebu Gebas Kek Enak Di Buat Juadah Minum Petang

Resepi Kek Mudah Dan Ringkas Kek Gebu Gebas Kek Enak Di Buat Juadah Minum Petang

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 897 hits
Sesekali adakalanya aku ada buat kek mudah dan ringkas untuk juadah minum petang Kek mudah dan ringkas ini walau hanya beberapa bahan tapi menjadi kek gebu gebas cantik rupanya Kek enak di buat juadah minum petang seisi keluarga tu Di petan...
Resepi Viral Singgang Ikan Covid 19 Mudah Buat Sekali Hadap Mungkin 3 Pinggan Nanti

Resepi Viral Singgang Ikan Covid 19 Mudah Buat Sekali Hadap Mungkin 3 Pinggan Nanti

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 386 hits
Maksud Singgang Maksud Singgang ialah masakan yang direbus dan digarami sahaja Tanpa ada santan Jadi menu singgang ikan adalah satu menu yang sihat untuk kita nikmati sekarang ini Tetapi awas dan berhati hati kerana ia akan bert
Stok Vit S Noodle Makanan Segera Yang Cepat Dan Mudah Disediakan

Stok Vit S Noodle Makanan Segera Yang Cepat Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 375 hits
Memandangkan kita sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa ke 2 dari 1 April 14 April 2020 semua pastikan stok makanan sentiasa cukup di rumah Faham faham je lah bila duduk di rumah ni perut sentiasa lapar Dari ayah budak sampai ke b...
Resepi Mudah Dalgona Coffee Kopiviral

Resepi Mudah Dalgona Coffee Kopiviral

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 885 hits
Resepi Mudah Dalgona Coffee kopiviral Assalamualaikum dan Hai Sudah masuk hari ke Tujuh Perintah Kawalan Pergerakan atau dalam bahasa inggeris nya Restricted Movement Order Semoga dengan berakhirnya tempoh RMO berakhirlah jugak wabak Covid ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Myplayvip

Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord