18 Resepi Masakan Simple Dan Untuk Berbuka Puasa


18 Resepi Masakan Simple Dan Untuk Berbuka Puasa - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Lagi beberapa hari sahaja nak masuk bulan puasa bulan Ramadan.  Mummy ni, kalau bulan puasa suka menu-menu yang simple aje ! Korang amcam mana? Suka simple macam mummy juga? Yeaaay ! Sep sket ! So, buat korang yang sedang mencari Resipi Juada berbuka puasa yang simple dan menarik, jom try 18 Resepi Masakan Simple Dan Untuk Berbuka Puasa
#1 - Ayam Bakar Madu Simple Sedap



Bahan Perap Ayam Bakar Madu
10 kepak ayam8 ulas bawang putih*2 sudu cili kisar*3 sudu sos cili2 sudu cuka*1 sudu kecil garam*2 sudu gula merah*Set Italian Herbs Series - Oregano +Basil + Rosemary +ParsleySemua bahan bertanda (*) dikisar halus
Cara Masak Ayam Bakar Madu
1. Perap ayam bersama bahan kisar dan set Italian Herbs Series selama 1 jam atau lebih.2. Bakar dengan suhu 200c selama 40 min
Resepi Asal : Shalimar Yusof

#2 - Ayam Percik

BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam (terpulang nak potong kecil atau potong dua saja)segenggam cili kering (di rebus) *2 inci halia *3 batang serai *5 ulas bawang merah *1 ulas bawang besar (merah) *3 keping gula nise saiz kecil (boleh ganti dengan gula melaka)1 kotak santan pekasedikit serbuk kunyitgaram dan gula secukup rasasedikit minyak untuk menumissedikit air sekadar perlu

CARA-CARA :
1 - Rebus ayam hingga tahap separuh masak bersama sedikit garam. Setelah itu keluarkan dari air rebusan dan terus lumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kalau tak nak rebus dan terus masak atas bara pun tak apa. Daku rebus dulu ni kes nak lebih cepat masak.
2 - Sekarang, kisar semua bahan yang bertanda ( * ) dengan sedikit air
3 - Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
4 - Masukkan gula nise bersama 1/3 santan dan 1/2 cawan air
5 - Teruskan menumis dengan api yang perlahan sehingga sebati
6 - Masukkan gula dan garam secukup rasa berserta dengan baki lebihan santan pekat yang ada. Teruskan di masak sehingga kuah menjadi pekat (seperti gambar di atas)
7 - Bolehlah mula membakar dengan salutan kuah percik

Resepi Asal : Siti Awadah










#3 - RESEPI SIAKAP STIM LIMAU



Bahan-bahanIkan siakap – Ikut korang nak guna berapa ekorDaun Ketumbar5-6 biji lada( nak pedas boleh letak lebih)4 Bawang putih1 biji lemonSedikit garam dan gulaSedikit minyak untuk menumis
Cara buatnya :
1. Blend bawang putih, lada kecil dan sedikit daun ketumbar
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu.
3. Perasakan garam dan gula. Bila dah naik bau tu, masukkan ikan dan perahkan lemon dan letak beberapa hirisan lemon di atas ikan tu.
4. Letak sedikit air dan tutup kuali sehingga ikan tu masak.
5. Hiaskan atas ikan tu dengan hirisan daun ketumbar…Siapppp Siap dihidangkan.
Resepi asal : Kisah Si Diary


#4 - Ayam Goreng Kicap Madu



Bahan bahan ayam goreng kicap madu6 ketul ayam4 sdb maduKicap manis (ikut banyak nak letak - Mimi guna kicap Jalen)Secubit garam
Cara menyediakan

1. Basuh ayam dengan bersih. Rebus ayam seketika. Bila air rebusan dah mendidih, angkat, tos dan ketepikan ayam.
2. Selepas itu masukkan madu, kicap dan garam ke atas ayam rebusan tadi. Gaul sebati.
3. Perapkan ayam dalam 10-15 minit.
4. Goreng ayam sehingga nampak garing kehitaman macam dalam gambar.
Resepi Asal : Mimi Azirah

#5- Sup Fishball


Bahan-bahan:Ikan bilis segenggam dibasuhBawang putih 5 ulasBawang merah sebijiHaliaFish cakeFish ballDaun supDaun bawangGaramGula

Cara-cara:1. Rebus ikan bilis dalam 15minit (sambil potong bawang putih, merah dan halia). Rebus lagi lama lagi sedap.2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong. Rebus dalam 15minit. (Sambil potong daun sup dan daun bawang).3. Masukkan fish ball dan fish cake. Tunggu 15minit. Sampai mendidih. Nak lama sikit pon boleh. Lagi sedap sup dia.4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.5. Masukkan daun sup dan daun bawang. Masak dalam 5minit. *kalau nak letak carrot/sawi lagi sedap. Rasa manis sayur tu. Anak tak makan sayur. Buh lauk ni je la.
Resepi Asal : Marina Bashah

#6- Ayam Goreng Kunyit Berlada



Bahan-bahan:
Ayam kasi garam kunyitkan dan goreng.bawang merah + bawang putih + cili merah + cili hijau kisar halus.kacang panjang potong panjang-panjang sesedap mata memandang.halia 2cm ketuk skitasam keping
Cara-cara :1. Firstly, bahan kisar tu dan halia ditumis. terbit minyak, lada garing cantik.2. Secondly, masukkan terus ayam goreng tadi dan kacang panjang. gaul rata. tak perlu lama tau. karang terlebih masak plak kacang panjang!3. Lastly, campakkan asam keping dan perisakan dgn garam dan gula
SIAP!

Banyak mana bawang ke, cili ke bergantung kepada banyak mana ayam kita ada. byk mana sambal yg kita nak. bebas. tak terikat sgt la dgn jumlah bahan. sesedap rasa, sesuka hati kita tukang masak
Resepi asal : Adianiez



#7- Resepi Kerabu Kaki Ayam


Bahan - bahan2 batang serai1 biji cili merah3 biji cili padi5 biji bawang merah kecil1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya * ( tak letak )1 biji tomato1 batang lobak merah kecil*3 helai daun limau purut ( tak letak )secekak daun ketumbar2 biji limau nipisGaram dan gula2 sudu sos ikanSos tiram
Cara - Cara
1. Basuh kaki ayam sebersihnya.2. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan.3. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.4. Campurkan semua bahan. Gaulkan sebati.5. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis.6. Hidang segera.


#8 - Resepi Kerabu Pauh / Kerabu Pelam Muda




Bahan - Bahan3 biji pauh lemak atau mangga sederhana besar5 ulas bawang merah1 sudu teh lada hitam3 sudu besar kerisikgaram secukup rasagula secukup rasa2 tangkai lada burung dipotong serong3/4 cawan santan yang diperah segar3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya

Cara - Cara
1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut.ketepikan ( boleh guna mangga jenis lain ).2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi hingga lumat.4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.tabur lada burung yang dah dipotong.siap untuk dihidangkan

NOTA:1. Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Kalau dah terkena mangga masam tak payah perah jus limau nipis.
2. Untuk kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan..kalau boleh guna santan fresh yang diperah.
Resepi Asal Kerabu : Wani Sukarno


#9 - Peria Katak Goreng Telur





Bahan-Bahan :Peria Katak – 3 BijiBawang Merah + Putih – TumbukIkan Bilis – Option Kalau tak letak pun bolehCili Kering @ Cili Padi – Option pilihan sendiri samada guna cili kering @ cili padi. Kali ni saya gunakan cili kering yang telah diblenderPerasaTelur – 1 biji

Cara-Cara :
Potong peria nipis-nipis kemudian rendam dengan air garam bagi mengurangkan rasa pahit.
Tumis bawang yang telah ditumbuk bersama ikan bilis sampai garing kemudian masukkan cili kering @ cili padi. Tumis sampai cili masak. Kemudian masukkan Peria Katak dan pecahkan telur.
Kacau sekata dan masukkan baha perasa. Dah cukup masak angkat dan dihidangkan. Sedap di makan dengan nasi panas-panas.
Resepi Asal : Ummi Zarra
#10 Mee Kari




Bahan-Bahan -1
Minyak untuk menumis1 biji awang merah dihiris - cik nani guna bawang besar yang sedang3 ulas bawang putih dihiris1 inci halia dihiris1 batang kayu manis3 kuntum bunga lawang5 biji buah pelaga

Bahan-bahan - 2100 gram serbuk kari daging - dicairkan1 Biji santan kelapa5 biji buah tomato10 biji telur

Bahan-bahan - 3Fishcake - dihirisFishball - dibelah empatDaging kembu dihirisDaging ayam dihirisUdang - dibuang kulitSotong - dihirisUbi Kentang - Option, tak letakpun tak apaSedikit garam

Bahan-bahan - 4Mee kuning - dicelurSayur sawi - dicelurBuah limau kasturiTaugeh - dicelurTahu goreng - dihiris nipisLada Hijau / Lada merah - dihirisDaun sup - dihirisBawang goreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga. Biarkan seketika dan masukkan bahan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga garing dan naik bau. Kebiasaanya Cik Nani akan ambil sedikit bawang hiris, bawang putih dan halia untuk ditumbuk halus dan dimasukkan bersama-sama bahan tumis yang ada.
2. Masukkan serbuk kari daging telah dicairkan. Kacau hingga sehingga garing.

3. Masukkan bahan-bahan 3 daging, ayam, udang sotong, fishcake, fish ball dan gaul rata. Pastikan bahan-bahan masak sepenuhnya. Kemudian masukkan santan renehkan hingga menggelegak. Pastikan santan segar dan Cik Nani suka gunakan santan yang diperah sendiri. Baru fresh santannya. Jika mahu masukkan uni kentang, potong kentang kecil dan masukkan sekali kedalam kuah kari. Kacau hingga bahan empok.
4. Pecahkan telur didalam kuah kari tadi. Masukkan buah tomato. Biarkan mereneh dan kacau sebati. Selepas pecahkan telur, dinasihati jangan kacau terlalu kuat kerana ditakuti telur akan pecah didalam kuah. Kebiasan resepi akan menggunakan telur rebus, tetapi Cik Nani lebih suka pecahkan telur terus ke dalam kuah kari dan biarkan ianya sehingga masak.
5. Setelah semuanya siap dimasukkan, maka kuah kari siap dihidangkan!!..Jangan lupa rasa garamnya pula. Pastikan cukup garam diletakkan.
Resepi Asal : Cik Nani

#11 - Bihun Goreng Simple



Bahan-bahan :Minyak (untuk menumis)Ayam/Udang sotong (goreng dulu kejap separuh masak. Ketepikan)Bawang Merah (potong-potong kecik)Bawang Putih (potong-potong kecik)Cili Kisar (1 sudu besar) (nak pedas, lebihkan)Sos Cili (1 - 2 sudu besar) Kicap (1- 2 sudu besar)GaramGula

1. Panaskan minyak dulu, bila minyak dah panas baru masukkan bawang merah, bawang putih.2. Goreng jap sampai tengok bawang dah agak layu atau masak.3. Masukkan pula cili kisar. Biar sampai naik minyak / masak.4. Bila cili dah masak, masukkan pula sos cili, kicap, garam & gula. Rasa la jugak tengok okey ke idak..Kalau ada kurang mana-mana, boleh tambah apa yang patut.5. Kalau rasa semua okey, boleh letak ayam/udang/sotong yg dah digoreng tadi. Gaul bagi sekata. kalau ada sayur, letak kan sekali.6. Dan diikuti dengan bihun..Gaul bagi sekata semua bahan tumisan dan bihun.. it's done...
Resepi asal : Fieza Sani

#12 Koay Teow Thng

Bahan-bahan: (untuk 4-5 orang)
2 bungkus koay teow - seelok-elok jenis koay teow kecil/halus. Di celur dengan air panas sebelum di hidangkan.2 belah dada ayam1 bungkus kecil fishball - kalau suka boleh lebihkan1 bungkus kecil fishcake - kalau suka boleh lebihkan300 gram gula batu10 cm halia1 sudu besar lada hitam - di tumbuk halusAjinamotoGaram - secukup rasaGulaMinyak MasakBawang putih - 3 labuCili boh - 1 bungkus kecilDaun bawang - di hiris halusTaugeh - di celurSup Manis









Cara-cara:

Panaskan 3-4 liter air. Masukkan dada ayam, gula batu, halia, lada hitam yang di tumbuk halus, garam dan ajinamoto. Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya. Kemudian rasa sup. Jika sudah terasa gula & garam... bolehlah tutup api dan tos dada ayam.


Dada ayam akan di racik/ potong halus dan di hidangkan dalam bekas lain.

Minyak Bawang Putih/ Bawang Putih Goreng

3 labu bawang putih di buang kulit dan di cincang halus. Panaskan minyak dengan api yang kecil. Goreng bawang putih sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Tips:
1. Untuk menyenangkan proses cincang bawang putih, boleh ketuk bawang sehingga pecah terlebih dahulu. Kemudian baru di cincang.2. Ketika menggoreng, pastikan bawang sentiasa di kacau agar sekata.3. Tutup api ketika bawang sudah berwarna kuning dan biarkan ia garing sendiri dalam minyak yang masih panas. Ini adalah agar bawang tidak hangit.
Sambal Sup
Panaskan 2 /3 sudu besar minyak. Masukkan cili boh. Masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula ( tak masukkan pun tidak apa) apabila sudah pecah minyak. Masak cili sehingga garing. Hidangkan dalam bekas hidangan.

Dah siap. Dalam bekas hidngan akan ada:

1. Koay teow yang telah di celur2. Ayam yang telah di racik3. Fishball / fishcakes yang telah di potong4. Taugeh yang telah di celur5. Sambal sup6. Minyak bawang putih7. Daun Bawang
Resepi Asal : Yati Zul


#13 Bakso Mudah




Bahan-bahan:
7-10 ketul bebola daging2 potong fish cake(pilihan)5-7 ketul fish ball(pilihan)1 batang serai1 atau 2 kiub pati sup lembu(jenama knorr)3 biji bawang putih*Sebiji bawang merah*2 hiris halia*Secubit lada hitamSecubit garam(ikut rasa)2-3 mangkuk airSayuran(terpulang kepada anda)Mee/bihun dicelur atau direbus sehingga masak.Tumbukkan bahan bertanda *
Bahan hiasan :Daun bawangDaun sadriCili padiBawang goreng
Cara-cara1. Tumis bahan tumbuk(bawang merah,bawang putih dan halia) sehingga naik bau.2. Masukkan air, serai, bebola daging, fish ball, fish cake dan kiub pati sup.3. Apabila sudah menggelegak masukkan lada hitam dan garam.4. Akhir sekali masukkan sayuran.5. Dah siap.
Resepi Asal : Khalisa Hazrina

#14 Kuay Teow Laksam


Bahan-bahan:3 paket kuay teow1 kg ikan kembung atau sardin2 cawan santan pekat10 ulas bawang merah2 ulas bawang putih1 inci halia2 batang serai - ketuk1 sudu kecil serbuk lada hitam3 keping asam kepingGaramGula secukup rasa.
Cara-cara:
Ikan di rebus, asingkan tulang dan isinya. Ambil isinya di kisar bersama air rebusan. Bawang merah, bawang putih dan halia di kisar lumat. Satukan semua bahan di atas termasuk serai yang di ketuk dan serbuk lada hitam.
Masukkan juga santan dan asam keping. Masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Bahan sambal belacan:Cili padiBelacanGaramGulaCuka
Cara-cara:
Tumbuk atau kisar pun boleh. Selepas tu gaul sebati. Di makan bersama laksam untuk perisakan kuahnya.
Bahan ulam:Kacang panjangDaun kesumTimun batangBawang besarBunga kantanKubis
Cara-cara:Hiris halus kesemua sayuran iaitu kacang panjang, daun kesum, timun, bawang besar, bunga kantan dan kobis. Tabur atas hidangan bila nak makan. *Bukan kesemua sayur tu ada, mana yang sempat letak jela
Resepi Asal : Noor Akma

#15 Sosej Telur Hancur



Bahan-bahan:Minyak masak (sedikit)MentegaSosejBawang merah (hiris)Cili padiTelurSos cili
Cara Masak:
Masukkan minyak masak, mentega, hirisan bawang merah, cili padi, telur (pecahkan duluan ya), tumis sehingga nampak kekuningan dan akhir masukkan sosej dan sos cili. Jangan lupa perasa, garam, ajinomoto sedikit dan perencah maggie paling win
Resepi Asal : Yatie Owner

#16 Telur Bistik







Bahan-bahan:
2 biji TelurBawang merahBawang putih1 sudu cili paste1 sudu sos tiram1 sudu sos cili1 sudu sos tomatoSedikit isi ayam dipotong dadu*mixed vege* cili benggala potong nipisGaramCukup rasa
Cara-cara 
1. Pecahkan telur dan pukul, masukkam garam dan sedikit cukup rasa. Goreng macam buat teloq dadar. Dah masak eloj angkat dan toskan and letak dalam pinggan.
2. Dalam kuali yang sama, tumis sedikit bawang merah dan bawang putih.
3. Masukkan cili paste, sos tiram, sos cili dan sos tomato dan tambahkan sedikit air.
4. Masukkan ayam and bagi nampak ayam dah masak sikit masukkan mixed vege /cili benggala. Aku sebab xda mixed vege.. So aku guna la cili benggala tu. Then masukkan balance bawang merah and bawang putih tadi.
5. Perasakan dengan garam atau cukup rasa. Kalau terlampau pekat boleh tambah air skit and biar sekali mendidih tutup api. Macam aku tak suka pekat sangat tak suka cair sangat. Biar in between.
6. Da siap kuah tadi curah la dekat atas telur yang goreng tadi. Dah siap
Resepi Asal : Alia Farhan

#17 Resepi Kek Pisang Coklat




Bahan-bahan:10 biji pisang emas masak (saiz kecil) - dilenyek menggunakan garfu1 1/2 cawan tepung gandum *3/4 sudu teh soda bikarbonat *1 sudu teh serbuk penaik *4 biji telur1 cawan gula kastor / gula perang - boleh tambah atau kurangkan, mengikut citarasa tahap kemanisan masing-masing1 cawan minyak jagung atau minyak masak1 sudu teh esen vanila1/2 cawan serbuk koko1 biji pisang dihiris nipis untuk hiasan- Yang bertanda * perlu diayak bersama


Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C.
2. Satukan gula kastor, telur, minyak jagung dan esen vanila dan pukul sehingga putih.
3. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.

4. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.
5. Masukkan serbuk coklat dan kacau lagi sehingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak atau mentega atau dilapik dengan baking paper. Letakkan hirisan pisang emas pada permukaan atas adunan.
7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu mengikut ketuhar masing-masing).
Sebaiknya potong kek setelah sejuk supaya dapat potongan yang cantik. Kalau nak makan panas-panas pun tak menjadi masalah. Mai pun suka makan kek panas-panas selepas siap dibakar

Resepi asal : Maisarah Sidi






#18 Cucur Kentang



Bahan-bahan

250 gram tepung gandum3 biji bawang merah - dimayang halus1 biji ubi kentang - kupas dan potong dadu kecilSecekak daun kucai atau daun sup - potong pendek1/2 sudu kecil garamSecubit gula200 ml air - lebih kurangSedikit air panasMinyak untuk menggoreng

Cara-cara
Satukan tepung gandum dengan daun sup (kinah guna daun sup sebab itu je ada kat rumah), kentang, gula dan garam.
Gaul sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau adunan tu sehingga rata.
Kemudian masukkan sedikit air panas dan kacau adunan. Jangan kacau terlalu sebati supaya tepung tu tak tepu.
Panaskan minyak dan pastikan ianya betul betul panas sebelum digoreng cucur sehingga garing. Jika mahu cantik, gunakan jari untuk masukkan adunan dalam kuali. Jika tidak, boleh juga gunakan sudu.
Dah siap, bolehlah dihidangkan dengan sambal cuka. Kebetulan dalam peti ais tu ada lebihan sos dimsum masa beli aritu. Cicah saje ler.

Resepi Asal : Ape Kinah

Tada....18 Resepi Masakan Simple Dan Untuk Berbuka Puasa..Selamat mencuba !


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azlindaalin.com/2020/03/18-masakan-simple-tapi-sedap-untuk-buka-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap

Himpunan 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 762 hits
Himpunan 18 Resepi Menu Berbuka Puasa Simple Dan Sedap Salam semua setiap kali tiba bulan puasa resepi menu berbuka puasa ramai yang tengah cari Sama ada tengah fikir menu lauk kuih air untuk berbuka puasa atau pencuci mulut memang mencapai...
18 Jenis Resepi Berbuka Puasa Mudah Disediakan Patut Dicuba

18 Jenis Resepi Berbuka Puasa Mudah Disediakan Patut Dicuba

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 539 hits
Resepi Berbuka Puasa Sedap dan MudahBulan Ramadhan sentiasa dinantikan oleh umat Islam kerana kebaikan yang terkandung pada bulan tersebut Lebih seronok apabila dapat menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan bersama sama bukan Kita tahu bahawa...
18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

18 Resepi Juadah Berbuka Puasa Yang Sedap Wajib Di Cuba

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 337 hits
assalamualaikum salam sejahtera mentari hari ke 12 dalam Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia dah pun menyinari bumi alhamdulillah moga semua yg membaca ni kekal sihat dan ceria duduk di rumah ye jgn lari duduk rumah je pagi ni saya nak ...
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 631 hits
Himpunan 17 Aneka Resepi Nasi Mudah Dan Sedap Untuk Berbuka Puasa Salam semua setiap kali masuk bulan puasa mesti buntu nak masak apa Setelah berpuasa seharian mestilah kalau nak menu buka puasa yang mudah Kalau masak menu nasi pun mesti na...
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1441h 2020m Bagi Seluruh Negeri Johor

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1441h 2020m Bagi Seluruh Negeri Johor

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 774 hits
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1441H 2020M Bagi Seluruh Negeri Johor Assalamu alaikum Perkongsian Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1441H 2020M Bagi
Resepi Rasem Masakan Tradisional Kaum India

Resepi Rasem Masakan Tradisional Kaum India

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 538 hits
Rasem ni sejenis masakan tradisional kaum India Ana pun makan rasem ni ketika berpantang semasa melahirkan kedua dua orang anak Mak yang masakkan rasem kata mak untuk panaskan badan ketika berpantang Masa tu tu bukannya ada intenet macam se...
Resepi Ayam Goreng Berempah Cara Aku Yang Sedap Dan Simple Banget

Resepi Ayam Goreng Berempah Cara Aku Yang Sedap Dan Simple Banget

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 1032 hits
Masakan yang paling menambat selera anak anak mestilah ayam goreng Kebiasaannya aku masak ayam goreng kunyit saja macam biasa Cara goreng yang malas tu iaitu letak garam kunyit dan campurkan sedikit tepung jagung Boleh saja cara tu tapi kal...
Resepi Agar Agar Bandung Jelly Sumi Simple

Resepi Agar Agar Bandung Jelly Sumi Simple

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 1151 hits
Resepi Agar Agar Bandung Jelly Sumi Simple Salam semua jelly sumi dari zaman budak budak memang suka makan Kali ini dah macam macam boleh divariasikan Ada peminat jelly sumi tak Ingat sepeket besar banyak tu dah bersorak happy Nak lagi kala...
Koleksi Resipi 18 Menu Berbuka Puasa Menarik Sepanjang Ramadhan 2020

Koleksi Resipi 18 Menu Berbuka Puasa Menarik Sepanjang Ramadhan 2020

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 434 hits
by on March 29 2020 Tidak sampai sebulan lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan mulia Dalam kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan marilah sama sama kita doakan agar kita dapat menyambut Ramadhan ini dengan penuh kesyukuran dan b...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut