Stok Vit S Noodle Makanan Segera Yang Cepat Dan Mudah Disediakan
Memandangkan kita sekarang dalam Perintah Kawalan Pergerakan fasa ke-2 dari 1 April - 14 April 2020, semua pastikan stok makanan sentiasa cukup di rumah. Faham-faham je lah bila duduk di rumah ni, perut sentiasa lapar..Dari ayah budak sampai ke budak-budak, asyik mengulang ke dapur je kerjanya.. Mak nak masak setiap masa, tak larat lah weii nak berdiri kat dapur tu lama-lama. Penat tau. Selalu golongan mak-mak ni akan masak ikut waktu makan yang dah ditetapkan pagi, tengahari & malam. Pagi - masak untuk sarapan pagi. Manakala tengahari dan malam - masak 2 dalam 1. Makanan tengahari bawa ke malam. hehe.Jimat masa di dapur
Tapi tapi masalahnya macam yang k.fiezz cakap tadi, perut sentiasa lapar bila duduk rumah ni. Jadi bapak budak sampai la ke budak-budak, memang asyik mengulang ke dapur
Hah. Kita siapkan makanan segera macam Vit's Instant Noodle ni.
DAH DIKENALI SEJAK 45 TAHUN DAHULU
Vit's Instant Noodle ni dah lama berada di pasaran dan dikenali sejak 45 tahun dulu lagi. Okey, serius k.fiezz ketinggalan sikit part ni. hehe. Okey, tak pe. Meh kita kenal sikit dengan jenama Vit's ni.
Vit's Noodle mendapat pengiktirafan dalam menghasilkan produk yang bertaraf HALAL, HACCP & mempunyai Sijil GMP.
Bermula tahun 1975 secara kecil-kecilan kemudian menaiktaraf menjadi pembekal mi kepada pembekal dan penjaja. Semakin berkembang dari tahun ke tahun hingga sekarang dan diturunkan dari generasi ke generasi.
Rahsia kejayaan Vit's Noodle adalah kepakaran mereka menghasilkan mi yang tahan dalam jangka masa panjang dengan menggunakan teknik semulajadi dan mendapat pengiktirafan global.
Terkini Vit's Noodle ada menyediakan servis Private Labelling bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Vit's Noodle dengan jenama anda sendiri.
Antara produk keluaran di bawah keluaran Vits
>> Vit's Air Dried Economy Noodle>> Vit's Classic Instant Noodles>> Vit's Instant Noodles with Flavour>> Vit's Ramen & Udon Series>> Vit's Taste of Malaysia Instant Noodles>> Vit's Instant Rice Vermicelli
Stok Vits Noodle k.fiezz & mr hubby..Tak over kan..hehe. Setakat ni belum rasmi lagi sebab tahap kelaparan masih di kawal dan ada makanan lain. hehe. Ada antara kawan-kawan k.fiezz yang dah mencuba Vit's Noodle ni, kata diaorang 'sedap', 'licin'..Hah, dah ada 2 perkataan ni, faham-faham sendiri lah maksud dia apa.
Dari segi kesihatan produk-produk keluaran Vit's Noodle TIADA Bahan Pengawet, Tanpa Digoreng & Bebas Gluten
Korang yang nak mencuba produk Vits boleh cari di pasaraya-pasaraya berdekatan.
Maklumat Lanjut -
http://www.vit.com.my
https://www.facebook.com/vitsnoodles
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/04/stok-Vits-Noodle-Makanan-Segera-Yang-Cepat-Dan-Mudah-Disediakan.html