17 Tempat Menarik Di Langkawi Kedah 2020


SOURCE : 17 Tempat Menarik di Langkawi Kedah 2020! appeared first on Mypt3.
17 Senarai Tempat Menarik di Langkawi Kedah 2020 yang besrt pada waktu siang dan waktu malam
“Teringin untuk pergi ke Pulau Lagenda. Sungguh banyak tempat menarik fi Langkawi yang boleh didapati di Pulau Mahsuri ini! Tetapi di manakah yang paling berbaloi untuk dilawati?”
Pulau yang terletak di Kedah ini memang cukup terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar Malaysia. Tidak kira untuk berehat sambil makan sedap mahupun untuk makan angin.
Ataupun untuk membeli-belah kerana ini adalah pulau bebas cukai. Barang-barang dijual dengan harga murah terutama coklat. Jika pergi ke sana pasti akan borong bawa balik.
Pastikan anda menempah hotel di Langkawi yang berhampiran dengan tempat shopping kerana senang mahu mengangkat barang. Sini juga banyak terdapat homestay dan hotel murah di Pekan Kuah.
Tempat Menarik Di Langkawi Untuk Dilawati? Sangat Cantik! Pantai Di Langkawi Untuk Melihat Matahari Terbit / Terbenam Yang Cantik & Berenang !
1. Pantai Cenang Rugi tidak menikmati pasir putih bersih dan gelombang air pasang surut yang mendamaikan jika anda sudah sampai ke Pulau Langkawi.
Ini adalah pantai yang tenang dan paling indah di pulau-pulau Langkawi.
Gelombang air pasang surut yang mendamaikan dan persisiran pantainya dihiasi dengan pasir putih bersih.
Memang cantik dan sungguh memikat hato untuk duduk lama di sini.
Ini salah satu tempat terbaik untuk beristirehat dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Elok bagi isteri yang sedang mengandung dan ada alahan dibawa di tepi pantai yang cantik ini.
Pantai seterusnya adalah kegemaran kami. Pantainya kurang popular dan lebih sunyi tetapi pemandangannya memang cantik. Airnya pun bersih sangat.
2. Pantai Tanjung Rhu Ia satu lagi pantai yang popular di Langkawi. Pantai Tanjung Rhu terletak di timur laut Pulau Langkawi dan merupakan sebuah tanjung,
Keunikan pantai ini yang terletak di tanjung ini mempunyai persisiran laut yang menarik.
Kawasan ini sesuai untuk menikmati keindahan pantai yang bersih terjaga dan mandi-manda. Airnya sangat jernih.
Anda digalakkan untuk datang awal pagi untuk melihat pemandangan matahari terbit yang terbaik. Untuk mereka yang suka bersantai di tepi pantai, ini merupakan tempat yang sangat best.
3. Taman Marin Pulau Payar Pulau Payar terletak kira-kira 17km dari Langkawi dan ia adalah gugusan tiga pulau kecil.
Sebuah pulau yang sangat kecil berhampiran Langkawi untuk pengalaman berenang dan berinteraksi dengan kehidupan laut yang menakjubkan. Lebih kurang seperti Pulau Redang di Terengganu.
Kami sarankan untuk menempah servis scuba diving dan snorkeling sebagai aktiviti yang anda boleh dilakukan di sana.
Para jurulatih scuba yang sangat ramah akan membantu anda untuk menikmati pengalaman menyelam ke dasar laut yang indah dan mengagumkan.
Tempat Menarik Di Langkawi Yang Ada Bentuk Muka Menakjubkan! SUMBER: https://migrationology.com/langkawi-malaysia-things-to-do/
4. Taman Kilim Geo forest Kilim Geopark adalah lagi satu tempat menarik untuk dilawati di Langkawi. Ia mempunyai alam semulajadi yang menarik yang mempunyai keluasan hampir 100 kilometer persegi.
Terdapat banyak kawasan berbeza di sini yang menjadi habitat bagi hidupan liar.
Contohnya paya bakau, pantai yang masih lagi cantik dan masih dara, dengan batu unik dengan struktur menegak.
Memang cantik sungguh bentuk muka di sini. Sangat menggamit mata.
Taman ini berada di hujung timur Pulau Langkawi dan kami cadangkan kepada anda untuk datang ke sini selepas singgah ke Pantai Tanjung Rhu (5 minit dari sini).
5. Gunung Raya Selepas ini anda akan mendaki gunung tertinggi di sini selepas menjamu mata dengan keindahan pantai di Langkawi.
Gunung Raya merupakan tempat yang mendamaikan dan indah tanpa bunyi hiruk pikuk kenderaan. Lokasi ini jauh daripada gangguan yang biasanya didapati di bandar besar seperti KL & Shah Alam.
Cuaca di puncak gunung ini lebih nyaman dan baik dengan udara yang segar. Sini boleh dikatakan kawasan yang bebas pencemaran.
Kami sarankan untuk datang ke sini bagi menikmati pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan dari ketinggian 881m di atas paras laut.
Sambil itu, supaya sihat selalu, anda dapat membakar lemak dan mengekalkan paras gula di dalam darah.
6. Air Terjun Telaga Tujuh Di mana ada gunung pasti akan ada air terjun. Anda boleh mandi-manda di air terjun telaga tujuh dari puncak gunung di Pulau Langkawi.
Asal nama air terjun ini datang daripada airnya yang mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan tujuh kolah pada muka bukit dibentuk.
Buat pengunjung Langkawi, air terjun yang sangat cantik ini menjadi tarikan pelancongan yang popular.
7. Hutan Lipur Air Terjun Temurun Usah terkejut jika terdapat beberapa pilihan air terjun untuk mandi-manda di Langkawi. Air Terjun Hutan Lipur Temurun adalah air terjun paling tinggi di pulau ini.
Anda boleh singgah dan berkunjung ke sini untuk merasai sendiri ketenangan tempat yang masih terpelihara alam dan flora sekiranya anda sudah sampai di Langkawi.
Kawasannya memang bersih terjaga dengan air sejuk yang menyamankan.
8. Tasik di Pulau Dayang Bunting Mandi pantai sudah, mandi di air terjun pun sudah? Jadi mahu pergi ke mana lagi selepas ini? Kami cadangkan kepada anda untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting.
Pulau kedua terbesar selepas Langkawi adalah Pulau Dayang Bunting. Ia terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi atau 17.6 kilometer. Ada kisah lagenda tentang dayang mengandung (bunting) di pulau ini.
Di sini terdapat satu kawasan mandi manda yang tidak kurang menariknya.
Tasik yang terletak di tengah-tengah pulau ini memberikan pengalaman mandi-manda yang lebih tenteram dan tenang. Airnya pula sejuk dan jernih.
9. Taman Lagenda Taman Lagenda adalah satu taman riadah untuk lepak, beristirehat dan menikmati keindahan landskap taman.
Taman ini terletak berdekatan dengan dataran Lang.
Abadikan kenangan manis anda bersama keluarga di Taman Lagenda ini dengan menangkap gambar di sini sementara menunggu bot di Jeti Kuah.
10. Kereta Kabel Langkawi Ini adalah tempat wajib jika pergi ke Langkawi dan naik kereta kabel, sebab itulah kami letak tempat ini di tempat pertama.
Tanpa perlu mengeluarkan peluh, kita dapat melihat pemandangan yang menarik dan melihat keindahan alam semulajadi dari udara.
Kereta Kabel Langkawi ini berada di barat laut Pulau Langkawi iaitu terletak di Gunung Mat Chinchang.
Pada 27 Februari 2005, perkhidmatan kereta kabel ini mula beroperasi untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung setinggi 713 meter.
Tempat Menarik di Langkawi Waktu Malam 11. Sunset Dinner Cruise Di tengah lautan biru ini, anda boleh merasai pengalaman menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang indah.
Kehebatan pemandangan maahari terbenam di Selat Melaka boleh disaksikan.
Alamat Sunset Cruise
Koordinat : 7P5P + WF Langkawi, KedahLokasi : JI. Teluk Baru, 07000 Langkawi, Kedah.No Telefon : 012-221 7190 12. Sky Bridge Langkawi Walaupun banyak kali menaiki kereta kabel di Langkawi, tidak akan sama pengalaman yang kita dapat ketika mengunjungi waktu senja menimpa.
Semestinya amat mengasyikkan jika dapat melihat pemandangan matahari terbenam dari puncak gunung.
Disebabkan ia hanya dibuka sehingga jam 8 malam sahaja, jadi rebutlah peluang ini.
13. Pantai Cenang Hanya Pantai Cenang sahaja yang sesuai dikunjungi di malam hari, walaupun di Langkawi terdapat banyak pantai yang indah.
Pantai ini meriah dengan gelagat pelancong dari dalam dan luar negara.
Alamat Pantai Cenang Langkawi
Alamat : Pantai Cenang, 07000 Langkawi, KedahWaktu lawatan : Dibuka setiap masa Salah satu mercu tanda yang sering dikaitkan dengan Pulau Langkawi adalah Dataran Lang. Tugu Helang ini dibuka siang dan malam.
Jadi, anda boleh mengunjungi lokasi ini untuk mengambil gambar.
14. Kompleks Haji Ismail Group (HIG) Ini adalah destinasi membeli-belah yang wajib anda singgah kerana ia merupakan sebuah lokasi sehenti yang amat dikenali dalam kalangan pelancong.
Terutama sekali jika anda mahu memborong coklat di kompleks ini kerana semuanya dijual dengan harga yang murah disebabkan tiada cukai yang dikenakan.
Selepas pulang nanti, boleh jadikan buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan.
Alamat HIG
Alamat : Pantai Cenang, 07000, Langkawi, KedahWaktu Lawatan : Dibuka setiap masa 15. Pasar Malam Temonyong (Hanya pada hari Khamis) Pada hari Khamis malam Jumaat dari 6 petang hingga 10 malam, anda boleh melawat Pasar Malam Temonyong ini. Pelbagai juadah makanan dan minuman tempatan yang enak untuk dinikmati.
Disini juga dijual barang-barang cenderahati pada harga yang berpatutan. Lokasinya juga strategik, iaitu tidak jauh dari Pantai Cenang
Alamat Pasar Malam Temonyong
Alamat : Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, KedahNo Telefon : 012-592 7181 16. Pasar Malam Kedawang (Hari Selasa) Terdapat banyak sangat pilihan untuk pelancong yang bertandang. Terutamanya bagi mereka yang sukakan street food.
Tempat letak kereta yang terhad adalah masalah utama untuk melawat pasar ini. Jadi, seeloknya datang awal ke Pasar Malam Kedawang ini.
Ia beroperasi dari 5 petang hingga 10 malam. Jadi, anda digalakkan untuk datang selepas Asar. Boleh makan malam sekali di sini.
Alamat Pasar Malam Kedawang
Lokasi : Kampung Chenek Kura, 07000 Langkawi, Kedah. 17. Padang Matsirat Night Market (Dibuka Ahad Malam) Padang Matsirat Night Market hanya dibuka pada Ahad malam sahaja. InI adalah kawasan bersejarah dan sesuai untuk percutian keluarga. Tempat ini sememangnya bersih dan terjaga. Sepanjang jalan ke sini, pelbagai jenis barangan dijual.
Pengunjung disyorkan oleh orang tempatan di sini untuk mencuba makan nasi kandar di pasar malam ini. Menunya yang terbaik adalah ayam goreng berempah dan kuah banjir. Terbaik di bandar ini. Mesti dicuba!
Alamat Pasar Malam Matsirat
Lokasi : Kampung Padang Matsirat, 07100 Langkawi, KedahDibuka pada hari Ahad dari 6 petang hingga 10 malam. 2 Tips Menarik Bercuti di Langkawi Untuk mendapatkan harga tiket flight dan penginapan terbaik, anda digalakkan untuk buat tempahan secara online. Kebiasaannya harga agak murah jika dibeli di luar waktu puncak.Bersedialah untuk beratur panjang jika anda teringin untuk menaiki Sky Bridge kerana sangat ramai pelawat yang berkunjung di salah satu tempat menarik di Langkawi yang cukup popular ini. Anda boleh cuba menempah hotel Langkawi yang berdekatan, supaya anda boleh terus ke sana selepas sarapan di hotel. Jalan-jalan di Langkawi Pasti Anda Jatuh Hati Boleh juga singgah tengok senarai tempat menarik di Melaka & Cameron Highlands
Cameron Highlands: https://mypt3.com/tempat-menarik-di-cameron-highlandMelaka: https://mypt3.com/senarai-tempat-menarik-di-melaka Pulau ini sungguh kaya dengan khazanah alam semulajadi yang memukau hati. Tidak hairanlah badan UNESCO PBB mengiktiraf ia sebagai pusat rujukan geopark peringkat Asia pasifik.
Bukan sembarangan tempat tempat menarik di Langkawi ini.
Lagi terbaik, dikatakan bahawa pemandangan matahari terbenam di Langkawi ini antara yang terindah di dunia.
Jadi, anda sendiri boleh buktikannya.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Langkawi yang akan kami sambung pada masa akan datang.
Jika anda ada plan mahu bercuti di Pulau Langkawi mahu SHARE artikel senarai tempat menarik di Langkawi di Facebook dan Whatapps suami atau isteri atau kawan-kawan percutian anda, dipersilakan…
SOURCE : 17 Tempat Menarik di Langkawi Kedah 2020! appeared first on Mypt3.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mypt3.com/tempat-menarik-di-langkawi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Best

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Yang Best

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 616 hits
SOURCE appeared first on 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Yang Best Terdapat pelbagai tarikan yang sesuai dan menarik untuk keluarga beriadah di kawasan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Pada entri kali ini kami akan berkongsikan senara...
Tempat Tempat Menarik Destinasi Pelancongan Dalam Negeri Johor

Tempat Tempat Menarik Destinasi Pelancongan Dalam Negeri Johor

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 1279 hits
Bagi anda yang suka melancong ada banyak destinasi yang menarik dan unik yang boleh dilawati di dalam negara terutamanya dalam negeri masing masing Sekiranya anda adalah warga negeri Johor ada banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan...
Pg Mall Birthday Sale 29 Jun 5 Julai 2020 Banyak Diskaun Menarik Menanti

Pg Mall Birthday Sale 29 Jun 5 Julai 2020 Banyak Diskaun Menarik Menanti

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 468 hits
PG Mall Birthday Sale 29 June 5 Julai 2020 Banyak Diskaun Menarik Menanti Seperti mana yang korang tau mama ni adalah sejenis orang yang memang suka shopping online Pelbagai platform online shopping mama guna dan yang paling mama suka adala...
Pembayaran Secara Tunai Bpn Fasa 2 3 Bsh 2020 Jadual Tempat Bayaran

Pembayaran Secara Tunai Bpn Fasa 2 3 Bsh 2020 Jadual Tempat Bayaran

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 955 hits
PEMBAYARAN SECARA TUNAI BPN FASA 2 3 BSH 2020 JADUAL TEMPAT BAYARAN Anda ingin tahu tentang PEMBAYARAN SECARA TUNAI BPN FASA 2 3 BSH 2020 bagi penerima bantuan yang tidak mempunyai akaun Kami akan berkongsi tentang tarikh bayaran dan senara...
Tempat Menarik Di Setiap Negeri Di Seluruh Malaysia Yang Mesti Singgah

Tempat Menarik Di Setiap Negeri Di Seluruh Malaysia Yang Mesti Singgah

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 2308 hits
Assalamualaikum TAK LAMA lagi sesi persekolahan akan bermula Iman kata nanti budak dah naik sekolah bolehlah kita pergi bercuti Tak ramai orang hotel pun murah Iye ke murahhhh Hahaha Kalau ikutkan kami dah pergi ke semua negeri di seluruh M...
Taknak Ikan Patin Dah Jangan Risau Ada Lebih 20 Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh

Taknak Ikan Patin Dah Jangan Risau Ada Lebih 20 Tempat Makan Menarik Yang Ada Di Temerloh

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 1051 hits
Jangan ingat di Temerloh hanya ada Ikan Patin masak tempoyak je tau Sebenarnya banyak je tempat makan menarik yang ada di sini kalau anda rasa nak cuba makanan lain selain masak tempoyak tersebut Meh tengok sini senarainya Biasa kalau orang...
Ulasan Asus Vivobook S14 2020 Amd Sedia Mencabar Intel Di Arena Komputer Riba Produktiviti

Ulasan Asus Vivobook S14 2020 Amd Sedia Mencabar Intel Di Arena Komputer Riba Produktiviti

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 246 hits
Apabila bercakap mengenai komputer riba produktiviti satu satunya pilihan pengguna selama berbelas mahupun berpuluh tahun ialah Intel Kebelakangan ini nama AMD semakin naik kerana pilihan cip pemprosesan desktop mereka yang bukan sahaja ber...
Peringatan Dini Bmkg Minggu 21 Juni 2020 Waspada Cuaca Ekstrem Di 23 Wilayah

Peringatan Dini Bmkg Minggu 21 Juni 2020 Waspada Cuaca Ekstrem Di 23 Wilayah

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 218 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika menyampaikan peringatan dini di sejumlah provinsi di Indonesia untuk hari ini Minggu Peringatan dini tersebut disampaikan pada situs resmi BMKG bmkg go id Pada Minggu 23 provinsi mendapatkan perin...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya