17 Fakta Jin Saka Yang Sering Mendampingi Manusia


Banyak kesan buruk yang akan berlaku disebabkan oleh pengambilan saka dan kemuncaknya boleh menyebabkan manusia tersebut terjerumus ke dalam dosa paling besar, iaitu mensyirikkan Allah, dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah dosa pelakunya.


Seperti di dalam firman Allah, “Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda 17 fakta tentang saka yang perlu anda ketahui.

Fakta Tentang Saka

1. Sukar Dirawat

Jika dibandingkan dengan sihir dan santau, saka merupakan gangguan jin yang paling sukar sekali untuk dirawat.

Lebih lama seorang manusia itu berdamping dengan saka peliharaannya, lebih sukarlah untuk dikeluarkan saka dari tubuh badan tuannya.

Pengalaman perawat Islam dalam merawat kes saka iaitu saka pahlawan, di mana ketika merawatnya, tenaga tujuh orang lelaki diperlukan untuk memegangnya kerana kuatnya amukan saka yang berada di dalam badan pesakit yang dirawat.

2. Kesukaran Ketika Ajal Hampir Tiba

Pewaris saka akan mengalami penderitaan dan seksaan yang amat berat ketika menjelangnya saat sakaratul maut. Ini disebabkan jin saka yang berada di dalam badan manusia itu tidak mahu melepaskan tuannya.

Mungkin juga seksaan ini adalah azab dari Allah kerana melakukan perbuatan syirik kepada-Nya.

3. Upacara Menyeru Jin

Biasanya, proses memanggil jin yang akan dijadikan saka dimulai dengan upacara yang bertentangan dengan syariat Islam seperti memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca ayat-ayat suci al-Quran secara terbalik dan sebagainya.

Ini disebabkan biasanya jin yang sanggup menghambakan diri kepada manusia hanyalah jin yang jahat.

Dan jin jenis ini biasanya memerlukan balasan sebelum bersedia untuk menghambakan diri kepada manusia.

4. Jampi Serapah

Upacara memanggil saka ini biasanya akan disertai dengan mentera dan jampi serapah, yang disertai dengan ucapan-ucapan yang membawa kepada syirik.

Apabila jin saka hadir, ketika itulah syarat dan perjanjian akan dilakukan antara manusia dan juga jin.

5. Pertolongan Jin

Selepas persetujuan dicapai, ketika inilah jin tadi akan sentiasa mendampingi tuannya.

Dan ketika ini manusia itu akan mempunyai pelbagai kelebihan yang asalnya dimiliki oleh jin saka tadi, yang akan digunakan untuk kepentingan diri manusia itu.

6. Sebagai Pembantu

Manusia yang menggunakan saka (bantuan jin) untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta, menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.

7. Tipu Helah

Permulaannya, jin Saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

8. Menjadi Mayat Hidup

Ada pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi jin saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.

Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

9. Mencemar Maruah

Jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya.

Dan gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.

10. Mengganggu Keturunan

Syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.

11. Menyakiti Waris

Saka akan mengganggu apabila pemilik meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga serta orang lain.

12. Pantang Larang

Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah. (Hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram disisi Islam.)

13. Jin Paling Jahat

Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis. Saka yang dipelihara wanita digelar “pelesit” dalam budaya Melayu manakala saka yang dipelihara lelaki digelar “hantu raya”. Hantu raya terdiri daripada jin jenis Ifrit (golongan jahat).

14. Barang Lama Dihuni Saka

Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat Al-Quran.

15. Jenis-jenis Saka

Antara jenis-jenis saka ialah:
Saka Harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.Saka Buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.Saka Ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.Saka Bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. (Sebenarnya, jin peliharaan bomoh tersebut berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.).Saka Kuat atau Saka Penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal.Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.Saka Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
16. Cara Membuang Saka

Untuk merawat atau membuang saka, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin.

Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.

17. Amalan Menghindar Saka

Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
Bagaimana Mengetahui Jin Dan Syaitan Sedang MenggangguApa Itu Khadam Ayat? Adakah Jin Atau Malaikat?
sumber: perawatislam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/fakta-jin-saka-yang-mendampingi-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beza Ayam Dengan Manusia

Beza Ayam Dengan Manusia

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 418 hits
Anak ayam bertanya kepada ibunya Mak kita semua kenapa nama sama iaitu ayam Tidak seperti manusia masih kecil sudah ada nama masing masing Ibu ayam menjawab Nak Manusia yang masih hidup namanya memang banyak Tetapi nanti kalau sudah mati na...
Kepala Manusia Dipasak Di Bawah Jambatan Papar

Kepala Manusia Dipasak Di Bawah Jambatan Papar

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 1488 hits
Bila jambatan baru dibina pada tahun 1951 merentangi Sungai Papar Ismail Awang Chuchu tidak melepaskan peluang untuk bekerja di situ Tugasnya ialah memasang skru pada rangka jambatan berkenaan Jambatan itu bagi menggantikan jambatan lama ya...
Jangan Buat Main Ini Tujuh Makanan Manusia Boleh Membunuh Kesihatan Kucing

Jangan Buat Main Ini Tujuh Makanan Manusia Boleh Membunuh Kesihatan Kucing

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 289 hits
Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat digemari oleh kebanyakan daripada kita Selain dijadikan haiwan peliharaan kucing juga dianggap sebagai sahabat setia yang selalu menemani tuannya Ketika makan kucing gemar menghampiri dengan ha...
Ini Akan Berlaku Kepada Spesis Manusia Sekiranya Benar Benar Berpindah Ke Planet Lain

Ini Akan Berlaku Kepada Spesis Manusia Sekiranya Benar Benar Berpindah Ke Planet Lain

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 260 hits
Sejak lebih sedekad yang lalu kita telah digembar gemburkan dengan usaha dan perancangan para saintis untuk membawa manusia keluar dari planet Bumi dan berpindah ke planet lain Antara planet yang menjadi tumpuan mereka ialah planet Marikh I...
Sejijik Jijiknya Manusia Itulah Kamu Mahathir

Sejijik Jijiknya Manusia Itulah Kamu Mahathir

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 610 hits
Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan di Istiadat Pertabalan YDP Agong Sumber mendapati terdapat sedikit kekecohan apabila anggota keluarga diraja mendapati tempat duduk DSNR telah diubah ke bahagian belakang Pihak Istana tidak senang deng...
Lemahnya Manusia Pada Hati

Lemahnya Manusia Pada Hati

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 2371 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua Apa khabar hati harini Entahlah kejap baik kejap lemah Hanya tuhan je yang tahuTadi buka Google Analytic terkejut tengok pageview makin bertambah walaupun dah lama tak update blog Macam 2 kali gand...
Aplikasi Kamera Oneplus 3 8 1 Akan Hadir Dengan Sokongan Penjejakan Fokus Manusia Dan Haiwan

Aplikasi Kamera Oneplus 3 8 1 Akan Hadir Dengan Sokongan Penjejakan Fokus Manusia Dan Haiwan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 219 hits
Penjejakan fokus adalah satu ciri penting dalam aplikasi kamera Ini adalah kerana ia akan lebih memudahkan kamera fokus kepada sesuatu objek itu tanpa sebarang masalah Kebiasaannya aplikasi kamera yang tiada penjejakan fokus fokus akan muda...
Dalami Unsur Kelalaian Manusia Soal Listrik Padam Polisi Periksa 4 Saksi

Dalami Unsur Kelalaian Manusia Soal Listrik Padam Polisi Periksa 4 Saksi

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 256 hits
Ia pun memastikan padamnya listrik diduga karena adanya faktor alam dan bukan karena adanya sabotase seperti pada tahun 2012 silam Hal itu diketahui hasil pemeriksaan sementara petugas di lapangan
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense