Ini Akan Berlaku Kepada Spesis Manusia Sekiranya Benar Benar Berpindah Ke Planet Lain
Sejak lebih sedekad yang lalu, kita telah digembar-gemburkan dengan usaha dan perancangan para saintis untuk membawa manusia keluar dari planet Bumi dan berpindah ke planet lain.
Antara planet yang menjadi tumpuan mereka ialah planet Marikh. Ini kerana planet yang terhampir dengan Bumi itu dikatakan mempunyai beberapa ciri yang sama bagi membolehkan manusia hidup di sana.
Walaupun usaha ini kelihatan agak mengarut ketika ini, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menjadi persoalan jika ia benar-benar berlaku.
Antara persoalan yang timbul ialah bagaimana dengan bayi yang dilahirkan di angkasa lepas? Adakah ia sama sahaja dengan bentuk bayi yang lahir di Bumi ketika ini?
Scott Solomon(Foto: YouTube)
Menurut biologist, Scott Solomon, ia berkemungkinan besar tidak. Malah katanya, bayi yang dilahirkan di luar daripada Bumi mungkin akan lebih kelihatan seperti makhluk asing yang kita gambarkan selama ini.
“Manusia yang hidup diluar Bumi akan berubah sehinggakan kita boleh menganggap mereka bukanlah daripada spesis kita,”katanya dalam satu temuramah bersama Business Insider.
Beliau berpendapat bahawa kadar graviti yang rendah di angkasa akan mengurangkan ketumpatan tulang, sekaligus meningkatkan risiko bagi pelvis seorang ibu mengandung membengkak semasa melahirkan.
Ia akan menyebabkan kaedah cesar akan menjadi norma di sana yang mana Solomon percaya ia boleh membawa kepada saiz kepala bayi yang lebih besar kerana ia tidak dibataskan oleh ukuran kanal kelahiran.
Gambar hiasan; salah satu watak dalam filem Men In Black(Foto: MIB Wiki)
Selain daripada saiz kepala yang lebih besar, beliau turut meramalkan bahawa manusia yang lahir di angkasa akan mempunyai warna kulit yang lebih gelap.
“Mereka akan mempunyai pigment kulit yang baru, seperti melanin yang melindungi kulit kita dari sinaran ultraviolet yang dihasilkan cahaya Matahari ketika ini,”jelasnya.
Lebih banyak melanin akan menyebabkan warna kulit yang lebih gelap. Maka, generasi manusia di angkasa akan mempunyai warna kulit yang semakin gelap dari zaman ke zaman.
Walaubagaimanapun, cadangan untuk membawa manusia berpindah ke angkasa dan planet lain ini pada hakikatnya masih jauh daripada menjadi kenyataan.
Maka diharapkan agar kita dapat menjaga dan memelihara planet Bumi ini sebaiknya bagi mengelakkan usaha ini dari menjadi satu keperluan.
Sumber: Business Insider, Futurism
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/31/ini-akan-berlaku-kepada-spesis-manusia-sekiranya-benar-benar-berpindah-ke-planet-lain/