Kepala Manusia Dipasak Di Bawah Jambatan Papar




Bila jambatan baru dibina pada tahun 1951 merentangi Sungai Papar, Ismail Awang Chuchu tidak melepaskan peluang untuk bekerja di situ. Tugasnya ialah memasang skru pada rangka jambatan berkenaan.

Jambatan itu bagi menggantikan jambatan lama yang dibina oleh tentera Jerman, tetapi runtuh akibat dibom tentera Amerika semasa memerangi Jepun yang menjajah Tanah Melayu. Apabila Jepun tewas dan British kembali memerintah, jambatan baru dibina semula oleh kontraktor asing. Sebahagian daripada pekerjanya adalah penduduk tempatan, termasuk Ismail yang ketika berusia 20 tahun.

Bagaimanapun sejak kerja-kerja pembinaan dimulakan, cerita-cerita mengenai pekerja jambatan memburu kepala manusia hangat diperkatakan. Kononnya kepala itu untuk dipasak di bawa jambatan supaya ia kukuh, mudah didirikan dan tidak memakan korban. Masyarakat Papar menjadi gempar.

Memang cerita sedemikian heboh diperkatakan setiap kali ada jambatan hendak dibina, itu mereka tahu. Bagaimanapun, pembinaan jambatan baru itu, yang menggunakan tiang konkrit serta besi-besi yang besar, menakutkan mereka.

Hj Ismail menyaksikan sendiri
kepala manusia dipasak bawah jambatan
Semakin lama, khabar-khabar angin itu makin menakutkan. Dengan bukti-bukti tertentu, mereka mengatakan pekerja-pekerja jambatan sedang giat ke sana ke mari mencari mangsa, untuk diculik dan kemudian dipenggal kepalanya.

Memandangkan tugas itu penuh risiko, kononnya yang melakukannya dibayar upah yang tinggi. Apa yang membimbangkan penduduk Papar, ketika khabar angin itu bertiup kencang, mereka dapat melihat pekerja jambatan berkeliaran di kampung-kampung termasuk di malam hari.

Masyarakat Papar mula berjaga-jaga, berkawal siang dan malam bagi meastikan keluarhga masing-masing selamat dari ancaman. Parang, keris dan apa jua senjata yang ada diasah tajam. Begitu juga dengan Ismail dan penduduk Kampung Buang Sayang yang betul-betul terletak di pinggir Sungai Papar.


Beberapa bulan selepas pembinaan jambatan tersebut dimulakan, tiang jambatan ditanam satu persatu. Terdapat enam tiang semuanya. Ia dibahagikan kepada tiga tempat dengan dua batang setiap satu. Kerja-kerja pembinaan, khususnya membuat rangka dinding dan lantai jambatan kian rancak. Ia diletakkan di pinggir sungai. Tugas Ismail semakin berat.

Suatu pagi, skru yang diperlukannya didapati kurang. Lantas Ismail pergi ke stor untuk mencarinya. Pintu stor dibuka, dan dia mencari skru-skru yang dikehendaki, tapi gagal menjumpainya. Di satu sudut stor berkenaan, yang agak tersembunyi, Ismail ternampak sebuah kotak.

"Mungkin di situ mereka simpan skrunya," katanya di dalam hati.

Beliau membuka kotak berkenaan, namun alangkah terkejutnya Ismail kerana di dalamnya bukan berisi skru, tetapi dua kepala manusia. Ia direndam dalam bahan kimia.

Tubuh Ismail menggeletar.

"Betullah apa yang diceritakan orang selama ini," katanya.

Kepala tersebut, seorang lelaki dan seorang perempuan, berusia dalam belasan tahun. Mata mereka terbuka sementara lidah tersempal, seperti menceritakan betapa dahsyatnya kesakitan yang dialami ketika kepala dipenggal. Daging dan urat-urat berseliratan di leher mereka. Dari raut wajah mereka, Ismail mendapati kedua-dua mangsa adalah dari suku kaum yang duduk di pedalaman.

Ismail tidak sanggup melihat kepala tersebut lebih lama lagi. Terlalu menakutkan. Lantas dia bergegas meninggalkan stor berkenaan. Apa yang disaksikannya itu tidak diceritakan kepada sesiapa pun kerana kalau dibocorkan bermakna nyawanya terancam.

Kira-kira  pukul 12.00 malam beberapa hari kemudian, ketika Ismail dan beberapa orang lagi rakannya sedang bekerja, datang sekumpulan pekerja jambatan berkenaan. Mereka didahului oleh seorang lelaki berpakaian kuning. Sebuah kotak dibawa.

Di bawah cahaya lampu dan lilin, upacara dimulakan. Lelaki berbaju kuning membaca jampi mentera dan membakar kemenyan. Sesuatu dikeluarkan dan seterusnya diperasapkan. Ismail mememrhati dengan khusyuk. Cuma ada beberapa orang pekerja sahaja ketika itu kerana upacara tersebut amat dirahsiakan.

Kira-kira 50 minit kemudian, lelaki berbaju kuning itu mengangkat kedua0dua kepala, kemudian menaiki pelantar kren yang sedang menunggu. Seutas tali panjang diikat ke tubuhnya.

Perlahan-lahan, pelantar kren tersebut dihalakan ke arah dua batang tiang di tengah jambatan. Tiang tersebut berbentuk bulat tetapi lompang di tengahnya. Lelaki berkenaan perlahan-lahan turun hingga sampai ke sungai yang penuh dengan selut. Kepala tersebut kemudiannya diletak dengan berhati-hati, dalam keadaan menegak. Setelah itu lelaki tersebut ditarik naik.

Ismail dan semua yang berada di atas jambatan memerhatikan upacara itu dengan dada berdebar. Mereka diam membisu atau cuma berbisik antara satu sama lain. Kedinginan malam menyebabkan suasana jadi menakutkan.

Lelaki berkenaan seterusnya mengambil satu lagi kepala dan meletakkannya di dasar sungai. Kemudian tubuhnya ditarik semula ke atas. Simen kemudiannya dituang ke dalam lompang di kedua-dua tiang tersebut. Kira-kira pukul 4.00 pagi barulah upacara berkenaan selesai. Ismail melangkah pulang. Dia tidak menyangka cerita-cerita yang didengar selama ini disaksikan de depan mata kepalanya sendiri.

Selepas upacara itu, pekerja-pekerja jambatan tidak lagi dilihat berkeliaran di kampung-kampung. Khabar-khabar angin mengenai mereka memburu kepala juga semakin reda, hinggalah jambatan tersebut siap sepenuhnya pada 1952.

Dengan siapnya jambatan tersebut bermakna setakat itulah saja khidmat Ismail diperlukan. Tapi setiap kali terpandang kedua-dua tiang berkenaan, atau lalu di sisinya ketika bersampan menyusuri Sungai Papar, Ismail terbayang apa yang telah dilihatnya. Apatah lagi rumahnya yang terletak di tebing Sungai Papar cuma kira-kira 100 meter sahaja dari jambatan itu, dia boleh melihat kedua-dua tiang berkenaan.

" Kejadian itu memang benar-benar berlaku. Saya saksikan sendiri,'' kata Ismail ketika ditemui baru-baru ini. Menurutnya, cerita sedemikian bukanlah asing bagi penduduk Papar.

Jambatan Papar
"Setiap kali ada jambatan baru yang nak dibina, pasti ada orang yang hilang. Kemudian timbul pula cerita jambatan menanam kepala di bawah tiang jambtan.'' katanya.

Seorang wanita di kampung itu juga hampir menjadi mangsa. Lebih kurang pukul 2.00 pagi, tiba-tiba wanita berkenaan ternampak ada seseorang sedang mengintai dari bawah rumahnya. Lembaga itu kemudian cuba meloloskan kepala melalui celah lantai rumah yang diperbuat daripada buluh. Tujuannya menceroboh masuk.


"Dengan perlahan-lahan, wanita itu mencapai parang panjang yang tajam berkilat yang terletak disisinya. Ditunggunya kepala itu. Ketika kepala tersebut tersembul, dia melibas parangnya.''

Serentak dengan tetakan itu, jeritana kuat kedengaran . Lelaki berkenaan melolong kesakitan dengan darah mengalir laju dari luka besar di belakang kepalanya. Belum sempat parang dilibas bagi kali kedua, lelaki tersebut berjaya meloloskan tubuhnya dan melarikan diri. Lelaki berkenaan kemudian bersandar di sebatang pokok nangka berhampiran rumahnnya.

"Keesokan harinya kami melihat ada kesan darah pada sebatang pokok nangka itu. Kami juga dengar cerita ada orang yang pergi klinik tidak jauh dari Papar kerana ditetak dengan parang di belakang kepalanya,''.

Memandangkan gerak-geri pekerja dicurigai penduduk tempatan, tauke pembuat jambatan mengupah orang-orang tertentu yang tidak bekerja dengannya untuk menjalankan tugas itu. Tambahan pula usaha mendapatkan kepala memerlukan mereka bergerak dalam banyak kumpulan.

Akibat sukar mencari kepala penduduk setempat, yang menjadi mangsa adalah masyarakat pendalaman yang tinggal di dalam hutan atau pinggir hutan. Mereka mudah dijadikan mangsa kerana kerap memburu atau mencari hasil hutan bersendirian. Kerana tinggal jauh di pendalaman, kehilangan mereka tidak heboh diperkatakan.

Biarpun negara pesat membangun dengan pembinaan jambatan, lebuhraya dan bangunan-bangunan tinggi, tapi sekarang ini tiada lagi kedengaran kisah menggunakan kepala manusia.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/08/kepala-manusia-dipasak-di-bawah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4 Jenis Ujian Dajjal Ke Atas Umat Manusia Peringatan Surah Kahfi

4 Jenis Ujian Dajjal Ke Atas Umat Manusia Peringatan Surah Kahfi

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 493 hits
4 jenis ujian Dajjal ke atas umat manusia Di dalam al quran dan hadis Nabi SAW telah dinyatakan dengan jelas betapa dasatnya fitnah di akhir zaman yang di bawa oleh Dajjal untuk menyesatkan umat manusia agar bersekongkol dengannya dalam men...
Setiap Manusia Itu Berbeza

Setiap Manusia Itu Berbeza

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 409 hits
Setiap manusia berbeza berbeza daripada pelbgai aspek fizikal rupa emosi mental dan manusia pun nak kelihatan unik berbeza tak nak sama kalau nak sama nak sama dengan orang yang mereka suka yang mereka hormati Begitu juga dengan anak murid ...
Pesan Bijak Wulan Guritno Ke Jefri Nichol Tak Ada Manusia Yang Luput Dari Sandungan

Pesan Bijak Wulan Guritno Ke Jefri Nichol Tak Ada Manusia Yang Luput Dari Sandungan

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 153 hits
Wulan Guritno menjadi salah satu rekan Jefri yang memberikan dorongan semangat untuk Jefri Wulan pun diketahui menjenguk Jefri Nichol di Polres Metro Jakarta Selatan pada Rabu
Liciknya Manusia Yang Bernama Lim Kit Siang

Liciknya Manusia Yang Bernama Lim Kit Siang

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 426 hits
Lim Kit Siang bukanlah orang baru dalam kancah politik tanahair Beliau telah berkecimpung dalam dunia ini sejak lebih 50 tahun dahulu menjadi ahli Parlimen dan Setiausaha Agung DAP sejak 1969 menjadikan beliau pada usia 78 tahun kini sebaga...
Perintah Memerangi Manusia Hingga Bersyahadah

Perintah Memerangi Manusia Hingga Bersyahadah

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 262 hits
Abu Hurairah R A berkata Ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam wafat Abu Bakar As Saddiq R A terpilih sebagai khalifah dan beberapa orang murtad Maka Umar R A berkata kepada Abu Bakar R A Bagaimana atau dengan alasan apakah engkau akan mem...
5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 552 hits
5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah masih di berikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini Orait Biasa tak baca kenapa manusia yang Berjaya akan bangun awal pagi Awal pagi tu dalam...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025