Lemahnya Manusia Pada Hati
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua :)
Apa khabar hati harini
Entahlah.. kejap baik, kejap lemah.
Hanya tuhan je yang tahu
Tadi buka Google Analytic, terkejut tengok pageview makin bertambah walaupun dah lama tak update blog. Macam 2 kali ganda naiknya! Ade tukang stalk ke kat sini? Kalau ade, hai stalker~ Stalk lah banyak mana yang you all nak stalk, asalkan tak kacau hidup aku. haha
Harini nak bercakap soal hati
Hati manusia sesama manusia
Hati manusia Allah yang pegang
Sekuat mana pun perasaan kita dekat orang tu, kalau hati dia lemah, still dia kan buka hati dia untuk orang lain. Hati manusia senang untuk berubah kan? Sebab tu banyak punca penceraian dan putus tunang disebabkan orang ketiga
Memang bukan salah pihak ketiga sahaja sebab it takes two to tango. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.Tapi wahai orang ketiga, kenapa perlu letakkan maruah dan harga diri anda serendah-rendahnya hanya kerana cinta manusia? Ramai yang bujang dan bersedia untu mencari pasangan tapi kepunyaan orang juga yang di damba? Mana pergi sifat perikemanusian sesama manusia? Oh lupa, tengah mabuk bercinta semunya indah di mata.huh
Sedih bila tengok kawan sendiri menangis ditinggalkan oleh suami oleh sebab hatinya sukarela dicuri oleh sang perempuan celaka yang tahu akan status mereka. Berdosa kan merobohkan rumahtangga orang lain walau untuk tujuan apa pun ?
Tapi buat apa berjuang untuk orang yang tak mahu berjuang kan? Buat apa terus terseksa setia sekiranya pasangan dah berpaling arah dan tak memperduli kan? wake up dan move on sahabat
Semua tu ketentuan Allah
Jodoh Rahsia Allah.
Semunya berlaku atas izin Allah jua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.asyiqin.com/2019/07/hati-manusia-allah-yang-pegang.html