16 Bekas Ahli Umno Cabar Keputusan Ros



PUTRAJAYA - Seramai 16 bekas ahli UMNO mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang memberikan pelanjutan masa untuk UMNO mengadakan pemilihan dan bukan keputusan parti politik itu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diberitahu pada Isnin.

Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung.

Beliau berkata, kumpulan itu mencabar keputusan RoS atas alasan lanjutan masa yang diberikan dicemari dengan kesalahan undang-undang, keadaan tidak rasional dan prosedur yang salah.

Mohamed Haniff Khatri berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi dan panel hakim Mahkamah Rayuan menyalahletakkan kebergantungan terhadap Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966.

Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan 16 bekas ahli UMNO terbabit untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman mencabar kesahan parti politik itu atas alasan Seksyen 18C menyatakan bahawa seorang ahli tidak boleh membawa pertikaian berkaitan parti ke mahkamah.

Bekas ahli UMNO terbabit ialah Salihudin Ahmad Khalid, Noorhalimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif, Saharudin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf, Mohd Rafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad dan Muhamad Hafizi Hashim.

Mohamed Haniff Khatri juga berkata, Seksyen 18C tidak terpakai dalam kes ini kerana ia tidak membabitkan keputusan RoS dan hanya terpakai kepada keputusan parti politik.

Terdahulu, panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed membangkitkan isu sama ada keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan adalah betul dari segi fakta apabila bergantung kepada Seksyen 18C serta sama ada seksyen itu relevan dengan persoalan undang-undang yang terdapat dalam rayuan ini.

Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang. Prosiding itu berlangsung menerusi aplikasi Zoom.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan pula berhujah perayu sebenarnya mencabar keputusan parti politik itu sambil menambah permohonan itu dibuat bagi melangkau Seksyen 18C.

Mahkamah turut mendengar hujah berhubung isu locus standi (atau hak perundangan) bekas ahli UMNO terbabit untuk memfailkan semakan kehakiman dan sama ada perkara itu bersifat akademik.

Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berhujah bahawa isu yang dibangkitkan perayu berhubung keputusan anak guamnya yang memberikan pelanjutan masa bagi mengadakan pemilihan parti tidak lagi wujud kerana ia telah dijalankan di semua peringkat pada Jun 2018.

Beliau berkata oleh itu, remedi daripada mahkamah tidak lagi diperlukan kerana ia akan menjejaskan semua pihak dalam parti tersebut dan menambah bahawa kesemua perayu tidak mempunyai locus standi kerana keahlian mereka telah ditamatkan.

Kesemua 16 bekas ahli UMNO telah memfailkan permohonan untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman dan menamakan RoS serta Ab Rauf, dalam kapasiti beliau sebagai penjawat awam, selaku responden.

Antara lain, mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan RoS seperti yang diumumkan menerusi kenyataan media bertarikh 5 Mac 2018 dalam memberikan UMNO pelanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti sehingga 19 April 2019, yang melepasi tempoh maksimum.

Mereka selanjutnya memohon perintah mandamus bagi memaksa RoS membubarkan sementara UMNO dan menggantung semua aktiviti parti itu sehingga semakan kehakiman tersebut selesai.

Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan kumpulan itu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dan mereka juga gagal di peringkat Mahkamah Rayuan pada November 2018.

Tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran kepada mereka untuk meneruskan rayuan berhubung dua persoalan perundangan.

Mahkamah itu akan menetapkan tarikh lain untuk menyambung pendengaran rayuan tersebut dan semua pihak diarah memasukkan hujah tambahan berhubung isu sama ada Seksyen 18C terpakai dalam semakan kehakiman berkenaan. - Bernama


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/01/16-bekas-ahli-umno-cabar-keputusan-ros.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penarikan Diri Dua Ahli Parlimen Umno Dilihat Punya Agenda

Penarikan Diri Dua Ahli Parlimen Umno Dilihat Punya Agenda

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 48 hits
Ketidakmampuan kepimpinan UMNO untuk mengambil tindakan menunjukkan sama ada mereka sengaja nak membiarkan perkara ini berlaku iaitu baling batu sembunyi tangan atau tak ada control of party Tindakan dua ahli Parlimen UMNO yang menarik soko...
Pemimpin Perlu Faham Isyarat Ahli Segerakan Pemilihan Umno Usah Beri Alasan Lagi

Pemimpin Perlu Faham Isyarat Ahli Segerakan Pemilihan Umno Usah Beri Alasan Lagi

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 57 hits
Beri peluang akar umbi tentukan pemimpin hala tuju parti KUALA LUMPUR Perbalahan antara sesama pimpinan UMNO dilihat boleh melemahkan parti itu dan jalan terbaik untuk selesikannya adalah melalui pemilihan UMNO Itu pandangan bekas Menteri B...
Bekas Su Umno Bidas Su Umno Supaya Kelihatan Lebih Cerdik

Bekas Su Umno Bidas Su Umno Supaya Kelihatan Lebih Cerdik

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 72 hits
Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said menolak surat Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang mahukan ahli Parlimen Umno menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat Azalina berkata sebagai timbalan...
Fokus Asyraf Wajdi Beritahu Ahli Umno Di Sebalik Seruan Gesa Zahid Berundur

Fokus Asyraf Wajdi Beritahu Ahli Umno Di Sebalik Seruan Gesa Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 68 hits
PETALING JAYA Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki meminta ahli partinya supaya fokus kepada membela rakyat di sebalik seruan menggesa Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan presiden Di tengah tengah krisis pandemik dan keperitan rak...
Ahli Umno Jangan Layan Oportunis Dalam Parti

Ahli Umno Jangan Layan Oportunis Dalam Parti

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 86 hits
SUSUPAN PAGINajib Zahid apakah setiakawanmereka akan disingkir bersama KEKALAHAN dan kehilangan kerajaan BN dalam Piraum ke 14 sesungguhnya menjadikan Umno menanggung risiko dan implikasi besar Bagaimana pun ia tidak memberi pengajaran baik...
Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 77 hits
Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang Ia juga dibuat ...
Desak Zahid Undur Menurut Biar Berakal Menentang Biar Beradab Kata Tok Mat Kepada Ahli Umno

Desak Zahid Undur Menurut Biar Berakal Menentang Biar Beradab Kata Tok Mat Kepada Ahli Umno

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 61 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegur ahli dan pimpinan parti yang menurutnya membawa budaya tidak sihat dalam parti susulan tindakan segelintir mereka yang mendesak secara terbuka supaya Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai presiden ...
Mkt Wajib Hormati Keputusan Umno Bahagian Putus Hubungan Dengan Ppbm

Mkt Wajib Hormati Keputusan Umno Bahagian Putus Hubungan Dengan Ppbm

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 47 hits
Ketua peringkat akar umbi Umno berharap kepimpinan parti khususnya ahli Majlis Kerja Tertinggi menghormati keputusan Umno bahagian yang mahu hubungan dengan PPBM diputuskan serta menghormati kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Ket...
Keputusan Swab Presiden Umno

Keputusan Swab Presiden Umno

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 90 hits
Melalui ciapan yang dimuat naik di twitter beliau keputusan ujian PCR Covid 19 yang dijalani sebelum ini oleh Ahmad Zahid Hamidi menunjukan keputusan negetif Presiden UMNO itu sebelum ini membuat ujian berkenaan setelah Ketua Pengarah Pilih...
Tidur Lena Anak 2 Tahun Ditemani Ular Sawa Mujurlah Ibu Tergerak Hati Masuk Bilik

6 Cara Mengetahui Keikhlasan Calon Pasangan Hidup Anda

Azmin Disindir Netizen Selepas Disuntik Vaksin Covid 19

Cikgu Ini Tiba Tiba Suara Jadi Lain Ketika Agihkan Makanan Pada Murid Kelas

Mh370 7 Tahun Sudah Berlalu

Lompat Parti Tak Salah Kata Takiyuddin

Tebuk Atap Bukan Langkah Kanan Hadi

What S Truly Going On In Malaysia S Motor Industry



Sejarah Permainan Kad Old Maid Snap Happy Family dan Donkey

Apa Akan Berlaku Jika Kesemua Negara Benua Afrika Bersatu United States of Africa

Kenapa Segelintir Suami Alami Alahan Ketika Isteri Mengandung

Bahaya Pemakaian Seluar Dalam yang Ketat

Ganja Tumbuh Meliar di Kampung Tersembunyi Himalaya Ini Malana Village


Siput Laut Ini Memenggal Kepalanya Sendiri Dan Menumbuhkan Badan Baru Mengerikan

Sedarlah Umno Bukan Lagi Big Brother

6 Langkah Praktis Memakai Sistem Manajemen Armada

Jom Cari Pencen Kubur

Kenapa Ramai Yang Mencari Alasan Tidak Masuk Kerja

Zahid Arah Tukar Rm7 5 Juta Kepada Cek Pengurup Wang Tak Lapor Bank Negara