Penarikan Diri Dua Ahli Parlimen Umno Dilihat Punya Agenda



“Ketidakmampuan kepimpinan UMNO untuk mengambil tindakan menunjukkan sama ada mereka sengaja nak membiarkan perkara ini berlaku iaitu ‘baling batu sembunyi tangan’ atau tak ada ‘control of party’ (kawalan parti),”
(Sinar Harian) – Tindakan dua ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat mempunyai agenda lain.
Sumber UMNO berkata, pihaknya mempersoalkan motif di sebalik penarikan sokongan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
“Apa motifnya, melainkan ada agenda lain. Agenda mempopularkan diri pada parti yang akar umbi tidak minat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Jadi sengaja buat macam itu walaupun perkara ini memberikan kerosakan kepada parti.
“Atau penarikan diri ini atas arahan mana-mana individu. Yang jelas ia bukan arahan atau keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Itu jelas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Pada Khamis minggu lalu, media melaporkan tiga usul utama dibangkitkan UMNO Bahagian iaitu mempertahankan Muafakat Nasional (MN), memutuskan hubungan dengan Bersatu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menggesa PRU dibuat sebelum berakhir suku pertama tahun ini.
Sabtu lalu, Ahmad Jazlan mengumumkan keputusanya menarik diri daripada menyokong kerajaan PN berkuat kuasa serta merta, diikuti oleh Nazri pada Selasa.
Sementara iti, sumber UMNO itu berkata, kedua-dua ahli Parlimen berkenaan sepatutnya dikenakan tindakan disiplin kerana tindakan mereka bukan perkara baik dan juga bukan keputusan parti.
“Ketidakmampuan kepimpinan UMNO untuk mengambil tindakan menunjukkan sama ada mereka sengaja nak membiarkan perkara ini berlaku iaitu ‘baling batu sembunyi tangan’ atau tak ada ‘control of party’ (kawalan parti),” katanya.
Beliau turut mempersoalkan fungsi MKT UMNO yang membiarkan tindakan seperti itu berlaku.
“Kalau zaman biasa UMNO, MKT, ahli MKT atau Presiden yang akan minta siasat. Tapi mereka buat semua ini seolah-olah ini dapat restu daripada parti. Yang jelas mengikut kenyataan MKT dan dalam mesyuarat MKT tidak sesekali pun timbul untuk kita menarik diri daripada PN.
“Tidak sekalipun timbul kita menghalalkan atau meminta ahli Parlimen kita berbuat apa-apa. Kalau kita masuk kerajaan secara en bloc (kemasukan secara blok), kalau nak keluar pun (sepatutnya) keluar secara en bloc.
“Yang keluar seorang-seorang macam kartun ini buat apa? Benda ini semua mainan untuk agenda peribadi yang bukan untuk kepentingan parti. Tetapi disebabkan ramai Ketua Bahagian telah berpakat tidak mahu Bersatu disebabkan semua mahu menjadi calon, maka tindakan langgar etika parti ini boleh menjadi tindakan halal pula,” katanya.
Sumber UMNO itu turut mempersoalkan kenapa kedua-dua ahli Parlimen berkenaan menarik diri pada masa sekarang.
“Kalau ada kata usul bahagian menghalalkan, bukankah kenyataan MKT tempoh hari hendak angkat usul ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU)? Jadi kenapa buat sekarang?
“Lagi satu, siapa yang tahu UMNO, akan tahu usul ini semua disusun oleh Ketua Bahagian. Dalam satu negeri draf usul ditaip siap-siap dan ditiru semua bahagian dalam negeri itu. Jadi jangan berlakon seolah-olah ini suara tulen tanpa kawalan orang tertentu,” katanya.
Sumber UMNO itu turut mempersoalkan kenapa bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang didakwa mendahului parti dikenakan tindakan tetapi dua ahli Parlimen berkenaan sebaliknya.
“Kenapa, apa yang Tan Sri Annuar buat yang mendahului parti sebenarnya? Ada pelik dekat situ. Disebabkan Tan Sri Annuar dilihat cenderung kepada penyatuan antara tiga parti, dia dituduh mendahului parti.
“Orang lain yang memporak-perandakan parti dan tidak mengikut keputusan mesyuarat dibiarkan sebab itu popular dalam parti. Kalau parti macam ini, hancurlah,” katanya.
Menurutnya, UMNO juga telah terkena jerat sendiri apabila darurat diumumkan pada Selasa.
“Orang UMNO yang tidak suka Bersatu pun boleh fikir panjang. Tahu bila nak tekan bila nak tarik. Sekarang sebab nak sangat berlakon jadi pahlawan dalam parti dan tindakan akal pendek, sudah darurat dan UMNO telah terkena jerat sendiri,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/14/penarikan-diri-dua-ahli-parlimen-umno-dilihat-punya-agenda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khairy Bidas Ahli Umno Penting Diri Desak Pru15 Segera

Khairy Bidas Ahli Umno Penting Diri Desak Pru15 Segera

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 351 hits
Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas pihak yang mendesak pilihan raya umum disegerakan ketika negara belum mampu menangani pandemik Covid 19 sepenuhnya Menteri sains teknologi dan inovasi itu turut mengakui ada antaranya darip...
Akibat Bonggoknya Ahli Parlimen Umno

Akibat Bonggoknya Ahli Parlimen Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 218 hits
HAMDAN TAHASaya ni kira kira ni tak pandai dan bukan orang bijak pula tu Tapi sebab mak dan ayah ada hantar ke sekolah jadi setakat nak buat kira kira nombor sampai 220 tu insyaAllah boleh laaaaa Ramai orang buat kira kira kerajaan PN ni da...
Tumpuan Awani 7 45 Lagi Ahli Parlimen Umno Tarik Sokongan Jangan Atasi 5 000 Kes Sehari

Tumpuan Awani 7 45 Lagi Ahli Parlimen Umno Tarik Sokongan Jangan Atasi 5 000 Kes Sehari

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 258 hits
Ada beberapa Ahli Parlimen UMNO dijangka mengikuti tindakan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional Kerajaan akui berdepan kesukaran menampung keperluan pesakit COVID 19...
Periksa Cctv Semua Balai Polis Kata Ahli Parlimen Dap

Periksa Cctv Semua Balai Polis Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 292 hits
Kasthuri Patto menekankan penting bagi sistem pengawasan di semua balai polis diperiksa PETALING JAYA Ahli Parlimen DAP Kasthuri Patto meminta audit dilakukan terhadap fungsi kamera litar tertutup di balai polis seluruh negara berikutan lap...
Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 488 hits
Selagi tiada persidangan parlimen tergempar atau tiada titah Agong Tapi percayalah umno flip flop tidak berani tarik diri tidak AKAN guling di jalan
Jika Zahid Undur Sukarela Ahli Umno Akan Puji

Jika Zahid Undur Sukarela Ahli Umno Akan Puji

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 262 hits
malaysiakini comDiterbitkan 17 Jan 2021 11 07 amPemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjela...
Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 270 hits
Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang Ia juga dibuat ...
Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

Ajak Ahli Parlimen Mohon Agong Batal Darurat Rakyat Bengang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 321 hits
Seperti semua sedia maklum negara kini sedang dilanda pelbagai musibah antaranya wabak Covid 19 bencana banjir dan kemelut politik yang seakan akan tiada kesudahan Terbaru Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan semua ...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Rumah Terbuka Mini

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya

Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat

Ayam Goreng Berebut Makan Goreng Macam Ni Ikut Cara Mak Mak

Ini Ker Namanya Menteri Dap Hipokrik