Desak Zahid Undur Menurut Biar Berakal Menentang Biar Beradab Kata Tok Mat Kepada Ahli Umno



Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menegur ahli dan pimpinan parti yang menurutnya membawa budaya tidak sihat dalam parti, susulan tindakan segelintir mereka yang mendesak secara terbuka supaya Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai presiden.
Mohamad berkata, tindakan mendesak Ahmad Zahid mengundurkan diri secara terbuka dan lantang tidak mencerminkan nilai dan budaya Umno, malah bertentangan dari segi adab dan susila ahli parti sebagai orang Islam dan bangsa Melayu.
“Saya melihat kemunculan budaya tidak sihat dalam Umno kebelakangan ini, dalam cara kita mendesak pengunduran presiden parti. Pelbagai kain rentang dan sepanduk dengan perkataan nista dan kurang sopan digunakan dalam desakan tersebut.
“Ini bukan budaya dan nilai Umno. Malah ini bukan adab dan susila kita sebagai orang Islam dan Melayu. Pesan saya, janganlah sesekali kita terkurang hormat kepada institusi presiden, yang wajar disantuni dengan sopan dan tatasusila sebaiknya,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Umno Paya Besar menyeru Zahid mempertimbangkan melepaskan tanggungjawab presiden, antaranya kerana “lemah ketegasan tindakan”, di sebalik pergolakan dalam parti yang berpaksi kepada kerjasama Umno dengan PPBM.
Ketuanya Ahmad Tajuddin Sulaiman mendedahkan, lemahnya ketegasan dalam tindakan serta arah tuju parti yang tidak jelas sebenarnya meluntur daya juang dan kesungguhan ahli Umno.
Seruan itu menyusuli gesaan Pemuda Umno Pontian yang mahu Zahid berundur sebagai presiden secara terhormat ketika parti Melayu itu dilihat tidak mempunyai hala tuju yang jelas bawah kepemimpinannya.
Sebelum ini juga kain rentang “Minta Presiden Undur dari Jawatan Beliau Sebagai Presiden Umno” yang digantung di sekitar Shah Alam menimbulkan kekecohan.
Mohamad berkata, mana-mana ahli dan pemimpin parti boleh berbeza pandangan, aspirasi dan citra kerana Umno sememangnya parti yang menjunjung nilai demokrasi, tetapi janganlah sampai membawa kepada sengketa yang akhirnya memecahbelahkan parti.
“Pepatah Melayu berpesan, ‘menurut biar berakal, menentang biar beradab.’ Saya menyeru untuk semua kita kembali kepada kesatuan dalam Umno dengan saling mendamaikan antara satu sama lain,” katanya.
Katanya, sedikit bibit perpecahan yang timbul dalam kalangan ahli parti akan memberi peluang kepada lawan untuk meretakkan Umno, serta tidak sewajarnya mengadu domba persahabatan dan setiakawan dalam Umno sehingga berseteru.
“Tiada siapa yang akan untung atas perpecahan Umno dan tiada siapa juga yang akan menang. Sama lebur sama binasa. Kekhuatiran saya ialah akhirnya, yang akan menjadi korban Umno dan bangsa Melayu,” katanya-FMT

The post Desak Zahid Undur: ‘Menurut biar berakal, menentang biar beradab’ kata Tok Mat kepada ahli Umno appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/26/desak-zahid-undur-menurut-biar-berakal-menentang-biar-beradab-kata-tok-mat-kepada-ahli-umno/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=desak-zahid-undur-menurut-b

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Zahid Undur Sukarela Ahli Umno Akan Puji

Jika Zahid Undur Sukarela Ahli Umno Akan Puji

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 236 hits
malaysiakini comDiterbitkan 17 Jan 2021 11 07 amPemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjela...
Desak Zahid Letak Jawatan Hakis Kepercayaan Penyokong Umno Kata Penganalisis

Desak Zahid Letak Jawatan Hakis Kepercayaan Penyokong Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 256 hits
January 23 2021 Penganalisis berkata desakan supaya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan memberi persepsi negatif terhadap tahap tahap keyakinan akar umbi dan penyokong parti itu PETALING JAYA Penganalisis politik menyifatkan...
Calls For Zahid To Quit As Umno Chief Impolite Says Tok Mat

Calls For Zahid To Quit As Umno Chief Impolite Says Tok Mat

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 283 hits
Mohamad Hasan says the calls for Ahmad Zahid Hamidi to resign as Umno president go against the values and culture of the party PETALING JAYA Umno deputy president Mohamad Hasan has spoken out against calls for party president Ahmad Zahid Ha...
Mat Maslan Minta Mp Umno Desak Agong Memanggil Sidang Dewan Annuar Musa Sekolahkan Mat Maslan

Mat Maslan Minta Mp Umno Desak Agong Memanggil Sidang Dewan Annuar Musa Sekolahkan Mat Maslan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 218 hits
SHAHBUDIN HUSINRupa rupannya Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan ada menulis surat kepada MP MP UMNO untuk meminta persetujuan menggesa Agong memanggil sidang Parlimen berkaitan isu darurat Ini surat jawapan Annuar Musa yang ternampak menyek...
Zahid Dan Najib Perlu Sumbang Kekuatan Kepada Umno Undur

Zahid Dan Najib Perlu Sumbang Kekuatan Kepada Umno Undur

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 266 hits
Mahathir sedia bekerjasama dengan UMNO dengan syarat Ini hanyalah satu suasana untuk umno segera undurkan zahid dan najib Sesiapa sahaja seperti Hisham tok mat annuar boleh menerajui umno kemudian nya Muhyiddin mungkin lebih SELESA jika Ism...
Fokus Asyraf Wajdi Beritahu Ahli Umno Di Sebalik Seruan Gesa Zahid Berundur

Fokus Asyraf Wajdi Beritahu Ahli Umno Di Sebalik Seruan Gesa Zahid Berundur

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 250 hits
PETALING JAYA Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki meminta ahli partinya supaya fokus kepada membela rakyat di sebalik seruan menggesa Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada jawatan presiden Di tengah tengah krisis pandemik dan keperitan rak...
Ahmad Zahid 15 Kali Meratib Umno Ketika Akar Umbi Desak Lepas Jawatan

Ahmad Zahid 15 Kali Meratib Umno Ketika Akar Umbi Desak Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 289 hits
malaysiadateline comKetika akar umbi menuntut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan tampil bersuara malam ini Walau dalam coretan hanya sembilan perenggan Ahmad Zahid m...
Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

Zahid Akan Dipuji Oleh Ahli Umno Jika Berundur Dan Memberi Ruang Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 248 hits
Pemimpin akar umbi Pemuda Umno dikatakan terus mendesak presiden parti berundur secara terhormat pada saat Ahmad Zahid masih belum dapat memutuskan secara mutlak hala tuju politik Umno menjelang pilihan raya umum akan datang Ia juga dibuat ...
Desak Presiden Letak Jawatan Tindakan Tak Beradab Umno Perak

Desak Presiden Letak Jawatan Tindakan Tak Beradab Umno Perak

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 250 hits
mykmu netUMNO Perak menyifatkan tindakan pihak tertentu mendesak secara terbuka Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai melanggar peradaban tidak beretika dan bermaruah Ketua Penerangan Badan Perhubungan UM...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

Empat Filem Rompakan Moden Paling Power Sepanjang Zaman


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Sedapnya Kopi Kering Beku Kapsul Dari Zus Coffee

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Mencipta Paper Bag Yang Berkesan Elemen Dan Pilihan Bahan

11 Jam Dan 1 Jam

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice