Ahli Umno Jangan Layan Oportunis Dalam Parti


SUSUPAN PAGI

Najib - Zahid apakah setiakawan
mereka akan disingkir bersama? KEKALAHAN dan kehilangan kerajaan BN dalam Piraum ke-14 sesungguhnya menjadikan Umno
menanggung risiko dan implikasi besar. Bagaimana pun ia tidak memberi pengajaran baik buat parti kebangsaan itu. 
Kekalahan itu seakan tidak pernah menyedarkan Umno yang mereka kini sudah tidak memiliki apa-apa kecuali gusi dengan dua batang gigi sahaja; satu di atas satu di bawah. Hehe...
Kekalahan itu ditangisi seketika sahaja. Ia tak ubah seperti kesedihan dialami sebuah keluarga yang kematian anggota keluarga mereka yang dikasihi. 
Kesedihan kerana kematian itu ditangisi beberapa hari sahaja. Bukan main lagi pada hari-hari pertama, kedua, ketiga sehingga tujuh hari pemergian anggota keluarga tersayang itu ditangisi. Diingati dan dikenang apa-apa yang berlaku dan dilakukan ke atasnya.
Bayangan kedukacitaan mengerumuni dan menaungi setiap hati dan wajah anggota keluarganya. Tetapi selepas 40 hari, 100 hari, tiga bulan kemudian sesuai dengan hancur dan reputnya jasad dalam kubur, pemergian itu tidak ditangisi lagi. Ia kembali ke suasana biasa. Bahkan untuk menyucukkan nisan di atas pusara itu sebagai tanda dan ingatan juga terlupa untuk dibuat. 
Begitu jugalah dengan apa dialami oleh Umno, parti keramat orang Melayu yang ditubuhkan bukan di bawah tangga tetapi dalam Istana Abu Bakar. Kesedihan kehilangan kerajaan ditangisi beberapa hari sahaja. Bukan main lagi, selepas kehilangan kerajaan pada 15 Mei 2018, masing-masing bertekad untuk merampasnya kembali. 
Banyak air mata tumpah kerana menyedihi kejadian itu. Kehilangan kerajaan jadi satu malapetaka. Lantas pelbagai usaha dilakukan agar kerajaan yang hilang itu kembali semula ke pangkuan mereka. Kononnya kerajaan itu amat penting kepada orang Melayu. Kononnya orang Melayu akan terbiar menjadi sampah di bumi sendiri tanpa Umno. 
Demikian mereka meletakkan harapan dan memaknakan Umno sebagai sebuah wadah perjuangan.  
Hari ini keadaan dalam Umno kembali seperti biasa. Kesedihan dan kedukacitaan kerana kehilangan kerajaan sudah tidak kelihatan lagi. Air mata sudah kering, duka sudah berlalu. Umno seperti tidak mengalami apa-apa dan memberi kesan pun atas kehilangan kerajaan itu. 
Bina empayar.
Budaya bergaduh dan bergasak sesama sendiri, berebut kuasa dan mahu membina empayar sudah bermula kembali. Semuanya kerana ketamakan dan kegelojohan para pemimpinya sendiri. Perangai lama timbul semula. Mereka menjadi hilang kasih dan hilang rasa hormat sesama sendiri. Orang-orang Umno tersangat miskin dengan budi untuk mengenang jasa dan menghormati perjuangan pemimpin. Sikap oportunis dan material itu sangat jelas. 
Apabila pemimpin mereka menghadapi ujian didakwa di mahkamah misalnya, atau kehilangan kuasa, mereka sudah tidak dihormati lagi. Kesatuan mereka juga telah runtuh dengan mudah. Mereka yang kebetulan kecewa dengan pemimpin itu kerana sesuatu yang personal, mereka mula bertindak menyerang sesama sendiri. Mereka akan menjual kejahatan pemimpin itu.
Pemimpin itu bukan lagi dibela atau dihurungi seperti semasa mereka ada kuasa dahulu, tetapi semakin dijauhi. Ditinggal perlahan-lahan sambil itu mencaci dan mencela serta menabur racun perbalahan dan kepuakan. Bukan itu sahaja secara senyap diaturkan kempen memburukkan pemimpin berkenaan agar meletakkan jawatan kerana oknum itu sendiri ada maksud untuk naik ke atas. Hari ini rancak kedengaran kempen "No Najib No Zahid". Pandangan pemimpin parti disanggah sesukanya bertujuan damage parti.
Disebutlah secara terus terang di sini dengan mengambil contoh apa yang berlaku ke atas dua pemimpin utama Umno, bekas Presiden Umno yang juga bekas perdana menteri Najib Razak. Apabila beliau sudah tidak menjadi PM kemudian dituduh dengan beberapa pertuduhan di mahkamah, beliau tidak lagi dibela dan dikerumuni seperti beliau memiliki kuasa dahulu. Ke mana beliau pergi tidak lagi diikuti macam ayam ikut pencacai tahi. Yang mengakui Najib sebagai "bosku" hanya budak-budak muda yang tidak mendapat dan mengharap apa-apa daripada Najib. Mereka adalah pengkagum kepada personaliti Najib sebagai anak bangsawan. 

Begitu juga apa yang dihadapi oleh timbalan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Apabila Zahid tidak jadi TPM kemudian ikut didakwa di mahkamah dengan 85 pertuduhan, tidak ada lagi orang yang menunggu di rumahnya seawal Subuh. Semuanya melarikan diri, bercemperaian bimbang apa dihadapinya akan berjangkit. Najib dan Zahid jadi seperti pembawa wabak Covid ditakuti. Dalam erti kata lain mereka berdua sudah jadi macam Anjing telinga buruk bila hilang kuasa dan dihadap ke mahkamah.
Dimana kesetiaan dan nilai persahabatan? 
Padahal mereka tahu apa dihadapi Najib dan Zahid itu, didakwa dimahkamah sebahagian besarnya adalah permainan politik. Mungkin mereka ada melakukan kesalahan, tetapi motif pendakwaan itu adalah kerana politik. Mendakwa musuh untuk menyelamatkan kedudukan bukan cara baru bagi OT95, ia sudah berlaku sejak lama dahulu. Menyekat dan menghalang lawan dengan menggunakan kuasa prerogatif yang ada kepadanya itulah amalan OT95. 
Apa yang diterima Anwar Ibrahim yang difitnah dengan kes liwat adalah strategi OT95 yang sudah menjadi sejarah.
Demikian juga apa diterima oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Kerana Razaleigh tidak ada kasus membabitkan moral, maka dicipta isu lain mengarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengharamkan Umno. Selepas diharamkan, beliau tergesa-gesa menubuhkan Umno (Baru) kemudian menguasai semula parti itu.Musa Hitam tahu akan kehandalan dan ketegalan OT95 dalam hal mengenakan musuhnya ini sebab itu beliau mengambil sikap mendiamkan diri tidak melawan. sepatah kata "Kalau saya lawan saya akan menghadapi masalah," demikian akui Musa.
Apakah orang Umno yang berstatus pemimpin (MKT Umno) tidak memahami strategi jahat OT95 ini? Mungkin tidak?
Kalau orang-orang Umno tahu dengan cara OT95 itu, mereka tidak mudah untuk meminggatkan Najib keseorangan. Mereka tidak akan tergamak membiarkan Zahid menggeletar bersendirian dengan 85 tuduhan itu. Mereka akan datangi Zahid dan Najib menyuntik semangat "lawan tetap lawan". Mereka akan rebah bersama makan pasir, meniarap bersama minum embun dengan kedua-dua mereka. 
Apa lagi kes mereka dalam perbicaraan yang keputusannya belum tahu bagaimana. Zahid atau Naijib boleh bebas. Kandatipun Najib sudah dijatuhi hukum penjara 72 tahun yang disingkatkan jadi 12 tahun dan dengan denda RM241 juta, (bagi pertuduhan pertama) tetapi beliau masih ada peluang merayu. Rayuan itu nanti menentukan apakah beliau bersalah atau tidak.
Sebelum mahkamah menjatuhi hukum jangan "vonis" Najib dan Zahid. Tetapi ketika kedua mereka ini bergelut dengan masalah dan tekanan jiwa, berapa orang yang mendampingi mereka? Berapa orang pemimpin Umno yang berulang alik ke mahkamah untuk beri sokongan? Keadaan ini boleh dilihat sejauh itulah nilai persahabatan dan penghormatan orang Umno termasuk kawan-kawan Zahid dan Najib sendiri. 
Paling malang lagi mereka bukan ingin memberi sokongan moral kepada kedua pemimpin Umno itu, tetapi diam-diam telah merintis jalan ke Sungai Buloh dan membuka pintu penjara untuk Najib dan Zahid. Sikap ini adalah sikap celaka.  
Keikhlasan.
Kenapa situasi itu berlaku. Semuanya bertolak kerana tandusnya sifat keikhlasan dan setiakawan dalam perjuangan. Nampak sangat mereka yang hari ini cuba menyingkirkan Zahid bersama Najib adalah oportunis yang tandus nilai setiakawan. Memang, Najib dan Zahid ada kesalahan ada kelemahan. Tetapi jasa-jasa mereka untuk kesenimbungan Umno selama ini sepatutnya tidak diabaikan begitu sahaja. Jangan hanya ingati kawan dan berkawan sewaktu senang, tetapi lupa apabila kawan dihimpit masalah. 
Kedua mereka sedang diadili di mahkamah. Sepatutnya semua orang Umno menunggu penuh sabar apakah hasilnya nanti. Apabila mahkamah telah habis perbicaraan disemua peringkat memutuskan mereka bersalah, saat itu baharu pelan perubahan pemimpin boleh dilakukan. Ketika itulah kalau kita rasa "hanelan" mara untuk mengambil alih teraju kepimpinan Umno. Sebelum jenazah dibawah ke kuburan jangan cuba-cuba hendak membahagikan pusaka. 
Selagi mereka tidak didapati bersalah, jangan mudah melupai segala jasa mereka baik untuk negara atau untuk diri sendiri.
Ada alasan untuk menolak mereka berdua kerana mereka sudah jadi liabiliti kepada Umno dengan tuduhan itu. Mereka boleh menjejaskan Umno. Apakah selama ini Umno pernah memikir soal liabiliti oleh mana-mana pemimpinnya. Apakah orang yang hari ini menunjukkan belang hendak jadi presiden Umno mempunyai kredibiliti dan punya syaksiah yang elok? Apakah perangainya elok? Mungkin rupanya elok tetapi perangai huduh. Keadaannya persis tahi nampak cantik dengan warna keemasan tetapi baunya busuk. 
Dalam saat kritikal seperti hari ini apa yang patut berlaku dan dilakukan oleh ahli Umno ialah menguatkan parti berkenaan. Bermuafakat untuk mengembalikan wibawa Umno seperti sebelum ini kemudian mendapatkan semula keyakinan rakyat untuk berkuasa semula. Bukannya bersubahat dan turut mengaturkan strategi untuk melemahkan Umno dengan memberi sokongan kepada parti lain khasnya PPBM atau Bersatu. 

Bagi orang-orang Umno perlu menyedari bahawa musuh sebenar mereka bukan parti lain tetapi parti Bersatu. Musuh Umno bukan Pas, atau PKR atau DAP, tetapi Bersatu. Siapa yang kini ular Lidi nak menjadi Naga? Kenal dan fahami sebaik-baiknya jangan terkeliru.  PKR tidak ada keperluan untuk menghancurkan Umno melainkan mereka mahu berlawana secara sihat dalam pilihan raya sahaja. 
Demikian juga dengan DAP. Parti Cina itu tidak mensasarkan untuk menghancur dan membatalkan Umno melainkan sedia berhadapan secara gentlemen dalam pilihan raya. Apa lagi Pas, walaupun musuh semula jadinya sejak zaman Tok Ku Tongek, adalah Umno, tetapi parti itu tidak ada niat mahu menguburkan Umno, bahkan sudah menjalini hubungan politik. DAp dan Pas bukan sahaja tidak ada niat tetapi mereka tidak ada keupayaan pun untuk menghabiskan Umno.
Kolaborasi.
Peringkat awal persepekatan Pas dengan Umno menerusi ta'awun adalah sesuatu yang baik. Langkah tersebut berpandangan jauh dan mengembalikan politik ke era baharu. Rakyat juga sudah menanti natijah daripada kolaborasi kedua parti Melayu itu. Tetapi ia seperti putus ditengah jalan kerana Pas tergiur kekuasaan, harta dan bermata keranjang, apabila hadir PPBM dengan sejemput kuasa, menyebabkan parti Pak Da Mandi Pagi itu kian menjauhi Umno.  
Pun begitu Pas bukan musuh Umno. Kalau Umno ditakdir berkuasa kelak, Pas pasti akan rujuk semula kepada Umno menginding seperti tidak ada apa-apa yang berlaku seperti dilakukan hari ini. Setakat itulah wibawa Pas dibawah pimpinan ulama dan ustaz yang boleh menukar kitab kalau untuk keperluan mereka. 
Musuh Umno ialah PPBM atau Bersatu. Untuk menyedari ini mudah sahaja. Kaji dan selidik siapa yang memimpin Bersatu hari ini. Ketahui apakah maksud dan tujuan parti itu ditubuhkan. Asal niatnya untuk menjadi pengganti kepada Umno. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin itu sendiri orang yang dipecat dari Umno. Dendam itu tetap membara disanubarinya. 
Kerana dendam dan tujuan itu Bersatu ditubuhkan. Jadi dengan kuasa sejemput yang dimiliki Bersatu menerusi presidennya selaku perdana menteri, parti itu akan meneruskan hajat dan nawaitunya. Dan hajat itu akan termakbul kalau di dalam Umno ada orang-orang yang sedia menarik kunci pintu atau membuka lantai dan atap untuk musuh Umno itu masuk. 
Jadi sebelum terlambat orang Umno perlu sedari hakikat ini. Kalau orang-orang Umno tidak mempedulikkan apa lagi merestui musang berbulu ayam dalam Umno atau gunting dalam lipatan, tidak mustahil niat PPBM untuk menelan Umno akan berhasil.
Langkah pertama apa perlu dilakukan oleh ahli Umno disemua peringkat jangan melayan agenda peribadi pemimpin tertentu yang sebenarnya sedang menanti parahu tiba di pengkalan sahaja untuk belayar bersatu PPBM. Langkah kedua bersedialah merestui Umno untuk mencari kerabat baru yang lebih dipercayai. [wm.kl.11:27 am 20/01/2021]
Glossori:
Henelan = gagah, berani, handal.
Tok Ku Tongek = zaman lama, zaman dahulu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/01/ahli-umno-jangan-layan-oportunis-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tumpuan Awani 7 45 Lagi Ahli Parlimen Umno Tarik Sokongan Jangan Atasi 5 000 Kes Sehari

Tumpuan Awani 7 45 Lagi Ahli Parlimen Umno Tarik Sokongan Jangan Atasi 5 000 Kes Sehari

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 241 hits
Ada beberapa Ahli Parlimen UMNO dijangka mengikuti tindakan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional Kerajaan akui berdepan kesukaran menampung keperluan pesakit COVID 19...
Surat Ahmad Maslan Kehendak Parti Jangan Mana Mana Mp Umno Pandai Sangat Nak Argue

Surat Ahmad Maslan Kehendak Parti Jangan Mana Mana Mp Umno Pandai Sangat Nak Argue

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 241 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan surat dihantar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yang menggesa sidang Parlimen diadakan dalam masa terdekat adalah atas kehendak parti bukan individu Bel...
Umno Perlu Berubah Pas Mesti Dominan Jangan Hanya Jadi Pak Turut

Umno Perlu Berubah Pas Mesti Dominan Jangan Hanya Jadi Pak Turut

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 292 hits
ismaweb netMuafakat harus babitkan juga parti politik lain yang perjuangkan agenda perpaduan Melayu IslamBANGI 7 Jamadilakhir 1442H Rabu Kerjasama dua parti terbesar UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum akan datang adalah strategi paling am...
Terkini Sebahagian Besar Mp Umno Tolak Cadangan Mat Maslan Jejas Nama Parti

Terkini Sebahagian Besar Mp Umno Tolak Cadangan Mat Maslan Jejas Nama Parti

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 758 hits
themalaysialife comSebahagian besar ahli parlimen Umno menolak cadangan yang diutarakan setiausaha agung parti itu Ahmad Maslan agar mereka menyokong gesaan supaya Yang di Pertuan Agong mengarahkan sidang khas parlimen diadakan Menurut sumb...
Umno Jangan Degil Dengar Nasihat Pas

Umno Jangan Degil Dengar Nasihat Pas

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 283 hits
Bersama dengan BERSATU hadap PRU ITU NASIHAT Hadi Maksudnya APA Jangan nusyuz
Beri Peluang Akar Umbi Tentukan Pemimpin Hala Tuju Umno Jangan Beri Pelbagai Alasan

Beri Peluang Akar Umbi Tentukan Pemimpin Hala Tuju Umno Jangan Beri Pelbagai Alasan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Perbalahan antara sesama pimpinan UMNO dilihat boleh melemahkan parti itu dan jalan terbaik untuk selesikannya adalah melalui pemilihan UMNO Itu pandangan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang mahu a...
Annuar Dakwa Beberapa Pemimpin Umno Mensendirian Berhadkan Parti

Annuar Dakwa Beberapa Pemimpin Umno Mensendirian Berhadkan Parti

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 231 hits
PETALING JAYA Menteri kerajaan Perikatan Nasional Annuar Musa terus mengkritik beberapa pihak dalam Umno yang tidak dinamakan mendakwa ada beberapa pemimpin Umno mensendirian berhadkan parti Beliau juga membidas beberapa tukang penulis nara...
Umno Paya Besar Gesa Zahid Hamidi Lepas Jawatan Demi Bangsa Dan Kepentingan Parti

Umno Paya Besar Gesa Zahid Hamidi Lepas Jawatan Demi Bangsa Dan Kepentingan Parti

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 314 hits
KUANTAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO demi bangsa kepentingan parti serta 3 6 juta ahlinya Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata ia berikutan kemelut pim...
Rayuan Puteri Umno Demi Parti Keramat

Rayuan Puteri Umno Demi Parti Keramat

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 159 hits
Puteri UMNO pada Ahad berharap semua isu berbangkit dapat diselesaikan secara kekeluargaan terutama dalam kemelut parti politik belum berkesudahan Naib Ketua Puteri Nurul Amal Mohd Fauzi berkata masalah dalaman parti mungkin menjadikan raky...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran