Mkt Wajib Hormati Keputusan Umno Bahagian Putus Hubungan Dengan Ppbm



Ketua peringkat akar umbi Umno berharap kepimpinan parti khususnya ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menghormati keputusan Umno bahagian yang mahu hubungan dengan PPBM diputuskan serta menghormati kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.
Ketua Bahagian Gombak Megat Zulkarnain Omardin berkata, perwakilan sudah bersuara dengan lantang dan jelas Umno tidak bekerjasama dengan PPBM apabila menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak.
“Kami akan bekerjasama dengan Muafakat Nasional (MN), bukan PPBM di Gombak. Itu keputusan perwakilan,” kata beliau kepada FMT. MN dianggotai Umno dan PAS. Mohamad Azmin Ali dari PPBM pula ialah Ahli Parlimen Gombak.
Megat Zulkarnain berkata, Azmin bebas untuk bertanding kerusi Parlimen Gombak pada PRU15 tetapi Umno Bahagian Gombak tetap mendesak pucuk pimpinan meletak calon Umno di situ.
Menurut Megat Zulkarnain, yang juga timbalan pengerusi Umno Selangor partinya mempunyai hubungan baik dengan PAS di Selangor dan ini akan diteruskan.
Beliau bagaimanapun mendakwa ada “agenda tersembunyi” di belakang desakan Zahid digantikan.
“Pada penghayatan saya ada agenda tersembunyi serupa dengan kempen fitnah ke atas Najib Razak dua tahun sebelum PRU14,” katanya.
Menurut beliau, pembangkang memusnahkan sosok Najib dan dua tahun kemudian, pada 2018 beliau kalah. “Taktik sama sekarang digunakan untuk menumbangkan Zahid. Ada orang yang melakukan ini semua untuk melemahkan Umno”.
Ketua Bahagian Umno Sik Tajuddin Abdullah pula berkata, beliau tidak faham mengapa ada desakan supaya Zahid melepaskan jawatan pada hal jawatan tertinggi parti terbuka untuk dipertandingkan pada pada pemilihan Umno.
“Sesiapa yang nak bertanding kelak tandinglah. Ini bukan soal Zahid tetapi mengenai jawatan yang beliau menangi dengan undi majoriti,” katanya.
Tajuddin menggesa golongan yang mahu Zahid meletak jawatan bersabar dan jangan melemahkan Umno, dan katanya lagi ahli bahagiannya di Kedah tidak mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.
“Kami rasa PPBM telah menipu Umno. Walaupun ada majoriti tidak ada perkongsian kuasa yang saksama antara PPBM dengan Umno,” kata Tajuddin.
Seorang ketua Umno bahagian di Perak yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, mereka sudah bosan dengan kerajaan PN dan berharap pemimpin Umno akan mengambil tindakan ke atas golongan dalam parti yang secara senyap bersengkongkol dengan PPBM.
“Kami satu keluarga. Sesiapa yang rasa sebelah sana lebih baik, eloklah keluar tinggalkan kami,” katanya.
The post MKT Wajib Hormati Keputusan UMNO Bahagian, Putus Hubungan Dengan PPBM appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/28/mkt-wajib-hormati-keputusan-umno-bahagian-putus-hubungan-dengan-ppbm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mkt-wajib-hormati-keputusan-umno-bahagian-putus-hu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Putus Hubungan Dengan Ppbm Perlu Terus Bergema Bukti Umno Perjuang Prinsip Kata Penganalisis

Usul Putus Hubungan Dengan Ppbm Perlu Terus Bergema Bukti Umno Perjuang Prinsip Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 242 hits
freemalaysiatoday com January 21 2021 7 30 AMPenganalisis berkata tidak dinafikan ada akar umbi Umno yang percaya perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk melemahkan parti itu PETALING JAYA Umno perlu teru...
Umno Pulau Pinang Tetap Bawa Usul Putus Hubungan Dengan Ppbm

Umno Pulau Pinang Tetap Bawa Usul Putus Hubungan Dengan Ppbm

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 234 hits
January 22 2021 Pengerusi Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir berkata usul memutuskan hubungan dengan PPBM tidak boleh diketepikan kerana usul di peringkat bahagian mesti dibawa ke perhimpunan agung parti PETALING JAYA Usul memutuskan kerj...
Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

Desakan Akar Umbi Umno Mahu Putus Kerjasama Bukan Masalah Besar Kata Ppbm Terengganu

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 250 hits
PETALING JAYA PPBM Terengganu tidak melihat keputusan akar umbi Umno termasuk di Terengganu untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dalam pilihan raya umum ke 15 sebagai masalah besar Pengerusi PPBM negeri Razali Idris berkata isu lebih be...
Keputusan Swab Presiden Umno

Keputusan Swab Presiden Umno

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 269 hits
Melalui ciapan yang dimuat naik di twitter beliau keputusan ujian PCR Covid 19 yang dijalani sebelum ini oleh Ahmad Zahid Hamidi menunjukan keputusan negetif Presiden UMNO itu sebelum ini membuat ujian berkenaan setelah Ketua Pengarah Pilih...
Majoriti Pemimpin Umno Mahu Bergabung Dengan Ppbm Dakwa Hadi

Majoriti Pemimpin Umno Mahu Bergabung Dengan Ppbm Dakwa Hadi

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 285 hits
freemalaysiatoday com January 19 2021 7 05 PMPresiden PAS Abdul Hadi Awang berkata kajian parti Islam itu mendapati tidak ada mana mana parti dalam negara akan berjaya membentuk kerajaan peringkat persekutuan tanpa perlu bergabung dengan pa...
Most Umno Leaders In Favour Of Ppbm Alliance Says Hadi

Most Umno Leaders In Favour Of Ppbm Alliance Says Hadi

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 213 hits
PAS president Abdul Hadi Awang says no one party will be able to win the elections on their own PETALING JAYA PAS president Abdul Hadi Awang says the majority of Umno leaders are in favour of working with PPBM as part of the Muafakat Nasion...
16 Bekas Ahli Umno Cabar Keputusan Ros

16 Bekas Ahli Umno Cabar Keputusan Ros

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 329 hits
PUTRAJAYA Seramai 16 bekas ahli UMNO mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang memberikan pelanjutan masa untuk UMNO mengadakan pemilihan dan bukan keputusan parti politik itu panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dibe...
Umno Bahagian Bandar Tun Razak Nafi Banner Tuntut Presiden Letak Jawatan Perbuatan Mereka

Umno Bahagian Bandar Tun Razak Nafi Banner Tuntut Presiden Letak Jawatan Perbuatan Mereka

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 308 hits
UMNO Bahagian Bandar Tun Razak hari ini menafikan sekeras kerasnya tentang banner atau kain rentang yang dipasang tertera desakan agar Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO Dalam satu tangk...
Kumpulan Mesra Ppbm Dalam Umno Mahu Singkir Zahid

Kumpulan Mesra Ppbm Dalam Umno Mahu Singkir Zahid

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 231 hits
malaysiatoday com January 17 2021 10 30 AMPresiden PPBM Muhyiddin Yassin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dilihat saling bercanggah kebelakangan ini PETALING JAYA Beberapa tokoh besar dalam Umno cuba menarik anggota Majlis Kerja Terting...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran