150 Notis Dikeluarkan Ke Atas Perokok Di Selangor Sejak Rabu


SHAH ALAM, 3 Jan – Sebanyak 150 notis kesalahan dengan nilai kompaun berjumlah RM30,750 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) terhadap perokok dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok yang dijalankan ke atas 562 premis di negeri ini sejak Rabu lepas.
Pengarah JKNS Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata tujuh daripada notis kesalahan itu dikeluarkan terhadap golongan perokok bawah 18 tahun dengan satu notis melibatkan pemilikan rokok elektronik.
Selain itu katanya, sebanyak 20 notis kesalahan dengan kompaun berjumlah RM5,000 turut dikeluarkan ke atas pemilik premis makanan melibatkan 18 notis kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok dan dua lagi kerana menyediakan kemudahan merokok.
“Operasi penguatkuasaan larangan merokok sehingga semalam dilakukan di semua tempat makan termasuk tempat makan terbuka mengikut Peraturan 11(1)(d) Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.
“Sementara bagi pemilik premis pula, penguatkuasaan dijalankan mengikut Peraturan 12(1)(a) dan 12(1)(b) PPKHT 2004 dan di bawah peraturan itu mereka perlu mempamerkan larangan merokok secara jelas, memastikan premis mereka bebas daripada aktiviti merokok dan tidak menyediakan bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dr Khalid berkata perokok yang menerima notis kesalahan itu perlu menjelaskan kompaun berjumlah RM250 manakala bagi perokok bawah 18 tahun, RM50.
Katanya bagi kesalahan pertama, jumlah kompaun boleh dikurangkan kepada RM150 jika perokok menjelaskan bayaran di mana-mana pejabat kesihatan daerah dalam tempoh sebulan daripada tarikh notis kesalahan dikeluarkan.
“Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan sebaliknya, jumlah lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 dikenakan ke atas perokok sehingga Jun depan. Malah, bermula Julai depan pula, tiada lagi tawaran kompaun sebaliknya tindakan pendakwaan di mahkamah akan diambil,” katanya.
Beliau turut memohon kerjasama daripada semua pihak supaya sentiasa mematuhi peraturan larangan merokok yang dikuatkuasakan kerajaan itu demi memastikan kesihatan masyarakat terus terjamin.
Dr Khalid berkata bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti daripada tabiat tidak sihat itu, mereka dinasihat mendapatkan perkhidmatan ‘mQuit’ di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara serta di fasiliti swasta yang diberikan akreditasi.
Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut untuk berhenti merokok dengan mendaftar melalui laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my atau menghubungi talian 03-8883 4400.
Sumber: Bernama
The post 150 Notis Dikeluarkan Ke Atas Perokok Di Selangor Sejak Rabu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/04/150-notis-dikeluarkan-ke-atas-perokok-di-selangor-sejak-rabu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
82 Notis Kesalahan Merokok Dikeluarkan Di Kelantan

82 Notis Kesalahan Merokok Dikeluarkan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 281 hits
KOTA BHARU Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengeluarkan 82 notis kesalahan merokok di tempat makan dengan nilai kompaun berjumlah RM18 309 dari 1 hingga 3 Januari Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata notis itu dikeluarkan kepada indi...
Buta Sejak Lahir Pemuda Diangkat Jadi Bilal Di Masjid Terkemuka Selangor

Buta Sejak Lahir Pemuda Diangkat Jadi Bilal Di Masjid Terkemuka Selangor

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 579 hits
Setiap manusia dilahirkan di dunia ini dikurniakan dengan keistimewaan yang tersendiri Walaupun ada segelintirnya mempunyai kekurangan dari segi fizikal ia bukanlah sebab untuk menyerah kalah dan memandang rendah kemampuan diri Dilantik seb...
58 Anggota Polis Selangor Dikesan Positif Dadah Dalam Ops Blue Devil

58 Anggota Polis Selangor Dikesan Positif Dadah Dalam Ops Blue Devil

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 459 hits
SHAH ALAM 7 Jan Polis Diraja Malaysia Selangor mengambil tindakan ke atas 58 anggotanya kerana dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerusi Ops Blue Devil yang dilaksanakan sejak Ogos lepas Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamal...
Makan Nasi Kandar Melayu Di Restoran Nasi Kandar Melayu Apollo Railway Kajang Selangor

Makan Nasi Kandar Melayu Di Restoran Nasi Kandar Melayu Apollo Railway Kajang Selangor

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 1378 hits
Semasa on the way balik ke Shah Alam dari Hotel Resort Bangi kami sekeluarga telah pergi Makan Nasi Kandar Melayu di Restoran Nasi Kandar Melayu Apollo Railway Kajang Selangor Susah nak cari nasi kandar melayu so bila jumpa kedai ni kenalah...
Tadom Hill Resort Selangor Curi Tumpuan Ramai 2020 45 Minit Je Dari Kl

Tadom Hill Resort Selangor Curi Tumpuan Ramai 2020 45 Minit Je Dari Kl

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 835 hits
Tadom Hill Resort Selangor Curi Tumpuan Ramai 2020 45 Minit Je Dari KL Tadom Hill adalah kawasan perkampungan orang asli yang berkeluasan 40 ekar Tempat ini sangat indah kerana berdekatan dengan tasik dengan permandangan bukit batu kapur da...
Sky Mirror Kuala Selangor Swafoto Terbaik Di Timbunan Beting Pasir

Sky Mirror Kuala Selangor Swafoto Terbaik Di Timbunan Beting Pasir

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 942 hits
Sky Mirror Kuala Selangor Swafoto Terbaik Di Timbunan Beting Pasir Pertama kali mendengar tempat Sky Mirror hati terdetik macam mana lah keadaan di sana ya Setelah menggodek dengan bantuan google MasyaAllah indah dan sungguh luar biasa keja...
Dari Klang Selangor Malaysia Ke Kota London 9473

Dari Klang Selangor Malaysia Ke Kota London 9473

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 617 hits
Macam best jee Tapi tak mampu lagi nak g sejauh ni Modal pun keras tu Kita set naik vietnam china dulu hahaha Step by step Bagi ontot stabil Pasangan Ini Naik Moto Kapcai Dari Klang Ke London Sejauh 27 000KM Merentas 25 Negara Eksplorasi me...
Berkelah Di Pantai Remis Jeram Selangor

Berkelah Di Pantai Remis Jeram Selangor

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 1668 hits
Berkelah di Pantai Remis Jeram SelangorKali terakhir aku pergi Pantai Remis adalah masa aku mengidam nak makan telur ikan Mayong beberapa tahun sudah Berjaya beli sebungkus telur tapi telah gagal masak walaupun dah google resepi Adoi terus ...
Two Decades Of Unending Selangor Water Crises

Two Decades Of Unending Selangor Water Crises

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 359 hits
I refer to the recent large scale water cuts that affected residents in the Klang Valley area in the weeks leading up to Christmas Yet again in the state of Selangor we have had our water cut as a result of irresponsible parties polluting t...
Selebriti Muda Jadi Isteri Keempat Vvip

Cinta Tak Mengenal Usia Datuk Kahwin Nenek Video

Serving Hope Supporting The Spastic Children S Association With Every Pickleball Bag

Road Tested Marrakesh Jacket And Outrider Pants From Klim

Nasi Berainai Lauk Kari Kambing Di Jamal Salim Restorant Terkenal Di Bandar Baru Keningau

Kes Zara Qairina Polis Mcmc Tunggu Maklumat Tiktok Fahmi

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Apa Yang Merosakkan Fungsi Tiroid Tanpa Kita Sedar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Calon Pm Pembangkang

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Pelajar Kolej Ditemukan Mati Di Rumah Keluarga Disyaki Dibunuh

Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Polis Mohon Orang Awam Bantu Siasatan Kejadian Anjing Disiat