58 Anggota Polis Selangor Dikesan Positif Dadah Dalam Ops Blue Devil


SHAH ALAM, 7 Jan – Polis Diraja Malaysia Selangor mengambil tindakan ke atas 58 anggotanya kerana dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah menerusi Ops Blue Devil yang dilaksanakan  sejak Ogos lepas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu untuk mendakwa anggota terlibat di mahkamah.
“Buat masa ini kita telah mendakwa lima anggota kami yang didapati positif dadah melalui Ops Blue Devil ini,” katanya dalam sidang media mengenai pencapaian Polis Selangor sepanjang 2019 dan Perancangan Polis Selangor bagi 2020 di sini, hari ini.
Noor Azam berkata  sepanjang tahun lepas juga, seramai 62 anggota kontinjen itu dibuang kerja dan diturunkan pangkat mengikut Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, manakala 115 orang anggota di ambil tindakan di bawah Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 19,810 kes  indeks jenayah dilaporkan sepanjang tahun lepas berbanding 21,338 kes pada 2018 dan 12,232 kes berjaya diselesaikan.
Katanya lagi, bagi mengekang jenayah perjudian, maksiat dan gangsterisme sepanjang tahun lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor menjalankan 4,560 serbuan menerusi Ops Dadu; 1,434 serbuan dalam Ops Noda dan 417 serbuan melalui Ops Cantas.
Seramai 439 suspek telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) sepanjang 2019, katanya.
Pada masa sama, Noor Azam memaklumkan bahawa tahun 2019 merekodkan kejayaan yang besar bagi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor apabila beberapa serbuan dijalankan membawa kepada penemuan jumlah dadah yang besar.
Katanya, antara kejayaan terbesar Jabatan Narkotik Selangor tahun lepas adalah penemuan dadah jenis kokain seberat 3.2 tan dan 500 kilogram (kg) ketamin dianggarkan bernilai RM676 juta di Shah Alam pada 19 Ogos yang membawa kepada penahanan 13 suspek.
“Selain itu, polis juga menemukan 52 kg dadah psikoaktif baharu (NPS) jenis “magic mushroom” bernilai RM2.2 Juta di Hulu Selangor pada 26 Nov lepas. Sembilan suspek telah ditahan dalam kes berkenaan.
“Polis juga melakukan serbuan ke atas empat makmal dadah di sekitar Selangor yang menghasilkan jumlah rampasan bernilai RM15.9 juta dengan tujuh suspek telah ditahan,” katanya.
Bagi menghadapi cabaran tahun ini, Noor Azam berkata pihaknya merangka kaedah pencegahan yang lebih holistik bagi membanteras aktiviti jenayah terutama melibatkan jenayah sindiket.
Kata beliau, pada tahun ini, pihaknya akan memperkasakan skop siasatan POCA dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) terhadap sindiket jenayah terancang.
“Pemerkasaan skop siasatan itu akan melibatkan sindiket perjudian, maksiat, curi pasir dan sindiket penyeludupan hidupan liar yang dilindungi termasuklah sindiket penjualan organ haiwan terancam di pasaran gelap disyaki didalangi penjenayah antarabangsa dan jenayah rentas sempadan,” katanya.
 
Sumber: Bernama
The post 58 Anggota Polis Selangor Dikesan Positif Dadah Dalam OPS Blue Devil appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/08/58-anggota-polis-selangor-dikesan-positif-dadah-dalam-ops-blue-devil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Selangor Ditahan Positif Dadah

Adun Selangor Ditahan Positif Dadah

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 475 hits
KUALA LUMPUR Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan empat pegawai khas ahli politik antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi semalam Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun termasuk enam wanita itu ditahan pada jam...
Berita Tergempar Adun Selangor Disyaki Berpesta Dadah Di Tangkap Polis

Berita Tergempar Adun Selangor Disyaki Berpesta Dadah Di Tangkap Polis

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 650 hits
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan empat pegawai khas ahli politik antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi semalam Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4 45 petang ...
Hamid Sahkan 16 Orang Positif Dadah Dalam Kondo Di Jalan Puchong

Hamid Sahkan 16 Orang Positif Dadah Dalam Kondo Di Jalan Puchong

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 408 hits
Faisal Asyraf Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini mengesahkan pihak berkuasa menahan 19 individu termasuk enam wanita dalam sebuan ke atas sebuah kondominium awal pagi semalam Katanya kondominium itu terletak di Jalan Puchong Baga...
Pengerusi Bersatu Selangor Sahkan Adun Ditangkap Polis

Pengerusi Bersatu Selangor Sahkan Adun Ditangkap Polis

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 522 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Selangor Datuk Abdul Rashid Asari mengesahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri parti itu ditahan polis seperti tular menerusi media sosial sejak pagi tadi Beliau berkata ADUN itu ditahan polis kira...
Adun 4 Pegawai Khas Politik Positif Dadah Ditahan

Adun 4 Pegawai Khas Politik Positif Dadah Ditahan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 625 hits
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor didakwa ditahan polis dalam satu operasi semalam demikan laporan BH Online Turut ditahan empat pegawai khas ahli politik parti kerajaan di sebuah kondominium di Jalan Pu...
Suspek Pau Duit Terajang Budak Sekolah Ditahan Positif Dadah Jenis Methamphetamine

Suspek Pau Duit Terajang Budak Sekolah Ditahan Positif Dadah Jenis Methamphetamine

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 671 hits
Viral di media sosial video sekumpulan remaja membuli seorang pelajar sekolah agama di sebuah kawasan perumahan di Machang Kelantan Berdasarkan klip video itu mangsa yang masih berpakaian sekolah ditahan sekumpulan sampah masyarakat itu dan...
20 Pelajar Seorang Guru Di Cyberjaya Dikesan Positif Influenza A

20 Pelajar Seorang Guru Di Cyberjaya Dikesan Positif Influenza A

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 586 hits
Seramai 20 orang pelajar dan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dikesan positif Influenza A selepas mereka mengalami demam batuk dan selesema Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha ari Ngadiman berkata sehingga kini pelajar dan ...
Tiga Anggota Polis Dakwa Kena Pukul Dengan Pegawai Sprm Ketika Rakam Keterangan

Tiga Anggota Polis Dakwa Kena Pukul Dengan Pegawai Sprm Ketika Rakam Keterangan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 542 hits
TIGA orang anggota polis mendakwa mereka telah dipukul oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ketika berada di pejabat SPRM Shah Alam baru baru ini untuk merakam keterangan Tiga anggota polis berkenaan yang berusia 24 25 dan 26...
Anggota Polis Sedang Bertugas Maut Dengan Kesan Tembakan

Anggota Polis Sedang Bertugas Maut Dengan Kesan Tembakan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 412 hits
Kuala Lumpur Seorang anggota polis berusia 26 tahun ditemukan maut dengan kesan tembakan ketika sedang bertugas di sekitar Dengkil Sepang dekat sini dalam kejadian kira kira 3 55 pagi ini Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketik...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp