15 May Cafe Mytown Kl Berkonsepkan Picnic Korean Style


Annyeonghaseyo! Ada yang minat Korean Food, K-Drama atau K-POP? Hah, korang kena datang ke 15 May Cafe untuk merasai sendiri pengalaman picnic Korean Style seolah-olah berada di Seoul, Korea. 15 May Cafe berada di Level 1, myTown Shopping Centre Kuala Lumpur dan terletak betul-betul opposite IKEA Cheras. Kalau korang dah buntu tak tau nak makan kat mana, plan nak picnic tapi cuaca tak menentu, apa kata korang datang picnic di dalam mall yang pertama di Malaysia iaitu di 15 May Cafe. 
Kenapa 15 May?Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa 15 May? Untuk pengetahuan semua, pemilihan nama cafe ini adalah bersempena dengan Hari Keluarga Antarabangsa yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Hari Keluarga Antarabangsa ini telah diisytiharkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1993 dengan resolusi A/RES/47/237 dan mencerminkan kepentingan masyarakat antarabangsa terhadap keluarga. Jadi, kewujudan 15 May Cafe ini sedikit-sebanyak boleh dijadikan medium untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan meraikan orang yang tersayang dengan suasana yang santai sambil menikmati juadah yang enak. 

15 May Cafe adalah Kafe Korea yang menawarkan pelbagai hidangan yang menarik. Antara juadah utama yang ditawarkan di 15 May Cafe adalah masakan Korea (Korean Food) dan juga masakan barat (Western Food). Aku paling suka dengan konsep yang diketengahkan oleh pihak 15 May Cafe iaitu konsep picnic ala Korea. Dengan tagline "experience picnic at Seoul", ia seolah-olah memberi gambaran keseronokan suasana berkelah secara santai di Seoul, Korea


Makanan dan minuman pula dihidangkan dalam basket picnic, ia memberikan sesuatu yang berbeza berbanding cafe-cafe lain yang ada. Makanan dan minuman dihidangkan dengan kemas, sekaligus memberikan nilai aesthatics. Aku pun tak lepaskan peluang untuk singgah dan cuba sendiri menu-menu yang ada di 15 May Cafe. Nak tahu apa menu istimewa yang ada? Jom, check it out

Menu 15 May CafeMungkin ada yang plan nak try pergi picnic dalam mall di 15 May Cafe, tapi teragak-agak nak order apa? Hah, kat sini aku share serba-sedikit menu-menu yang ada di 15 May Cafe. Ini hanya sebahagian menu yang ada, actually banyak lagi menu lain yang ada. At least, dapatlah bagi idea untuk korang nak order apa nanti. Kalau dah pergi sendiri, boleh je refer menu book, macam-macam menu ada

Kimchi Ramyeon
Pesto Chicken Pasta
Kimchi Chicken Fried Rice
Bibimbap Beef
Samyang Spicy Ramen
Tteokbokki dan Mac & Cheese
Sourdough
Actually, ni first time aku try Sourdough. Apa itu sourdough? Sourdough adalah menu diet yang dihidangkan dengan sayur-sayuran dah hirisan ayam bakar.  Ayam diperap dengan sedikit rasa pedas sesuai dengan citarasa masyarakat Malaysia


Sourdough Pesto Chicken
Sourdough adalah roti yang menggunakan ragi alami (ragi semulajadi) dengan gabungan tepung, air dan gula. Adunan ini kemudiannya difermentasi selama beberapa hari dalam suhu bilik. Apa yang istimewa di 15 May Cafe,  mereka menawarkan hidangan sourdough bersama Pesto Chicken. Selain itu, terdapat beberapa pilihan lain yang dipadankan dengan Sourdough mengikut pilihan dan citarasa pelanggan


Sourdough Spicy Korean Beef
Selain Sourdough Pesto Chicken dan Sourdough Spicy Korean Beef, 15 May Cafe juga menawarkan Sourdough Smoked Salmon, Tuna Mayo, Classic Egg dan Very Veggie

Croissants with Spicy Korean Beef & Croissants with Smoked Salmon
Selain itu, antara menu yang turut menjadi pilihan pelanggan adalah Croissants. Apa yang menarik di 15 May Cafe, croissants di sini dihidangkan bersama daging salmon yang segar (Smoked Salmon) ataupun hirisan daging nipis (Spicy Korean Beef). Gabungan mantap croissants yang lembut bersama sos istimewa dan hirisan salmon atau beef yang fresh, memang betul-betul nikmat


Untuk pencuci mulut (dessert), korang boleh try Yoghurt in Pot iaitu hidangan pencuci mulut sihat atau Oreo Cookie Cheesake in Pot. Gabungan buah-buahan seperti strawberry, blueberry dan creamcheese, memang menambat selera. Sudah tentu rasa cream yang manis dan sejuk-sejuk akan menjadikan ia sebagai favorite seisi keluarga terutamanya kanak-kanak


Kalau korang datang untuk picnic di 15 May Cafe, jangan lupa untuk try signature drinks kat sini iaitu Sparkling Lychee Rose Soda.  Minuman dengan haruman rose dengan rasa lychee dan soda yang cukup unik, pastinya memberikan satu kelainan. Minum pula sejuk-sejuk, semestinya akan memberi rasa kesegaran di hari yang panas terik. 1 botol ni sesuai untuk dihidangkan untuk 2 orang. Jangan lupa order ni, refreshing


Mungkin ada yang plan nak buat surpise birthday untuk family atau sahabat handai. 15 May Cafe adalah lokasi yang sangat sesaui. Selain menawarkan Korean Food dan Western Food, 15 May juga ada menawarkan pelbagai jenis cake & pastri. Tempat yang selesa, instaworthy dan makanan yang sedap-sedap, pastinya 15 May Cafe akan menjadi pilihan ideal untuk apa jua majlis keraian


Btw, kalau korang datang lepak di 15 May Cafe jangan lupa untuk try sendiri 15th Milk iaitu Banana Milk. Seriously, memang sedap. Aku suka Banana Milk di 15 May Cafe ni. Pendek kata, kalau datang lagi sini, ini antara minuman yang aku akan repeat order. Banana Milk dihidangkan dengan topping penuh whipping cream serta rasa pisang dan susu, memang memberi rasa yang memukau


Selain menghidangkan juadah yang aesthatic dan instaworthy, 15 May Cafe juga menyediakan ruang makan dengan kapasiti maksimum untuk 50 orang yang sangat cantik dan penuh style. Bnayak port-port menarik untuk dijadikan tempat OOTD. Pendek kata, kalau korang suka posing dan OOTD, memang banyak dapat snap gambar lawa-lawa untuk diabadikan di sosial media. Ini antara beberapa foto yang sempat aku snap semasa aku dine-in di 15 May Cafe tempoh hari. Aku tak gheti sangat posing-posing ni, tapi just nak tunjuk betapa cantiknya 15 May Cafe ni. Korang layan je lah ye, hahaha

Bersama Neeta Manis


Haaa, amacam. Cantik tak 15 May Cafe ni? Ni baru sikit aku belanja, Kalau korang nak tengok dengan lebih jelas, boleh tengok video di IG Reels aku. Nanti, korang boleh plan siap-siap nak pakai baju color apa, nak bawa props apa, nak pose macam mana untuk OOTD nanti. Check it out here!

PICNIC15MOKAKalau korang plan nak singgah lepak santai di 15 May Cafe, jangan lupa untuk guna promo code PICNIC15MOKA dan dapatkan diskaun sebanyak 10% dari jumlah keseluruhan bil. Hanya dengan nilai perbelanjaan minimum RM20 dalam 1 resit, korang dah boleh dapat potongan 10% diskaun. Kod ini hanya valid bermula dari 25 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022 sahaja

*Tawaran ini sah dari 25 Januari - 28 Febuari 2022*Promosi ini sah laku untuk tempoh terhad*Pihak pengurusan mempunyai hak mutlak untuk meminda atau membatalkan promosi apabila mengikut keperluan atau difikirkan sesuai tanpa diberikan sebarang notis awal.

Selama mencuba!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.penaberkala.com/2022/02/15-may-cafe-mytown-kl-berkonsepkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Picnic Di Kafe 15 May Korean Cafe Mytown Cheras

Picnic Di Kafe 15 May Korean Cafe Mytown Cheras

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 480 hits
PICNIC DI 15 MAY KOREAN CAFE CAFE HIPSTER PICNIC ALA KOREA Tak dapat picnic kat Korea dengan bff atau keluarga Alaaa Korea di Malaysia pun boleh Betul mummy tak tipu tau Picnic ala Korean Style kat Mytown KL Shopping Mall dah rasa feeling p...
15 May Cafe Kedai Makan Pertama Berkonsepkan Perkelahan Dalam Pusat Membeli Belah

15 May Cafe Kedai Makan Pertama Berkonsepkan Perkelahan Dalam Pusat Membeli Belah

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 249 hits
Asyik duduk rumah je tak salah rasanya kalau sesekali beralih angin dan menikmati hidangan di luar dan kali ni kakak memilih 15 May Cafe yang terletak di MyTOWN Shopping Centre Cheras untuk meneroka selera Korea yang dicanangkan sedap Em Se...
Lepak Makan Di Tnl Bakery Cafe Hipster Puchong

Lepak Makan Di Tnl Bakery Cafe Hipster Puchong

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 285 hits
Bulan ini dah dua kali aku ulang alik ke Bandar Kinrara Puchong untuk sesi personal coaching kelas buat blog menggunakan WordPress Dek kerana tujuan tersebut jugak baru lah aku perasan rupa rupanya kat Bandar Kinrara ni ada sebuah cafe hips...
Lepak Petang Di Edry Cafe Pekan Nanas

Lepak Petang Di Edry Cafe Pekan Nanas

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 237 hits
kelmarin Suami hantar seluar baru untuk alter sikit bahagian kakinya Kat rumah ada aje mesin jahit Tapi malas nak jahitkan seluar dia tu Sebabnya takde benang yang match dengan warna seluar baru tu Stock benang yang sentiasa ada kat rumah n...
Sedo Sekilau Bakery Cafe

Sedo Sekilau Bakery Cafe

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 309 hits
Lokasi SEDO Sekilau Bakery Cafe Alamat 43 Jln Sekilau 1 Kampung Bukit Sekilau 25200 Kuantan Pahang Waktu Operasi 11 00 pagi 6 00 petang Tarikh Lawatan 31 Januari 2022 SEDO Sekilau Bakery Cafe menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas m...
Santai Santai Minum Kopi Di Qah Wa Cafe Al Haddad Mart Bertam Kepala Batas

Santai Santai Minum Kopi Di Qah Wa Cafe Al Haddad Mart Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 362 hits
Qah Wa Cafe Al Haddad MartQah Wa Cafe Al Haddad MartQah Wa Cafe ni terletak di Bertam Kepala Batas Peminat Kopi boleh la datang try minum di sini Kopi yang korang minat tu la Cuppicino mocha dan lain lain lagi la da kat sini Selain tu ada b...
Makan Di Sds Cafe Taman Nusantara Yang Baru Dan Menawan

Makan Di Sds Cafe Taman Nusantara Yang Baru Dan Menawan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 328 hits
Assalamualaikum JUMAAT lepas dapur Sk kehabisan gas Di saat akhir sebelum menutup api semasa menggoreng tengok tengok api dah tak menyala Mujurlah memang dah siap menggoreng Kali terakhir ganti tong gas bulan Jun tahun lepas masa PKP Memang...
Sarapan Belibis Cafe

Sarapan Belibis Cafe

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 464 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera KK baru ada masa nak cerita alkisah hari Sabtu baru baru ni yang KK berjalan ke Rompin tu almaklumlah kita sibuk sikit hehePerjalanan dimulakan jam 8 35 pagi dari Kuantan dan terus ke Pekan dulu untuk s...
The Canai Guys Mytown Kl

The Canai Guys Mytown Kl

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 295 hits
Sempena cuti Tahun Baru Cina 2022 cuti panjang bersambung nampaknya nak nak lagi orang Kuala Lumpur yang bersambung sampai Khamis Kak ana tak ada plan nak balik kampung atau bercuti ke mana mana pun Suami kena bertugas cuma cuti 2 hari saha...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord