Makan Di Sds Cafe Taman Nusantara Yang Baru Dan Menawan


Assalamualaikum...
JUMAAT lepas, dapur Sk kehabisan gas. Di saat akhir sebelum menutup api, semasa menggoreng Nasi Goreng Kampung, tengok-tengok api dah tak menyala. Mujurlah memang dah siap menggoreng. Kali terakhir ganti tong gas, bulan Jun tahun lepas, masa PKP. Memang patut pun dah wassalam, hehehehe.
Walaupun gasnya dah habis pagi, boleh pulak lambat-lambat buat pesanan gas baru. Biasanya, Sk telefon saja kedai gas dalam taman tu, tak sampai 10 minit dia hantar. Jadi, lambat-lambatlah telefon, nak kemas-kemas rumah dulu. Dalam pukul 1.50 petang, baru Sk telefon kedai gas. Dia kata, akan hantar pukul 2.. faham, pekerja dia solat Jumaat.
Tunggu punya tunggu punya tunggu, dah 2.40 masih tak hantar. Naiklah hangin satu badan. SK telefon balik, suara lelaki yang angkat. Yang mula-mula tu, suara perempuan. Cara dia cakap tu, macam tak diberitahu nak kena hantar gas ke alamat yang SK nyatakan. Dia kata, nak hantar satu rumah ni, lepas tu hantar ke rumah SK. Dekat pukul 3 baru sampai.. syabas!

Punyalah Iman melawo sebab nak jalan-jalan, tak sempat laaa.. sebab menunggu gas. Pak Inche pesan, malam nak makan nasi. Kalau jalan jauh sangat nanti tak sempat pulak nak masak dan jadi penat. Sudahnya kami ke SDS Cafe cawangan baharu Taman Nusantara. Ni sebab Iman sebut nak pergi Mr DIY cawangan baharu Taman Nusantara, sebelah jer dengan Cafe SDS. Jadi, kami pergi makan dulu la. Perut pun dah rock & roll, hahahaha


Lapar pasta.. lepas tu keliru nak pilih sama ada spaghetti dengan sekeping salmon atau ketulan salmon. Yang sekeping salmon tu masakannya cara sos krim putih, yang salmon chunk masak Italian Sauce. Beza RM1, hehehehe


Luas dan selesa sungguh cawangan baharu SDS Cafe Taman Nusantara ni. Dekorasinya pun cantik. Rasa macam nak berlama-lama makan di sini, tak nak balik, hehehehe. Maaf ya, cafe dah cantik tapi tuan tanah kedaung malas nak pakai bedak, hahaha


Pantas sungguh servisnya. Tak lama menunggu, hidangan pembuka selera siap dihidang ke meja. Kami pilih Mushroom Soup yang datang bersama sebatang Bread Stick dan tambah satu set lagi Bread Stick. Satu set tu, ada tiga batang. Jadi, makan seorang dua. Iman juga pesan satu set Oppa Honey Garlic Chicken Wings. Ada juga perisa Hot & Spicy tapi dia kata serik dah nak ambil yang pedas lepas makan di Myeong Dong tu, hahahaha


Tak ingat ada berapa ketul satu set ni. Dah namanya honey, tentulah manis-manis rasanya. Makan pun taklah comot sampai merah-merah pipi kena sos cili, hehehe


Mushroom Soup sedap, ada hirisan cendawan butang, tapi makan jangan lambat-lambat nanti sejuk dah cair supnya. Punyalah sejuk pendingin hawa kat dalam ni, maklumlah bangunan baharu


Bread Stick ni biasa-biasa aje rasanya. Cuma tak puas hati sebab dalam gambar dia letak dalam baldi kecik, tapi ni cuma letak dalam piring bodo-bodo, hahahaha. Selalunya kat SDS ni, macam mana rupa dalam buku menu, macam tulah rupanya bila dihidangkan pada pelanggan. Mangkuk, pinggan, board, sebijik rupa macam dalam menu


Iman pun keliru, nak makan pasta atau tomyam. Sk suruh dia makan tomyam. Lepas tu, mintak pilihkan, nak makan tomyam dengan nasi atau bihun. Sk suruh pilih nasi. 

Aroi Mak Seafood Tomyum Soup
Saiz tomyum punyalah besar, ada dua ekor udang yang besar dalamnya. Kupang seekor, isi ikan dan sayur-sayuran. Tak pasti ada sotong atau tidak. Rasa macam nak mintak nasi putih sepinggan, join makan tomyam, hahaha. Tapi, tomyamnya rasa pes dan tidak diadun resepinya dengan sempurna walaupun nama menu ni agak gempak, hahahah


Sk akhirnya memilih Italian Spaghetti with Salmon Chunk. Ternyata pilihan Sk tidak mengecewakan. Tekstur sos yang berkrim macam ni memang citarasa Sk. Walaupun berkrim tapi ada rasa macam sos pizza, saaaaaaaaaangat sedap lagi-lagi bila disuap spaghetti tu bersama hirisan salmon. 

Apple Peach Tea.. satu juga kecil. Mula tak pasti, ini saiz individu atau macammana, rupanya, dia sertakan dua gelas kosong, maknanya saiz untuk dua orang. Mujurlah Sk cuma pesan segelas ais kosong sahaja


Dari kamera telefon Iman. Roti dan sup cendawan dah luak masa ni, hehehe. Semua makanan sampai cepat, agaknya dah habis waktu makan tengahari, orang tak ramai. Tengok staf kitchen pun ramai yang baru nak makan. Seronok tengok dorang masak makanan sendiri

SDS BAKERY & CAFE
Jalan Nusaria 11/5,
Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor
Buka setiap hari






 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/01/makan-di-sds-cafe-taman-nusantara-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Makan Best Di Kelantan Damia Cafe Buffet Steamboat Grill

Tempat Makan Best Di Kelantan Damia Cafe Buffet Steamboat Grill

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 344 hits
Bila orang tanya tempat makan best di Kelantan rasa macam ralat sikit nak jawab Sebab kita ni nama je orang Kelantan tapi jarang betul makan kat luar Kalau balik kampung pun sekejap sekejap je Itu pun tak sempat nak keluar makan kat luar As...
Nusantara Dipilih Jadi Nama Ibu Kota Baru Ada Alasan Di Baliknya

Nusantara Dipilih Jadi Nama Ibu Kota Baru Ada Alasan Di Baliknya

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 204 hits
Dari 80 nama yang diusulkan para ahli Nusantara yang akhirnya disetujui oleh Presiden Jokowi Apakah sudah pas menurutmu
Pokok Baru Untuk Taman Mini

Pokok Baru Untuk Taman Mini

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 348 hits
Kelmarin pukul 4 petang suami dah sampai rumah Aikk Awalnya balik Hehehe Ada projek katanya Bininya ingat dapat projek baru Rupanya Projek ubah pasu pasu Sebab baru beli tanah hitam bunga orkid pokok2 kat nurseri Anak anak la jadi part time...
Lepak Makan Di Tnl Bakery Cafe Hipster Puchong

Lepak Makan Di Tnl Bakery Cafe Hipster Puchong

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 283 hits
Bulan ini dah dua kali aku ulang alik ke Bandar Kinrara Puchong untuk sesi personal coaching kelas buat blog menggunakan WordPress Dek kerana tujuan tersebut jugak baru lah aku perasan rupa rupanya kat Bandar Kinrara ni ada sebuah cafe hips...
Pemerintah Sudah Matang Pertimbangkan Nama Nusantara Sebagai Ibu Kota Baru

Pemerintah Sudah Matang Pertimbangkan Nama Nusantara Sebagai Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 172 hits
Ketua Panitia Khusus Rancangan Undang Undang Ibu Kota Negara Ahmad Doli Kurnia Tandjung menilai penamaan Nusantara sudah mempertimbangkan aspek historis sosiologis dan filosofis yang nantinya akan dijelaskan dalam RUU IKN
Seronoknya Makan Besar Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

Seronoknya Makan Besar Tahun Baru Cina Di Pulai Springs Resort

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 278 hits
Hi Korang Masa bercuti di Johor Bahru minggu lepas kak lily berkesempatan ke food review istimewa di Pulai Spring Resort Johor Bahru Sebab apa istimewa Kerana dalam ketika sibuk menyambut kemeriahan perayaan Krismas kak lily menjamu selera ...
Periksa Dulu Baru Bagi Anak Makan Bahayanya Anak Makan Ayam Separuh Masak

Periksa Dulu Baru Bagi Anak Makan Bahayanya Anak Makan Ayam Separuh Masak

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 230 hits
Memilih untuk menyediakan makanan sendiri buat anak memang puas hati Namun bila dilanda kesibukan kerja terpaksalah belikan sahaja makanan buat anak Dalam berjaga jaga dari aspek kebersihan anak adakalanya terkesan dengan makanan yang dibel...
Resipi Udang Butter Nestum Sedap Untuk Makan Besar Tahun Baru Cina

Resipi Udang Butter Nestum Sedap Untuk Makan Besar Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 225 hits
Makan besar Tahun Baru Cina tentunya lebih meriah dengan hidangan Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni Memang nampak sedap dan membuka selera Masak pula menggunaan udang bersaiz besar memang lagi puas hati Bagi anda ...
Mb K Jaan Perlu Mandat Baru Bukan Bergerak Atas Ihsan Pembangkang

Mb K Jaan Perlu Mandat Baru Bukan Bergerak Atas Ihsan Pembangkang

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 173 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 22 2022 7 04 PMKerajaan yang memimpin Johor perlu mendapat mandat lebih kukuh dan bukannya atas ihsan pembangkang kata menteri besar Hasni Mohammad mempertahankan keputusan untuk memohon pembubaran DUN hari i...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life