12 Tempat Menarik Di Gerik Perak Wajib Singgah Kalau Sampai Hulu Perak


Tempat menarik di Gerik, Perak | Jangan terkejut walaupun pekan Gerik adalah antara pekan yang kecil tapi susana dan pandangan di pekan Gerik sangat cantik dan superb! Kiri dan kanan dilitupi oleh bukit bukau! Memang cantik dan menarik pemandangan terutama pada waktu pagi siap nampak kabus di sebalik bukit. Rasa damai dan sejuk mata memandang



So apa yang menarik kat gerik ni?Kalau dulu, bila Tok1 cakap Tok1 ni asal dari gerik, benda pertama orang akan tanya adalah kat gerik banyak gajah tak? haha. Dulu orang tak kenal sangat Gerik ni. Paling-paling pun orang sebelah Pantai timur je akan kenal dengan pekan Gerik ni. Sebab Gerik merupakan pekan terakhir sebelum diorang mendaki merentasi Banjaran Titiwangsa yang memisahkan Negeri Perak dan Kelantan. So orang yang lalu Lebuhraya Timur-Barat tu, memang selalu terserempak dengan Cik Lijah a.k.a Gajah. Sebab tu lah kalau orang sebut Gerik je, semua akan ingat gajah




Ada orang gelar Gerik ni tempat jin bertandangIye lah. Gerik ni merupakan sebuah pekan kecil yang merupakan pekan paling hulu bagi negeri Perak. Biasanya bila disebut "HULU", semua orang akan terlintas dalam fikiran, ianya sebuah tempat yang mundur yang penuh hutan banat, bukit-bukau semata-mata. Dan orangnya pula mundur, tak bertamadun. Eh hello! We'olls orang Gerik tak ketinggalan tau dari ketamadunan. Kita pun ada liputan 4G LTE okey! haha

Tarikan utama Gerik
Tarikan perlancongan yang sangat termahsyur di daerah Gerik ialah Hutan Diraja Belum, kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan di gazetkan sebagai zon keselamatan. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan dan semestinya tarikan utama di Royal Belum Forest ialah kepelbagaian spesis flora dan fauna yang terdapat di sana antaranya bunga pakma / bunga rafflesia bunga terbesar di dunia, ikan kelah jinak dan kepelbagaian spesies burung, termasuk lah spesies burung yang terancam (kepupusan) iaitu burung kenyalang


Gerik cuma gah dengan nama Royal Belum je?Sebenarnya dekat gerik sendiri pun banyak tempat menarik yang boleh dilawati atau dijadikan kawasan tarikan perlancongan selain daripada Hutan Royal Belum cuma banyak destinasi tersebut belum di highlight secukupnya oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Gerik. Gerik mempunyai banyak tarikan alam semula jadi seperti gunung, bukit, sungai, air terjun dan juga tasik yang boleh dikomersialkan untuk memberi nilai tambah kepada industri perlancongan di Gerik. 
Namun sayangnya, pihak berkuasa tempatan, MDG sepertinya tak cukup bersungguh untuk melakukan publisiti untuk meningkatkan awareness terhadap tempat-tempat menarik tersebut


Pesta ikan Loma, aktiviti unik yang boleh menarik para angler seluruh MalaysiaPada musim hujan sekitar bulan Ogos hingga November ikan loma dari tasik Temengor akan mudik ke hulu dalam kelompok yang besar untuk bertelur. So masa tu, orang ramai akan berkumpul di tepi-tepi sungai Rui untuk menyauk ikan loma. Komer bayangkan la berapa riuh-rendah dan meriahnya suasana pesta tersebut! 


Lagi best kalau adakan pertandingan menangkap ikan loma dengan bare hands, ala-ala Hillbilly Handfishin' kat channel Animal Planet tu kan? Baru-baru ni pesta loma 2017, diorang ada anjurkan juga aktiviti lain selain menyauk ikan, macam panjat tiang licin, meniti titian licin, pukul bantal, menyelam paling lama, tarik tali dan pertandingan menangkap itik. Katanya, ada persatuan yang kelola aktiviti pesta ikan loma 2017 ni. Tokwan fikir, ini merupakan titik permulaan yang bagus

Oh ya. Terbaru Tokwan dengar yang Pesta Ikan Loma ni bakal dimasukkan ke dalam kalendar Perlancongan Negara! Kalau perkara ni jadi realiti, Tokwan yakin pesta ikan loma ini akan jadi satu lagi produk perlancongan Gerik yang akan go international setaraf Hutan Royal Belum


Aktiviti wilderness yang banyak!PUNCAK GUNUNG PULUT - Credit http://www.sobriyaacob.com
Di Daerah Gerik juga mempunyai banyak bukit dan gunung-ganang yang sangat menarik untuk diterokai, antaranya Gunung Kenderong dan Gunung Pulut. Setakat hari ini, Tokwan tahu, gunung-gunung ni cuma terkenal di kalangan hikers saje. Orang-orang biasa macam kita ni, satu habuk pun tak tahu yang gunung tu boleh didaki. 
Kesian kan? Patutnya tempat macam ni dibangunkan macam gunung Kinabalu, yang lengkap dengan penjaga pintu masuk, penjaga checkpoint, dan pondok rawatan dan sebagainya. Rugilah, sebab aktiviti outdoor macam ni memang ada penggemarnya yang tersendiri. Wilderness activities macam ni boleh jadi produk perlancongan bagi Gerik. 
Peminat sukan outdoor dan lasak semestinya akan teruja untuk mencabar dan menawan gunung-gunung di Gerik ni. Dengar cerita, trail gunung Pulut ni memang mencabar

Tokwan nak bebelKenapa ye tak dijadikan daerah Gerik ni sebagai salah satu destinasi popular untuk kaki outdoor datang ke sini dan antara aktiviti yang boleh dibuat ialah seperti mendaki gunung Kenderong, water rafting dan sukan berkayak, menjelajah hutan atau air terjun, sukan motocross, menjelajah dengan pacuan 4x4, memancing dan lain-lain lagi

Senarai tempat-tempat menarik di Gerik, Perak1) Hutan Royal Belum 2) Pulau Banding 3) Dataran Kuala Rui (Lokasi Pesta Loma)4) Batu Hampar5) Lata Air Beruk6) Taman Bunga Rafflesia, Bongor7) Pulau Tali Kail8) Lata Pinang9) Gunung Kenderong, Kerunai10) Gunung Pulut, Papulut11) Lata Ulu Lawin12) Klian Intan 
Maklumat lanjut, lawatiLaman web Majlis Daerah Gerik  www.gerik.gov.my
Atau

Tourism Malaysia Perak,
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194
like Facebook Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tokwan.com.my/2017/12/tempat-menarik-di-gerik-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

5 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 614 hits
5 Tempat Menarik Di Malaysia yang Wajib Dikunjungi Hai korang hari ke 5 untuk Memandangkan kemarin busyra tak sempat so terpaksa lah postpone ke hari ni Ada 5 tempat yang busyra nak sangat pergi cuma tak berkesempatan even dalam Malaysia he...
20 Tempat Menarik Bercuti Di Perak Paling Popular 2021

20 Tempat Menarik Bercuti Di Perak Paling Popular 2021

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 646 hits
Negeri Perak merupakan sebuah negeri di pantai barat semenanjung Malaysia yang terbesar dan kalau bercakap bab pelancongan memang sangat banyak destinasi best samaada tarikan pulau tarikan hutan lipur ataupun taman tema Sini Tokwan ada meny...
Natasya Riverside Caravan Park Tempat Menarik Di Perak Tempat Mandi Manda Di Perak

Natasya Riverside Caravan Park Tempat Menarik Di Perak Tempat Mandi Manda Di Perak

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 384 hits
Tempat Menarik di Perak Natasya Riverside Caravan Park Cuti krismas hari tu balik kampung setelah sekian lama tak boleh merentas negeri Adik beradik semua balik Macam biasa memang kecoh bila berkumpul ramai2 mula2 tak plan kemana2 tapi terk...
Jambatan Victoria Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

Jambatan Victoria Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 336 hits
Jambatan Victoria adalah sebuah yang terletak di Engor Kuala Kangsar Perak Jambatan yang merentangi ini mula dibina pada tahun 1897 dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk dis...
River Cruise Sungai Perak Kuala Kangsar Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

River Cruise Sungai Perak Kuala Kangsar Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 642 hits
River Cruise menyusuri Sungai Perak di Kuala Kangsar Salah satu aktiviti menarik di Kuala kangsar ialah menaiki bot menyusuri Sungai Perak Pengunjung akan dapat melihat pemandangan menarik di tebing sungai dalam perjalanan selama 30 minit B...
Tempat Menarik Di Kuala Penyu Sabah

Tempat Menarik Di Kuala Penyu Sabah

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 519 hits
Assalamualaikum guys Kali ini aku nak kongsi beberapa tempat menarik untuk korang lawati di Kuala Penyu Sabah Kuala Penyu ni terletak dalam pedalaman Sabah daerahnya kecil saja nak banding dengan daerah lain tapi yang menariknya dia sebelah...
Perak Launches Programme To Help Needy Students Facing Public Exams

Perak Launches Programme To Help Needy Students Facing Public Exams

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 185 hits
IPOH The Perak government has launched the Cikgu Saarani Tuition Programme to help needy and underprivileged students who will be sitting for public examinations Perak Mentri Besar Datuk Saarani Mohamad said the first phase of the programme...
Bagan Datuk Paling Mundur Di Perak Enam Penggal Ahmad Zahid Buat Apa

Bagan Datuk Paling Mundur Di Perak Enam Penggal Ahmad Zahid Buat Apa

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 419 hits
malaysiadateline com Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikecam apabila mendakwa Parlimen Bagan Datuk yang diwakilinya sejak tahun 1995 itu sebagai kawasan paling mundur di Perak Rata rata warganet mempersoal apa yang Presiden Umno berkenaan ...
Perak Lancar Program Tuisyen Cikgu Saarani Bantu Hampir 200 000 Pelajar

Perak Lancar Program Tuisyen Cikgu Saarani Bantu Hampir 200 000 Pelajar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 234 hits
UMNO ONLINEIPOH Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan Program Tuisyen Cikgu Saarani yang akan memberi manfaat kepada hampir 200 000 pelajar di seluruh negeri ini terutamanya mereka yang datang daripada keluarga miskin dan berpendapatan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran