20 Tempat Menarik Bercuti Di Perak Paling Popular 2021


Negeri Perak merupakan sebuah negeri di pantai barat semenanjung Malaysia yang terbesar dan kalau bercakap bab pelancongan, memang sangat banyak destinasi best samaada tarikan pulau, tarikan hutan lipur ataupun taman tema. Sini Tokwan ada menyediakan senarai 20 tempat-tempat menarik di Perak yang paling popular untuk tahun 2021 ini

Tempat yang menarik di Perak untuk dilawati memang sangat banyak namun bukan semuanya agak sesuai untuk dicadangkan untuk orang luar kerana pada pendapat Tok, tempat-tempat separa-komersial begini adalah lebih kepada tempat santai orang setempat. Samaada anda bercuti di ibu negeri, Ipoh atau di mana-mana lokasi daerah dalam Perak, senarai yang Tok buat ni boleh bagi idea yang menarik untuk percutian anda kelak

1. Pulau Pangkor - Duty Free Pangkor Island 
Destinasi percutian di pulau di Perak yang tidak asing lagi di kalangan orang Malaysia. Selain Pulau Langkawi, Pulau Pangkor adalah destinasi percutian di pulau yang paling popular di barat Semenanjung Malaysia dan bahkan lokasinya lebih dekat dari KL dan Selangor. 
Pulau Pangkor menawarkan pelbagai aktiviti tepi pantai yang menarik untuk dilakukan baik aktiviti snorkeling, bermain sukan air seperti jet ski, banana boat & mungkin juga aktiviti santai-santai manja bersama tersayang di resort-resort cantik di Pulau Pangkor. Aktiviti kering juga ada yang menarik di Pangkor seperti meredah hutan atau melihat burung enggang di Pasir Bogak
 Pulau Pangkor juga terkenal dengan Kota Belanda yang mempunyai kesan sejarah yang penting buat negeri Perak. Kota Belanda yang berusia lebih 300 tahun ini masih ada kesan peninggalan kubu pertahanan yang merupakan binaan kolonis 
Belanda yang terletak di Teluk Gadung, Pangkor. Oleh kerana Selat Melaka ini merupakan salah satu kawasan yang sibuk dengan kapal-kapal dagang, maka tidak hairanlah air laut di Pulau Pangkor tidak sebiru warnanya seperti pulau di Terengganu atau Sabah, namun destinasi Pulau Pangkor tetap mempunyai beberapa lokasi yang cantik & sesuai untuk aktiviti menghayati keindahan marin & terumbu karang negeri Perak
 Pulau Pangkor Laut, Pulau Giam & Pulau Mentagor - Merupakan pulau-pulau kecil yang bersebelahan dengan Pulau Pangkor yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk snorkeling kerana dikelilingi dengan kawasan terumbu karang
 Pantai-pantai di Pulau Pangkor - Pulau Pangkor mempunyai beberapa pantai yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk bercuti dan mencari penginapan. Antara pantai yang popular di Pulau Pangkor ialah Pantai Pasir Bogak, Pantai Coral, Teluk Nipah dan juga Teluk Belanga


2. Sunway City Lost World of Tambun
Tidak perlu diperkenalkan lagi destinasi percutian keluarga yang sangat popular di Perak. Lost World Tambun mempunyai tarikan pecutian yang lebih menyeluruh samaada amusement park atau water park. Antara tarikan di Lost World of Tambun yang ada ialah water park, amusement park, lost world petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park
 Selain dengan pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan, Lost World Tambun juga ada menyediakan penginapan yang ideal untuk anda tinggal bersama yang tersayang waktu berbulan madu di Perak. Kolam infinity yang cantik & kolam air panas dengan suasana yang romantis semestinya perlu dijadikan destinasi pilihan mereka yang ingin meluangkan masa istimewa bersama isteri tersayang
 Contact 605-540 8888 
Alamat: No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak
Waktu Operasi Lost World of Tambun IpohIsnin-Jumaat: 11.00 am - 6.00 pmHujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Am: 10.00 am - 6.00 pm*Ditutup Selasa kecuali cuti am & cuti sekolah
Harga Tiket Lost World of Tambun IpohHarga tiket termasuk ke semua kawasan taman tema, termasuk permainan, tarikan & aktiviti. Tidak termasuk untuk aktiviti yang dibayar secara pay-per-ride
 1 . Harga Tiket Walk-inDewasa (13 tahun & keatas): RM 95.00Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 88.00Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 88.00 2. Harga Tiket untuk Pemegang MyKadDewasa (13 tahun & keatas): RM 65.00Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 58.00Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 58.00 3. Harga Tiket Beli Secara OnlineWarganegara MalaysiaDewasa (13 tahun & keatas): RM 61.75Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 57.20Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 57.20 Pelancong AsingDewasa (13 tahun & keatas): RM 85.50Kanak ( 12 tahun & kebawah) : RM 79.20Warga Emas (60 tahun & keatas): RM 79.20*masuk PERCUMA untuk kanak-kanak tinggi bawah 90 cm

3. Sungai Klah Hotspring
Felda Residence Hot Spring terletak berhampiran dengan Pekan Sungkai yang menempatkan beberapa kolam air panas semulajadi yang sesuai untuk mandi dan berendam. Terdapat juga kolam yang panas sehingga 100 darjah celsius, malah pengunjung berpeluang merebus telur di dalam kolam air panas ini. Kemudahan awam juga sangat bagus tersedia untuk pengunjung seperti tandas, cafe, surau & juga villa untuk disewa
 Kolam air panas di Felda Residence Hot Spring memang sangat cantik & terjaga, memang ada selera tengok warna air dia kalau terasa nak berendam. Tidak seperti di sesetengah tempat kolam air panas lain yang kotor & tidak terjaga. Di sini juga terdapat gelongsor permainan air di kolam mandi yang agak besar & sesuai untuk anak-anak beriang ria. Pilihan penginapan di sini juga menarik dan sesuai untuk anda bermalam sehari dua santai dengan keluarga atau jadikan destinasi ini sebagai tempat berbulan madu anda

Contact 605 441 4493 
Alamat: 35600, Sungai Klah Sungkai Perak, 35600 Sungkai, Perak
Waktu Operasi Klah Hotspring8.00 am - 7.00 pm
Harga Tiket Klah HotspringRM 12 (dewasa)RM 10 (kanak-kanak)RM 7 (warga emas)

4. Taman Rekreasi Gunung Lang
Taman rekreasi ini memang sangat unik & lebih alam semulajadi berbanding taman rekreasi yang ada di bandar. Kalau di Ipoh, destinasi ini sangat popular & sesuai untuk mereka yang ingin memencilkan diri di dalam suasana yang tenang di kelilingi bukit batu kapur serta tasik hijau yang tenang. 
Suasana sebegini hanya ada di taman-teman negara yang agak pedalaman, namun di Ipoh Perak, tidak perlu memandu jauh. Hanya datang ke Taman Rekreasi Gunung Lang yang hanya 6 km dari Bandaraya Ipoh
 Memandangkan lokasi strategiknya yang hanya beberapa km dari Lebuhraya Utara Selatan, Taman Rekreasi Gunung Lang juga sangat mudah untuk anda lawati atau mungkin jadikan destinasi ini sebagai tempat R&R anda di Ipoh. Pastikan bawa makanan & minuman siap-siap. 
Pengunjung juga boleh menaiki bot dengan kadar bayaran yang sangat murah untuk menyeberangi tasik ini yang mana terdapat sebuah lagi taman rekreasi yang tidak kurang menariknya dengan hiasan landskap flora faunanya

Contact 605-5063088
Alamat: Off Jalan Kuala Kangsar, Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak

Waktu Operasi Taman Rekreasi Gunung Lang8am - 12pm & 1.30pm - 7pm (Isnin-Khamis)8am - 12pm & 2.45pm - 4pm (Jumaat)8am - 6.30pm (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
Harga Tambang Naik BotRM 3.00 (Dewasa)RM 1.50 (Kanak-kanak/warga emas)

5. Zoo Taiping dan Night Safari Zoo TaipingMerupakan zoo terbesar di negeri Perak & satu-satunya zoo yang ada di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Zoo ini menempatkan lebih 1200 ekor binatang daripada 140 spesis binatang diimport dari dalam dan luar negara. Destinasi ini sangat ideal untuk dilawati dengan kanak-kanak dan keluarga untuk melihat tarikan binatang utama seperti harimau, zirafah, badak air, gajah, singa, siamang, burung-burung eksotik dan pelbagai jenis binatang lagi
 Lokasi Zoo Taiping yang terletak di kaki Bukit Larut juga sangat unik kerana terletak di dalam tempat yang kaya dengan kehijauan alam semulajadi dengan adanya tasik, aliran air sungai & ini secara tak langsung menjadikan zoo ini satu habitat yang sangat sesuai untuk hidupan liar

Setiap hari aktiviti memberi makan kepada haiwan tertumpu pada waktu 10 pagi - 12 tengahari. Jadi sebaiknya datang pada waktu pagi. Memandangkan zoo ini sangat luas maka perkhidmatan tram juga disediakan untuk pengunjung untuk mengelilingi zoo secara percuma
 Contact 605-808 6577 
Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, Perak, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi Zoo Taiping8.30 am - 6.00 pm (setiap hari)
Harga Tiket Zoo TaipingRM 17.00 (dewasa)RM 8.50 (kanak-kanak)

Night Safari Zoo TaipingDi Zoo Taiping anda juga boleh merasai pengalaman melihat binatang buas pada waktu malam. Kalau anda datang ke Zoo Taiping pada waktu siang, ada sesetengah binatang agak pasif & hanya mula aktif pada waktu malam. Nigh Safari di Zoo Taiping adalah satu-satunya tempat menarik di Perak untuk anda cuba aktiviti sebegini bersama keluarga pada hujung minggu. 
Untuk ke sini, pengunjung tidak boleh membawa lampu suluh atau menggunakan kamera ber'flash' kerana khuatir akan menakutkan binatang-binatang di sini yang secara langsung akan memencilkan diri di sebalik semak samun
 Contact 605-808 6577 
Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, Perak, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi Night Safari Zoo Taiping8 pm– 11 pm (Ahad sehingga Jumaat)8 pm – 12 pm (untuk setiap Sabtu sahaja)
Harga Tiket Night Safari Zoo TaipingRM 21.20 (dewasa)RM 10.60 (kanak-kanak)

6. Muzium Perak Taiping
Merupakan sebuah institusi muzium yang terdapat di Taiping dan merupakan muzium yang tertua di Malaysia. Dibina pada tahun 1883 dan menempatkan pelbagai barangan dan artifak sejarah Melayu di negeri Perak. Sebaik sampai di sini anda pasti akan kagum dengan keunikan senibina bangunan Muzium Taiping ini yang banyak dipengaruhi kesenian gabungan orang Inggeris & masyarakat Moor di India. 
Yang uniknya, bahan pembinaan bangunan ini menggunakan bahan seperti putih telur, kisaran kulit kerang & bancuhan simen yang dipercayai dapat memberi ketahanan struktur yang lebih lama
Antara tarikan pameran di sini yang wajib anda lihat ialah koleksi spesimen binatang jenis binturong/ pulasan, rangka/tengkorak binatang dan juga koleksi tembikar tanah yang unik yang memang tiada sepertinya di destinasi lain. 
Sebahagian koleksi ini dikatakan ada yang berusia sehingga ratusan tahun. Muzium ini adalah yang paling lengkap di Perak sekiranya anda ingin melihat sejarah dari pelbagai sudut samaada kebudayaan, keagamaan, informasi orang asli, binatang & sebagainya. Siapa sangka, muzium ini juga mempunyai beberapa mural 3D yang boleh anda bergambar untuk kenangan
 Contact 605-807 2057
Alamat: Muzium Perak Jalan Taming Sari, Taiping, 34000 Perak
Waktu Operasi Muzium Perak Taiping9.00 am - 6.00 pm (setiap hari)Hari Raya Cuti
Harga Tiket Muzium Perak TaipingRM 2.00 (dewasa)RM 1.00 (OKU)Percuma (kanak-kanak)RM 5.00 (pelancong asing)

7. Kellie’s Castle
Sebuah rumah agam lama yang dibina oleh Kellie untuk isterinya pada 1915 sebagai lambang cinta sejatinya. Malangnya warga Scotland ini gagal menyiapkan rumah agam ini kerana meninggal secara mengejut kerana penyakit pneumonia. Kalau dilihat cerita di sebalik pembinaan Kellie's Castle tidak ubah seperti cerita pembinaan Taj Mahal. Kedua-dua bangunan bersejarah ini dibina sebagai lambang kasih sayang & cinta kepada pasangan masing-masing
 Walaupun destinasi ini sering dikaitkan dengan cerita seram namun ianya tidak menjadi halangan untuk pelancong datang ke sini bagi melihat sendiri keunikan struktur bangunan ini. Memandangkan bangunannya dibina di atas satu kawasan berbukit maka pemandangan dari sini memang sangat cantik & majestic. 
Sebaiknya datang ke sini pada waktu pagi atau petang kerana kurang terasa bahang panas terik mentari. Ruangan parking kereta juga luas & akses dengan kenderaan ke sini tidak banyak cabaran. Kellie's Castle terletak di Batu Gajah & kira-kira 20 km dari Bandaraya Ipoh
 Contact 05-365 3381 
Alamat: Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak
Waktu Operasi Kellie's Castle9.00 am - 6.00 pm (setiap hari)
Harga Tiket Kellie's CastleRM 5.00 (dewasa)RM 3.00 (kanak-kanak)RM 10.00 (pelancong asing)

8. Sultan Azlan Shah Galery
Galeri sejarah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar ini dibuka secara rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah pada 9 Disember 2003 bertujuan untuk memaparkan sejarah & perjalanan hidup baginda Almarhum Sultan Azlan Shah dari zaman muda sehinggalah ke era pemerintahan baginda. Umumnya, galeri ini menawarkan pelbagai koleksi berharga tentang kehidupan Keluarga Diraja Perak, sejarah negeri Perak & juga warisan kebudayaan Perak yang boleh dipelajari oleh orang awam
 Banyak koleksi simpanan peribadi baginda yang boleh dilihat di sini & antara yang paling mencuri tumpuan adalah koleksi jam tangan & pen yang sangat unik & nilai harganya adalah ratusan ribu ringgit. Senibina bangunan galeria ini memang sangat cantik & dahulunya ianya dikenali sebagai Istana Ulu atau Istana Kota sebelum dibina semula untuk dijadikan Galeri Sultan Azlan Shah seperti yang kita lihat sekarang
 Contact 60 57775362
Alamat: Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak
Waktu Operasi Sultan Azlan Shah Gallery9.00 am - 5.00 pm ( Sabtu-Ahad )10.00 am - 12.00 pm2.45 pm - 5.00 pm (Jumaat)
Harga Tiket Sultan Azlan Shah GalleryRM 4.00 (dewasa)RM 1.00 (kanak-kanak)

9. Bukit Merah Lake Town Resort
Kalau anda mencari tempat percutian keluarga di Perak yang ada penginapan dengan taman tema yang menarik, Bukit Merah Lake Town Resort adalah jawapannya. Destinasi percutian yang popular ini secara umumnya mempunyai 2 jenis taman tema untuk pelancong iaitu Eco Park & Water Park. Eco Park lebih kepada tarikan untuk aktiviti yang kering seperti Sky Cycle, Nature Trail, Tropical Trek, Predator Park, Pets Park, Crocodile Enclosure, Sun Bear Enclosure & Deer Enclosure. Aktiviti di sini juga lebih kepada perkara yang lebih akademik mengenali hidupan liar. Sesuai untuk pendedahan kepada si anak kecil
 Water Park pula menawarkan aktiviti permainan air yang lebih mencabar seperti gelongsor-gelongsor air yang pasti lebih menarik minat orang muda mudi. Antara nama-nama permainan di Water Park adalah Kids Adventure River, Sandy Beachfront Wave Pool, Mandi Timba, Waterfall Bridge, Water Speed Slides, Giant Tube Rides, Lazy River dan Boomerang. 
Selain itu, ada juga tarikan aktiviti yang lebih mesra untuk mereka yang ingin adakan teambuilding di sini seperti skycycle & juga aktiviti sukan air seperti paddle boat, berkayak & berkanu. Bukit Merah Laketown Resort memang agak besar dan masa untuk sehari belum tentu dapat anda habiskan untuk mencuba semua tarikan di sini
 Contact 605-890 8888 
Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Semanggol, Perak Darul Ridzuan

Waktu Operasi Bukit Merah Laketown Resort11.00 am - 6.00 pm (Isnin-Khamis)10.00 am - 7.00 pm (Sabtu & Ahad)
Harga Tiket Bukit Merah Laketown Resort1 . Combo Ticket (Waterpark, Ecopark, Skycycle & Paddle Boat/Kayak/Canoe):RM 54 (dewasa)RM 40 (kanak-kanak >90cm)Percuma (kanak-kanak <90cm)RM 10 (warga emas) 2. Combo Ticket (Waterpark & Ecopark):RM 48 (dewasa)RM 38 (kanak-kanak >90cm)Percuma (kanak-kanak <90cm)

10. Tasik Banding & Hutan Simpan Belum (Royal Belum State Park)
Perak juga tidak ketinggalan untuk mempunyai satu hutan simpan yang menempatkan banyak khazanah flora & fauna yang pelbagai spesis. Bagi mereka yang sukakan adventure seperti aktiviti jungle trekking, melihat bunga reflesia, melihat sira gajah, mandi tasik, hiking, memancing, tengok perkampungan orang asli, mandi air terjun dan menaiki bot laju, Hutan Royale Belum adalah salah satu destinasi terbaik di Malaysia untuk anda terokai
 Di sini juga terdapat beberapa penginapan yang boleh anda menginap & ada juga yang menyediakan pakej-pakej tour guide untuk menerokai Hutan Royale Belum. Dan kalau inginkan sesuatu yang lebih unik, bolehlah sewa housebot dan bermalam di atas tasik. 
Tasik Temenggor di Pulau Banding merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbesar di Perak dan terbinanya tasik dan pulau ini selepas siapnya pembinaan Empangan Temenggor. Bagi mereka yang kaki pancing, aktiviti memancing di Tasik Temenggor adalah wajib anda cuba sekali seumur hidup


Tasik Banding, Perak
24 jam
bergantung kepada aktiviti

11. Pulau Orang Utan, Semanggol
Orang utan merupakan sejenis haiwan yang bijak & sangat terkenal di mana-mana negara rantau Asia Tenggara. Kalau di Malaysia, destinasi paling popular untuk melihat orang utan adalah di kepulauan Borneo seperti di Sipilok, Sabah. Di Semenanjung Malaysia, memang ada menempatkan orang utan di mana-mana zoo utama seperti di Zoo Negara namun jumlahnya tidak banyak
 Pulau Orang Utan Bukit Merah yang bermula operasi sejak tahun 2000 hanya terletak kira-kira 10 minit dari Bukit Merah Laketown Resort & pulau ini menempatkan lebih 20 ekor orang utan daripada peringkat umur bayi sehingga yang orang utan dewasa. Pengunjung perlu menaiki bot kira-kira 15 minit merentasi tasik untuk melawat pusat penjagaan orang utan di sini. 
Sekiranya anda bercuti & menginap di Bukit Merah Laketown Resort, bolehlah luangkan masa bersama anak-anak ke pusat penjagaan orang utan di sini. Bot terakhir untuk ke Pulau Utan adalah pukul 5.00 pm
 Contact 605-8908110 
Alamat: Jalan Bukit Merah, Semanggol, Perak
Waktu Operasi Pulau Orang Utan9.00 am - 6.00 pm (setiap hari)
Harga Tiket Pulau Orang UtanRM 30 ( dewasa)RM 18 (kanak-kanak)RM 15 (warga emas)

12. Teluk Senangin
Perak mempunyai beberapa lokasi pantai peranginan yang popular di kalangan orang luar untuk bercuti. Salah satunya adalah di Teluk Senangin yang terletak di Lumut, Perak & tidak jauh dari jeti ke Pulau Pangkor. Kawasan pantai Teluk Senangin mempunyai pesisiran pantai yang lapang & pasir yang halus sesuai untuk aktiviti suka ria tepi pantai bersama anak-anak
 Teluk Senangin mungkin tidak sepopular destinasi pantai peranginan lain seperti di Pulau Pangkor atau di Cherating, namun tetap mempunyai tarikan yang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan destinasi percutian tepi pantai yang santai. Di sini juga ada aktiviti-aktiviti sukan air seperti banana ride atau menaiki bot. 
Pilihan penginapan seperti chalet di sini tidak kurang banyaknya & lokasinya sangat menarik di tepi pantai. Sesuai untuk anda berbulan madu di tepi pantai di Perak. Kalau cerita bab makan, di sekitar Lumut memang banyak tempat makan best & medan ikan bakar popular untuk makan malam

Alamat: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak
24 jam
bergantung pada aktiviti masing-masing

13. Pantai Teluk Batik
Satu lagi pantai peranginan di Perak yang menarik untuk bercuti. Gambarannya sama seperti di Teluk Senangin yang terletak tidak jauh dari sini. Mempunyai kawasan pantai yang lapang dan sesuai untuk aktiviti riadah & sukan air bersama keluarga seperti banana ride, jetski, naik bot & sebagainya

Kawasan Teluk Batik juga terkenal dengan banyak tempat makan best pada waktu malam seperti medan ikan bakar atau kedai masakan panas ala Thai. Maklumlah, kawasan tumpuan pelancongan, pilihan tempat makan malam yang best mestilah meriah. Pilihan penginapan di sini juga memang banyak samaada hotel ataupun chalet bajet & antara penginapan yang popular adalah Marina Cove Resort Vigo Batik Resort dan Teluk Batik Resort

Alamat: Pantai Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak


14. Menara Condong Teluk Intan
Satu destinasi yang menarik untuk anda lawati di Teluk Intan, Perak untuk melihat sendiri keunikan bangunan condong ini yang sering menjadi mercu tanda dalam poskad atau setem di Perak. Struktur bangunan seperti menara Pagoda dengan usia lebih 100 tahun ini mungkin kelihatan biasa-biasa & tidak condong kalau dilihat dari jauh. Namun sebaik dekat & anda lihat dari sudut tertentu baru perasan menara ini sebenarnya condong sedikit
 Bangunan yang ikonik ini anda boleh naik sampai ke atas melalui 110 anak tangga yang agak curam. Dahulunya Menara Condong Teluk Intan merupakan sebuah tempat penyimpanan air dan menara jam. Namun kini ianya menjadi sebuah mercu utama untuk bandar Teluk Intan dan negeri Perak. Di sekitar menara ini terdapat dataran berbata yang lapang & deretan kedai termasuk tempat makan. Kalau datang hari Sabtu & Ahad, ada pasar malam & pemandangan menara ini pada waktu malam lebih menarik terutamanya ketika senja

Alamat: Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak
Waktu Operasi: 24 jam
Harga Tiket: Percuma

15. Bukit Larut ( Maxwell Hill)
Bukit Larut atau juga dikenali sebagai Maxwell Hill merupakan destinasi yang sangat ideal bagi mereka yang nakkan ketenangan ataupun mungkin sebagai tempat berbulan madu di kawasan tanah tinggi yang sejuk. Mesti anda tertanya-tanya, kenapa nama Inggeris Bukit Larut ini ialah Maxwell Hill? Jawapannya kerana Bukit Larut ini pernah menjadi tempat tinggal orang British sekitar tahun 1880 dan nama Maxwell diambil sempena nama George Maxwell
 Antara aktiviti menarik di Bukit Larut yang boleh anda cuba ialah melihat pemandangan cantik dari puncak terutamanya di waktu senja, melihat bunga-bunga liar, melihat unggas-unggas yang pelbagai jenis & jungle trekking. Penginapan di sini juga ada yang sangat unik senibinanya yang sesuai untuk pelancong yang sukakan sesuatu penginapan yang lain dari yang lain


Bukit Larut, Periaran Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak


16. Kuala Sepetang (Portweld)
Kuala Sepetang boleh disimpulkan sebagai destinasi untuk anda releks-releks dan makan-makan. Maklumlah, dah nama pun KUALA maka makanan di sini sudah tentulah yang berasaskan seafood. Antara yang menjadi kegilaan pengunjung kalau ke Kuala Sepetang ialah pekena Mee Udang. Antara kedai yang popular kalau cakap pasal Mee Udang di Kuala Sepetang ialah Mee Udang Mak Jah

Selain aktiviti pekena makan Mee Udang, anda boleh juga melakukan aktiviti lain seperti melawat kilang pembuatan arang tradisional, naik bot dan memancing di kuala bersama nelayan, melihat kelip-kelip, melihat tapak sejarah station kereta api Melayu pertama di Port Weld & melawat Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Matang. Hutan Paya Laut Matang di Kuala Sepetang merupakan sebuah hutan paya bakau yang terjaga yang merupakan salah satu tarikan pelancongan di dalam Daerah Matang, Perak. 
Terdapat kemudahan seperti platform jalan kaki, chalet dan tapak perkhemahan untuk pengunjung yang ingin lebih mendekati dengan eko sistem hutan paya bakau



17. Muzium Geologi Ipoh
Salah satu tempat bersejarah yang menarik di Ipoh, Perak yang menempatkan pelbagai koleksi bahan geologi seperti fosil, batu permata, mineral & sebagainya yang ideal untuk dijadikan sebagai destinasi lawatan sambil belajar institusi pengajian. Pameran bahan sejarah di sini terbahagi kepada beberapa galeria utama & juga terdapat diorama yang menunjukkan kaedah cara melombong bijih timah seperti kaedah lombong dedah, mendulang & teknologi kapal korek
 Kalau anda sedang belajar jurusan arkitek atau geologi, mungkin tarikan seperti sampel bijih timah Lembah Kinta & jenis batuan adalah yang paling menarik kerana memang tiada pameran sebegini di tempat lain. Susunan bahan pameran di sini juga sangat sistematik & terdapat juga dinasour t-rex dalam saiz yang agak besar yang akan bergerak & mengaum sebaik anda berdekatan dengannya. Anak-anak kecil pasti teruja
 Contact 605-540 6000 
Alamat: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi Muzium Geologi Ipoh9.00 am - 12.30 am & 2.00pm - 4.30 pm( Isnin-Khamis)9.00 am - 12.00 am & 3.00pm - 4.30 pm( Jumaat)Sabtu/Ahad/ Cuti Am (Tutup)

18. Muzium Arkeologi Lenggong
Muzium ini adalah galeri yang dibina di Kota Tampan sebagai simbolik kepada tapak arkeologi tentang sejarah paleolitik di negara Malaysia. Di sini menempatkan pelbagai artifak dan bahan prasejarah dan yang paling mencuri tumpuan ialah rangka 'Perak Man' yang dipercayai berusia 10 ribu - 11 ribu tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh & juga koleksi peralatan pada zaman Paleolitik yang dijumpai di Bukit Jawa, Kg. Temelong, Bukit Bunuh dan juga Lawin
 Muzium Arkeologi Lenggong mempunyai hampir 10 galeri yang berbeza pameran & rata-ratanya adalah berkisarkan tentang sejarah paleolitik, teknologi zaman batu & sebagainya. Sesuai sebagai tempat lawatan sambil belajar sekolah menengah untuk melihat lebih dekat tentang perkakasan, lukisan gua, budaya orang asli, teknologi zaman kuno & sebagainya di Malaysia. Lokasi galeri ini juga senang diakses dengan kenderaan hanya 7-8km dari Pekan Lenggong
 Contact 605-7679700
Alamat: Galeri Arkeologi Lenggong, Jabatan Warisan Negara, Kota Tampan Lenggong, 33400 Perak Darul Ridzuan

Waktu Operasi Muzium Arkeologi Lenggong9 am - 5 pm ( Isnin-Ahad)9 am-12 pm & 3 pm - 5 pm (Jumaat)

19. Segari Turtle SanctuariAddress: 34900 Lumut, Perak, Malaysia. Map · Timings: 10:00 am - 12:30 pm Contact: +60-164979542

20. Tempat Menarik di Perak untuk Mandi Manda Air Terjun
Perak mempunyai begitu banyak pilihan destinasi tempat mandi manda di air terjun. Namun tidak semuanya yang sering menjadi kunjungan orang ramai & ada sesetengahnya pula agak pedalaman serta susah nak diakses dengan kenderaan. Sekiranya anda ingin mencari tempat mandi manda di Perak yang menarik, berikut adalah destinasi yang popular
 Air Terjun Hulu Kenas – Sebuah air terjun yang popular di Kuala Kangsar yang terletak di dalam Hutan Lipur Ulu Kenas. Akses yang mudah dan terletak hanya 13 km dari pekan Kuala Kangsar menjadikan destinasi air terjun ini sering menjadi pilihan untuk aktiviti mandi manda air terjun
 Air Terjun Lata Kinjang – Sebuah tempat mandi air terjun yang sangat popular kerana air terjun di sini sangat tinggi dan mempunyai kemudahan yang lengkap untuk aktiviti berkhelah, berkhemah, jungle trekking, abseiling ataupun memancing. Terletak kira-kira 18 km dari pekan Tapah, Perak
 Air Terjun Lata Iskandar – Sebuah kawasan air terjun di Hutan Lipur Lata Iskandar yang terletak di pertengahan di antara Cameron Highland dan Tapah. Air terjun ini bersumber dari bukit yang pasti sejuk dan dingin airnya. Terdapat juga kemudahan denai jalan kaki untuk aktiviti meredah hutan. Di kaki air terjun ini terdapat bazar Orang Asli yang menjual barangan kraftangan yang menarik sebagai cenderahati pada harga yang sangat berpatutan
 Air Terjun Lata Kekabu – Sebuah destinasi air terjun yang menarik yang terletak di Hutan Lipur Lata Kekabu dan lokasinya tidak jauh dari jalan utama Kuala Kangsar – Lenggong. Kemudahan prasarana seperti pondok, parking kereta dan tandas tersedia untuk pengunjung
 Wrapping upMaka itulah dia sebahagian besar tempat menarik di Perak Darul Ridzuan yang paling popular & sering menjadi kunjungan pelancong. Kalau anda pertama kali ingin bercuti di Perak sangat dicadangkan untuk pilih destinasi-destinasi di atas. 
Sebenarnya memang banyak lagi tempat percutian lain di Perak yang juga boleh dikategorikan sebagai destinasi pelancongan namun tidak begitu dicadangkan untuk mereka yang datang dari luar Perak kerana mungkin biasa-biasa sahaja.  Semoga memberi anda seribu idea untuk mencari destinasi percutian menarik di Perak kelak, wassalam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.tokwan.com.my/2021/02/tempat-menarik-di-perak-untuk-dilawati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Tempat Menarik Di Gerik Perak Wajib Singgah Kalau Sampai Hulu Perak

12 Tempat Menarik Di Gerik Perak Wajib Singgah Kalau Sampai Hulu Perak

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 1193 hits
Jangan terkejut walaupun pekan Gerik adalah antara pekan yang kecil tapi susana dan pandangan di pekan Gerik sangat cantik dan superb Kiri dan kanan dilitupi oleh bukit bukau Memang cantik dan menarik pemandangan terutama pada waktu pagi si...
River Cruise Sungai Perak Kuala Kangsar Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

River Cruise Sungai Perak Kuala Kangsar Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 642 hits
River Cruise menyusuri Sungai Perak di Kuala Kangsar Salah satu aktiviti menarik di Kuala kangsar ialah menaiki bot menyusuri Sungai Perak Pengunjung akan dapat melihat pemandangan menarik di tebing sungai dalam perjalanan selama 30 minit B...
Jambatan Victoria Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

Jambatan Victoria Tempat Menarik Di Perak Travelperaklah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 336 hits
Jambatan Victoria adalah sebuah yang terletak di Engor Kuala Kangsar Perak Jambatan yang merentangi ini mula dibina pada tahun 1897 dan merupakan antara jambatan kereta api tertua di Malaysia Pembinaannya mengambil masa tiga tahun untuk dis...
Natasya Riverside Caravan Park Tempat Menarik Di Perak Tempat Mandi Manda Di Perak

Natasya Riverside Caravan Park Tempat Menarik Di Perak Tempat Mandi Manda Di Perak

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 384 hits
Tempat Menarik di Perak Natasya Riverside Caravan Park Cuti krismas hari tu balik kampung setelah sekian lama tak boleh merentas negeri Adik beradik semua balik Macam biasa memang kecoh bila berkumpul ramai2 mula2 tak plan kemana2 tapi terk...
Percutian Romantik Paling Popular Di Kalangan Pelancong Thailand

Percutian Romantik Paling Popular Di Kalangan Pelancong Thailand

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 286 hits
Thailand dipenuhi dengan pelbagai pemandangan indah yang sempurna pulau yang menarik pantai berpasir putih yang cantik matahari terbenam keemasan dan suasana yang sangat sesuai untuk mereka yang menempuh alam percintaan Saya kongsikan beber...
5 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

5 Tempat Menarik Di Malaysia Yang Wajib Dikunjungi

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 614 hits
5 Tempat Menarik Di Malaysia yang Wajib Dikunjungi Hai korang hari ke 5 untuk Memandangkan kemarin busyra tak sempat so terpaksa lah postpone ke hari ni Ada 5 tempat yang busyra nak sangat pergi cuma tak berkesempatan even dalam Malaysia he...
Redmi 9t Adalah Peranti Paling Dicari Ramai Pada Januari 2021

Redmi 9t Adalah Peranti Paling Dicari Ramai Pada Januari 2021

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 230 hits
Google Malaysia kinii telah mengeluarkan senarai carian terhangat sepanjang bulan Januari 2021 lepas Melalui senarai yang dikeluarkan ia dilihat peranti yang paling ramai cari sepanjang bulan Januari 2021 lepas adalah Redmi 9T Perkara ini d...
Tempat Menarik Di Kuala Penyu Sabah

Tempat Menarik Di Kuala Penyu Sabah

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 519 hits
Assalamualaikum guys Kali ini aku nak kongsi beberapa tempat menarik untuk korang lawati di Kuala Penyu Sabah Kuala Penyu ni terletak dalam pedalaman Sabah daerahnya kecil saja nak banding dengan daerah lain tapi yang menariknya dia sebelah...
30 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Tahun 2021

30 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Tahun 2021

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 333 hits
Sebagai salah seorang malay parenting blog di Malaysia ini Syu banyak menerima soalan berbunyi lebih kurang begini do Mommy Bloggers make money Soalan ini kerapkali diajukan sama ada melalui DM di IG email dan malah juga whatsapp Jawapannya...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash