Bagan Datuk Paling Mundur Di Perak Enam Penggal Ahmad Zahid Buat Apa


malaysiadateline.comOleh FAZLI RADZIFebruary 4, 2021 4:53 pm


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikecam apabila mendakwa Parlimen Bagan Datuk yang diwakilinya sejak tahun 1995 itu sebagai kawasan paling mundur di Perak.

Rata-rata warganet mempersoal apa yang Presiden Umno berkenaan lakukan sejak enam penggal menjadi Ahli Parlimen di kawasan hilir Sungai Perak itu.

Ada juga berpendapat sudah tiba masanya pengundi menukar kepada wakil rakyat lain pada pilihan raya umum akan datang.

“Enam penggal pegang Bagan Datuk. Kenapa masih mundur katanya? Kena tukar ni,” kata Tengku Saiffuddin Tengku Abdullah.

Bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut juga dipersoal memandangkan tempoh 25 tahun menjadi wakil rakyat di Bagan Datuk bukan masa yang singkat.

“Bukankah DS (Datuk Seri) wakil YB kawasan itu? Apa DS buat bertahun-tahun? Baru sekarang perasan?” tempelak Jaafar Abdullah.
Rancangan Tempatan Daerah Bagan Datuk 2035Untuk rekod, Ahmad Zahid, 68, juga pernah menjadi Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri sepanjang pentadbiran kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Terdahulu, Ahmad Zahid mendakwa peruntukan diterima tidak sama jumlahnya dengan ahli Parlimen lain dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini saya menerima peruntukan sebanyak RM100,000 setahun untuk tahun 2021.

“Ahli-ahli Parlimen yang lain mendapat RM3.7 juta. Alhamdulillah, saya dapat RM100,000.

“Cukuplah untuk Bagan Datuk kawasan yang paling mundur di Perak dapat RM100,000 setahun. Saya ucapkan terima kasih atas peruntukan diberi,” sinisnya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam wawancara di NR Channel TV, semalam.

Ayah kepada Datuk Nurulhidayah itu juga mendakwa peruntukan RM100,000 setahun juga diperoleh Ahli Parlimen Pontian, Pekan, Padang Rengas dan Machang.

“Mudah-mudahan terbukalah hati sesiapa yang buat keputusan untuk memberi peruntukan sama dengan mana-mana Ahli Parlimen yang telah mengundi Belanjawan 2021 diluluskan.

“Tiga kali kami sokong iaitu di peringkat dasar, jawatankuasa dan bacaan kali ketiga

“Tetapi hadiah yang kita dapat, Alhamdulillah peruntukan RM100,000 setahun kepada kami,” katanya lagi dalam nada sarkastik.

Pertuduhan rasuah

Turut berdepan 40 pertuduhan berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid bakal bermula 12 April nanti di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ahmad Zahid juga sebelum ini berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit, dana milik Yayasan Akalbudi.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Ogos tahun lalu atas 12 pertuduhan pindaan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan pindaan rasuah membabitkan dana yayasan itu
Ahmad Zaid dalam bual bicara di NR Channel TV semalam yang dimoderatorkan Rafi Awang Kechik

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/bagan-datuk-paling-mundur-di-perak-enam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk 70 Tahun Orang Paling Tua Kayuh Rentas Lautan Atlantik Tanpa Bantuan

Datuk 70 Tahun Orang Paling Tua Kayuh Rentas Lautan Atlantik Tanpa Bantuan

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 225 hits
KONGSI ARTIKEL BRITAIN Seorang datuk berusia 70 tahun menjadi orang yang paling tua berjaya mengayuh bot merentasi Lautan Atlantik tanpa sebarang bantuan Warga Britain Frank Rothwell menempuh perjalanan 4 800 kilometer antara Canary Island
Pemansuhan Skuad Elit Pdrm Satu Kesilapan Ahmad Zahid Hamidi

Pemansuhan Skuad Elit Pdrm Satu Kesilapan Ahmad Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pembubaran Pasukan Tindakan Khas Judi Maksiat dan Gengsterisme Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik pada 2019 ...
Ahmad Zahid 15 Kali Meratib Umno Ketika Akar Umbi Desak Lepas Jawatan

Ahmad Zahid 15 Kali Meratib Umno Ketika Akar Umbi Desak Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 301 hits
malaysiadateline comKetika akar umbi menuntut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai Presiden Umno Ahli Parlimen Bagan Datuk berkenaan tampil bersuara malam ini Walau dalam coretan hanya sembilan perenggan Ahmad Zahid m...
Ahmad Zahid Berpegang Teguh Kepada Demokrasi

Ahmad Zahid Berpegang Teguh Kepada Demokrasi

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 267 hits
sarawakvoice com January 30 2021 KUALA LUMPUR Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno Barisan Nasional tidak pernah mengelat dan berpegang teguh kepada keluhuran demokrasi Sebab itu kerajaan BN dulu tidak sekat pendaftar...
Ahmad Zahid Persoal Kewajaran Kerajaan Isytihar Darurat

Ahmad Zahid Persoal Kewajaran Kerajaan Isytihar Darurat

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 221 hits
KUALA LUMPUR UMNO hari ini mempersoal kewajaran kerajaan mengisytiharkan darurat ketika rakyat berdepan kesukaran dalam hidup susulan penularan COVID 19 Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut membangkitkan persoalan bagaimana ad...
Desakan Ahmad Zahid Berundur Tidak Perlu Dibangkit Adnan

Desakan Ahmad Zahid Berundur Tidak Perlu Dibangkit Adnan

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 214 hits
SHAH ALAM Desakan agar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur tidak perlu dibangkitkan kerana pemilihan parti bakal diadakan tidak lama lagi kata Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak Adnan Seman Menurutnya yang juga seorang...
Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak

Desakan Supaya Zahid Letak Jawatan Kini Merebak Di Perak

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 315 hits
IPOH Kain rentang mendesak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Presiden UMNO merebak ke negeri ini iaitu di Kuala Kangsar dan Tanjung Malim Di Kuala Kangsar dua kain rentang berkenaan ditemukan semalam iaitu di tengah teng...
Umno Sedang Diterajui Ahmad Zahid Yang Lemah Penganalisis

Umno Sedang Diterajui Ahmad Zahid Yang Lemah Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Langkah keluar parti oleh pemimpin UMNO sebelum ini membuktikan kelemahan presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kepimpinannya kata Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik UM Dr Mohammad Tawfik Yaakub Tegasnya...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm